Anda di halaman 1dari 2

1 Jenis-jenis Ayat Pasif Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti

yang berikut:1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta) 2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb) 3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb) Perhatikan penerangan di bawah ini. a) Ayat Pasif Diri Pertama Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya. Ayat contoh: b) Rumah itu saya bina. b) Kereta itu kami beli. b) Jambatan itu aku robohkan. b) Ayat Pasif Diri Kedua Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Jam tangan itu kamu beli? 2. Kasut kulit itu awak gilap? 3. Buku novel itu anda baca? c) Ayat Pasif Diri Ketiga Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka. 2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam. 3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia. Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.

2 Ayat pasif untuk pelaku ketiga Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat pasif ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah. Memang ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua orang mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi aturan. Kesalahan yang biasa berlaku Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga dianggap betul. Salah Buku itu Ahmad baca. Surat itu abang hantar semalam. Kerja itu mereka mesti siapkan hari ini. Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri Betul Buku itu dibaca oleh Ahmad. Surat itu dihantar oleh abang semalam. Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari ini.

Kata kerja aktif memberi menyapu melukis membayar

Pasif diri pertama saya beri kusapu kami lukis kita bayar

Pasif diri kedua anda beri kausapu kamu lukis anda bayar

Pasif diri ketiga diberi disapu dilukis dibayar