Anda di halaman 1dari 2

BALINGAN BOLA Terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan

bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut : a) Hantaran bahu b) Hantaran lantun c) Hantaran aras dada d) Hantaran lompat e) Hantaran sisi HANTARAN BAHU Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya. HANTARAN LANTUN Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan. HANTARAN ARAS DADA Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

HANTARAN LOMPAT Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

HANTARAN SISI Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar. PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut: a) Suai-masa (timing) bilakah bola patut dilepaskan? b) Ketepatan adakah bola ditujukan kepada sasarannya? c) Arah ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif? d) Kekuatan sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?