Anda di halaman 1dari 1

Segala puji bagi Allah swt, tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas

junjungan besar Nabi Muhammad sa.w. dan ke atas keluarga serta para
sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, kami mulakan majlis kami pada hari ini dengan berdoa dan
bermunajat memohon kepadaMu agar program Permuafakatan bersama ibu
bapa penjaga pelajar-pelajar tingkatan 3, SMKSI akan berjalan dengan lancar
dan mencapai matlamatnya.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ampunilah dosa kami, pimpinlah kami menjadi hamba-hambaMu yang sentiasa
mentaatiMu dan juga sebagai ibu bapa yang perihatin terhadap masa depan
anak-anak. Suburkanlah dalam hati-hati kami rasa tanggungjawab terhadap
amanatMu dalam mendidik anak-anak, kerana mereka adalah aset yang sangat
berharga buat kami untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Kurniakanlah kepada kami anak-anak yang soleh yang bakal menjana dan
mewarnai negara tercinta ini dengan generasi yang beriman dan bertaqwa,
cintakan ilmu pengetahuan, berhati mulia dan berbudi luhur.


Peliharalah anak-anak kami daripada terjebak dalam kencah kemaksiatan di
dunia yang serba mencabar ini.
Ya Allah, kami mohon kepadaMu agar pertemuan pada hari ini menjadi
pertemuan ukhuwwah serta mengeratkan persahabatan sesama kami.
Tautkanlah hati-hati kami supaya dapat bersatu mengembeling tenaga
membantu pihak sekolah membina kecemerlangan anak-anak kami.