Anda di halaman 1dari 10

MINGGU 2 BMM 3105 | Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Apa itu Enjin Pencari? Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat. Enjin pencari dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan. Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan. Tujuan dan Jenis Enjin Pencari Tujuan (konteks pendidikan) Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif. Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan. Jenis enjin pencari www.google.com www.yahoo.com www.teoma.com

Dimanakah enjin pencari dapat dilihat: tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah, Contoh 1:

Contoh 2:

Cara Mengkategorikan Maklumat: Video Gambar Ruangan Lagu Multi Permainan Perniagaan Bagaimana mendapat maklumat di internet 1. Mengenalpasti tajuk. 2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari. 3. Memilih enjin pencarian yang tepat. 4. Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan) 5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

MINGGU 3 BMM 3105 | APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

ETIKA KOMPUTER Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat MASALAH MORAL DAN ETIKA Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu: Penggertak Penyalahgunaan internet Virus Hak cipta Perisian cetak Rompak Penggertak: Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan. Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan Penyalahgunaan internet Konsep langit terbuka yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja. Virus: Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer. Hak cipta terpelihara Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undangundang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu Perisian cetak rompak: Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER Keseimbangan keizinan temaklum keadilan Meminimumkan risiko PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT 1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain. 2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain. 3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain. 4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri. 5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu. 6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah 7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran. 8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri. 9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan. 10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain. CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER 1. Bukakan Microsoft Publisher 2007.

. Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudianpilih BROCHURE. 3. Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih ialah Bubble

Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat

SSetelah itu masukkan butiran seperti: Tajuk program yang akan diadakan Nama penaja Tarikh dan hari program akan diadakan Aktiviti yang akan dijalankan Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan

Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.

MINGGU 4 BMM 3105 | Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada bukubuku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:

Bahan sastera Bahan tatabahasa Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Memilih Bahan Sastera Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:

Syair Pantun Seloka Gurindam Puisi Cerita Pendek

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti: i. Intelek ii. Emosi iii. Imaginasi iv. Teknik

Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspekaspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:

Pemilihan bahan tatabahasa

Tatabahasa

merupakan ialah

bidang

yang

menumpukan

perhatian

terhadap

pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa. Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa

Jenis-jenis tatabahasa

Kata nama Kata Hubung Kata kerja Kata sendi nama Kata nama khas

Pemilihan bahan Am Bahan am merupakan bahan yang kandungannya selain daripada sastera dan juga tatabahasa. Sebagai contoh, grafik, audio, artikel dan juga video.

Anda mungkin juga menyukai