Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI PUSAT BERTAULIAH

Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran, samada institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh JPK untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS. Terdapat 5 kategori Pusat Bertauliah

Pusat Bertauliah Awam Pusat Bertauliah Swasta Pusat Bertauliah Industri Pusat Bertauliah Persatuan Pusat Ujian Tanpa Musnah (NDT) Program di Tawarkan Program-program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan . Tempoh Latihan Tempoh latihan minumum yang ditetapkan oleh JPK adalah seperti berikut :

Tahap 1 - 600 Jam Tahap 1 & 2 - 1200 Jam ( 1 Tahun ) Tahap 3 sahaja - 1200 Jam ( 1 Tahun ) Tahap 1,2 & 3 - 2400 Jam ( 2 Tahun ) bagi bidang yang NOSS bermula dari Tahap 1 Tahap 2 - 600 Jam bagi bidang yang NOSS TIDAK bermula dari Tahap 1 Tahap 2 & 3 - 1800 Jam ( 1 1/2 Tahun ) bagi bidang yang NOSS TIDAK bermula dari Tahap 1 Tahap 3 & DKM - 2400 Jam ( 2 Tahun ) + 3 Bulan OJT Tahap 2, Tahap 3 & DKM - 3600 Jam ( 3 Tahun ) + 3 Bulan OJT Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 & DKM - 3600 Jam ( 3 Tahun ) + 3 Bulan OJT Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3, DKM & DLKM - 5400 Jam ( 3 Tahun ) + 3 Bulan OJT + 3 Bulan OJT DKM Sahaja - 1200 Jam + 3 Bulan OJT bagi pelatih yang mempunyai Tahap 3 DLKM Sahaja - 1800 Jam + 3 Bulan OJT bagi pelatih yang mempunyai DKM

KELEBIHAN DAN KEGUNAAN STANDARD KEMAHIRAN

| Cetak | E-mel
Rabu, Feb 13 2013 Hits: 5611

Kegunaan dan Kelebihan Standard Kemahiran Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan. Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Kepentingan Kepada Majikan : i. Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir ii. Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja iii. Menilai prestasi pekerja iv. Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja v. Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing

Kepentingan Kepada Pekerja : i. Memberi maklumat skop tugas yang jelas ii. Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan iii. Membantu dalam peningkatan kerjaya iv. Menjadi penanda aras prestasi kerja v. Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya vi. Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian

Kepentingan Kepada Institusi Latihan Kemahiran / Pelatih : i. Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri ii. Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri iii. Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri iv. Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa v. Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih
NOSS Definisi NOSS

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
Ciri-Ciri Utama NOSS

Berasaskan keperluan pekerjaan. Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan. Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai