Anda di halaman 1dari 7

Bersaksikan Baitullah saya menulis. Bukan kerana pandai tapi sekadar mengharap redho Allah SWT.

Moga ini dikira ibadah dan mendapat ganjaran 100000 pahala. ALLAHU AKBAR. Saya memulakan dengan kisah usahawan. Saban hari di fb terutamanya ratusan malahn ribuan usahawan lahir. Ada yang baru lahir, dah lama dilahirkan dan ada yang dilahirkan semula. Macam2 usahawan dilahirkan. Maka pelbagai teknik pemasaran. Ada yang mencipta teknik, ada yang mengikut teknik dan ada yang menunggu ilham untuk mencari teknik. Semunya fokus kepada satu : keuntungan!!! Seolah olah dalam dunia ini dengan perniagaan itu mereka akan kaut untung. Ada yang ingin untung agar menjadi hebat, kaya dan berjaya. Ada yang mahu untung sekadar melebihi keperluan asas dn x ramai mahu untung sekadar cukup makan. Ada yang kaut untung dengan menggadai diri. Post wajah gebu, montok dan ketat! Bagai pelacur menelanjangkan diri di alam maya. Bercerita tanpa silu apa di sebalik celana. Tanpa silu pada anak hatta kawan. Ada yang megah bergaya di sebalik ruang tamu berderet sofa, di celah pintu kereta bersiri, tersenyum megah dengan bangga. Aku telah berjaya. Ada yang sekadar tunjuk acc bank. Bercerita pula tadi berjaya menjual itu dan ini. Siap tunjuk tracking no. Bagitahu semua orang produknya laku. Macam2 teknik pemasaran. Ada yang boleh diterima aqal dan banyaknya promosi macam orang kurang aqal. Promosi itu penting tapi teknik promosi itu kena tahu. Apa yang perlu ada agar perniagaan kita Allah yang menghantar bukan kita yang mencari. Tips pertama: 1: jual kepada diri sendiri. Jika kita sendiri sedar dan yakin keberkesanan produk itu..maka pelanggan datang sendiri. Jadi? Fikirkan sejenak " adakah diri kita (produk) sesuai masuk syurga? Fikir dan fikir sehingga kita yakin boleh. Jika x yakin, usahakan cara nak masuk syurga dari fikirkan teknik menjual d fb.

sambung tips usahawan 2: menjaga kualiti & kuantiti Ada yang berniaga untungnya kecil tetapi kuantitinya banyak, maka dia bilang memang menguntungkan. Ada yang menjaga kualiti & menghadkan kuantiti agar menjadi sesuatu yang eksklusif. Juga menguntungkan. Dan ada yang tidak kisah bab kualiti dan kuantiti asalkan bikin untung. Maka jika diri sendiri adalah produk, pilihlah yang mana idaman Allah SWT.

Jika rasa dengan solat yang kusyuq adalah kualiti yang istimewa, maka jagalah kualitinya tika sujud. Pasti produk itu umpama barangan eksklusif yang dibalut indah dalam kotak kaca berkunci. Memang menguntungkan dan berbaloi2 walau harganya mahal tetap menjadi rebutan antara 7 jannah. Tunduk kepada Allah sebagai hamba yang hina adalah lebih baik dari memikirkan mahu menundukkan pelanggan dengan promo di fb. Nukilan Sikaya yang faqir

bab tips usahawan ke5: Ikut sunnah SAW. Ramai mendakwa berniaga teknik Nabi SAW. Malangnya ada yang berani mendakwa sedangkan mana hadis, sohih, hassan pun belum kenal. Cara paling mudah kita ikut yang tuk tuk guru selalu sebut. Rasulullah SAW JUJUR, AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB. Jujur dalam menceritakan bab produk. Tidak menambah cerita. Tidak edit gambar orang lain & mendakwa kebekersanan produk. Amanahnya Baginda SAW tidak sesekali mengkhianati pembeli @ pelanggan. Ramai peniaga online, lain d oder yang dhantar. Ada juga lain dalam sebutharga tapi lain dihantar. Bertanggungjawab. Barangan yang salah wajib penjual bertanggungjawab menggantikannya. Ramai yang tidak bertanggung jawab bila salah hantar pesanan. Sewajarnya pemulangan wang termasuk kos penghangtaran ditanggung penjual

Bersaksikan Kubah Rasulullah SAW saya menulis. Moga moga mendapat ganjaran 1000 kali pahala. Ameen. Tips usahawan ke6:

Bila nak berniaga kerana Rasulullah SAW. Bila nak kaya sama seperti Abdur Rahman Auf... Balik seminar luar biasa kaya dan berjaya. Siapa x mahu kaya dianggap bodoh! Biawak dll. Allah Allah Allah Kenapa nak kaya? Ish! SOALAN BODOH. Cara nak kaya seperti Abdur Rahman bin Auf. Ketika ini saya di Madinah Munawwarah. Tiba tiba terasa bagai bumi Madinah bergegar. Dan penduduk Madinah tahu bahawa gerombolan Abdur Rahman bin Auf sedang memasukki Madinah. Hentakan kaki kuda dan untanya menggegarkan Madinah kerana banyaknya kuda dan untanya. Nak kaya seperti beliau? Beliau tidak mengambil keuntungan walau sedirham ke sedinar ke atas penjualan ternakan unta dan kudanya. Beliau hanya menjual tali untanya. Contoh tali untanya bernilai RM1, maka yang dijualnya tali pengikat unta itu. Unta dijual sepertimana harga beliau membelinya. Bagaimana beliau untung dengan RM1? 1: Berkat 2: Berkat 3: Berkat 4: volume. Nak kaya boleh bantu agama. Boleh bantu mak bapak. Boleh derma, sedeqah dan lain2. Alhamdulillah. Tapi jika mula berangan nak membesarkan rumah. Naik kereta Lamboghini(ntah betul x ejaan), Nak makan sedap dan sebagainya..kalian TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI JUTAWAN! Abdur Rahman bin Auf sahabat yang kaya tetapi hartanya bukan miliknya. Semuanya dikorbankan untuk agama. Dan kita x akan mampu sehebat beliau. Nak kata saya Biawak saya x kisah. Tapi kita x mampu selagi kita masih makan hingga kenyang. Tidur lena di atas katil. Beliau sahabat yang dijanjikan syurga. Ruhnya sebaris ruh Rasulullah. Kita nak kaya sepertinya. Nak hebat sepertinya tapi kenapa x impikan hidup sepertinya. "Ya Abdur Rahman! Kenapa engkau menanggis? Adakah layanan dan makanan ini tidak enak?" Lagi kuat tanggisan beliau. "Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun kenyang!"

Allah Allah Allah Saya juga makan hingga kenyang! Layakkah menjadi jutawan yang bertaqwa. Nukilan Sikaya yang faqir

saat terakhir bersama Rasulullah SAW dengan harapan Ramadhan ketemu lagi. moga tips kali ini mencerahkan peluang untuk disyafaatinya. Ameen. tips usahawan ke7. selalu kita mengira untung dan terlupa memgira jika kerugian. jika boleh untung RM1, 10, 100, 1000 & pasti kalian belum lagi memikirkan jika untung ratusan ribuan ringgit. sebab jika kalian dah untung ratusan ribuan RM status ni kalian x baca. bak kata peserta luarbiasa hebat, status Biawak! Jika kita nak untung meniaga, kita kena letak target berapa patut untung! berapa patut rugi! berapa kali lipat keuntungan blh dilipat gandakan! contoh kalian menjahit baju, manik, langsir. berapa untung dibahagi masa digunakan. kalian menjual produk MLM, promot habisan produk kalian yang terbaik. semuanya kerana nak untung. dapat seribu, fuhhhhh gelak sakan, tidur berdengkur mimpi indah. nak saya khabarkan yang trrindah dalam hidup ini? melebihi segalanya. memberi nikmat mbahagiakan! ianya adalah menyintai Rasulullah SAW, bermimpi bertemu Baginda SAW setiap hari. jika nak rasa nikmat itu, mulakan dengan solawat dn salam 1000 kali sehari. ayoyo! mana larat! laa kata nak meniaga ikut Nabi SAW, x kan 1000 dah merungut! habib Kazim assegaf tiap hari bermimpi Rasulullah SAW, solawat salamnua min 70k sehari. jika convert ke RM /USD, jutawan no 1. maka nak untung banyak kena solawat banyak2, x laku produk tp tmbh pahala. insuaAllah saya akan mengnjurkan ' Seminar sikaya yang faqir' siapa nak kaya tapi faqir seperti saya sila mendaftar. tempat di Intekma S alam, 2hari 1 malam. ada terawih dan qiamullail. kos rm akan dimaklumkan. siapa berani maut sila mendaftar! memang akan kaya tapi faqir sepeti saya.

solat istikhorah jika takut kaya tapi faqir! nukilan sikaya yang faqir madinatul munawwarah

Sambungan tips usahawan ke8. Jejak je Msia, ada orang tel. Meniaga kek dari 1996, dpt pinjaman MARA. Suntikan modal sana sini tp dah bbrpa kali down. Kali ini ada produk bkaitan tepung kek. Dengar menarik. Saya menyampuk " kek ni makanan orang mewah. Jika msyarakat sekeliling jenis berkira RM kita setakat boleh menjual tapi x boleh menanggung bebanan kos. Untungnya kecil dan memerlukan volume. Risiko kerugian tinggi dan pn dh muflis pun." Dia menjawab " saya menghadiri seminar DAO dan beliau mgatakan biz kek boleh maju. 5/10 makan kek. " "jadi jumpalah semula DAO dan tanya kenapa muflis!" Sampuk saya lagi " biz kek bukan semua tempat sesuai. Ada yang sesuai dan ada yang tidak. Jk d tempat itu tiada pesaing mungkin boleh maju. Jika kos sewa dan lain2 rendah mungkin sesuai. Dan yang utama, jika kefahaman memakan kek Islam itu wajib dari pada Kek bukan Islam tinggi di kalangan masyarakat setempat, biz kek ini boleh pergi jauh. Namun sebenarnya kesilapan memulakan biz dengan berhutang itu kesalahan utama!!! Dalam biz dn kehidupan jangan sesekali memulakan dengan berhutang. Dan kesilapan kita adalah suka berhutang. Saya memulakan biz tanpa berhutang. Membeli semuanya tanpa berhutang. Belum pernah saya berjumpa dengan mereka yang berjaya setelah berhutang. Melainkan kaya dalam hutang! Tips hari ini..elakkan berhutang walau nazak. Allah kan ada. Maha kaya lagi..minta kepadaNya. Aduhhhhhhh Bagaimana nak minta kat Allah. Dah minta berpuluh kali..x dapat pun. Mmmmmm Jika x tahu..kena belajarlah dengan saya.

Saya sikaya yang faqir sebab banyak hutang dengan Allah SWT.

Tips usahawan ke 9. Menetapkan target! Bila kita mula berfikir ingin biz, kita fikir 1.Nak jual apa 2. Boleh untungke 3. Di mana nak jual 4. Cara mendapat produk 5. Cara memasarkan 6. Modal? Sampai pada modal kita merasakan cukup, dikira dicongak x berapa cukup. Mula mengorak langkah baru sedar memang x cukup modal. Masa itu kita ada pilihan 1: Mara, Punb, tekun, amanah ikhtiar, adik beradik dan lastly Along abang kita. 2: jual @ gadai apa yang ada..jika bulu ketiak laku..bulu ketiak pun akan dipanjangkan untuk dijual terus. 3: jangan meniaga, biar yang dah mula terbengkalai. 4: cari partner utk suntik modal. Maaf saya jahil baba bahasa meniaga. Saya x faham sangat trading mading, mentor mentee, minum kopi sambil cari ejen, makan malam sambil cari lubang..saya memang jahil. Cara saya hanya satu: Relaks!!! Tenangkan hati dengan berbicara denganNya. NikmatNya bila berbicara denganNya. Dia mahu berkongsi perasaan. Dia mahu mendengar. Dia memahami. Dia Maha Pemberi. Maka sebab itu saya Sikaya yang faqir

Ustaz Zul memulakan kelas agamanya dengan mengangkat secawan air gelas berisi air di dalamnya. Kalian, agaknya berapa berat air di dalam gelas ini? 200 gram 300 gram. Setengah kilo, jawab para pendengar kuliah mingguan beliau. Hebatlah kalian. Ana sendiri tak tahu melainkan ana pergi timbang, sindir Ustaz Zul.

Tapi soalan ana yang sebenar ialah, apa yang akan berlaku jika ana mengangkat gelas ini sedemikian untuk beberapa minit tanya Ustaz Zul. Tak ada apa yang berlaku, jawab hadirin kuliah. Ok. Apa yang akan berlaku sekiranya ana pegang atas sebegini untuk sejam? tanya Ustaz Zul lagi sambil memegang gelas itu tinggi di atas. Lengan tangan ustaz akan lenguh, jawab satu hadirin kuliah. Pandai. Betul tu. Jikalau ana nak teruskan mengangkat gelas ini untuk sehari. Ustaz Zul mengusik hadirin lagi. Tangan ustaz akan kebas, otot lengan akan stress, mungkin lumpuh dan kena ke hospital doh ini ustaz. Pasti! jawab seorang hadirin sambil tergelak. Bagus! Bagus! Tapi semasa ini berlaku, adakah berat gelas ini berubah? tanya Ustaz Zul Tak ustaz, jawab hadirin. Jadi apa yang menyebabkan lengan sakit dan otot stress? tanya Ustaz Zul lagi. Semua hadirin terdiam masing-masing tidak dapat menjawab. Ustaz Zul tetiba bertanya lagi, Jadi apakah yang perlu ana lakukan untuk hilangkan kesakitan tangan? Letak saja gelas tu ustaz. Mudah dan selesai semua perkara, jerit satu hadirin. Tepat sekali!! jawab Ustaz Zul sambil menyambung. Begitu juga dengan masalah dalam kehidupan. Ambil untuk beberapa minit dalam kepala, rasanya ok tak sakit. Fikirkannya untuk masa yang lama, akan timbul pelbagai sakit seperti lengan tangan tadi. Pegang lagi masalah itu, ia akan lumpuh hidup enta semua. Enta tak akan dapat melakukan apa-apa. Adalah penting untuk memikirkan penyelesaian kepada cabaran dalam hidup, tapi apa yang lebih penting belajarlah untuk meletakkan gelas air setiap hari sebelum tidur. Dengan ini, enta semua tidak merasa stress, dan bangun besok dengan segara untuk mengatasi cabaran yang bakal mengunjung mengikut ketentuan Allah dalam hidup sementara ini. Letakkan gelas air itu sebelum tidur.

Anda mungkin juga menyukai