Anda di halaman 1dari 29

Terung pipit juga dikenali sebagai terung belanda dan terung mangas.

Ia dikenali sebagai Solanum torvum dan berada dalam famili Solanaceae. Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Di dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil. Ia merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Ada juga yang menanamnya secara kecilkecilan. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Buah mudanya juga boleh dibuat tumis dengan ikan bilis.

Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Daun Kesum
Posted by: admin In: Kesum

Kesum dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum minus h Polygonaceae.uds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas. Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk

merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersih

umbuhan yang dikenali sebagai daun Kadok di Malaysia ramai yang selalu tersilap untuk membezakan dengan sepupunya daun sirih. Daun Kadok sangat popular dan lebih digunakan dengan meluas. Piper sarmentosum kerap dibuat sebagai minuman untuk mengurangkan gejala penyakit malaria. Akarnya boleh dikunyah untuk menghentikan sakit gigi. Minumannya juga diketahui berkesan dalam merawat batuk-batuk, selesema, [...]
1 Comment 05 Aug, 2007

Daun kaduk-Piper sarmentosum


Posted by: admin In: Daun kaduk

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah.

Rumput Pak Laleng

Rumput yang disangka tidak berguna rupanya salah satu sayuran tradisional yang dimakan nenek moyang kita suatu masa dahulu. Penulis sendiri baru mengetahui rumput yang dikenali pak laleng ini boleh dimakan sebagai ulam. Terima kasih kepada rakan yang bersusah payah mengirimkan gambar di atas.

Daripada perkongsian rakan-rakan, rumput ini digelar dengan pelbagai nama mengikut tempat. Di sebelah utara ia lebih popular dengana nama capa lakleng manakala di sebelah pantai timur ia digelar pokok gedeber lembu. Lain-lain nama panggilan tumbuhan ini ialah pokok lembu kasi, bayam enggang, sawi enggang , sawi huma ,sayur bangali, Daun kencing kerbau , Pucuk Jeriah, dan orang Sarawak pula memanggilnya kemeh kerbo. Samada tepat atau tidak, anda sendiri yang tentukan. Penulis sendiri masih lagi kurang arif mengenai tumbuhan spesis ini. Daripada rujukan terdapat beberapa spesis yang menyerupai rumput ini. Antaranya ialah Emilia sonchifolia dan Erechthites hieracifolia. Adakah kedua-duanya juga boleh dimakan?

Daun Ketumpang Air


Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

Siapa sangka pokok yang tumbuh liar di dalam pasu dan celah-celah parit ini boleh dimakan sebagai ulam mahupun dibuat sayur. Lebih menarik lagi ia juga dijual di salah sebuah pasar di Sabah. Gambar di atas merupakan kiriman seorang rakan yang ingin mengetahui nama pokok ini dan khasiat penggunaannya. Pokok ketumpang air atau nama saintifiknya Peperomia pellucidmerupakan sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh di tempat lembap dan teduh. Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai pokok ini, anda boleh membacanya di sini.

Ada sesiapa yang menanam pokok kucai dalam pasu di rumah. Tahukah anda Kucai ( Allium schoenoprasum ) adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Kucai sememangnya terkenal sebagai penyedap masakan terutama dalam masakan mee goreng, cucur udang dan sebagainya. Khasiat Kucai mengandungi vitamin B dan C, dan karotin . Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Nama saintifiknya Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae dan ada juga yang menyebutkan sebagai hempedu bumi kerana rasanya yang amat pahit jika diramas dengan tangan. Begitu juga jika dijadikan jus, pahitnya akan melekat beberapa lama pada lidah seperti pahitnya petawali (Tinospora tuberculata). Antara khasiatnya yang paling mujarab ialah melegakan darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah dengan merebus daun, batang, akar serta bunganya dan airnya diminum oleh yang menderita sakit.

Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine,Devils Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagaifilodendron oleh kedai-kedai tumbuhan. Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura.

Bunga Cina - Gardenia jasminoides


Posted by: admin In: Bunga Cina

Penerangan

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 6 kaki dan sentiasa menghijau. Daunnya tersusun secara bertentangan dan tebal serta boleh memanjang sehingga 4 inci. Bunganya pula berwarna putih dan berbau wangi. Buahnya tumbuhan ini berwarna oren dan berbentuk oval dengan ukuran panjang 1.5 inci.
Kegunaan

Bunga digunakan sebagai ubat perancang keluarga oleh masyarakat Cina. Ujian yang dilakukan ke atas haiwan makmal mendapati ia boleh menghentikan proses kandungan pada peringkat awal kandungan.

Pokok Sambung Nyawa menurunkan tekanan darah tinggi


Posted by: admin In: @Koleksi Petua| Sambung Nyawa

Bagi saya pokok ini amat istimewa dan benar-benar memberi manfaat. Ini kerana baru-baru ini, suami saya disahkan oleh doktor pakar, mengidap darah tinggi dan kadar kolesterol yang agak tinggi. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Pokok Sambung Nyawa ini.

Caranya saya ambil 7 helai daun, rendamkan dengan secawan air panas dan beri minum pada pesakit selama beberapa hari, berselang dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Hasilnya, kembali normal, kadar kolesterol tidak pasti pula sebab kena buat ujian darah dulu.

Daun Mangkuk
Posted by: admin In: Daun Mangkuk

Daun Mangkuk atau nama saintifiknya Polyscias scutellaria biasanya banyak ditanam sebagai tanaman hiasan di rumah atau di pejabat. Selain daunnya yang menarik, ia juga dipercayai dapat melawaskan air kencing dengan meminum air rebusan akarnya. Selain itu, daunnya boleh ditumbuk lumat dan di tampal pada kepala bagi mengurangkan keguguran rambut.

Pokok Jeruju
Posted by: admin In: Jeruju

Herba di atas ini dikenali sebagai Jeruju atau nama saintifiknyaAcanthus ebracteatus. Ia dikatakan banyak terdapat di persekitaran tebing atau muara sungai yang mengalami air pasang

dan surut. Namun begitu, gambar ini diambil di kawasan semak di depan rumah nenek saya je. (He..he) Menurut pembacaan saya di dalam sebuah buku, ia mempunyai banyak khasiat. Air rebusan Akar dan Batang herba ini boleh diminum untuk merawat pelbagai penyakit kulit dan mengekalkan tubuh badan yang sihat. Air rebusan akarnya sahaja diminum untuk merawat demam panas yang kronik. Air rebusannya bijinya pula boleh diminum untuk merawat batuk dan bisul. Bijinya juga boleh direbus bersama bunga belimbing, tebu hitam, kayu manis dan gula batu lalu diminum sebagai ubat batuk. Sebenarnya banyak lagi khasiat tetapi saya huraikan sedikit sahaja sekadar pengetahuan. Antara khasiat lain ialah Daunnya boleh digunakan di dalam rumah untuk menjauhi makhluk halus semasa ibu bersalin. Seluruh bahagian pokok ini juga boleh dibakar dan abunya dicampur air sebagai alkali bagi menghasilkan sabun. Selain itu, daunnya juga boleh dicincang halus dan dijadikan makanan lembu.

Bunga Tasbih
Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan| Bunga Tasbih

Bunga Tasbih adalah sejenis tanaman berperdu, tingginya lebih kurang 2 meter. Bunga Tasbih mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah Canna Indica, Canna Generalis dan Canna Endulis. Untuk tujuan perubatan biasanya dari jenis Canna Indica Linn dicari. Bunga Tasbih besar dan keluar di hujung pucuk. Bunganya ada bermacam-macam jenis warna. Ada yang berwarna merah, kuning dan jingga. Khasiat bunga Tasbih terletak pada bunga, akar dan batangnya. Sama ada yang masih segar atau telah dikeringkan. la dipercayai boleh mengubati darah tinggi, sakit kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan. la juga dapat menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat. Caranya ialah dengan melumatkan akar pokok Tasbih dengan sedikit tepung pulut dan air lalu ditampalkan pada tempat

yang luka atau sakit. Amalan minum air rebusan umbi pokok Tasbih pula mampu meredakan buasir.

Bunga Ros Jepun


Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan

Artikel kali saya cuma nak update sejenis lagi tanaman hiasan yang popular ditanam di kawasan rumah. Pokok Bunga Ros Jepun nama saintifiknya Portulaca grandiflora merupakan tanaman jenis menjalardan amat mudah dibiakkan melalui keratan dan biji benih benih. Biji benihnya kecil seperti biji benih sawi. Pokok ini memang sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh. Bunganya biasanya mekar atau berkembang pada waktu pagi dan kuncup di sebelah petang. Terdapat pelbagai varieti warna bungayang terdiri dari merah, putih, kuning, unggu, merah jambu, dan jingga. Dari segi khasiat perubatan, daunnya dipercayai boleh digunakan bagi merawat luka ringan iaitu dengan menampal daun yang dilumatkan pada bahagian yang luka. Jika ada menanam tanaman ini di rumah, boleh kongsikannya di sini.

Lidah Buaya
Posted by: admin In: Lidah Buaya

Lidah Buaya adalah sejenis tanaman yang mudah tumbuh sama ada ditanam di dalam pasu ataupun di kawasan tanah lapang. la biasa dijadikan tanaman hiasan atau untuk tujuan perubatan. Pokok Lidah Buaya menjadi terkenal kerana ia dikomersialkan untuk dijadikan bahan kosmetik berguna bagi penjagaan dan penyubur. Daun Lidah Buaya panjang, runcing dan tajam di hujungnya. Daunnya tebal kerana di dalamnya mempunyai cecair atau lendir seperti jeli yang berkhasiat dan berguna. Tepi daunnya bergerigi dan berduri kecil dan pendek. Keseluruhan daun, akar, dan bunganya yang segar, baik untuk kesihatan. Lendir Lidah Buaya mampu mempercepatkan proses penggantian sel, mengelakkan jangkitan, merawat kudis, gatal-gatal dan menghilangkan parut. Sapukan lendir Lidah Buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya. Selain itu, jus Aloe Vera juga mampu mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, buasir, sembelit, sakit sendi, ulser, masalah ginjal dan banyak lagi. Wanita hamil ditegah meminumnya kerana ia boleh mengganggu kesihatan kandungan.

Kemangi
Posted by: admin In: Kemangi

Kemangi atau nama saintifiknya Ocimum sanctum Linn dari keluarga Lamiaceae /Labiatae adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok Kemangi merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah.

Pokok Letup Letup


Posted by: admin In: @Buah Nadir

Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora foetida adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh secara liar dan banyak di temui di kawasan ladang kelapa sawit, dan tanah terbiar. Di negara luar pokok ini lebih dikenali dengan nama Stinking Passionflower. Ini kerana tumbuhan ini dikatakan mengeluarkan bau yang kurang enak apabila diramas. Wakau bagaimanapun, pokok ini mempunyaibunga yang unik dan buahnya juga boleh dimakan apabila sudah masak. Sesetengah orang juga menggunakan pucuk pokok ini untuk dijadikan ulam.

Tumbuhan ini juga dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri dalam menyembuhkan sesuatu penyakit. Ia dipercayai dapat merawat gatal-gatal kulit dan luka. Bagi merawat gatalgatal kulit, ambil seluruh pokoknya, termasuk dengan akar nya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga ia menididh. Setelah air suam, airnya diambil untuk digunakan sebagai air basuhan. Dalam merawat luka, caranya adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu, dipupuk pada bahagian yang luka tersebut. p/s: Jika anda biasa makan buah letup-letup, boleh kongsikan cerita anda di sini..

Buah Ciplukan
Posted by: admin In: Artikel

Buah Ciplukan atau nama saintifiknya Physalis angulata mungkin sangat asing di kalangan masyarakat di Malaysia. Penulis sendiri sudah beberapa kali menemui tumbuhan ini dan juga sering terkeliru dengan pokok letup-letup (Passiflora Foetida). Namun, sesetengah orang juga mengenali pokok ini dengan panggilan letup-letup disebabkan buahnya yang boleh meletup apabila dipicit, sama seperti pokok letup-letup.

Khasiat Tongkat Ali


Posted by: admin In: Tongkat Ali

Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau ini (Asia Tenggara) sejak turun-temurun. Di Indonesia pokok ini dikenali dengan nama Pasak Bumi. Di Vietnam pokok ini dikenali dengan nama Cay ba binh yang bermaksud tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit. Memang tepat dengan panggilan yang diberikan kepada pokok ini kerana Tongkat Ali terbukti berhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Nama saintifiknya ialah Eurycoma Longifolia Jack. Di kalangan masyarakat kita, apabila sahaja disebut Tongkat Ali ramai yang mengaitkan dengan masalah keupayaan seksual lelaki. Rupa pokok Tongkat Ali hampir sama dengan pokok sentang. Batangnya lurus tegak, daunnya berpelepah dan sifat yang sangat ketara ialah akar tunjangnya besar dan lurus. Pokok yang berumur 10 -15 tahun, panjang akar tunjangnya boleh mencapai antara 6 - 9 kaki dan biasanya tidak mempunyai akar cabang. Mungkin itulah sebabnya maka pokok ini diberi nama Pasak Bumi. Tongkat Ali tumbuh secara semulajadi di hutan tropika yang berbukit bukau di negara-negara Asia Tenggara meliputi negara Myanmar, Thailand, Vietnam, Malaysia, kepulauan Borneo dan Indonesia. Dalam keadaan habitat asalnya pokok Tongkat Ali dikatakan lambat membesar. Untuk mencapai peringkat matang (berbunga) pertumbuhannya mengambil masa selama 10 -15 tahun. Bagi pokok yang ditanam di ladang peringkat matangnya adalah lebih awal iaitu antara 5 - 7 tahun. Dalam amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok Tongkat Ali sahaja yang digunakan. Akar yang dicabut akan dipotong nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan. Mengikut amalan tradisional, akar Tongkat Ali yang telah cukup kering direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan. Cara ini adalah amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan pati herba. Air rebusan Tongkat Ali ini diminum dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Tongkat Ali mempunyai pelbagai hasiat untuk penjagaan kesihatan badan. Khasiat utama akar Tongkat Ali ialah untuk kekuatan tenaga batin lelaki serta perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks. Banyak kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan dan ahli penyelidik luar dan tempatan berhubung dengan perkara ini. Dr. Bakti Nitisastro Taufik B.A dari Ka Puskesmas T.N Kodya Tanjung Balai, Indonesia membuat penyelidikan mendapati Tongkat Ali baik untuk kekuatan tenaga batin lelaki dan perempuan. Kajian kesan pengambilan akar Tongkat Ali secara berterusan mendapati pengamal mempunyai perjalanan darah yang lancar dan tidak menghadapi sakit urat saraf serta mempunyai daya tenaga badan yang luar biasa.

Pokok Kelulut
Posted by: admin In: Kelulut

Pokok Kelulut atau nama saintifiknya Urena lobata juga mempunyai keistimewaan dari aspek perubatan herba atau tradisional. Selain dikatakan dapat merawat sakit gigi ia juga dapat digunakan membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin.

Apa yang paling menarik, ia juga dipercayai dapat merawat penyakit najis berlendir. Caranya ialah dengan merebus akar atau daun pokok tersebut dan kemudian dicampur sedikit garam. Selepas itu anda boleh minum air rebusannya sehingga penyakit tersebut berkurangan.

Khasiat Pegaga
Pegaga merupakan sejenis ulam yang sememangnya sudah terkenal di negara kita. Kebiasaanya seluruh bahagian pegaga boleh dimakan iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya. Pegagamemang sudah diketahui umum mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi. Masyarakat Cina menamakannya Ching Chow Sui manakala orang India pula memanggilnya valeerai dan gotu kola. Nama-nama ini telah tercatat dalam manuskrip Ayurvedic di India lebih 4,000 tahun lalu dan Shennong Herbal di China sejak 2,000 tahun.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciriciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Di kenali sebagai makanan menjana kecerdasan otak, tumbuhan ini amat dipercayai mampu meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran. Seorang ahli farmasi Amerika Syarikat yang juga pakar pemakanan dan herba, Earl Mindel menyenaraikan pegaga dalam seratus herba yang berguna di dunia di dalam bukunya The Herbs Bible.

Pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit serta tekanan darah tinggi. Pegaga juga memberi kesan kepada beberapa tingkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku.

PAKAWALI atau tinospora cordifolia merupakan sejenis pokok tropika yang terkenal dengan rasa pahitnya dan tumbuh menjalar. Ia mudah dikenali daripada daunnya yang berbentuk jantung dan batangnya yang berduri. Sebagai sejenis tumbuhan yang tahan lasak, tumbuhan ini banyak ditemui di kampung-kampung dan taman-taman. Malah, pokok ini akan menakluk pagar anda jika dibiarkan begitu saja! Banyak jenis bahan kimia menarik telah didapati pada pokok ini dan ia telah menjadi bahan kajian. Pakawali digunakan dengan meluas dalam keadaan perubatan ayuveda, iaitu dalam sediaan herba untuk melawan jangkitan dan radang.Ia juga digunakan dalam rumusan tonik penambah tenaga dan pengubat lemah syahwat lelaki.

Dalam jamu Indonesia, ia digunakan dengan meluas dalam pelbagai tonik dan untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah. *Pelindung hati.Penyelidikan saintifik di India telah menunjukkan bahawa pakawali meningkatkan fungsi enzim hati, melindungi sel hati daripada aktiviti radikal bebas dan berkesan dalam rawatan penyakit hati kronik dan jaundis (penyakit kuning).

Pokok Tuba
Posted by: admin In: Tuba

Pokok Tuba atau nama saintifiknya Derris elliptica sering dikaitkan dengan aktiviti untuk menuba ikan. Pokok Tuba mengandungi Saponin digunakan sebagai racun ikan (tuba), menyebabkan lumpuh pada insangnya. Saponin steroidal di temui dalam banyak tumbuhan monokotilidon dan saponin triterpenoid banyak terdapat dalam dikotilidon. Saponin adalah bahan toksik yang kuat kerana ia mempengaruhi tindakan hemolitik yang kuat ke atas sel darah merah apabila dimasukan ke dalam saluran darah. Dari segi perubatan pula ia dipercayai dapat merawat jangkitan kutu dan merawat gatal-gatal. Caranya ialah tumbuk lumat daun pokok ini dan disapukan ke tempat yang bermasalah. Ada siapa pernah guna pokok tuba ini?

Pokok Kecubung
Posted by: admin In: Kecubung

Kecubung atau nama saintifiknya Datura fatuasa merupakan tumbuhan yang beracun jika dimakan. Walau bagaimanapun ia dipercayai dapat mengubati sakit gigi. Caranya ialah dengan menggunakan serbuk buah yang telah kering.

Selain itu ia dapat merawat sakit burut. Ada siapa tahu ke apa itu sakit burut? Saya pun tak tahu. Caranya ialah buah dibakar dan dituam pada tempat yang berkenaan.

Gambar di atas merupakan keadaan buah yang telah kering. Ada siapa yang biasa guna pokok kecubung ni?

Cekur Mas
Posted by: admin In: Cekur Mas

Cekur Mas atau nama saintifiknya Kaempferia pulchra merupakan tumbuhan yang mempunyai warna daun yang cantik dan berbeza dengan cekur biasa yang bewarna hijau. Kalau dijadikan sebagai tanaman hiasan pun menarik juga. Dari segi perubatan, Cekur Mas dipercayai dapat merawat penyakit kulit dan menstabilkan suhu badan selepas bersalin.

Khasiat Daun Sirih


Posted by: admin In: @Makanan Kesihatan| Sirih

Tahukah anda! khasiat daun apakah yang sering ingin diketahui oleh orang ramai? saya baru sahaja check menggunakan Keyword Tool di Google.. Rupa-rupanya ramai yang ingin mengetetahui khasiat daun sirih. Saya tidak pasti mengapa daun sirih ini disukai ramai. Walau apa pun.. kepada yang ingin mengetahui khasiat daun sirih.. di sini saya ceritakan serba sedikit tentang khasiatnya.. Sirih atau nama saintifiknya Piper betle sering digunakan dalam perubatan traditional Melayu. Biasanya, Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Daun sirih dimakan bersama-sama gambir dan kapur sebagai makanan harian pada waktu lapang. Kadang-kala ia dijadikan hidangan kepada tetamu.Walaupun begitu, dewasa ini bilangan penggemar sirih semakin berkurangan. Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna

hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman. Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas. Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal. Daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung. Selain itu, Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai pengeras, iaitu sebagai syarat yang diberikan kepada bomoh apabila bomoh itu mengubati seseorang pesakit. Ia juga dijadikan hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.

Keladi Bunting
Posted by: admin In: Keladi Bunting

Keladi bunting atau nama saintifiknya, Eichornia crassipes merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang begitu popular. Ia juga dikenali sebagai orkid air atau Water Hyacinth. Ia sejenis tumbuhan yang terapung dan dikatakan dapat membiak dengan cepat dalam tempoh 12 hari. Tumbuhan air yang berasal dari Amerika Selatan ini, mempunyai bunga yang seakan orkid dengan enam kelopak berwarna ungu, atau merah jambu keputihan. Ia amat sesuai membiak di kawasan berair atau keadaan berlumpur.

Kebiasaannya, pokok ini akan terapung-apung di atas air dengan menggunakan bahagian tangkai daun yang bunting dan mempunyai udara di dalamnya. Sekali pandang, batang daunnya tidak ubah seperti pelampung. Bagi mereka yang suka kepada hiasan laman,pokok keladi bunting mempunyai keunikkan yang tersendiri. Ia sesuai diletakkan di dalam kolam kecil, tempayan atau pasu besar.

Selain digunakan sebagai hiasan, daun dan batang keladi buntingjuga sering dijadikan bahan makanan untuk penternakan haiwan seperti lembu dan kambing. Terkini, daun dan batang tumbuhan ini juga dijadikan makanan untuk penternakan ikan termasuk ikan hiasan.

Akar mempelas rawat darah tinggi


Posted by: admin In: Mempelas

AKAR MEMPELAS atau Tetrcera indica mengikut nama botani adalah sejenis tumbuhan menjalar yang biasanya hidup subur pada tumbuhan lain. Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Baharuddin Alias, jika dipotong akarnya yang menjalar itu, tumbuhan herba ini akan mengeluarkan air. Airnya itu boleh diminum kecuali jika akar mempelas ini tumbuh pada kawasan tanah atau tumbuhan beracun, katanya. Akar mempelas sering ditemui dikawasan hutan. Permukaan daunnya agak kasar dan kesat seperti kertas pasir bila pokok sudah tua. Sebelum ujudnya kertas pasir, masyarakat dahulu sering menggunakan daun akar mempelas untuk melicinkan permukaan kayu ataupun kuku.

Bagaimanapun menurut Baharuddin, tumbuhan ini mempunyai khasiat yang cukup berkesan dalam merawat penyakit darah tinggi. Katanya, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tumpuan khasiatnya terletak kepada daunnya yang matang. Caranya ialah dengan memungut beberapa helai daun yang sudah matang direbus sehingga mendidih. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan. Tapi, rawatan ini lebih sesuai jika dijadikan amalan dalam menu pemakanan harian kita, katanya.

Paku Midin
Posted by: admin In: Paku Midin

Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain. Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar. Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempu-nyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan. Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu. Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi.

Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam. Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara

tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

Paku Pakis penyeri taman


Posted by: admin In: Paku pakis

Kebanyakan laman mempamerkan konsep landskap tertentu di mana spesies paku-pakis kelihatan mendominasi kehijauan semula jadi.Penggunaan warna kontra dan terang kurang digalakkan dari segi pembinaan landskap kejur atau landskap lembut dapat menimbulkan suasana ceria.Lantaran itu jika diteliti secara mendalam, kebanyakan laman kediaman menjadikan hijau dan natural sebagai latar belakang. Spesies paku-pakis sebagai tanaman pilihan hijau semula jadi merealitikan ketenangan dan keharmonian yang diilhamkan.Penggunaan paku-pakis jenis asplenium nidus, blechnum gibbum, davallia denticulata, nephrolepis dan nephrolepis exaltata sebagai penyeri laman disebabkan tumbuhan ini senang ditemui dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Sifat fizikalnya yang mudah tumbuh dan cepat subur antara alasan utama ia bagaikan raja pokok untuk setiap konsep.Kini spesies paku-pakis jenis asplenium nidus atau birds nest fern paling popular dan menjadi elemen tanaman terpenting sebagai tumbuhan asas untuk kolam buatan atau di tepi air berpancuran laman.Dominasi kolam dalam taman yang dihiasi spesies paku-pakis juga mampu membentuk persekitaran yang lebih sejuk ditambah dengan kawasan berangin.Bukan hanya penyeri kediaman, malah asplenium nidus juga sering dilihat mempamerkan landskap menarik dan mempesonakan saujana indah mata memandang di tepi jalan raya.Bukan itu sahaja, daunnya sangat popular dalam melengkapkan pelbagai konsep seni gubahan bunga. Pakis atau fern merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai 20 ribu spesies dalam divisyen Pteridophyta. Pakis merupakan tumbuh-tumbuhan vaskular, menghasilkan spora, tidak mengeluarkan bunga atau menghasilkan biji benih.Dalam rekod sejarah, pakis dipercayai telah mula wujud pada dua juta tahun lepas dan ini dibuktikan pada penemuan fern dalam fosil Carboniferous (ukuran masa geologi). Namun ada juga kenyataan yang menjelaskan bahawa pakis sudah mula tumbuh beratus juta tahun lepas. Berbanding tumbuh-tumbuhan berbiji benih, pakis tidaklah memainkan peranan yang begitu besar dalam sumber ekonomi namun kehadirannya turut penting. Banyak jenis pakis popular ditemui tumbuh dalam persekitaran yang agak lembap dan seterusnya digunakan sebagai penyeri taman.

Gleichenia truncata

Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan| Artikel

Tumbuhan yang anda lihat merupakan salah satu spesis paku pakisyang terdapat di Malaysia. Spesis ini berbeza dengan paku pakis yang biasa kita lihat kerana pakis ini lebih cantik kerana mempunyai dahan/daun yang bercabang-cabang (forked leaves).

Kebetulan saya baru terbaca terselak sebuah buku mengenai Ferns of the Tropics. Jadi terjumpa pula spesis pakis jenis ini. Barulah saya dapat mengenalpasti spesis paku pakis ini yang dikenaliGleichenia truncata. Pakis jenis ini biasanya ditemui di kawasan tinggi seperti di Bukit Fraser. Namun, ada juga ditemui di kawasan tanah rendah. Gambar ini saya rakamkan semasa ke Bukit Tinggibulan Julai yang lalu.

Bagi saya pakis jenis ini antara pakis yang unik yang pernah saya lihat. Kalau dijadikan tanaman hiasan pun cantik juga. Mungkin anda juga biasa melihat paku pakis jenis ini, boleh kongsikannya di sini

Paku Rawan
Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

Artikel mengenai paku rawan ini pernah saya tuliskan pada April 2010 lalu. Masa itu, saya mengenali paku rawan di pasar tani di Kg. Gajah, Perak. Macam-macam komen dan respon dari pembaca Blog ini mengenai tumbuhan yang hidup liar di kawasan berair terutama di tepi parit dan di sawah padi. Tumbuhan ini rupa-rupanya mempunyaipelbagai nama panggilan mengikut negeri. Nama lain bagi sayur tradisional ialah keladi merawan, keladi bunga keloyok, centongan(bahasa jawa), keladi sesenduk (daunnya menyerupai senduk), selimpat, kemelin, kelayau, genjer, keladi itik, lagung, samsir dan pelbagai lagi.

Sebenarnya saya memang biasa jumpa tumbuhan ini, cuma tidak tahu rupa-rupanya sayur tradisional ini boleh dijadikan Ulam dan pelbagai jenis masakan. Sayuran tradisional ini bukan sahaja didapati digunakan oleh masyarakat di Semenanung tetapi juga di Sabah Sarawak. Selain dijadikan ulam, antara cara-cara lain penggunaaan paku rawan ini ialah dicelur dan dijadikan sebagai sebahagian daripada sayuran pecal, masak tumis kering, gulai lemak, dijadikan bahan dalam sayur kerabu dan beberapa jenis masakan lain. Menurut beberapa pendapat menyatakan sayur ini tidak elok dimakan terlalu banyak kerana akan menyebabkan sakit kepala,sakit urat dan lenguh-lenguh badan.

pokok semalu
Posted by: admin In: Semalu

KALAU kita berjalan di kawasan-kawasan yang terbiar lapang ataupun halaman rumah sendiri, kita pasti ketemu dengan sejenis tumbuhan liar yang mangecut bila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu tetapi masyarakat di sebelah utara pula menggelarkannya dengan panggilan duri keman. Walau apa pun nama atau gelarannya, tumbuhan ini senang dikenali kerana ia dari jenis yang cepat mengecut apabila kita menyentuhnya. Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica L ini senang dikenali. Tandanya ialah apabila disentuh, ia akan mengecut, kata Pegawai Penyelidik MARDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin. Ternyata, beliau menambah, dengan sifatnya yang sebegitu, tidak hairanlah ramai yang kurang mengetahui tentang kelebihannya. Lebih-lebih lagi, ujarnya lagi ketika ditemui baru-baru ini, khasiat pokok semalu tersebut dari sudut penjagaan kesihatan diri. Tidak seperti sifatnya seperti malu-malu, khasiatnya dalam penjagaan kesihatan diri sememangnya terbukti sejak zaman-berzaman lagi, katanya.

Akar mempelas rawat darah tinggi


Posted by: admin In: Mempelas

AKAR MEMPELAS atau Tetrcera indica mengikut nama botani adalah sejenis tumbuhan menjalar yang biasanya hidup subur pada tumbuhan lain. Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Baharuddin Alias, jika dipotong akarnya yang menjalar itu, tumbuhan herba ini akan mengeluarkan air. Airnya itu boleh diminum kecuali jika akar mempelas ini tumbuh pada kawasan tanah atau tumbuhan beracun, katanya. Akar mempelas sering ditemui dikawasan hutan. Permukaan daunnya agak kasar dan kesat seperti kertas pasir bila pokok sudah tua.

Kemunting Cina
Posted by: admin In: Kemunting

Catharanthus roseus Mengandungi vinkristina dan lain alkaloids dengan melambatkan kesan ke atas leukemia. Rebusan daun dapat mengurangkan sakit haid & merawat gigitan serangga.

Bunga Melur
Posted by: admin In: Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian. Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu.caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih sebelum menyusukan bayi.Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.

Rumput kuda
Posted by: admin In: @Rumput

Rumput kuda (Panicum maximum ) Rumput kuda atau rumput guinea ialah sejenis rumput menegak, berakar dalam, mempunyai daun dan batang bunga yang panjang. Tingginya di antara 1.5 - 2 m . Terdapat beberapa jenis rumput kuda, iaitu kuda biasa, green panic, hamil, coloniao dan makuene. Di Malaysia, jenis yang biasa

ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun. Rumput ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/ha setahun dengan 11.9% protein kasar dan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur. Ia tahan pada naungan seperti kawasan di bawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung. Kebiasaanya rumput pastura dari jenis ini boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi untuk diberikan kepada ternakan seperi kambing. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging atau susu.

Pinang Kuning
Posted by: admin In: @Tanaman Hiasan| @Teknologi Pertanian

Pinang Kuning (Yellow Palm) merupakan sejenis palma yang banyak ditanam sebagai pokok hiasan kerana keseluruhan pokoknya kelihatan kekuningan. Ini memberi kesan landskap yang menarik bagi sesuatu kawasan samada di taman, kawasan kediaman atau perkarangan bangunan. Pokok pinang kuning atau nama saintifiknya Chyrysalidocarpus lutescens dikatakan berasal dari Madagascar. Pokok ini kebiasaanya dibiak melalui biji benih atau melalui keratan rumpunnya. Harga pokok ini di pusat semaian atau nursery boleh mencapai harga di antara RM25-RM100, bergantung pada saiz pokok tersebut.

Pokok Maman
Posted by: admin In: @Sayur Tradisional

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang dikatakan banyak ditanam di Terengganu dan Negeri Sembilan. Menurut pengusaha ulam-ulaman yang saya ketemui, maman juga banyak ditanam di Perak secara komersil bagi pembuatan jeruk. Sesetengah orang juga memasaknya seperti sayur biasa. Dari segi perubatan , biji yang direbus boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok mamanpula boleh dijadikan racun serangga. Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu. Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.