Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN B:IMPLIKASI YANG DIHADAPI SEKIRANYA TIDAK WUJUD PERPADUAAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL DI MALAYSIA 1.

0-POLITIK Setelah wujudnya kerjasama politik pelbagai kaum di negara kita, pelbagai kepentingan yang kita dapat lihat. Kerjasama politik ini terlalu penting dalam usaha memupuk semangat nasionalisme pelbagai kaum di Malaysia supaya bersatu mencintai tanah air. Semangat ini merupakan semangat yang murni serta dapat mewujudkan keharmonian dalam negara. Di samping itu, jika semua kaum di negara ini menjalankan politik perkauman, hal ini boleh menimbulkan rasa tidak senang hati semua pihak dan apabila hal ini menguatkan lagi semangat perkauman, sudah semestinya negara kita akan berpecah-belah dan dijajah semula Sebagai contoh, pada tahun 1952 juga berlakunya kerjasama politik antara parti UMNO dan MCA. Parti ini telah bergabung semasa pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur yang telah diadakan pada Februari 1952. Gabungan UMNO-MCA telah membawa kemenangan dengan memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kewujudan ini membawa impak yang positif kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak dan mewujudkan satu ikatan baru yang dikenali sabagai Perikatan. Berikutan kemenangan UMNO-MCA pada pilihanraya peringkat Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, satu rundingan

kebangsaan telah didakan antara Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock pada Februari 1953. Rundingan ini bertujuan untuk mencari kesefahaman serta kerjasama antara kedua-dua parti. Sebelum menghadapi pilihanraya umum 1955, Tunku telah meletakkan satu syarat dasar rundingan iaitu pihak MCA hendaklah menerima dan mengiktiraf negara ini adalah Negara Melayu dan segala hak kepada orang melayu tidak boleh dipersoalkan lagi. Tujuan Tunku mengemukakan syarat ini adalah untuk menguji tentang kejujuran pemimpin-pemimpin MCA dalam perhubungan dengan UMNO dan akhirnya pihak MCA bersetuju dengan syarat tersebut. .

Hal ini tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak dan kita sebagai rakyat haruslah bersatu-padu demi keamanan negara. Pelbagai lakonan dan janji palsu politik semasa pertandingan pilihan raya haruslah dielakkan supaya dapat menlancarkan system demokrasi yang kita amalkan. Di samping itu, kerjasama politik amat penting dimana jika semua kaum bersatu, ini akan memudahkan proses pengurusan ekonomi negara. Kita semua harus sedar bahawa keselamatan negara dan kestabilan politik memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan taraf ekonomi negara. Jika kita semua bersatu, akhirnya kita juga yang bakal mendapat ganjarannya. Selain itu, kita sedar bahawa pengalaman daripada penjajahan bangsabangsa asing telah banyak mendewasakan kita tentang pentingnya kerjasama antara golongan etnik untuk mencapai objektif politik. Kerjasama yang diwujudkan ini bukanlah untuk kepentingan kaum masing-masing, malah untuk saling memahami kedudukan kaum-kaum lain serta memberi ruang untuk kemajuan bersama. Justeru, kepentingan kerjasama politik di negara ini juga telah berjaya membawa semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran dalam usaha memupuk integrasi sosial yang telah menjadi contoh kepada beberapa negara asing yang kagum dengan kemampuan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum di bawah satu bumbung yang sama, namun dapat mentadbir negara dengan baik. Secara keseluruhannya, pelbagai kejayaan dalam bidang politik turut dapat memberikan sedikit ganjaran kepada bidang-bidang yang lain, terutamanya dari segi

kemasyarakatan dan dalam kehidupan seharian pelbagai etnik. Sehubungan itu, melalui kerjasama politik yang erat dan kukuh, negara kita akan menjadi antara negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin serta menjadi pilihan para pelabur asing sekiranya rakyat bersatu-padu dan tiada sengketa politik yang melampau. Keadaan ini akan menjana serta memantapkan ekonomi negara walau dalam suasana kegawatan ekonomi dunia dan perkembangan ekonomi negara amat memerlukan kestabilan dan keselamatan negara yang berkekalan. Melalui perpaduan dan kesepakatan rakyat, negara menjadi kukuh dan rakyat sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera. Bagi menjaga kestabilan, keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat, amalan perpaduan dan sifat toleransi antara kaum perlu diamalkan dalam masyarakat negara ini. Di

negara kita, semua kaum bebas mengamalkan agama, kebudayaan, adat resam dan kepercayaan masing-masing disamping perlu menghormati amalan kaum lain. Perpaduan daripada pelbagai kaum dapat melahirkan semangat kerjasama yang kuat serta sifat saling memahami dapat menjadi kunci utama kepada kejayaan negara. Segala kepentingan dan perselisihan pendapat seharusnya dibincangkan secara muafakat supaya negara kita akan kekal kukuh sebagai negara yang telah merdeka. 2.0-PENDIDIKAN Hubungan etnik bukanlah sesuatu yang hanya boleh diajarkan kepada masyarakat, terutamanya golongan muda. Ianya adalah sesuatu yang seharusnya dirasai, dinikmati, dan dilalui bersama. Ia seharusnya dimulakan pada peringkat yang paling awal kerana pada waktu itulah kanak-kanak mempelajari pelajaran-pelajaran yang paling berguna dalam hidup mereka dan yang akan menjadi pegangan hidup mereka nanti. Pada waktu itu juga mereka secara umumnya belum diwarnai dengan warna-warna kehidupan dengan efeknya yang pelbagai, positif maupun yang negatif. Kita juga tahu bahawa pengaruh kepada mereka yang paling utama pada ketika itu ialah ibu bapa, ahli keluarga, dan guru. Inilah golongan-golongan yang seharusnya menjadi sasaran kita kerana di sinilah semuanya bermula. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Penekanan dan isu perpaduan dan integriti ini juga perlu mencangkupi hubungan etnik di Institut Pengajian Tinggi, pendekatannya boleh dimantapkan lagi. Memantapkan program perpaduaan dan integerasi ini memerlukan kita melihat isu hubungan etnik di negara ini dari kaca mata perpaduan dan perdamaian.Sekiranya,golongan akademik tidak diberikan pencerahan terhadap isu perpaduan yang timbul seperti isu-isu yang mungkin dianggap sensitif. Tafsiran, asumsi, dan andaian mereka mungkin berbeza-beza bila membincangkan konsep-konsep hubungan etnik.Jesteru,akan wujudlah perbalahan dalam kelompok cerdik pandai dan akan memabantutkan perkembangan bidang keilmuaan di negara kita.

Jika golongan akademik gagal menterjemah konsep integerasi dan perpaduan dengan betul, hasilnya lahirlah masyarakat yang lemah kerana masing-masing akan mencanag prinsip dan pegangan masing-masing tanpa memikirkan kepentingan

orang lain.Fikiran yang agak sempit seperti ini akan mencemarkan imej dan mutu pendidikan di tanah air ini.Menurut data-data yang dikumpulkan oleh Jabatan Perpaduan mengenai insiden konflik sosial dari tahun 1998 hingga 2004 menunjukkan bahawa walaupun insiden konflik kerana isu etnik atau perkauman

adalah sedikit (cuma 1 peratus dari semua jenis isu konflik), insiden-insiden lain yang melibatkan isu-isu seperti sosial, agama, keselamatan, politik, dan ekonomi, banyak melibatkan faktor atau pelaku dari kumpulan etnik yang berbeza. Isu-isu ini perlu diambil serius untuk memastikan aliran pendidikan diisi dengan pendekatan dan strategi untuk memasakkan elemen perpaduan dan integriti dalam hati seluruh rakyat.

3.0- EKONOMI Perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan empatetik sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana -mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Sejak Malaysia mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 hingga ke akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran. Hasilnya, Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak seimbangan yang serius. Ini bermakna, walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi, kekayaan tidak diagihkan dengan baik. Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan berkerja sebagai petani, masih ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat. Ini yang dinamakan market failure.

bermula dari cabaran, kemudian krisis, akhirnya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 hasil gabungan pelbagai krisis dan diterjemahkan dalam satu konflik terbuka. Kelahiran DEB selepas konflik 13 Mei 1969 dilihat sebagai satu usaha penyelesaian untuk semua masalah yang dihadapi ketika itu.Malangnya, DEB telah meletakkan persamaan apabila menyatakan perpaduan sosial itu sama dengan perpaduan ekonomi.

Sifat-sifat utama perpaduan gagal difahami dan tidak disentuh, antaranya elemen asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi. Sering kali kita beranggapan, jika pembahagian kek ekonomi seperti yang dirancang melalui DEB berhasil, maka secara automatik Malaysia mampu mencapai perpaduan bersifat nasional. Namun, hasilnya ia tidak seperti yang diharapkan. Perpaduan nasional telah ditafsirkan dengan fahaman sempit dan berubah menjadi satu bentuk pertandingan merebut hak milik ekonomi. Kesannya, kita lebih banyak bercakap mengenai soal pertandingan ini berbanding matlamat utama untuk mewujudkan perpaduan yang akhirnya telah dikesampingkan.

4.0-SOSIAL J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Apa yang jelas ialah perpaduan yang terbina di negara ini adalah diasaskan melalui sikap toleransi dan sikap bertanggungjawab serta dibina di atas semangat 'kontrak sosial' yang telah pun diterima oleh semua kaum sejak merdeka lagi. Sejak merdeka kita telah berusaha gigih mencipta 'Bangsa Malaysia' di bawah konsep negara bangsa (nation state) yang memiliki identiti tersendiri. Konsep Bangsa Malaysia adalah satu konsep yang lahir melalui proses sejarah dan berkembang dengan sifat-sifat atau ciri-cirinya yang tersendiri.

Aspek sosial, kesan daripada konstruksi penjajah dahulu, kaum-kaum di Malaysia dipisahkan mengikut kawasan petempatan. Orang Melayu di kampungkampung, orang Cina di pekan dan bandar-bandar, orang India pula berada di estetestet. Keadaan ini memang meyukarkan interaksi antara kaum ini berlaku lantas turut menyukarkan proses integrasi antara kaum-kaum terbabit. Ekoran daripada pengkelasan kaum mengikut kawasan petempatan ini, ianya membawa kepada suatu lagi konflik lain iaitu perbezaan pendapatan masyarakat. Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung-kampung menjadi kaum yang paling susah dan miskin walaupun mereka adalah bumiputera, manakala kaum Cina yang menetap di bandar muncul sebagai kaum yang terkaya. Hal ini telah menimbulkan rasa cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang miskin memandangkan mereka adalah peribumi di Malaysia. Pengasingan kaum mengikut organisasi ini ternyata menyukarkan integrasi kaum untuk berlaku. Kaum-kaum di Malaysia akan berada didalam pelbagai organisasi yang berbeza kerana keadaan semasa telah mendorong kearah itu. Lebih malang lagi, kebanyakan organisasi ini beria-ia menerapkan faham perkauman melampau dalam kalangan ahli mereka bagi mengukuhkan sokongan ahli. Situasi sebegini nyata tidak menyumbang kearah pengintegrasian kaum, bahkan semakin memecahbelahkan kaum-kaum di Malaysia. Perasaan perkauman yang berlebihan telah menyebabkan prejudis antara kaum semakin subur, hasilnya, muncul suatu civil society yang sudah dewasa, tetapi masih tiada integrasi seperti apa yang ada di Malaysia pada hari ini walaupun sudah ratusan tahun hidup bersama. Dasar-dasar kerajaan yang lain seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Rasa prejudis yang tidak berasas ini telah membuatkan kaum-kaum bukan Melayu berada didalam keadaan tertekan sekaligus berasa cemburu dengan orang Melayu yang dianggap menggubal dasar dan undangundang untuk kepentingan orang Melayu sendiri. Salah faham dan stereotaip ini juga didorong oleh kurangnya penelitian mereka terhadap sejarah kenegaraan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Ringkasnya, sebab-sebab berlakunya perpecahan kaum dari aspek sosial adalah didorong oleh rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia. Ianya juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum itu sendiri yang terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan mengetepikan kebudayaan kebangsaan seperti yang termaktub didalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Obsesi untuk berada didalam kelompok kaum sendiri dari segala segi juga adalah salah satu punca utama yang telah menggagalkan integrasi kaum di Malaysia.

BAHAGIAN B:3 PROGRAM YANG BOLEH DIJALANKAN DIINSTITUSI BAGI MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN. 1.0- SURVIVAL OF SINCERITY(SON)/ IKHTIAR HIDUP INTEGRITI Walaupun sudah 50 tahun Malaysia merdeka, tetapi perpaduan atau integrasi kaum masih berada ditahap yang menggusarkan. Ianya mempunyai banyak punca. Selain daripada latarbelakang sejarah, budaya, bahasa, agama yang berbeza antara kaum-kaum ini, ada lagi sebab-sebab lain yang menyumbang kearah kelesuan integrasi kaum di Malaysia selama ini. Namun,lahir beberapa idea bestari untuk menganjurkan aktiviti yang mampu melahirkan perpaduan diinstitusi pendidikan yang didiami sekarang. Mengikut kamus dalan talian (http://thesaurus.com), sinonim bagi kalimah integriti ialah sincerity atau keikhlasan.Sehubungan dengan itu muncul satu ilham baru untuk mengadakan satu kem berbentuk ikhtiar hidup yang menyatukan pelbagai kaum dalam satu pasukan .Satu aktiviti yang berkonsepkan pertandingan yang meletakkan setiap pasukan di sebuah pulau terpencil selama 3 hari 2 malam. Sepanjang tempoh ikhtiar hidup ,peserta yang terdiri daripada

kaum,india,cina,dan bumiputra yang lain,akan melalaui beberapa tugasan yang memerlukan kerjasama berpasukan untuk memperolehi kemenagan untuk setiap tugasan yang diberikan.Antara tugasan yang boleh diberikan adalah seperti kerjasama Berpasukan dinilai melaui tanjak dan bendera pasukan.Aktiviti kedua,menilai kecekapan dan keperhatinan ahli untuk menjaga keselamatan rakan sepasukan semasa menjalani aktiviti mengharungi arus sungai untuk mendapatkan barang tugasan yang telah ditetapkan. Selaian itu,mereka juga sentiasa bersama dalam tempoh 3 hari 2 malam tersebut untuk menjalani hidup yang terbatas dengan ketiadaan kemudahan asas yang cukup.ketika ini,secara tidak langsung mereka telah terdidik dengan sifat toleransi,dan sentiasa mudah untuk berkongsi.Masing-masing tidak akan

mementingkan diri bagi memastikan semua ahli kumpulan dapat keperluan dengan adil.Disamping itu,aktiviti asas seperti memburu haiwan,menagkap ikan dengan

buluh runcing dan laian-laian aktiviti ikhtiar hidup akan membentuk jadi diri setiap peserta bahawa kehidupan lebih bermakna jika dikongsi secara adil dan saksama. 2.0- Malam Aspirasi Kasih(MAK) Malam aspirasi kasih khas untuk penghuni rumah orang-orang tua daripada rumah kebajikan pelbagai kaum.Selalunya kita hanya memberikan fokus kepada kelompok bumiputra yang berada di rumah jagaan orang-orang tua,tetapi dengan melibatkan pelbagai agensi kebajikan daripada pelbagai kaum maka aktiviti yang dijalankan akan mencapai objektif yang disasarkan. Seluruh warga institut berusaha untuk menjayakan satu malam khas yang meraikan golongan warga emas yang mendiami rumah-rumah kebajikan atau rumah jagaan orang-orang tua ,seperti Rumah Kebajikan Nanthisar yang didiami oleh majoriti kaum india, Persatuan Kebajikan Warga Tua Seri Bahagia Ipoh untuk kelompok mijoriti cina dan seterusnya bebrapa rumah kebajikan orang-orang tua seluruh negara. Golongan ini dijemput ke institut dan diraikan seperti seorang anak meraikan ibu bapa mereka.Meraka yang khadir akan di berikan anak-anak angkat daripada kalangan pelajar insitut sendiri.Keunikkannya,ibu bapa angkat yang bakal diterima oleh pelajr adalah ibu bapa angkat yan berlainan bangsa.Sepanjang majlis tersebut semua warga tua akan dihiburkan dengan persembahan budaya tradisonal daripada pelbagai kaum.Seperti,tarian Tarian Bharata Natyam ,tarian citra warna,dan nyanyian lagu-lagu asli dan keroncong. Matlamat utama program ni adalah ingin meraikan warga emas yang tersisih daripada keluarga dan memberikan mereka hiburan yang menyenangkan hati mereka.Selain intu,pelajar daripada pelbagai kaum dapat terlibat dan jrang interaksi kaum itu dapat didekatkan apabila meraka dapat menjadi anak angkat kepada warga emas tersebut.Aktiviti seperti ini merupakan permulaan sebelum hubungan antara kaum dalam kalangan pelajar semakin erat. Jesteru,Malam Aspirasi Kasih yang sarat dengan kempen menghormati semua orang tidak kita taraf hidup mahupun kaum ini dapat memberi kesan kepada golongan sasaran iaitu mahasiswa agar dapat memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

3.0- Pesta Makan : Talam 3 Rasa Antara medium penyauan yang baik dalam kalangan pelajar di institut adlah mendakan pesta makan.Jarang sekali orang akan menolak jika dipelawa untuk makan terutama secara percuma.Sehubungan dengan itu ,nilai integriti dapat disuntii dengan menggunakan cara yang sedemikian.Tiga kaum besar yang ada di institut akan dikumpulkan dalam satu acara pesta makan yang diadakan secara santai. Pelajar yang terdiri daripada kelas yang berlaian akan disatukan dalam satu aktiviti secara sistematik.Satu kumpulan terdiri daripada enam orang perserta yang mewakili kaum India,Cina dan Melayu.Masing- masing akan digandingkan dalam kumpulan.Melayu digandingkan bersama cina,atau cina digandingkan dengan india atau sebaliknya.Kumpulan akan di diberi tempoh masa untuk masing masing mengajarkan pasangan mereka memasak makanan yang melambangkan kaum tertentu. Ini bererti pelajar melayu akan diajar memasak makanan cina ataupun india dengan bantuan pasangan yang berlaianan bangsa.Pengalaman bersama memasak makanan intimewa bangsa asing akan mendatangkan satu keseronokkan dan dapat mengeratkan jalinan hubungan antara kaum atas dasar perkongsia ilmu yang dijalankan.Pada akhir masa yang ditetapkan akan tersedia 3 jenis menu daripada pelbagai kaum,contohnya nasi lemak,capati,dan mee wan tan.

Tiga rasa yang datang daripada tiga jenis menu ini akan diadili oleh tukang masak yang berkaliber.Makanan yang mencapai piawai akan dinobatkan sebagai juwara dalam pertandingan.Sesungguhnya,aktivi yang berbentuk santai ini akan lebih berbekas di hati pelajar dan mampu mendatangkan impak yang besar terhadap perpaduan dalam kalangan pelajar intitusi berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai