Anda di halaman 1dari 1

10 SURAH dan 10 KEBAIKKAN 1. Surah Al-Fatihah-memadam kemurkaan Allah SWT. 2.

Surah Yasin-menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 3.Surah Dukhan-membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 4.Surah Al-WaqiaH-melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 5.Surah Al-Mulk-meringankan azab di dalam kubur. 6.Surah Al-Kauthar-merelaikan segala perbalahan. 7.Surah Al-Kafirun-menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kema tian. 8.Surah Al-Ikhlas-melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 9.Surah Al-Falq-menghapuskan perasaan hasad dengki. 10.Surah An-Nas-melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

MEMBACA SURAT ALI' IMRAN AYAT 31 Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. D an(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada a yat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami ( isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya. MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4 Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wa hai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku." (Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga) MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21 Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescay a engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia , supaya mereka memikirkannya." MELEMBUTKAN HATI SESEORANG - SURAH ASY-SYURA AYAT 19 Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan b elas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha K uat, lagi Maha Kuasa. PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur. Surah i ni bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetap i juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan ora ng yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Aya t ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.