Anda di halaman 1dari 31

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2013

HBPE 3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

NAMA NO MATRIKULASI NO KAD PENGENALAN EMAIL TUTOR

: SHARIFAH AINI BT SYED IDRUS : 72062306 5034001 : 720623-06-5034 : shaaljefri@yahoo.com : MOHD HUSNI BIN RAMLI

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KUANTAN

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN)

SEKOLAH KEBANGSAAN RUNCHANG, PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MINI BOLA BALING 2013 SK RUNCHANG

TARIKH : 9 NOVEMBER 2013 HARI : SABTU

TEMPAT : PADANG SK RUNCHANG

ANJURAN : UNIT KO-KURIKULUM SK RUNCHANG

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN)

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT

A. PENGENALAN

B. TUJUAN

C. OBJEKTIF

D. TARIKH, TEMPAT, MASA

E. BILANGAN PASUKAN F. BILANGAN PEGAWAI

G. PERALATAN SISTEM PERTANDINGAN

H. PERATURAN PERMAINAN

I. BAJET

J. PENUTUP

K. LAKARAN

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN)

KEJOHANAN MINI BOLA BALING SK RUNCHANG 2013


A : PENGENALAN

Sejarah Bola Baling Dunia

Sejak kebelakangan ini, bola baling telah menjadi satu permainan moden yang pantas dan menarik. Para penonton dan peminat sukan ini telah terpesona dengan permainan yang dipersembahkan para pemain. Justeru itu, di masa hadapan manfaat daripada kecemerlangan sukan ini perlu mendapat tempat di hati kanak-kanak dan remaja di sekolah. Menurut City of Salford and Bolton Handball Clubs, sejarah bermulanya bola baling menjadi satu perdebatan yang hebat. Satu pandangan berpendapat ia telah direka di Jerman pada lewat abad ke-19, apabila pemain bola sepak menyesuaikan diri untuk pemainan pada bulanbulan musim panas. Barbara Schrodt dalam artikelnya di The Canadian Encyclopedia menegaskan bahawa permainan bola baling telah diperkenalkan di Jerman pada 1890. Beliau turut menegaskan

bahawa bola baling dikenali juga sebagai Handball team , Olympic handball, European team handball, European handball, Borden ball. Bola baling tidak begitu dikenali sehingga perang dunia kedua akibat peraturan seakan sama dengan permainan bola sepak. Bola baling telah menjadi acara Sukan Olimpik sejak 1972. Acara berpasukan dimainkan meluas di benua Eropah dan terkenal seiring dengan kemajuan bola sepak. Pada awal kemunculan bola baling, ia dimainkan dalam gelanggang yang sama dengan bola keranjang dengan 7 orang pemain setiap pasukan. Perlawanan bola baling biasanya dimainkan dengan jangkamasa 30 minit dengan jaringan pasukan lebih banyak diumumkan sebagai pemenang. Bola baling moden biasanya dimainkan di dalam dewan, tetapi ia disuaikan dengan lokasi permainan lain seperti di padang rumput dan di pantai. Pada tahun 1926, International Amateur Athletic Union (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan. Pada tahun itu juga Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Pada tahun 1936 ia mula diperkenalkan di Sukan

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) Olimpik Berlin di Jerman. Selaku tuan rumah dan penyertaan yang julung kali, Jerman telah muncul juara. Pada tahun 1938, Jerman turut muncul sebagai juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia dengan penyertaan 10 buah negara. Pada tahun 1946 IAHF ditukar nama kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Bermulanya pada tahun 1956 undang-undang yang dipakai pada Kejohanan Bola Baling Dunia diubahsuai dan digunapakai sehingga kini.

Sejarah Bola Baling Malaysia

Sejarah permainan bola baling Malaysia bermula pada tahun 1976 dimana Encik Lim Hock Hang telah memperkenalkan sukan ini kepada satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor. Beliau berkhidmat sebagai pengarah Pendidikan Selangor dan seterusnya di Universiti Malaya. Pada tahun 1978, Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan sendiri oleh beliau. Bermulanya dengan langkah ini, kursus-kursus bola baling untuk guru-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajarpelajar sekolah seluruh Malaysia. Tahun 1982 merupakan detik bersejarah apabila kejohanan pertama pertandingan terbuka bola baling diadakan yang dianjurkan oleh Wilayah Persekutuan dan Selangor. Kejohanan ini disertai sebanyak 12 buah pasukan dari Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Berikutan dengan kejohanan ini, bermulanya penubuhan persatuan bola baling negeri dan pada pada tahun 1985 Persekutuan Bola Baling Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Pada masa kini permainan bola baling merupakan acara wajib yang dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) . Bahagian Sukan di Jabatan

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) B : TUJUAN

Kerajaan teleh memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian kejohanan mini bola baling SK Runchang diadakan disuaikan dengan umur murid-murid 7 hingga 12 tahun. Matlamat kejohanan ini adalah untuk memperkenalkan mereka dengan permainan bola baling di kawasan yang lebih kecil, bola yang bersesuaian dan disiplin permainan yang mudah difahami oleh mereka. Permainan bola baling mini ini juga menitikberatkan aspek permulaan permainan kanakkanak dalam pergerakan semulajadi mereka seperti bermain, membuang, tangkap, menjaring pada satu kaki, keseimbangan, lompat, lompat sekitar, membuat putaran, dribble dan keseronokan bermain dengan rakan. Mini bola baling adalah permainan yang memenuhi keperluan semula jadi kanak-kanak dalam pergerakan melalui latihan berterusan dalam aktiviti bermain sepanjang masa. Selain itu juga kejohanan ini memberi peluang dan pengalaman kepada mereka di mana keputusan perlawanan tidak penting kerana tujuan asal adalah untuk menguji kemahiran mereka. Kejohanan ini turut melatih diri murid-murid dengan aktiviti fizikal yang berterusan dan pengalaman yang positif akan mendorong mereka berterusan dengan aktiviti sukan di masa hadapan. Penganjuran kejohanan ini juga menyediakan peluang kepada guru-guru dengan pengalaman serta ilmu pengetahuan permainan bola baling. Guru-guru dapat belajar undangundang permainan serta teknik kejurulatihan yang betul dalam meningkatkan kualiti kerja, sahsiah dan etika perguruan itu sendiri. Penganjuran ini juga melatih guru-guru dalam penyediaan organisasi yang cemerlang dalam apa-apa kejohanan yang sedang dan bakal dijalankan di masa hadapan.

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) C : OBJEKTIF

Objektif Am Mengadakan kejohanan mini bola baling SK Runchang sebagai persediaan murid untuk mewakili sekolah pada kejohanan peringkat daerah.

Objektif Khas 1. Objektif kejohanan adalah memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan

pertumbuhan fizikal, mental, sosial dan emosi murid. 2. Ia juga akan mengembangkan had kebolehan diri murid serta hubungan dengan persekitaran mereka. 3. Murid juga dapat menyedari peranan sukan dalam kehidupan bermasyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian sebagai peserta. 4. Selain itu, murid dapat menanam sikap bertanggungjawab, semangat kekitaan dan minat terhadap sukan yang diceburi. 5. Memberikan pengalaman baru kepada para peserta dalam menjalani latihan yang berteraskan ujian kecekapan dan kemahiran.

Adalah diharapkan kejohanan ini mencapai objektif dan matlamat dasar yang digariskan. Sehubungan dengan itu, kejayaan ini amat bergantung kepada kepekaan peserta untuk memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) D : TARIKH, TEMPAT, MASA

Kejohanan mini bola baling ini akan dilangsungkan seperti berikut :-

Tarikh Hari Tempat Masa Jenis Pertandingan

: 9 November 2013 : Sabtu : Padang SK Runchang : 7.30 pagi 5.00 petang : Tertutup SK Runchang 2013

Bentuk Pertandingan : Liga 1 pusingan

Jadual Kejohanan

MASA 7.00 pagi 7.15 pagi 7.45 pagi 7.50 pagi 8.00 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi 1.00 petang

PROGRAM Pendaftaran peserta Sarapan pagi Ketibaan tetamu jemputan Ucapan Guru Besar Ucapan tetamu jemputan Gimik pelancaran Acara bermula Berhenti rehat, makan tengah hari

2.00 petang 4.30 petang 5.00 petang

Acara bersambung Penyampaian hadiah Bersurai

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) E : BILANGAN PASUKAN

Setiap rumah sukan dikehendaki menghantar enam (6) pasukan untuk setiap kategori umur dan jantina yang dipertandingkan. Bagi pasukan lelaki dan perempuan wajib menghantar pasukan yang terdiri daripada 12 orang ahli pasukan mengikut kategori umur yang telah ditetapkan. Semasa permainan, 7 orang pemain termasuk seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pemain simpanan boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain simpanan masuk. Kategori A : a) Kategori 11-12 tahun Lelaki b) Kategori 11-12 tahun Perempuan Kategori B a) Kategori 9-10 tahun Lelaki b) Kategori 9-10 tahun Perempuan Kategori C a) Kategori 7-8 tahun Lelaki b) Kategori 7-8 tahun Perempuan

Bilangan Rumah : a) Rumah Merah b) Rumah Biru c) Rumah Hijau

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) F : BILANGAN PEGAWAI

Setiap guru dan kakitangan SK Runchang terlibat secara langsung dalam menjayakan kejohanan mini bola baling ini. Dua jawatankuasa ditubuhkan secara rasmi bagi memastikan perjalanan kejohanan dapat diadakan dengan lancar dan sempurna.

AJK Induk 1. Pengerusi : En. Ismail Bin Md. Yassin (Guru Besar) 2. Timbalan Pengerusi : Pn. Kartini Binti Daud (GPK Ko Kurikulum) 3. Naib Pengerusi : En. Mohd Kamarulhuda Bin Taib (GPK Pentadbiran) dan Pn. Sharifah Aini Binti Syed Idrus (GPK HEM) 4. Setiausaha Ko-Kurikulum : En. Suffian Bin Abdul Malik @ Zulkifli 5. Penolong Setiausaha : En. Mohd Sazali Bin Samasudin 6. Setiausaha Sukan : En. Nasim Bin Ishak@Yamin 7. Penyelaras Gerko Bola Baling : Pn. Sharifah Aini Binti Syed Idrus

AJK Pelaksana 1. Juruteknik Pertandingan a. En. Nasim Bin Ishak@Yamin b. En. Mohd Sazali Bin Samasudin c. En. Suffian Bin Abdul Malik @ Zulkifli 2. Persiapan Tempat Dan Siar Raya a. En. Ahmad Zalmi Bin Ngah b. En. Samuel Isaiah A/L Joel Christie Isaiah c. En. Atah Asraf Bin Arsad d. En. Mohd Sahaimi Bin Zainal e. En. Wan Shahirul Bin Wan Saupi f. Semua Warga Kerja SKRU

10

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) 3. Hadiah Dan Cenderahati a. Cik Sahana A/P Chan Jau Jong b. Pn. Zuria Binti Masri c. Pn. Noorjuliana Binti Mahyiddin d. Y.M Tg. Faizura@Nadirah Binti Hj. Tg. Langgi 4. Penyelaras Peserta a. Pn. Fauziah Binti Yeok Penuk b. Cik Siti Kamilah Binti Radzlan 5. Pengadil Pertandingan a. En. Ahmad Zalmi Bin Ngah b. En. Muhammad Noor Bin Ab. Hamid c. En. Suffian Bin Abdul Malik @ Zulkifli d. En. Mohd Sazali Bin Samasudin e. En. Mohd Kamarulhuda Bin Taib f. En. Mohd Naim Bin Saadon 6. Pencatat Dan Statistik a. Pn. Noor Azlina Binti Ahmad b. Pn Noor Suryati Binti Yaacob 7. Pencatat Masa a. Cik Wan Nur Shaidah Binti Wan Razali b. En. Mohd Hafizi Bin Ramlee 8. Pengurus Pemenang a. Cik Siti Norakmar Binti Omor b. Cik Umi Nurzura Binti Jaafar 9. Publisiti a. Tn. Haji Mohamad Rosli Bin Long 10. Jamuan/Kudapan a. Pn. Hanisah Binti Wanasan b. Cik Nurhafizah Binti Bahrin 11. Pengacara Majlis a. Cik Roswatini Binti Ab Wahab

11

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) 12. Disiplin Dan Kawalan Murid a. En. Ramli Bin Arnan b. En. Mohd Sahaimi Bin Zainal c. Pengawal Keselamatan 13. Buku Program a. En. Mohd Naim Bin Saadon 14. Penyambut Tetamu a. Tn. Haji Mohamad Rosli Bin Long b. Pn. Kartini Binti Daud c. Pn. Sharifah Aini Binti Syed Idrus

G : PERALATAN SISTEM PERTANDINGAN

1. Bola : Bola yang digunakan dalam kejohanan berbentuk bulat dan material daripada getah berwarna yang tidak terlalu keras. Bola yang digunakan seperti contoh dibawah tidak terlalu besar berbanding saiz bola sepak dan mudah dipegang oleh pemain. Saiz bola untuk kategori pemain adalah seperti berikut: a. Bola diperbuat daripada kulit dan berwarna. b. Saiz : Bola saiz 2 - Lelaki dan Perempuan Bawah 12

Gambarajah 1 : Contoh bola baling yang digunakan.

12

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) 2. Gelanggang : Tapak kejohanan bola baling mestilah rata dan keras agar lantunan bola lebih lasak dan padu. Bola baling boleh dijalankan di gelanggang bersimen atau berarket dalam tempat tertutup. Untuk kejohanan di SK Runchang, pemilihan padang berumput dijadikan tapak kejohanan kerana ia bersaiz besar dan lebih bersesuaian berbanding gelanggang simen yang sedia ada. Saiz gelanggang permainan dapat dikelaskan seperti berikut :a. Padang berbentuk segiempat bujur, panjang 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. b. Ia dibahagikan sama luas kepada dua bahagian oleh satu garisan tengah. c. Terdapat satu garisan berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol bagi kawasan gol. d. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 cm meter. e. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran sebenar 5 cm.

Gambarajah 2 : Saiz Gelanggang dan Ukuran

13

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN)

Gambarajah 3 : Agihan gelanggang

3. Gawang a. Kedudukan tiang gol perlu berada di tengah-tangah garisan gol. b. Tiang gol dalam kedudukan melintang panjang berukuran 3 meter dan tinggi tegak sepanjang 2 meter. c. Palang empat segi berukuran 3.16 meter merupakan penyambung kedua-dua tiang. d. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. e. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. f. Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm di bahagian lain tiang gol dan palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. g. Gol perlu dipasangkan dengan jaring.

14

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) h. Lebar kayu tiang gol dan palang ialah 8 cm.

Gambarajah 4 : Gawang Gol dan Ukuran

15

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) 4. Pemain Dan Pakaian a. Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. b. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. c. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan. d. Setiap pasukan bola baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 7 orang pemain gelanggang dan 5 pemain simpanan termasuk 2 orang penjaga gol. e. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor 1 hingga 20. nombor 1, 12, dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

Gambarajah 5 : Rekacorak pakaian pemain.

16

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) 5. Sistem Pertandingan

Bagi kejohanan mini bola baling SK Runchang pertandingan liga satu pusingan dijalankan bagi memilih pasukan yang terbaik sebagai persediaan untuk mewakili sekolah. Antara kriteria yang perlu ambil kira dalam sistem liga adalah seperti berikut : a. Masa yang panjang. b. Perbelanjaan yang mencukupi. c. Bilangan pengadil. d. Kemudahan dan peralatan. Syarat-syarat pertandingan liga mini bola baling SK Runchang :a. Setiap rumah dikehendaki menghantar 6 pasukan. b. Setiap pasukan akan bermain 2 perlawanan liga. c. Masa setiap perlawanan dipendekkan dari 20 minit kepada 10 minit tanpa rehat bagi setiap separuh masa. d. Pemain simpanan boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain simpanan masuk. e. Pemberian mata adalah seperti berikut :i. ii. iii. Menang : 3 mata Kalah : 0 mata Seri : 1 mata

f. Pasukan di kedudukan teratas diumumkan sebagai pemenang. g. Sekiranya mata didapati sama maka perbezaan jaringan diambil kira.

17

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) PASUKAN MERAH BIRU MERAH BIRU HIJAU HIJAU JARINGAN KENA MATA KEPUTUSAN

Jadual 1 : Liga mengikut kategori rumah dan umur

6. Peralatan

Bil Peralatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Bola Payung besar Bangku panjang Meja Kerusi Peti kecemasan Papan markah Jam randik Wisel

Jumlah 6 4 4 6 10 1 2 6 6 1 1 2 2 1

10. Sistem bunyi 11. Papan putih 12. Kad kuning 13. Kad merah 14. Pembesar suara mudah alih

Jadual 2 : Peralatan semasa pertandingan.

18

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) H : PERATURAN PERMAINAN

1. Gelanggang permainan : seperti yang telah dinyatakan di atas 2. Bilangan pemain : seperti yang telah dinyatakan di atas 3. Tempoh permainan : seperti yang telah dinyatakan di atas 4. Memainkan bola : a. Pemain dibenarkan i. Mengambil 3 langkah dengan bola ii. Pegangan bola maksimum 3 saat iii. Menjunam untuk mendapatkan bola iv. Menggelecek b. Pemain tidak dibenarkan i. Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola ii. Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola iii. Menggunakan anggota bawah lutut 5. Menghadang pihak lawan a. Pemain boleh menggunakan badan untuk mengadang pihak lawan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk sama ada dengan atau tanpa bola. b. Pemain tidak dibenarkan meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. c. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan. 6. Balingan ke dalam a. Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi sama ada di tanah atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. b. Balingan ini mestilah diambil dari tempat bola itu keluar dengan sekurangkurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. c. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.

7. Balingan ke dalam di sudut a. Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol.

19

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) b. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling. 8. Balingan pengadil a. Balingan akan diberikan apabila : i. Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan; dan ii. Bola direbut oleh kedua-dua pemain. 9. Balingan percuma a. Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. b. Balingan diambil dari tempat kesalahan itu berlaku kecuali :i. Apabila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter balingan dibuat diluar garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan. ii. Apabila berlaku kesalahan penggantian Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang (mana-mana yang memberikan kelebihan kepada pihak lawan). iii. Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9 meter. iv. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol. v. Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan. 10. Balingan 7 meter (penalti) a. Balingan ini diberikan apabila; i. Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan

ii. Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. iii. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan. iv. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya

20

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) 11. Balingan gol a. Balingan ini diberikan apabila i. Bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol dan ii. Bola dibaling keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang. 12. Hukuman susulan a. Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuman yang lebih berat. b. Antara hukuman yang boleh diberikan ialah Amaran (Kad Kuning), 2 minit penggantungan, penyingkiran dan pembatalan.
(Peraturan bola baling dirujuk daripada Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah : Bola Baling, Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia )

21

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) I : BAJET

Sumber Kewangan : BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. SUMBER Sumbangan Sekolah Sumbangan PIBG Sumbangan JAKOA Sumbangan ADUN Sumbangan ECER Tajaan Pembekal : Air Mineral Yuran Penyertaan Murid : RM 2 x 216 peserta JUMLAH : RM 1500 : RM 1000 : RM 500 : RM 500 : RM 500 : RM 240 : RM 432

JUMLAH KESELURUHAN : RM 4672.00

Anggaran Perbelanjaan : Anggaran kasar perbelanjaan adalah sebanyak RM 4397.00 BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 PERKARA Baju peserta Medal Piala Pemain harapan L/P Makanan dan minuman Cenderamata perasmi Topi pegawai Runcit 1 40 RM 30.00 RM 3.00 KUANTITI 216 Helai 216 6 6 HARGA SEUNIT RM 8.00 RM 3.00 RM 20.00 RM 5.00 JUMLAH RM 1728.00 RM 684.00 RM 120.00 RM 30.00

RM 1635.00 RM RM RM 30.00 120.00 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 4397.00

22

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) Perincian Perbelanjaan :

1. Baju Peserta Rumah Rumah Merah Rumah Biru Rumah Hijau Bilangan 72 peserta 72 peserta 72 peserta Harga Sehelai RM 9 RM 9 RM 9 Jumlah RM 684 RM 684 RM 684

JUMLAH KESELURUHAN RM 1944.00

2. Medal Peserta Rumah Rumah Merah Rumah Biru Rumah Hijau Bilangan 72 peserta 72 peserta 72 peserta Harga RM 3 RM 3 RM 3 Jumlah RM 216 RM 216 RM 216

JUMLAH KESELURUHAN RM 684.00

3. Piala Rumah Kategori A (L/P) Kategori B (L/P) Kategori C (L/P) Bilangan 2 Piala 2 Piala 2 Piala Harga Seunit RM 20 RM 20 RM 20 Jumlah RM 40 RM 40 RM 40

JUMLAH KESELURUHAN RM 120

4. Pemain Harapan Rumah Kategori A Kategori B Kategori C Bilangan 2 2 2 Harga Seunit RM 5 RM 5 RM 5 Jumlah RM 10 RM 10 RM 10

JUMLAH KESELURUHAN RM 30

23

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) 5. Makanan dan Minuman a. Sarapan Pagi ( Nasi Lemak dan Air Milo)

b. Makan Tengahari (Nasi, Ayam, Sayur dan Air Kotak) c. Air Mineral Rumah Rumah Merah Rumah Biru Rumah Hijau Tetamu dan Guru Air Mineral Kecil Bilangan 72 72 72 45 20 Karton Harga Seunit RM 5 RM 5 RM 5 RM 7 RM 12 Jumlah RM 360 RM 360 RM 360 RM 315 RM 240

JUMLAH KESELURUHAN RM 1635

6. Lain-lain Bil. Cenderamata Perasmi Topi Pegawai Runcit ( Pen Marker, Wisel, Kertas Manila) JUMLAH KESELURUHAN RM 200 Bilangan 1 40 Harga Seunit RM 30 RM 3 Jumlah RM 30 RM 120 RM 50

24

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) J : PENUTUP

Adalah diharapkan Kejohanan Mini Bola Baling SK Runchang pada tahun ini mencapat objektif dan matlamat dasar yang digariskan. Sehubungan dengan itu kejayaan ini amat bergantung kepada kepekaan setiap perserta dan jawatankuasa pengelola untuk memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ribuan terima kasih dirakamkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan kejohanan ini. Penghargaan disampaikan secara khasnya kepada PIBG sekolah, JAKOA, Klinik SK Runchang, ECER serta Syarikat Pembekal yang memberi sumbangan sewajarnya dalam kejayaan program ini. Diharap kepada semua ahli jawatankuasa dan peserta dapat mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan semasa kejohanan ini diadakan. a) Guru rumah bertanggungjawab terhadap ahli rumah masing-masing. b) Wakil PIBG dijemput bagi membantu pihak sekolah mengawal ahli dan pelawat luar. c) Pembantu perubatan/Jururawat Desa dijemput bagi membantu atau merawat ahli sekirannya berlaku kecederaan. d) Surat kebenaran ibu bapa diedar kepada semua ahli.

25

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) K : LAKARAN

Gambarajah 4 : Lokasi kejohanan

Gambarajah 5 : Banner kejohanan

26

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) Disediakan oleh :

( PN. SHARIFAH AINI BINTI SYED IDRUS ) Setiausaha, GERKO Bola Baling, SK Runchang,Pekan Pahang Darul Makmur

Disemak oleh :

(PN. KARTINI BINTI DAUD) Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum SK Runchang,Pekan Pahang Darul Makmur

Disahkan oleh :

(EN. ISMAIL BIN MD. YASSIN) Guru Besar SK Runchang,Pekan Pahang Darul Makmur

(3451 patah perkataan)

27

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN)

LAMPIRAN Borang Penyertaan

KEJOHANAN MINI BOLA BALING SKRU 2013


BORANG PERTANDINGAN (NAMA PESERTA) TARIKH: _____________
NAMA ACARA KATEGORI PERINGKAT MASA : : : : Bola Baling Lelaki A/B/C Perempuan A/B/C

NO.

NAMA

RUMAH

TAHUN

UMUR

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

28

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN)

KEJOHANAN MINI BOLA BALING SKRU 2013


BORANG KEPUTUSAN (MENGIKUT RUMAH DAN KATEGORI) TARIKH: _____________
NAMA ACARA KATEGORI PERINGKAT MASA : : : : Bola Baling Lelaki A/B/C Perempuan A/B/C

PASUKAN MERAH BIRU MERAH BIRU HIJAU

HIJAU

JARINGAN KENA

MATA

KEPUTUSAN

BORANG KEHADIRAN KEJOHANAN MINI BOLA BALING SKRU 2013


BIL NAMA TAHUN

29

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) BIBLIOGRAFI

Barbara Schrodt. (2007). Regulations for IHF Competitions. International Handball Federation.

Bernath E.Philips. (2010). Fundamental Handball. Sunvillage Publications.

Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah : Bola Baling. Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Reita E. Clanton. Mary Phyldwight. (1997). Team Handball Step To Success. Human Kinetics Publishers.Inc.

http://pkq.upsi.edu.my/v2/images/buku_panduan.pdf

http://www.salfordhandball.org.uk/Handball_History/handball_history.html

http://sklikashandball.wordpress.com/teknikal/sejarah-bola-baling/

http://www.mediafire.com/view/xw3dzwtgwtvxbw3/02+bola+baling.pdf

http://www.moe.gov.my/bsukan/images/stories/pdf/bolabalingsm.pdf

http://sklikashandball.wordpress.com/teknikal/sejarah-bola-baling/

http://www.scribd.com/doc/13592634/Asas-permainan-bola-baling

http://ketahui1murid1sukan.wordpress.com/tag/modul-bola-baling/

30

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN) http://bolabaling.blogspot.com/

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-bola.html

http://unitsukansmksemerah.blogspot.com/2012/10/kemahiran-dalam-bola-baling.html

http://chedinpjk.blogspot.com/2012/08/kemahiran-asas-menghantar-bola-baling.html

31