Anda di halaman 1dari 1

Tamadun Islam turut berinteraksi dengan Tamadun Melayu

yang juga berlaku secara aman menerusi perdagangan. Dikatakan bahawa pengaruh Islam di Asia Tenggara khususnya Kepulauan Melayu datang dari tiga kawasan berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India serta dari China. Namun kesan positif iaitu dengan tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu adalah kesan yang paling menonjol. Lalu, muncul pula kerajaan Islam tempatan seperti Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan banyak lagi. Interaksi ini juga turut membawa tulisan jawi yang banyak mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif yang dapat dilihat termasuklah pengaruh dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebudayaan berupa pakaian dan makanan serta penggunaan istilah-istilah Arab dalam bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai