Anda di halaman 1dari 11

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANG

PISMP Muzik Sem 4 Koh Chuhan Ooi Juo Yin Ooi Ying Hui Tan Hui See Teing Shu Er

Sentuhan

Hidu

Mendengar

KEPEKAAN DERIA

Rasa

Melihat

Sentuhan
Biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Perkembangan psikomotor sebelum berbahasa. Aktiviti yang dapat dilaksanakan
Seni visual: melukis gambar di atas kertas atau kanvas. Muzik : mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Pergerakan: mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh.

Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.

Mendengar
Deria telinga. Aktiviti yang dijalankan
Seni visual: melukis berdasarkan apa yang telah didengar Muzik: mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Pergerakan: membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

Melihat
Deria mata yang melibatkan pengamatan dan pemerhatian. Seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Bagi orang buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya. Dengan melihat, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar
mengetahui ciri-cirinya mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual.

Rasa
Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsangan apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan pergerakan.

Hidu
Hidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi. Guru boleh merancang strategi dengan cara-cara berikut: (a) Kebolehan Mental Pelajar - untuk memastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru. (b) Pendekatan Pengajaran Antaranya ialah: (i) Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. (ii) Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. (iii) Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

Proses Ringkas Pengamatan dan Persekitaran

Situasi Tepi Laut

Situasi Stesen Keretapi

Situasi Pasar Malam

Anda mungkin juga menyukai