Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Umur Murid Mata Pelajaran Tema Tajuk

: 9 Februari 2011 : 12.30 - 1.00 ptg : 2 Cergas : 20 orang : 8 tahun : Bahasa Melayu : Kesihatan : Makanan seimbang

Fokus Utama : 6.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i): Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.

Fokus sampingan : 6.2 Membaca dan memahami teks dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya penyampaian yang sesuai. Aras 2 (2): Menyatakan isi-isi penting teks yang dibaca.

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat : Membaca teks yang diberikan dengan sebutan, intonasi, dan gaya yang sesuai. Memahami teks yang diberikan dan dapat menyatakan isi-isi penting.

Kurikulum : (i) Ilmu : Pendidikan Kesihatan Pendidikan Moral (ii) Nilai : Kebersihan Kesedaran Keprihatinan

Bahan Bantu Mengajar i) ii)

Teks karangan berpandu Papan tulis

Pengetahuan Sedia Ada : i) ii) Contoh-contoh makanan yang berkhasiat. Kelebihan mengamalkan makanan seimbang.

Langkah /Masa Set induksi (5 minit)

Isi pelajaran Gambaran kepada tajuk pelajaran. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan topik yang akan dibincangkan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru memilih murid secara rawak untuk membaca teks. Guru bertanya kepada murid tentang teks yang diedarkan. Guru menyuruh murid yang dipilih secara rawak untuk membaca penerangan piramid makanan yang diedarkan. Guru menyuruh murid yang dipilih secara rawak untuk mengulangi semula langkah-langkah tersebut setelah gambar dipadamkan . Guru memberi latihan kepada murid iaitu membina karangan pendek atau ayat ringkas mengenai langkah-langkah membasuh tangan dengan betul. Guru memberikan penerangan secara ringkas kepada murid mengenai kebaikan dan keburukan akibat tidak mencuci tangan dengan langkah yang betul.

Catatan BBM: Teks .

Penerangan berdasarkan teks yang diedarkan.

Langkah 1 (10 minit)

Guru menayangkan gambar mengenai piramid makanan.

BBM: Teks yang diedarkan. Ilmu: Pendidikan Kesihatan. Nilai: Kesedaran. Keprihatinan.

Langkah 2 (10 minit)

Penerangan secara ilmiah kepada murid. Bertanya soalan tentang gambar yang dipaparkan.

BBM: Teks .

Nilai: Kesedaran. Keprihatinan.

Penutup (5 minit)

Kesimpulan

Guru meminta murid untuk menyatakan atau menceritakan semula kebaikan dan keburukan tersebut (murid yang dipilih secara rawak). Guru bertanya soalan yang ringkas kepada murid sebagai ulangkaji kepada keseluruhan tajuk.
Oleh : MOHD SAUFI BIN ARIS @ MOHD ARIS FARHAH SYAHIRAH BINTI SAHUDI NUR NAILAH BINTI SAMSOR

Anda mungkin juga menyukai