Anda di halaman 1dari 50

1. CONTOH KARANGAN KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN Lihat rajah di bawah ini dengan teliti.

. Huraikan pendapat anda tentang faedah membeli barang buatan Malaysia. Huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

Jawapan Isi: 1. Mengurangkan pengaliran wang negara 2. Membantu usahawan tempatan 3. Memantapkan ekonomi negara Pelancaran kempen beli barangan buatan Malaysia pada tahun 1998 membuktikan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Campur tangan ini dianggap tepat dalam suasana ekonomi global yang pasang surut dan diramal bertambah gawat umpama gerhana dalam tempoh mendatang. Penggunaan barang buatan tempatan menyerlahkan pelbagai kebaikan kepada pengguna. Penggunaan barang buatan tempatan dapat mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara. Dianggarkan sebanyak RM 1.9 bilion setahun dapat dijimatkan jika rakyat menggunakan barang buatan tempatan dan mengurangkan import. Apabila berbelanja terhadap barang buatan tempatan, peniaga akan mendapat keuntungan dan sebahagian daripadanya disalurkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai. Seterusnya, penggunaan barang buatan tempatan akan memberikan nafas kepada usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan. Usahawan tempatan dapat mereka bentuk produk baharu yang lebih berkualiti untuk mengembangkan perniagaan. Produk berkualiti yang memenuhi cita rasa pengguna dapat dijual untuk menghasilkan keuntungan dalam tangan yang amat lumayan kepada usahawan tempatan. Selain itu, permintaan yang tinggi terhadap barang buatan tempatan akan memantapkan ekonomi negara. Permintaan yang tinggi membolehkan golongan usahawan termasuk pengilang, pemborong, peruncit membesarkan perniagaan yang dijalankan. Hal ini membolehkan lebih banyak rakyat tempatan memperoleh pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan untuk dibelanjakan dan ditabungkan. Kesimpulannya, rakyat tempatan perlu mengutamakan barang buatan tempatan yang diakui berkualiti dan murah harganya. Mengutamakan barang buatan tempatan akan dapat mengelakkan usahawan tempatan daripada hidup segan mati tak mau atau gulung tikar. Produk buatan tempatan bukan sahaja perlu dijual dalam negara bahkan dieksport ke luar negara bagi membuktikan bahawa usahawan kita bukan jaguh kampung semata-mata.
1

2. CONTOH KARANGAN RUMUSAN Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan lagu rakyat dan kepentingan usaha ini diambil. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan." Meskipun pencipta lagu-lagu rakyat tidak dapat dikenal pasti identitinya, tetapi lagu-lagu seperti Burung Kakak Tua, Enjet-Enjet Semut dan Burung Kenek-Kenek sudah lama dinyanyikan oleh masyarakat Melayu di negara ini. Suatu ketika dulu, lagu-lagu rakyat begitu popular dalam kalangan kanak-kanak, tetapi sedekad kebelakangan ini lagu ini dikatakan semakin terpinggir daripada terus dinyanyikan oleh generasi muda. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ramai kanak-kanak hari ini terutamanya golongan Melayu yang tidak mengetahui kewujudan lagu-lagu rakyat yang pernah menjadi siulan nenek moyang mereka suatu ketika dulu. Menyedari pentingnya usaha untuk memartabatkan lagu-lagu rakyat yang menjadi identiti masyarakat Melayu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) perlulah mengadakan kempen mencintai karya khazanah bangsa itu seperti yang telah diadakan sejak dua tahun lalu. Usaha untuk mengadakan Konsert Jelajah 07 ke seluruh negara yang meliputi negeri-negeri di Pantai Timur seperti Terengganu dan Pahang, termasuklah Sabah dan Sarawak baru-baru ini perlu diteruskan. Usaha jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) itu patut dipuji kerana mampu mendekatkan minat masyarakat terhadap lagu-lagu rakyat yang semakin dilupakan. Untuk membangkitkan minat rakyat terhadap lagu ini sebenarnya bermula pada peringkat usia muda. Lagu-lagu rakyat ini hendaklah didedahkan kepada rakyat Malaysia sejak mereka kecil. JKKN sepatutnya mengutamakan golongan kanak-kanak di kawasan bandar-bandar besar yang biasanya lebih terdedah dengan pelbagai jenis pengaruh hiburan moden dari luar negara. Hal ini demikian kerana, menyemai minat kanak-kanak terhadap lagu-lagu rakyat harus diserapkan pada peringkat awal lagi. Stesen televisyen tempatan pula hendaklah menyiarkan lagu rakyat ini sebagai selingan sebelum sesuatu rancangan atau program bermula. Kepada pencipta lagu pula, elemenelemen muzik komersial perlu disuntik dalam lagu rakyat bagi menarik perhatian golongan kanakkanak dan remaja meminatinya. Selain itu, pihak kerajaan hendaklah memilih ikon atau idola remaja sekarang untuk mempopularkan lagu rakyat. Hal ini demikian kerana ikon atau idola remaja tersebut mampu untuk membangkitkan minat remaja terhadap lagu-lagu ini. Kebiasaannya, peminat akan mudah terpengaruh dengan tingkah laku atau mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh idola atau ikon mereka. Sebagai contohnya, pihak KeKKWa hendaklah melantik Dafi atau Mawi menjadi ikon lagu rakyat kerana penyanyi ini diminati ramai di negara kita, terutamanya golongan muda. Perubahan ini perlu dilakukan kerana pelantikan penyanyi Zainal Abidin sebagai duta untuk mempromosikan lagu-lagu rakyat sejak tiga tahun lalu gagal untuk menarik minat golongan remaja meminati lagu ini. Cara yang dianggap berkesan juga adalah melalui pertandingan. Oleh itu, pertandingan lagu rakyat ini perlu diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Untuk menarik minat golongan muda menyertai pertandingan ini, hadiah yang lumayan perlulah disediakan. Sebagai contohnya, pertandingan yang bercorak program realiti seperti Akademi Fantasia, Mentor, Sehati Berdansa, dan sebagainya perlu diperkenalkan sesuai dengan perkembangan sekarang. Di sekolah pula, tajuk atau tema yang berkaitan dengan lagu rakyat perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran. Usaha Kementerian Pelajaran memasukkan tema Warisan Budaya dalam Pendidikan Sivik dan
2

Kewarganegaraan amatlah baik. Hal ini memberikan peluang kepada penulis buku teks tersebut memasukkan perbincangan tentang lagu rakyat setiap kaum di negara kita. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kempen martabatkan lagu-lagu rakyat Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN, UM24/12/2007) Soalan 2 (a): Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i. Apakah maksud rangkai kata tidak keterlaluan jika dikatakan? [2 markah] ii. Mengapakah pihak KeKKWa perlu melantik Ikon remaja kini untuk mempromosikan lagu rakyat? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan lagu rakyat semakin dilupakan oleh masyarakat? [4 markah] Jawapan soalan 1: Pengenalan: Petikan menyatakan langkah-langkah untuk memartabatkan lagu rakyat di negara kita. Isi Tersurat: 1. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) perlulah mengadakan kempen mencintai karya khazanah bangsa itu. 2. Konsert Jelajah 07 ke seluruh negara perlu diteruskan. 3. Lagu-lagu rakyat ini hendaklah didedahkan kepada rakyat Malaysia sejak mereka kecil. 4. JKKN hendaklah mengutamakan golongan kanak-kanak di kawasan bandar-bandar besar. 5. Stesen televisyen tempatan perlu menyiarkan lagu rakyat ini dengan lebih kerap. 6. Elemen-elemen muzik komersial perlu disuntik dalam lagu rakyat. 7. Pihak kerajaan hendaklah memilih ikon atau idola remaja sekarang untuk mempopularkan lagu rakyat. 8. Pertandingan lagu rakyat ini perlu diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 9. Tajuk atau tema yang berkaitan dengan lagu rakyat perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran. Isi Tersirat - Kepentingan usaha ini diambil: 1. Dapat melestarikan lagu rakyat sebagai warisan budaya. 2. Dapat memberikan peluang kepada generasi sekarang untuk menikmati lagu khazanah bangsa. 3. Dapat meningkatkan minat rakyat supaya mengenali dan meminati lagu rakyat. 4. Dapat mengingatkan masyarakat tentang tanggungjawab mempertahankan kehadiran lagu rakyat di persada seni tanah air. 5. Dapat memajukan atau memberikan nafas baru kepada lagu rakyat. 6. Dapat memberikan peluang kepada penyanyi atau kumpulan muzik merakamkan lagu rakyat dalam album mereka.
3

Kesimpulan: Semua pihak mestilah bekerjasama untuk memartabatkan lagu rakyat agar lagu ini tidak pupus ditelan zaman. Jawapan soalan 2(a): i. Maksud rangkai kata tidak keterlaluan jika dikatakan ialah bukan sesuatu yang sekiranya dinyatakan/didedahkan. ii. Pihak KeKKWa perlu melantik Ikon remaja kini untuk mempromosikan lagu rakyat kerana

Ikon atau idola remaja tersebut mampu untuk membangkitkan minat remaja terhadap lagu-lagu ini. Peminat akan mudah terpengaruh dengan tingkah laku atau mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh idola atau ikon. Penyanyi ini diminati ramai di negara kita, terutamanya golongan muda. Punca-punca yang menyebabkan lagu rakyat semakin dilupakan oleh masyarakat? Ibu bapa tidak lagi menyanyikan lagu ini kepada anak-anak mereka. Masyarakat sekarang lebih terpengaruh dengan lagu-lagu moden. Ketiadaan usaha pihak kerajaan sebelum ini untuk mempopularkan lagu ini. Penganjur pertandingan lebih berminat menganjurkan pertandingan lagu-lagu moden. Media massa tidak menyediakan segmen atau rancangan untuk menyiarkan lagu rakyat. Tokoh penggiat lagu rakyat semakin kurang.

iii.

3. CONTOH KARANGAN - KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN Lihat jadual di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang jumlah kehadiran pelancong ke negara kita sepanjang tahun 2008 hingga 2011 berdasarkan jadual tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan Jumlah kehadiran pelancong ke negara kita sepanjang tahun 2008 hingga 2011 Tahun 2008 2009 2010 2011 Jawapan Isi:
4

Jumlah Pelancong 1.12 Juta 2.56 Juta 3.18 Juta 3.99 Juta

1. Menjaga dan mengekalkan keindahan pantai yang bersih dan cantik. 2. Memperbanyak tempat yang menarik di negara kita. 3. Mempromosikan makanan tradisi kita kepada pelancong asing. 4. Memastikan negara kita aman dan damai: Sektor pelancongan banyak menyumbang kepada kemajuan negara kita. Selain sektor pertanian, pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada pendapatan negara. Kehadiran pelancong ke negara kita menyebabkan pelbagai kegiatan yang berkaitan dengan ekonomi dapat dijalankan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi memastikan kehadiran pelancong ke negara kita sentiasa bertambah. Satu daripada caranya ialah menjaga dan mengekalkan keindahan pantai yang bersih dan cantik. Sebagai contohnya, negara kita banyak memiliki pantai yang menjadi tumpuan pelancong seperti Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan. Oleh sebab kawasan ini menjadi tumpuan pelancong, kita mestilah sentiasa menjaga dan memelihara kebersihan pantai tersebut. Jika pantai itu dicemari atau dikotori, pada masa akan datang, pelancong tidak akan mengunjungi tempat itu lagi. Selain itu, kita mestilah memperbanyak tempat yang menarik di negara kita. Untuk menjadikan negara kita sebagai destinasi pelancong, kita mestilah mempunyai tempat yang mempunyai daya tarikan. Sebagai contohnya, kita mempunyai Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas serta Bandar Pintar Putrajaya. Dengan adanya tempat-tempat seperti ini, pelancong akan tertarik untuk melancong ke negara kita. Cara yang lain ialah kita hendaklah mempromosikan makanan tradisi kita kepada pelancong asing. Pepatah Melayu menyatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contohnya, kita mempromosikan makanan tradisi kita yang istimewa seperti sate, lemang, dodol, dan sebagainya kepada para pelancong. Apabila pelancong dapat menikmati keenakan dan kelazatan makanan tradisi kita, mereka akan menyimpan hasrat untuk berkunjung ke negara kita lagi atau menceritakan keenakan dan kelazatan makan tradisi kita kepada rakan atau ahli keluarga mereka yang lain. Di samping itu, kita hendaklah memastikan negara kita sentiasa aman dan damai. Kita hendaklah memastikan persengketaan antara kaum tidak berlaku. Sebagai contohnya, pelancong tidak akan berkunjung ke negara kita jika pertelingkahan atau keganasan berlaku di negara kita. Oleh hal yang demikian, keadaan aman dan damai merupakan aset penting negara untuk menggalakkan kehadiran pelancong ke negara kita. Sebagai kesimpulannya, sektor pelancongan di negara kita mempunyai masa depan yang cerah untuk berkembang maju. Jadi, kita mestilah mengeksploitasikan segala kelebihan yang ada untuk menarik kehadiran pelancong ke negara kita. Oleh itu, kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan negara kita sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka di dunia. (246 Patah Perkataan)

4. Contoh Karangan Rumusan dan Pemahaman Berdasarkan Petikan Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan pemberian subsidi kepada rakyat dan faktor-faktor yang menyebabkan pemberian subsidi ini diberikan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan." Kerajaan negara kita merupakan salah satu kerajaan yang terbaik di dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan kita sentiasa berusaha meringankan perbelanjaan rakyat melalui pemberian subsidi. Oleh hal yang demikian, rakyat sentiasa bergantung pada subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Oleh sebab pemberian subsidi ini telah dimulakan sejak zaman berzaman, kerajaan pada hari ini begitu sukar untuk menghapuskan pemberian subsidi. Rakyat begitu sukar untuk melepaskan apa-apa yang sekian lama dinikmati walaupun menyedari hakikat, mereka tidak boleh selama-lamanya bergantung pada subsidi. Langkah untuk mengurangkan subsidi di negara ini bukanlah perkara baharu. Hakikat yang sebenarnya ialah rakyat berasa malu apabila dikaitkan dengan mentaliti subsidi. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu menyampaikan maklumat yang jelas dan rakyat dapat menerima rasional perlunya subsidi dikurang atau dimansuhkan. Pada hari ini, pembiayaan subsidi yang begitu besar menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam daripada Bank Dunia. Dengan pembayaran subsidi yang berterusan, kerajaan terpaksa menanggung hutang berpanjangan. Pada tahun 2009 yang lalu, kerajaan berhutang untuk menanggung subsidi yang berjumlah RM74 bilion. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kerajaan melihat bayaran subsidi ini semula khasnya berhubung subsidi sosial, makanan, tenaga dan infrastruktur termasuk tol. Kita yakin bahawa pengurangan atau pemansuhan subsidi ini akan melegakan akaun negara. Pemberian subsidi ternyata menyumbang kepada beberapa kesan negatif. Sebagai contoh, subsidi tenaga (petrol, gas cecair asli, LPG dan elektrik) mencatatkan jumlah RM23.5 bilion tahun lalu. Pemberian subsidi itu menyebabkan harga petrol lebih murah berbanding negara jiran. Sebagai akibatnya, bahan api itu diseludup ke negara jiran. Ini bermakna, Malaysia turut membiayai subsidi petrol rakyat negara jiran. Hal ini turut meningkatkan kos penguatkuasaan bagi melengkapkan keperluan logistik, membiayai kemudahan, penyelenggaraan serta pemantauan. Gula dan minyak masak juga dijual dengan harga subsidi. Sebagai akibatnya, pengguna mengambil gula secara maksimum dan kerap membazir. Pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan banyak rakyat Malaysia mengalami obesiti dan kencing manis yang turut menghasilkan pakej penyakit darah tinggi, jantung atau buah pinggang. Sebagai akibatnya, kos kerajaan membiayai subsidi perubatan meningkat. Penyeludupan gula ke negara jiran juga meningkat. Ini mencetuskan rentetan akibat yang saling berangkai dan rencam. Mengikut semangat asal, subsidi bermakna membantu pihak yang memerlukan. Tetapi, kini semakin jelas, subsidi kerajaan lebih banyak meliputi pihak yang berkemampuan atau dinikmati mereka yang tidak berhak. Sewajarnyalah kerajaan menggariskan kerangka kerja merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomik dalam perubahan sosiopolitik sekarang. Langkah itu juga akan mengelakkan pembaziran dan penyalahgunaan yang merugikan berbilion ringgit setahun. Umumnya, subsidi menyebabkan peningkatan defisit bajet dan hutang sekali gus mengancam keupayaan kerajaan melaksanakan pembangunan negara. Semua unsur negatif ini tidak sewajarnya dibiarkan berterusan. Menyusun semula keutamaan dalam soal pembiayaan subsidi akan membolehkan kerajaan lebih fokus membela golongan kurang berkemampuan seterusnya membina
6

masyarakat yang mampu berdikari. Merasionalisasikan subsidi juga bermakna melebarkan komitmen kerajaan meningkatkan taraf sosioekonomi setiap rakyat (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Minda Pengarang: Rasionalisasi subsidi mampu bina masyarakat berdikari , Berita Harian, 28 Mei 2010) Soalan 2 (a): Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. I. Berikan maksud rangkai kata mentaliti subsidi? [2 markah] II. Apakah kebaikan yang diperoleh jika kerajaan mengadakan penambahbaikan pemberian subsidi kepada rakyat? [3 markah] III. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya rakyat bebas daripada mentaliti subsidi? [4 markah] Jawapan: Soalan 1 Rumusan Pengenalan: Petikan membincangkan implikasi / akibat pemberian subsidi kepada rakyat. Isi Tersurat: 1. Rakyat berasa malu apabila dikaitkan dengan mentaliti subsidi. 2. Kerajaan terpaksa meminjam daripada bank dunia. 3. Kerajaan terpaksa menanggung hutang berpanjangan. 4. Bahan api itu diseludup ke negara jiran. 5. Meningkatkan kos penguatkuasaan bagi melengkapkan keperluan logistik, membiayai kemudahan, penyelenggaraan serta pemantauan. 6. Pengguna mengambil gula secara maksimum dan kerap membazir. 7. Kos kerajaan membiayai subsidi perubatan meningkat. 8. Penyeludupan gula ke negara jiran juga meningkat. 9. Subsidi kerajaan lebih banyak meliputi pihak yang berkemampuan atau dinikmati mereka yang tidak berhak. 10. Subsidi menyebabkan peningkatan defisit bajet dan hutang sekali gus. 11. Mengancam keupayaan kerajaan melaksanakan pembangunan negara. Isi Tersirat 1. Membantu golongan miskin. 2. Memenuhi tanggungjawab social kepada rakyat 3. Berkongsi kekayaan Negara dengan rakyat. 4. Membalas jasa rakyat yang telah bersatu dan bekerjasama untuk memajukan Negara. Kesimpulan: Semua pihak mestilah bekerjasama untuk memanfaatkan pemberian subsidi supaya subsidi dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. Jawapan: Soalan 2(a) Petikan Umum
7

I. II. 1. 2. 3. 4. III. 1. 2. 3. 4. 5.

Maksud rangkai kata mentaliti subsidi: Minda yang mengharapkan bantuan. Kebaikan yang diperoleh jika kerajaan mengadakan penambahbaikan pemberian subsidi kepada rakyat : Menyusun semula keutamaan dalam soal pembiayaan subsidi akan membolehkan kerajaan lebih fokus membela golongan kurang berkemampuan. Kerajaan dapat membina masyarakat yang mampu berdikari. Penyanyi ini diminati ramai di negara kita, terutamanya golongan muda. Merasionalisasikan subsidi juga bermakna melebarkan komitmen kerajaan meningkatkan taraf sosioekonomi setiap rakyat Usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya rakyat bebas daripada mentaliti subsid: Meningkatkan kesedaran rakyat tentang beban kerajaan kerana menanggung subsidi. Meningkatkan keyakinan rakyat tentang perlunya hidup berdikari. Pemberian subsidi hanyalah untuk golongan yang memerlukan. Membantu rakyat dengan pelbagai program yang meningkatkan pendapatan seperti pertanian, perniagaan, perindustrian, perikanan, dan sebagainya. Menghapuskan pembayaran tol sebagai ganti subsidi.

5. KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN & PEMAHAMAN PROSAN MODEN Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu diambil untuk mengelakkan kejadian kemalangan tersebut berlaku antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Isi: 1. Setiap pengguna jalan raya perlulah sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. 2. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak supaya mematuhi undang-undang dan peraturan di jalan raya 3. Pihak kerajaan pula hendaklah menguatkuasakan semua undang-undang tanpa memilih bulu Isu tentang kemalangan jalan raya sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan ini semakin meningkat dari masa ke masa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Statistik kecelakaan di jalan raya ini akan meningkat secara
8

mendadak pada musim-musim perayaan. Oleh itu, semua pihak mestilah mengambil langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah untuk mengurangkan musibah ini. Setiap pengguna jalan raya perlulah sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Mereka mestilah berpegang pada prinsip `ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Sebagai contohnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah mematuhi setiap papan-pan tanda yang terdapat di jalanjalan raya. Jika sikap ini diamalkan, kemalangan jalan raya sudah tentu dapat dielakkan. Selain itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak supaya mematuhi undang-undang dan peraturan di jalan raya. Mereka perlu diasuh sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah menjelaskan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya kepada anak-anak. Melalui cara ini, mereka tidak akan membahayakan diri sendiri dan juga orang lain ketika di jalan raya. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah menguatkuasakan semua undang-undang tanpa memilih bulu. Apabila disaman, pemandu akan berasa serik untuk mengulangi kesalahan tersebut kerana sekali kena dua kali jalan tahu. Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan jalan raya yang berat, mereka hendaklah dikenakan denda maksimum sejumlah RM300.00. Melalui cara ini, rakyat akan dididik supaya menghormati undang-undang di jalan raya. Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa kerana malang tidak berbau. Oleh itu, kita mestilah mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna yang lain supaya kita tidak menyesal kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Jadi, slogan yang diuar-uarkan oleh kerajaan, iaitu `Pandu Cermat Jiwa Selamat" hendaklah menjadi pedoman kepada kita semua. 6. PEMAHAMAN PROSAN MODEN Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SANI: Sani yakin, emak. Sani yakin bapa masih hidup.

(Meninggikan suara dari jauh) Sani! Kenapa bagi harapan yang kosong pada emak? Engkau ini siapa hendak memandai-mandai? Cermin muka kau tu. Jangan nak berdolakdalik dalam soal kematian. Berterus-terang saja. Hoi, kauingat laut itu macam air kolah masjidkah? Tak nampakkah macam mana ombak tsunami itu musnahkan harta benda di pantai? Bapa dalam laut ketika itu. Kalau di atas daratan habis hancur musnah, di dalam laut tu apatah lagi. Cuba buang khayalan kau itu. Jangan hendak tunjuk pandai. Engkau SABARIAH:orang luar. Bukan keluarga kami. Sudah dapat menumpang ini pun sudah kira bagus, tahu. SANI: (Terasa dengan sindiran SABARIAH tetapi tetap bersabar) Kakak, jangan cakap begitu, kak. Habis kau hendak suruh buat macam mana? Cium kau? Sujud dekat kaki kau? Jangan hendak perasan, Sani. Jangan hendak tunjuk baik kau itu. Yang hilang itu bapa aku. Bapa SABARIAH:aku. Kau tidak ada kena-mengena dalam perkara ini.

SANI:

Kak... Bukan itu maksud Sani, kak....

SABARIAH:Jangan panggil aku kakak kau. SABRI: Angah! (Cuba meleraikan pertengkaran).

Kauingat, Sani! Aku lebih dulu makan garam daripada engkau. Kau jangan hendak memandaimandai. Kaubuat urusan engkau sendiri. Jangan campur urusan orang. Sudah mak, mari balik. Emak raung dengan air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. Bapa SABARIAH:sudah tidak ada. Mayatnya mungkin sudah hilang. SABRI: (Meluru ke arah SABARIAH) Hiss, apa ini angah? Jangan ditengking herdik Sani itu. Tidak tengok emakkah? Jaga sikit mulut itu. (Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

I. II. III.

Kenapakah Sani dituduh oleh Sabariah bagi harapan yang kosong" kepada Mak Jimah? (2 markah) Pada pandangan anda, apakah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh Sabariah terhadap Sani, adik angkatnya dalam situasi cemas sebegitu? (4 markah) Huraikan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan dua nilai lain dalam keseluruhan cerpen berkenaan. (3 markah) Jawapan: Soalan 2(b) Pemahaman Prosa Moden Sani dituduh begitu kerana Sabariah tidak mahu ibunya terlalu mengharap sedangkan dia sendiri yakin bapanya, Pak Jumaat tidak mungkin terselamat daripada bencana tsunami yang telah memusnahkan harta benda di pantai. Pada pendapat saya, Sabariah sepatutnya menghormati Sani yang telah menjaga Mak Jimah sepanjang kehilangan Pak Jumaat walaupun dalam keadaan sentiasa disindir dan dimarahi olehnya. Selain itu, Sabariah sepatutnya tidak menganggapkan Sani orang asing lagi kerana sudah lama dia menjadi anak angkat ibunya dan telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarganya. Satu nilai yang boleh dipelajari daripada petikan di atas ialah kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Sani begitu menyayangi ibu angkatnya, Jimah walaupun dalam keadaan sentiasa dihina oleh Sabariah, kakak angkatnya. Sementara itu, dua nilai daripada keseluruhan cerpen pula ialah Kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya, Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang dan nasihat-menasihatiseperti yang ditunjukkan oleh Pak Man yang sentiasa menasihati anak-anak Jimah semasa kehilangan Pak Jumaat.

I.

II.

III.

10

KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN & PEMAHAMAN PROSAN MODEN


Contoh Karangan Prosa Moden Soalan 2(b): Cerpen atau Drama [10 markah] Soalan Drama: Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SANI: Sani yakin, emak. Sani yakin bapa masih hidup.

(Meninggikan suara dari jauh) Sani! Kenapa bagi harapan yang kosong pada emak? Engkau ini siapa hendak memandai-mandai? Cermin muka kau tu. Jangan nak berdolak-dalik dalam soal kematian. Berterus-terang saja. Hoi, kauingat laut itu macam air kolah masjidkah? Tak nampakkah macam mana ombak tsunami itu musnahkan harta benda di pantai? Bapa dalam laut ketika itu. Kalau di atas daratan habis hancur musnah, di dalam laut tu apatah lagi. Cuba buang khayalan kau itu. Jangan hendak tunjuk SABARIAH:pandai. Engkau orang luar. Bukan keluarga kami. Sudah dapat menumpang ini pun sudah kira bagus, tahu. SANI: (Terasa dengan sindiran SABARIAH tetapi tetap bersabar) Kakak, jangan cakap begitu, kak. Habis kau hendak suruh buat macam mana? Cium kau? Sujud dekat kaki kau? Jangan hendak perasan, Sani. Jangan hendak tunjuk baik kau itu. Yang hilang itu bapa aku. Bapa aku. Kau tidak ada kenaSABARIAH:mengena dalam perkara ini. SANI: Kak... Bukan itu maksud Sani, kak....

SABARIAH:Jangan panggil aku kakak kau. SABRI: Angah! (Cuba meleraikan pertengkaran).

Kauingat, Sani! Aku lebih dulu makan garam daripada engkau. Kau jangan hendak memandaimandai. Kaubuat urusan engkau sendiri. Jangan campur urusan orang. Sudah mak, mari balik. Emak raung dengan air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. Bapa sudah tidak ada. Mayatnya mungkin sudah SABARIAH:hilang. SABRI: (Meluru ke arah SABARIAH) Hiss, apa ini angah? Jangan ditengking herdik Sani itu. Tidak tengok emakkah? Jaga sikit mulut itu.

(Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) I. Kenapakah Sani dituduh oleh Sabariah bagi harapan yang kosong" kepada Mak Jimah? (2 markah) II. Pada pandangan anda, apakah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh Sabariah terhadap Sani, adik angkatnya dalam situasi cemas sebegitu? (4 markah) III. Huraikan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan dua nilai lain dalam keseluruhan cerpen berkenaan. (3 markah)
11

Jawapan: Soalan 2(b) Pemahaman Prosa Moden I. Sani dituduh begitu kerana Sabariah tidak mahu ibunya terlalu mengharap sedangkan dia sendiri yakin bapanya, Pak Jumaat tidak mungkin terselamat daripada bencana tsunami yang telah memusnahkan harta benda di pantai. II. Pada pendapat saya, Sabariah sepatutnya menghormati Sani yang telah menjaga Mak Jimah sepanjang kehilangan Pak Jumaat walaupun dalam keadaan sentiasa disindir dan dimarahi olehnya. Selain itu, Sabariah sepatutnya tidak menganggapkan Sani orang asing lagi kerana sudah lama dia menjadi anak angkat ibunya dan telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarganya. III. Satu nilai yang boleh dipelajari daripada petikan di atas ialah kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Sani begitu menyayangi ibu angkatnya, Jimah walaupun dalam keadaan sentiasa dihina oleh Sabariah, kakak angkatnya. Sementara itu, dua nilai daripada keseluruhan cerpen pula ialah Kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya, Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang dan nasihat-menasihatiseperti yang ditunjukkan oleh Pak Man yang sentiasa menasihati anak-anak Jimah semasa kehilangan Pak Jumaat. Contoh Karangan - Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan Program Latihan Khidmat Negara

Jawapan Isi: 1. Dapat memberikan peluang kepada remaja untuk menimba pengalaman baharu 2. Dapat mengekang remaja terjebak dalam gejala sosial 3. Meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat 4. Dapat meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan program yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Program ini mula dijalankan pada bulan Februari 2004 yang membabitkan remaja sejumlah 85,000 orang pada peringkat pertama yang berusia dalam lingkungan 17 tahun. Terdapat banyak tujuan program ini dijalankan oleh pihak kerajaan kerana jauhari sahaja yang mengenal manikam. Sebaik-baik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, remaja mempunyai masa terluang selama tiga bulan, iaitu mulai selepas tamat peperiksaan SPM sehinggalah masa keputusan SPM diumumkan. Jadi, masa yang terluang ini perlulah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Oleh
12

itu, program PLKN ini diadakan bagi tujuan untuk memberikan peluang kepada remaja untuk menimba pengalaman yang terdapat dalam program yang disediakan. Selain itu, progran ini mempunyai tujuan jangka pendek dalam usaha untuk mengekang remaja terjebak dalam gejala sosial. Selain mereka dapat mengisi masa lapang, mereka juga akan didedahkan dengan aspek kekuatan mental dan fizikal. Oleh sebab zaman remaja merupakan zaman yang paling menyeronokkan, program ini dapat menghindarkan pelajar daripada anasir-anasir yang kurang sihat. Seterusnya, program ini mempunyai tujuan jangka panjang, iaitu untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Program ini merupakan gerakan pertama ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai nilai-nilai dalam memajukan dan mempertahankan negara yang tercinta ini. Sebagai contohnya, program ini melibatkan remaja yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melaui program ini, konsep bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dapat diterapkan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Ada pendapat yang mengatakan bahawa generasi muda sudah tidak lagi mempunyai semangat patriotik yang tinggi kerana terlalu banyak terdedah dengan anasir luar seperti budaya barat, dan sebagainya. Oleh itu, melalui PLKN, semangat cinta akan negara dipupuk dengan harapan rakyat mempunyai jati diri dan seterusnya sayang akan negara. Sebagai kesimpulannya, program ini sangat baik untuk membentuk rakyat yang berguna pada suatu hari nanti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Mereka diharapkan akan menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada suatu hari nanti. Oleh itu, setiap ibu bapa mestilah merestui dan berasa gembira apabila anak-anak mereka terpilih untuk menyertai program ini.

MINGGU05

KARANGAN BERFORMAT & PERIBAHASA


Contoh Soalan Peribahasa 1. Nyatakan peribahasa yang sama dengan peribahasa yang dinyatakan di bawah ini: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. Pucuk dicita ulam mendatang Masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguek Bagaimana gendang begitulah tarinya Burung terbang dipipiskan lada Seperti Belanda minta tanah Gajah mati kerana gadingnya Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Seperti pinang dibelah dua Indah khabar daripada rupa
13

Jawapan: 1. I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. Orang mengantuk disorongkan bantal Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung Bagaimana tepuk begitulah tarinya Ikan lagi di laut, lada garam sudha di sengkalan Diberi betis hendak paha Harimau mati kerana belangnya Di mana ranting dipatah, di situ air disauk Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang Seperti cincin dengan permata Bagai menumbuk padi hampa Soalan Karangan Karangan Berformat Anda ingin menulis rencana yang bertajuk Sekolah Bebas Dadah" sempena kempen antidadah peringkat sekolah. Tulis rencana tersebut dengan lengkap. Jawapan isi: 1. Mengadakan program antidadah pada peringkat sekolah. 2. Pembimbing rakan sebaya antidadah di sekolah juga harus ditubuhkan 3. Program ujian urin perlu diwujudkan di sekolah-sekolah 4. Pihak sekolah hendaklah mengadakan kempen tak nak sepanjang tahun

Sekolah Oleh Mohd. Amirul Bakri

Bebas

Dadah

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Maka, pihak kerajaan telah bercadang untuk memulakan pencegahan dari awal lagi. Langkah ini dimulakan dengan menjadikan pelajar sebagai sasarannya. Oleh itu, usaha menjadikan sekolah supaya bebas daripada dadah merupakan langkah yang baik kerana jika kita hendak mendidik biarlah bermula dari awal bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya". Salah satu langkah yang perlu diambil ialah mengadakan program antidadah pada peringkat sekolah. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan untuk menanamkan sifat benci akan dadah seperti ceramah, taklimat, pameran tentang jenis dadah yang berbahaya dan pertandingan melukis poster. Program seperti ini sudah tentu akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang bahayanya dadah .Sebagai contoh, sebelum memulakan pelajaran, setiap guru akan menceritakan kesan-kesan buruk yang diakibatkan oleh dadah. Tegasnya, program seperti ini akan meningkatkan kesedaran dan kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah dapat dikurangkan.
14

Selain itu, kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) antidadah di sekolah juga harus ditubuhkan. Mereka yang menjadi ahli dalam kelab ini haruslah memainkan peranan mereka dengan memberikan nasihat dan motivasi kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan merokok. Hal ini demikian kerana ketagihan rokok dan perasaan ingin mencuba sesuatu akan mendorong mereka mengambil dadah Berdasarkan kajian oleh ahli psikologi, para remaja lebih mudah menerima nasihat dan pandangan daripada rakan sebaya mereka.. Dengan adanya pasukan seperti ini, kita dapat melakukan sesuatu dalam usaha untuk menyekat masyarakat terutamanya golongan pelajar terlibat dalam gejala penagihan dadah. Bukan itu sahaja, program ujian urin perlu diwujudkan di sekolah-sekolah. Melalui cara ini, pihak polis dapat membantu pihak sekolah mengesan kes-kes berisiko dadah di sekolah dan membantu pelajar yang terlibat bebas daripada dadah. Apabila seseorang itu dikenal pasti terlibat dalam penagihan dadah, pelajar tersebut hendaklah dimasukkan terus ke pusat pemulihan untuk pencegahan awal. Sebagai contoh, mana-mana pelajar yang disyaki menagih dadah atau ketagihan rokok yang melampau hendaklah dipanggil untuk ujian urin. Program seperti ini sudah tentu akan meningkatkan kesedaran pelajar supaya menjauhi amalan merokok dan juga gejala penagihan dadah. Seterusnya, pihak sekolah hendaklah mengadakan Kempen Tak Nak sepanjang tahun. Kempen ini penting kerana remaja perlu diingatkan dari semasa ke semasa tentang gejala penagihan dadah bermula dengan aktiviti merokok. Kempen ini hendaklah dijalankan dengan menampal poster di tempat yang menjadi tumpuan remaja di sekolah, papan-pan iklan, dan sebagainya. Sebagai contoh, setiap sekolah mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua papan iklan yang tertulis Tak Nak Merokok" di kawasan sekolah. Melalui cara ini, remaja akan sentiasa ingat bahawa aktiviti merokok merupakan jalan atau laluan utama mereka untuk melibatkan diri dalam gejala penagihan dadah. Sebagai kesimpulannya, semua pelajar memainkan per

7. KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN Contoh Soalan Perbahasan Soalan: Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen. Usul perdebatan itu ialah " Kemajuan Teknologi akan melahirkan masyarakat yang berilmu.". Sebagai Perdana Menteri, bentangkan usul anda. Jawapan: Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan pembangkang, Ahliahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang. Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

15

Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan mampu menghadapi cabaran terutamanya kemelesetan yang sedang melanda dunia pada hari ini. Segala perancangan dan pentadbiran kerajaan yang cekap dan berkesan telah membolehkan dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan. Tuan Yang Dipertua, Usul hari ini ialah "Kemajuan teknologi akan melahirkan masyarakat yang berilmu." Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyediakan hujah-hujah yang mantap supaya usul yang dikemukakan dapat disokong dengan kukuh. Hujah-hujah yang berikut akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala Menteri Kedua akan membidas hujah-hujah yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak akan ragu-ragu dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara sebulat suara. Tuan Yang Dipertua, Kami akan meletakkan tiga indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya katakan bahawa teknologi yang canggih akan mempercepat pemindahan ilmu kepada rakyat. Jika kita mengabaikan teknologi yang sedia ada, kita akan ketinggalan zaman. Indikator kedua ialah kemajuan teknologi akan melahirkan masyarakat yang cerdik ICT . Indikator yang ketiga ialah teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih pada zaman ini akan merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Apabila jurang digital dapat diatasi, proses untuk memindahkan ilmu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang. Tuan Yang Dipertua, Sebelum saya mengemukakan hujah untuk menyokong usul yang saya bentangkan ini, saya ingin menjelaskan beberapa kata dan frasa yang mendasari usul yang kami bawa. "Kemajuan" bermaksud perihal maju yang berkaitan dengan taraf hidup. "Teknologi" pula bermaksud ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan seperti bangunan, jentera dan sebagainya. Perkataan "melahirkan" bermaksud mewujudkan atau membentuk. Frasa "masyarakat yang berilmu" ialah penduduk atau modal insan yang mempunyai pengetahuan. Tegasnya, kerajaan penuh yakin bahawa kemajuan teknologi yang diusahakan oleh kerajaan akan mampu membentuk modal insan yang mempunyai pengetahuan atau maklumat yang terkini. Tuan Yang Dipertua dan Sidang Dewan yang dihormati, Sejak zaman dahulu lagi, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dengan berdasarkan kemajuan teknologi. Kemajuan teknologi pada sesebuah negara amat penting kerana kemajuan bidang ini akan mencorakkan pembentukan masyarakat. Dalam era globalisasi dan modenisasi ini, masyarakat yang berilmu tanpa teknologi yang canggih akan dianggap sebagai masyarakat yang mundur. Jadi, pihak kerajaan mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa
16

kemajuan teknologi banyak membawakebaikan kerana dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian, Hujah saya yang pertama untuk menyokong usul yang kami bawa ialah teknologi yang canggih akanmempercepat pemindahan ilmu kepada rakyat. Apabila rakyat didedahkan dengan kemajuan teknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, sebilangan besar masyarakat dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mudah, cepat dan murah. Melalui cara ini, ilmu yang terdapat daripada pelbagai sumber dapat dipindahkan dan diterima dengan cepat oleh rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, teknologi internet telah membantu pembelajaran masyarakat di sesebuah negara. Selain teknologi internet, teknologi komputer dan automotif dapat mengembangkan ilmu seseorang dengan mempelajari perkara yang baharu. Ini telah menjurus kepada penciptaan teknologi yang lebih canggih berbanding dengan sebelumnya. Hal ini telah membuktikan bahawa kemajuan teknologi dapat melahirkan masyarakat yang berilmu. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Hujah saya yang kedua ialah kemajuan teknologi akan melahirkan masyarakat yang cerdik ICT. Sejak tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan kemudahan ICT seperti komputer, internet dan barangan elektronik yang lain di semua sekolah di negara kita. Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang mencecah bilion ringgit kerana pihak kerajaan yakin bahawa rakyat akan mempelajari pelbagai ilmu dan pengetahuan untuk dimanfaatkan bagi kemajuan negara. Sebagai contohnya, pelajar dapat menyiapkan tugasan atau kajian untuk memperoleh pelbagai maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin popular pada era ini. Cara ini telah menambahkan ilmu pengetahuan tentang teknologi kepada para pelajar kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini telah membuktikan bahawa perkembangan teknologi, khususnya teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan masyarakat yang cerdik atau celik komputer dalam bidang teknologi. Tuan Yang Dipertua, Hujah ketiga untuk menyokong usul kami ialah teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih pada zaman ini akan merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah melengkapkan kemudahan asas atau infrastruktur yang lengkap di seluruh negara sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar atau kawasan pedalaman. Dengan adanya kemudahan ini, rakyat dapat memanfaatkan pelbagai teknologi yang dimajukan oleh kerajaan. Sebagai contohnya, dengan kemajuan dalam teknologi satelit dan jalur lebar tanpa wayar, banyak perkhidmatan Internet tanpa wayar dapat dimajukan. Hal ini menyebabkan pihak kerajaan dapat mendekatkan penduduk bandar dengan penduduk luar bandar dengan menggunakan kemajuan teknologi. Apabila jurang ini semakin dekat, pelbagai maklumat dan ilmu atau kemajuan kepada rakyat dapat disalurkan. Melalui, usaha ini pihak kerajaan yakin bahawa matlamat wawasan 2020 akan dapat dicapai apabila jurang digital dalam kalangan masyarakat dapat dihapuskan.

17

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dihormati, Kita perlu menerima hakikat bahawa kemajuan dalam bidang teknologi akan mempercepat pengaliran ilmu dalam kalangan masyarakat. Oleh sebab itu, perkembangan teknologi merupakan elemen penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tetapi juga oleh pihak pembangkang. Tuan Yang Dipertua, Dengan berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, saya menaruh keyakinan yang tinggi bahawaKemajuan Teknologi akan melahirkan masyarakat yang berilmu . (Untuk memperkukuh hujah kami, Menteri Kedua nanti akan menyambung perjuangan kami dengan mengemukakan hujah-hujah yang mantap. Dengan ini, saya memohon keizinan untuk mengundur diri buat sementara. Sekian, terima kasih.

8. KARANGAN PERBAHASAN Contoh Soalan Perbahasan Soalan: Pasukan bahas sekolah anda telah dipilih untuk mewakili daerah dalam pertandingan bahas di peringkat negeri. Tajuk perbahasan ialah Perkembangan Teknologi Maklumat Mendatangkan Lebih Banyak Kebaikan daripada Keburukan kepada Masyarakat dan Negara". Tulis teks bahas anda itu sebagai pencadang selengkapnya. Jawapan: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang mulia Tuan Pengerusi Majlis. Terima kasih kerana sudi menawarkan giliran kepada saya. Yang arif tuan-tuan hakim pertandingan, Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, dif-dif jemputan, dan seterusnya sidang dewan yang saya hormati. Hadirin sekalian, Sekali lagi, tonggak wawasan daripada barisan pencadang bangun untuk meneruskan perjuangan kami. Untuk lebih jelas, saya ingin menyatakan sekali lagi tajuk perbahasan kita pada hari ini, iaitu Perkembangan Teknologi Maklumat Mendatangkan Lebih Banyak Kebaikan daripada Keburukan kepada Masyarakat dan Negara". Saudara dan saudari, Setelah definisi demi definisi, penjelasan demi penjelasan tentang konsep tajuk ini dibentangkan sama ada oleh pihak pembangkang mahupun daripada barisan pencadang maka tidak betahlah saya mengulangi lagi akan konsep tersebut. Sudah terang lagikan bersuluh, konsep dan maksud telah sama-sama kita faham. Sebelum hujah demi hujah saya lontarkan untuk membentengi kemaraan barisan pembangkang, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pembahas kedua untuk menidakkan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang yang pertama tadi. Beliau ada menyatakan, kini penyebaran berita palsu, fitnah, ugut-mengugut, dan mengadu domba sudah menjadi budaya
18

baru dalam masyarakat kita. Semua gejala ini kononnya berpunca daripada meluasnya fungsi internet hasil daripada perkembangan teknologi maklumat. Pembangkang tadi berhujah kononnya, kerosakan masyarakat kini disebabkan oleh sumber maklumat negatif yang begitu mudah, laris, dan murah untuk diperolehi. Sedarkah saudara, adakah tabiat buruk fitnah dan mengadu domba itu hanya baru kini wujud serentak dengan kewujudan internet? Sesungguhnya, perangai buruk manusia itu sudah lama berakar umbi sejak asal kejadian manusia itu lagi. Mengapakah harus dipersalahkan kepada komputer dan internet untuk mewajarkan berkembangnya unsur-unsur negatif? Bidasan saya yang kedua, saudara pembangkang juga ada menyatakan bahawa dengan wujudnya sistem teknologi maklumat yang canggih, maka segala bentuk penyimpanan data akan mudah bocor. Segala perancangan dan strategi sesebuah negara itu akan dapat diketahui oleh musuh. Justeru, bagaimanakah sesebuah negara itu dapat berkembang apabila semua maklumatnya sering dicuri? Seandainya perkara ini yang dibimbangi saudara pembangkang, saya yakin kemajuan teknologi maklumat telah menjadi pemangkin supaya manusia sentiasa dalam keadaan yang bermaklumat dan bersedia menangkis segala serangan anasir luar. Persoalannya di sini, apakah saudara pembangkang tidak yakin tentang kebolehan kita? Sekiranya kita mampu mewujudkan rangkaian siber, Koridor Raya Multimedia dan sebagainya, mengapakah pula kita tidak mampu untuk menyimpan dan mengawal segala rahsia negara? Sebenarnya saudara, langkah memajukan sistem teknologi maklumat akan membentuk diri kita menjadi bangsa yang maju dan berani menghadapi cabaran . Sampai bilakah kita harus menjadi bangsa yang mundur, bak sepuluh jong masuk kuala, anjing tetap be rcawat ekor" atau sekadar gah seperti katak di bawah tempurung"? Hadirin sekalian, Berlalu sudah dua bidasan saya, kini saya akan tampilkan pula hujah seterusnya berserta dengan fakta, teknologi maklumat menjadi penjana penting dalam penyebaran ilmu moden. Marilah kita membersihkan minda dengan membuangkan perkara yang negatif dan sebaliknya merenung kemajuan dunia yang dijanakan oleh perubahan ilmu dan teknologi. Justeru, pada era siber ini ilmu berkembang tanpa sempadan. Dengan itu, sebarang maklumat yang baru ditemukan di barat akan dapat diketahui di timur. Semua kemajuan ini dapat dicapai dengan penggunaan internet. Oleh itu, majukah kita jika masih lagi perlu menulis dan membaca warkah lama yang memerlukan masa berbulan-bulan untuk memperoleh sesuatu maklumat? Saya yakin hanya kalangan yang menolak kemajuan saja yang menolak akan mengguna pakai cara ini. Selain itu, melalui sidang video atau internet, seseorang itu dapat belajar terus daripada seorang pensyarah walaupun secara rasminya mereka tidak pernah bersua muka. Begitulah betapa hebatnya teknologi maklumat. Ketika paluan gendang Wawasan 2020 sedang rancak bergema kita tentu berasa yakin bahawa untuk mencapainya sudah semestinya dengan bantuan ilmu pengetahuan yang terkini. Inilah masanya kita memanfaatkan teknologi maklumat untuk menyebar ilmu dalam kalangan rakyat. Penubuhan Universiti Multimedia juga sebagai pelengkap untuk menterjemahkan kepentingan pengaruh teknologi maklumat. Sebelum saya mengemukakan hujah untuk menyokong usul yang saya bentangkan ini, saya ingin menjelaskan beberapa kata dan frasa yang mendasari usul yang kami bawa. "Kemajuan" bermaksud perihal maju yang berkaitan dengan taraf hidup. "Teknologi" pula bermaksud ilmu
19

tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan seperti bangunan, jentera dan sebagainya. Perkataan "melahirkan" bermaksud mewujudkan atau membentuk. Frasa "masyarakat yang berilmu" ialah penduduk atau modal insan yang mempunyai pengetahuan. Tegasnya, kerajaan penuh yakin bahawa kemajuan teknologi yang diusahakan oleh kerajaan akan mampu membentuk modal insan yang mempunyai pengetahuan atau maklumat yang terkini. Saudara dan saudari sekalian, Teknologi maklumat juga adalah pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Penanda aras kepada perkembangan drastik ekonomi adalah dengan berkembangnya urusan perdagangan dan perbankan. Pada zaman siber ini, urus niaga bukan lagi berdasarkan sistem barter, sebaliknya memerlukan kepantasan dan kecekapan urus niaga. Urusan-urusan yang berkaitan dengan penyimpanan data, statistik, dan urusan transaksi semuanya memerlukan kecanggihan digital yang hanya dapat dilakukan oleh komputer saja. Malah lebih daripada itu, para pengeluar yang mengeluarkan produk baru juga dapat menghebahkan produk mereka dengan menyediakan laman web sendiri. Pada peringkat yang lebih kompleks lagi seperti di bursa saham semua urusan akan dikendalikan oleh komputer. Apakah yang akan terjadi apabila sesuatu perubahan dalam indeks dalam pasaran luar terjadi? Siapakah yang akan membantu kita untuk menyampaikan maklumat? Hal ini menunjukan bahawa kita tidak dapat lari daripada pengaruh teknologi maklumat. Renunglah jauh-jauh dan berfikirlah secara waras bahawa saudara pembangkang tidak dapat lari daripada pengaruh teknologi maklumat ini. Hujah saya yang pertama untuk menyokong usul yang kami bawa ialah teknologi yang canggih akanmempercepat pemindahan ilmu kepada rakyat. Apabila rakyat didedahkan dengan kemajuan teknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, sebilangan besar masyarakat dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mudah, cepat dan murah. Melalui cara ini, ilmu yang terdapat daripada pelbagai sumber dapat dipindahkan dan diterima dengan cepat oleh rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, teknologi internet telah membantu pembelajaran masyarakat di sesebuah negara. Selain teknologi internet, teknologi komputer dan automotif dapat mengembangkan ilmu seseorang dengan mempelajari perkara yang baharu. Ini telah menjurus kepada penciptaan teknologi yang lebih canggih berbanding dengan sebelumnya. Hal ini telah membuktikan bahawa kemajuan teknologi dapat melahirkan masyarakat yang berilmu. Sebelum mengundur diri saya ingin menasihati barisan pembangkang, usahlah diteruskan dengan kesilapan yang sedikit, berhentilah daripada igauan kosong dan pindahkanlah kerusi anda itu dan duduklah sebaris dengan kami. Sampai di sini saja, saya memohon mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepada rakan pencadang yang seterusnya. Sekian, terima kasih.

9. KARANGAN BERFORMAT - PERBAHASAN Soalan Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen. Usul perdebatan itu ialah "Kemajuan Teknologi akan melahirkan masyarakat yang berilmu.". Sebagai Perdana Menteri, bentangkan usul anda.
20

Jawapan: Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan pembangkang, Ahliahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang. Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan mampu menghadapi cabaran terutamanya kemelesetan yang sedang melanda dunia pada hari ini. Segala perancangan dan pentadbiran kerajaan yang cekap dan berkesan telah membolehkan dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan. Tuan Yang Dipertua, Usul hari ini ialah "Kemajuan teknologi akan melahirkan masyarakat yang berilmu." Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyediakan hujah-hujah yang mantap supaya usul yang dikemukakan dapat disokong dengan kukuh. Hujah-hujah yang berikut akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala Menteri Kedua akan membidas hujah-hujah yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak akan ragu-ragu dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara sebulat suara. Tuan Yang Dipertua, Kami akan meletakkan tiga indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya katakan bahawa teknologi yang canggih akan mempercepat pemindahan ilmu kepada rakyat. Jika kita mengabaikan teknologi yang sedia ada, kita akan ketinggalan zaman. Indikator kedua ialah kemajuan teknologi akan melahirkan masyarakat yang cerdik ICT. Indikator yang ketiga ialah teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih pada zaman ini akan merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Apabila jurang digital dapat diatasi, proses untuk memindahkan ilmu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang. Tuan Yang Dipertua, Sebelum saya mengemukakan hujah untuk menyokong usul yang saya bentangkan ini, saya ingin menjelaskan beberapa kata dan frasa yang mendasari usul yang kami bawa. "Kemajuan" bermaksud perihal maju yang berkaitan dengan taraf hidup. "Teknologi" pula bermaksud ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan seperti bangunan, jentera dan sebagainya. Perkataan "melahirkan" bermaksud mewujudkan atau membentuk. Frasa "masyarakat yang berilmu" ialah penduduk atau modal insan yang mempunyai pengetahuan. Tegasnya, kerajaan penuh yakin bahawa kemajuan teknologi yang diusahakan oleh kerajaan akan mampu membentuk modal insan yang mempunyai pengetahuan atau maklumat yang terkini.
21

Tuan Yang Dipertua dan Sidang Dewan yang dihormati, Sejak zaman dahulu lagi, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dengan berdasarkan kemajuan teknologi. Kemajuan teknologi pada sesebuah negara amat penting kerana kemajuan bidang ini akan mencorakkan pembentukan masyarakat. Dalam era globalisasi dan modenisasi ini, masyarakat yang berilmu tanpa teknologi yang canggih akan dianggap sebagai masyarakat yang mundur. Jadi, pihak kerajaan mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kemajuan teknologi banyak membawakebaikan kerana dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian, Hujah saya yang pertama untuk menyokong usul yang kami bawa ialah teknologi yang canggih akanmempercepat pemindahan ilmu kepada rakyat. Apabila rakyat didedahkan dengan kemajuan teknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, sebilangan besar masyarakat dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mudah, cepat dan murah. Melalui cara ini, ilmu yang terdapat daripada pelbagai sumber dapat dipindahkan dan diterima dengan cepat oleh rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, teknologi internet telah membantu pembelajaran masyarakat di sesebuah negara. Selain teknologi internet, teknologi komputer dan automotif dapat mengembangkan ilmu seseorang dengan mempelajari perkara yang baharu. Ini telah menjurus kepada penciptaan teknologi yang lebih canggih berbanding dengan sebelumnya. Hal ini telah membuktikan bahawa kemajuan teknologi dapat melahirkan masyarakat yang berilmu. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Hujah saya yang kedua ialah kemajuan teknologi akan melahirkan masyarakat yang cerdik ICT. Sejak tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan kemudahan ICT seperti komputer, internet dan barangan elektronik yang lain di semua sekolah di negara kita. Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang mencecah bilion ringgit kerana pihak kerajaan yakin bahawa rakyat akan mempelajari pelbagai ilmu dan pengetahuan untuk dimanfaatkan bagi kemajuan negara. Sebagai contohnya, pelajar dapat menyiapkan tugasan atau kajian untuk memperoleh pelbagai maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin popular pada era ini. Cara ini telah menambahkan ilmu pengetahuan tentang teknologi kepada para pelajar kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini telah membuktikan bahawa perkembangan teknologi, khususnya teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan masyarakat yang cerdik atau celik komputer dalam bidang teknologi. Tuan Yang Dipertua, Hujah ketiga untuk menyokong usul kami ialah teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih pada zaman ini akan merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah melengkapkan kemudahan asas atau infrastruktur yang lengkap di seluruh negara sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar atau kawasan pedalaman. Dengan adanya kemudahan ini, rakyat dapat memanfaatkan pelbagai teknologi yang dimajukan oleh kerajaan. Sebagai contohnya, dengan kemajuan dalam teknologi satelit dan jalur lebar tanpa wayar, banyak perkhidmatan Internet tanpa wayar dapat dimajukan. Hal ini menyebabkan pihak kerajaan dapat mendekatkan penduduk bandar dengan
22

penduduk luar bandar dengan menggunakan kemajuan teknologi. Apabila jurang ini semakin dekat, pelbagai maklumat dan ilmu atau kemajuan kepada rakyat dapat disalurkan. Melalui, usaha ini pihak kerajaan yakin bahawa matlamat wawasan 2020 akan dapat dicapai apabila jurang digital dalam kalangan masyarakat dapat dihapuskan. Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dihormati, Kita perlu menerima hakikat bahawa kemajuan dalam bidang teknologi akan mempercepat pengaliran ilmu dalam kalangan masyarakat. Oleh sebab itu, perkembangan teknologi merupakan elemen penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tetapi juga oleh pihak pembangkang. Tuan Yang Dipertua, Dengan berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, saya menaruh keyakinan yang tinggi bahawaKemajuan Teknologi akan melahirkan masyarakat yang berilmu . (Untuk memperkukuh hujah kami, Menteri Kedua nanti akan menyambung perjuangan kami dengan mengemukakan hujah-hujah yang mantap. Dengan ini, saya memohon keizinan untuk mengundur diri buat sementara. Sekian, terima kasih.

10. KARANGAN DIMENSI KOMSAS Soalan: Ulasan Filem Anda telah menonton sebuah filem tempatan dan bercadang untuk mengulas filem tersebut. Sediakan ulasan anda dengan selengkapnya. Ulasan Filem Judul: Cicak-Man 2 Arahan: Yusri Abdul Halim Lakon Layar: Yusri Abdul Halim Pelakon: Saiful Apek, Tamara Blezynsky, Fasha Sanda, Aznil Hj. Nawawi, Sharifah Amani, Yusri Abdul Halim, dan lain-lain Cicak-Man 2 sebenarnya meneruskan kisah daripada filem Cicak-Man (2006). Watak CicakMan, iaitu adiwira dalam filem ini ialah Hairi (Saiful Apek) yang memperoleh kekuatan dan kuasa luar biasa dengan tabiat seperti sifat cicak adalah kesan daripada kesilapan yang berlaku semasa ujian Danny (Yusri Abdul Halim yang telah meninggal dunia dalam Cicak-Man pertama) di dalam makmalnya. Dalam filem Cicak-Man ini, watak adiwira ini tidak lahir daripada tradisi komik seperti watakwatak adiwira Barat seperti Superman, Batman atau Spider-Man. Malah Cicak-Man juga bukan kesinambungan daripada cerita-cerita tradisional penglipur lara Melayu. Cicak-Man hanyalah
23

peniruan total daripada watak-watak adiwira Barat. Tetapi Cicak-Man juga tidak mengangkat satu kerangka pemikiran yang jelas tentang apa yang dimahukannya. Bukan itu sahaja, watak adiwira Cicak-Man ini tanpa matlamat yang jelas, malah watak musuhnya atau watak villain yang penting, iaitu Professor Klon (Aznil Haji Nawawi) yang muncul semula juga tidak mempunyai ideologi yang jelas. Dalam naratif adiwira Barat watak musuh adiwira bukanlah jahat dalam erti kata sebenar tetapi satu watak dengan identitinya yang tersembunyi yang asalnya mempunyai niat yang baik tetapi kerana obsesinya menyebabkan tindakannya memberikan kemudaratan kepada orang ramai. Professor Klon mewakili salah satu Supervillain yang lazim terdapat dalam genre adiwira ini, iaitu watak saintis gila. Dalam konteks naratif watak supervillain ini selalunya bersifat proaktif dengan mengemukakan pelbagai tindakan gila dan kemudian akan mendapat tindak balas daripada hero yang sebenarnya mewajarkan tindakan keras dan ganas si adiwira. Oleh itu sering juga dilihat bahawa musuh adiwira yang hebat dan luar biasa kuatnya adalah dicipta sebagai reaksi daripada keluarbiasaan yang ada pada adiwira. Kemunculan Professor Klon kali ini dengan usaha untuk mencemarkan air dan kemudiannya menukarkan bumi menjadi hitam. Pembantu Professor Klon kali ini adalah Rrama (Tamara Blezynsky) seorang wanita dengan kekuatan luar biasa dan dilengkapkan dengan motosikal berkuasa tinggi. Watak Gingerman pula muncul dalam bentuk bayangan tetapi masih mampu membahayakan Cicak-Man. Filem Cicak-Man 2 arahan Yusri Abd. Halim ini bergerak atas plot yang nipis sekadar menyambung kisah hero itu yang dahulu. Tidak ada usaha Yusri untuk mengubah plotnya menjadi lebih kompleks dengan paparan matlamat Professor Klon yang jauh lebih hebat dan perwatakan yang lebih bijak. Malah kemunculan Rrama tidak dijelaskan asal usulnya serta tujuannya selain menjadi rakan kepada Professor Klon, dan bagaimanakah hubungan antara mereka berdua boleh berlaku juga tidak dijelaskan. Adegan perlawanan antara Cicak-Man dengan Rrama serta Professor klon untuk menyelamat Iman (Sharifah Amani) yang dicolek oleh Rrama hanya bising hasil daripada kesan bunyi tetapi tidak menyerlah pada aspek visualnya. Watak Cicak-Man menjadi lemah kerana tidak ada keseriusan pada watak Hairi yang menyedari sifat luar biasa yang ada padanya dan bagaimanakah kuasa yang ada padanya dapat digunakan untuk membantu orang ramai. Ini kelemahan yang ketara dan tidak seharusnya berlaku dalam Cicak-Man 2. Tanpa plot yang menarik, filem ini cuba bergantung pada imej dan kesan khas yang dijana melalui bantuan teknologi imej janaan komputer. Bagaimanapun IJK dalam Cicak-Man 2 terasa kurang berkesan berbanding terdahulu. Inilah cabaran yang harus dilalui bagi sebuah filem genre adiwira yang bergantung pada kekuatan IJK. Penonton sentiasa menuntut kesan dan imej yang jauh lebih hebat yang mungkin boleh menyelamatkan filem itu jika jalan ceritanya begitu lemah. Soalan: a. Berdasarkan novel Azfa Hanani yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan keberanian? Berani
24

Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani dengan menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah baharu dan kawan-kawan yang baharu.

b. Berdasarkan novel Azfa Hanani yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan persoalan kegigihan? Kegigihan

Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya. Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa. Pengajaran

c. Huraikan dua pengajaran yang anda peroleh daripada novel Azfa Hanani yang anda pelajari?

1. Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Azfa Hanani sanggup membantu Kak Finaz dan Abang Mazran dengan menyamar sebagai tengku Murni. 2. Kita hendaklah menerima takdir yang menimpa dengan reda. Azfa Hanani reda menerima takdir bahawa kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan disebabkan oleh Datuk Tengku Makmur. 3. Kita hendaklah bersikap rendah diri terhadap orang lain walaupun berasal daripada keluarga berada. Walaupun Tengku Murni anak orang kaya, tetapi dia tidak sombong dengan rakan-rakannya yang lain. 4. Seseorang yang pernah melakukan kesilapan mestilah mengakui kesilapannya. Datuk Tengku Makmur meminta maaf dan mengakui kesilapannya sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. 5. Kita hendaklah bersimpati terhadap kesusahan orang lain walaupun kita telah hidup senang. Azfa Hanani teringatkan keadaan pak long, mak long, dan sepupu-sepupunya semasa dia melihat laukpauk yang lazat dihidangkan kepadanya. 6. Kita perlu menjaga maruah diri setiap masa. Azfa Hanani menolak pelawaan lelaki yang tidak dikenalinya itu yang mahu menghantarnya pulang ke rumah. d. Huraikan teknik plot didalam novel Azfa Hanani yang anda pelajari? 0. Teknik Pemerian

Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk menjelaskan sesuatu keadaan, situasi atau perasaan. Contohnya, pengarang memerikan suasana pembelajaran di Makmal Kimia. Untuk menjadikan sesebuah cerita lebih realistik, pertuturan antara watak digunakan. Contohnya, Azfa Hanani berdialog dengan Kak Finaz. Watak berkata-kata di dalam hati atau berfikir tentang sesuatu perkara. Contohnya, Azfa Hanani bermonolog dalaman setelah dia terasa tersindir dengan kata-kata Kamilah.
25

1. Teknik dialog

2. Teknik Monolog

3. Teknik Imbas Kembali


Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa, kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Contohnya, Kisah Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya diceritakan oleh Tengku Mazran. Unsur suspen dapat mengundang minat pembaca untuk menghabiskan bacaan bagi mengetahui kisah seterusnya. Contohnya, Ekran telah meninggalkan Azfa Hanani ketika di Dewan Sri Wawasan ketika mereka melawat pameran buku Pesta Buku Alam Malaysia dan kisah gerai burger Ekran dibakar. Pengarang menerapkan unsur kejutan untuk mewujudkan suasana pembacaan yang menarik. Contohnya, Azfa Hanani terkejut apabila melihat pak long dan Zuraini yang telah sembuh daripada penyakit lumpuh berbual dengan Datuk Tengku Makmur.

4. Teknik Suspen

5. Teknik Kejutan.

MINGGU 11

KARANGAN PERBAHASAN
Soalan: Pasukan bahas sekolah anda telah dipilih untuk mewakili daerah dalam pertandingan bahas di peringkat negeri. Tajuk perbahasan ialah Perkembangan Teknologi Maklumat Mendatangkan Lebih Banyak Kebaikan daripada Keburukan kepada Masyarakat dan Negara. Tulis teks bahas anda itu sebagai pencadang selengkapnya. Jawapan: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang mulia Tuan Pengerusi Majlis. Terima kasih kerana sudi menawarkan giliran kepada saya. Yang arif tuan-tuan hakim pertandingan, Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, dif-dif jemputan, dan seterusnya sidang dewan yang saya hormati. Hadirin sekalian, Sekali lagi, tonggak wawasan daripada barisan pencadang bangun untuk meneruskan perjuangan kami. Untuk lebih jelas, saya ingin menyatakan sekali lagi tajuk perbahasan kita pada hari ini, iaitu Perkembangan Teknologi Maklumat Mendatangkan Lebih Banyak Kebaika n daripada Keburukan kepada Masyarakat dan Negara. Saudara dan saudari, Setelah definisi demi definisi, penjelasan demi penjelasan tentang konsep tajuk ini dibentangkan sama ada oleh pihak pembangkang mahupun daripada barisan pencadang maka tidak betahlah saya mengulangi lagi akan konsep tersebut. Sudah terang lagikan bersuluh, konsep dan maksud telah sama-sama kita faham. Sebelum hujah demi hujah saya lontarkan untuk membentengi kemaraan barisan pembangkang, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pembahas kedua untuk menidakkan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang yang pertama tadi. Beliau ada menyatakan,
26

kini penyebaran berita palsu, fitnah, ugut-mengugut, dan mengadu domba sudah menjadi budaya baru dalam masyarakat kita. Semua gejala ini kononnya berpunca daripada meluasnya fungsi internet hasil daripada perkembangan teknologi maklumat. Pembangkang tadi berhujah kononnya, kerosakan masyarakat kini disebabkan oleh sumber maklumat negatif yang begitu mudah, laris, dan murah untuk diperolehi. Sedarkah saudara, adakah tabiat buruk fitnah dan mengadu domba itu hanya baru kini wujud serentak dengan kewujudan internet? Sesungguhnya, perangai buruk manusia itu sudah lama berakar umbi sejak asal kejadian manusia itu lagi. Mengapakah harus dipersalahkan kepada komputer dan internet untuk mewajarkan berkembangnya unsur-unsur negatif? Bidasan saya yang kedua, saudara pembangkang juga ada menyatakan bahawa dengan wujudnya sistem teknologi maklumat yang canggih, maka segala bentuk penyimpanan data akan mudah bocor. Segala perancangan dan strategi sesebuah negara itu akan dapat diketahui oleh musuh. Justeru, bagaimanakah sesebuah negara itu dapat berkembang apabila semua maklumatnya sering dicuri? Seandainya perkara ini yang dibimbangi saudara pembangkang, saya yakin kemajuan teknologi maklumat telah menjadi pemangkin supaya manusia sentiasa dalam keadaan yang bermaklumat dan bersedia menangkis segala serangan anasir luar. Persoalannya di sini, apakah saudara pembangkang tidak yakin tentang kebolehan kita? Sekiranya kita mampu mewujudkan rangkaian siber, Koridor Raya Multimedia dan sebagainya, mengapakah pula kita tidak mampu untuk menyimpan dan mengawal segala rahsia negara? Sebenarnya saudara, langkah memajukan sistem teknologi maklumat akan membentuk diri kita menjadi bangsa yang maju dan berani menghadapi cabaran . Sampai bilakah kita harus menjadi bangsa yang mundur, bak sepuluh jong masuk kuala, anjing tetap bercawat ekor atau sekadar gah seperti katak di bawah tempurung? Hadirin sekalian, Berlalu sudah dua bidasan saya, kini saya akan tampilkan pula hujah seterusnya berserta dengan fakta, teknologi maklumat menjadi penjana penting dalam penyebaran ilmu moden. Marilah kita membersihkan minda dengan membuangkan perkara yang negatif dan sebaliknya merenung kemajuan dunia yang dijanakan oleh perubahan ilmu dan teknologi. Justeru, pada era siber ini ilmu berkembang tanpa sempadan. Dengan itu, sebarang maklumat yang baru ditemukan di barat akan dapat diketahui di timur. Semua kemajuan ini dapat dicapai dengan penggunaan internet. Oleh itu, majukah kita jika masih lagi perlu menulis dan membaca warkah lama yang memerlukan masa berbulan-bulan untuk memperoleh sesuatu maklumat? Saya yakin hanya kalangan yang menolak kemajuan saja yang menolak akan mengguna pakai cara ini. Selain itu, melalui sidang video atau internet, seseorang itu dapat belajar terus daripada seorang pensyarah walaupun secara rasminya mereka tidak pernah bersua muka. Begitulah betapa hebatnya teknologi maklumat. Ketika paluan gendang Wawasan 2020 sedang rancak bergema kita tentu berasa yakin bahawa untuk mencapainya sudah semestinya dengan bantuan ilmu pengetahuan yang terkini. Inilah masanya kita memanfaatkan teknologi maklumat untuk menyebar ilmu dalam kalangan rakyat. Penubuhan Universiti Multimedia juga sebagai pelengkap untuk menterjemahkan kepentingan pengaruh teknologi maklumat. Saudara dan saudari sekalian,
27

Teknologi maklumat juga adalah pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Penanda aras kepada perkembangan drastik ekonomi adalah dengan berkembangnya urusan perdagangan dan perbankan. Pada zaman siber ini, urus niaga bukan lagi berdasarkan sistem barter, sebaliknya memerlukan kepantasan dan kecekapan urus niaga. Urusan-urusan yang berkaitan dengan penyimpanan data, statistik, dan urusan transaksi semuanya memerlukan kecanggihan digital yang hanya dapat dilakukan oleh komputer saja. Malah lebih daripada itu, para pengeluar yang mengeluarkan produk baru juga dapat menghebahkan produk mereka dengan menyediakan laman web sendiri. Pada peringkat yang lebih kompleks lagi seperti di bursa saham semua urusan akan dikendalikan oleh komputer. Apakah yang akan terjadi apabila sesuatu perubahan dalam indeks dalam pasaran luar terjadi? Siapakah yang akan membantu kita untuk menyampaikan maklumat? Hal ini menunjukan bahawa kita tidak dapat lari daripada pengaruh teknologi maklumat. Renunglah jauh-jauh dan berfikirlah secara waras bahawa saudara pembangkang tidak dapat lari daripada pengaruh teknologi maklumat ini. Sebelum mengundur diri saya ingin menasihati barisan pembangkang, usahlah diteruskan dengan kesilapan yang sedikit, berhentilah daripada igauan kosong dan pindahkanlah kerusi anda itu dan duduklah sebaris dengan kami. Sampai di sini saja, saya memohon mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepada rakan pencadang yang seterusnya. Sekian, terima kasih.

MINGGU 12

KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT


Soalan: Semangat patriotik dalam kalangan remaja kita semakin luntur. Pada pendapat anda, apakah usahausaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Jawapan Isi: 1. Meneruskan program bulan penghayatan patriotisme 2. Pihak media terutamanya media elektronik seharusnya menyiarkan program yang mempunyai unsur patriotisme 3. Usaha pihak kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mesti disokong oleh semua pihak, 4. Menanamkan semangat patriotik atau semangat cinta akan negara dalam diri mereka ini sejak bangku sekolah Semangat patriotik bermaksud suatu perasaan atau jiwa di dalam diri seseorang yang sayang dan cinta akan bangsa, agama, dan tanah air. Pada zaman dan era baharu ini, semangat patriotik haruslah terpateri dan ditanam serta disemai dalam diri dan dalam jiwa setiap individu bagi membentuk sahsiah diri yang cemerlang dan seterusnya dapat membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jika kita lihat seseorang yang begitu sayang dan cinta akan bangsa, agama, dan tanah air, semestinya sifat dan sikap ingin berkorban untuk berjuang mempertahankannya akan lahir. Namun, kebanyakan masyarakat kita pada hari ini, terutamanya remaja lupa akan tanggungjawab kepada negara. Semangat patriotik dalam diri mereka kian pudar. Mereka lupa akan perjuangan pejuang dan perwira negara berusaha tanpa mengenal jemu bagi mempertahankan maruah bangsa, agama, dan tanah air. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha
28

perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja bagi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara. Satu daripada usaha yang perlu dilakukan ialah meneruskan program bulan penghayatan patriotisme sama ada pada peringkat sekolah, negeri, mahupun peringkat kebangsaan. Program ini hendaklah diadakan pada setiap tahun. Program ini diadakan selama sebulan untuk memberikan peluang kepada remaja bagi menghayati erti patriotisme, erti kemerdekaan, dan mengenang jasa para perwira yang telah mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air. Sebagai contohnya, bulan Ogos hendaklah diisytiharkan sebagai Bulan Penghayatan Patriotisme yang perlu disambut pada setiap tahun. Dalam bulan ini, pelbagai program hendaklah diadakan untuk membangkitkan dan menanamkan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Dengan wujudnya program sebegini pada setiap peringkat sekolah, negeri, dan kebangsaan, secara tidak langsung semangat patriotik dalam diri remaja akan lahir sedikit demi sedikit bak kata pepatah,sedikit demi sedikit, lama -lama menjadi bukit. Sebagai negara yang terdiri daripada berbilang kaum, kita seharusnya menyokong program seperti ini supaya hasrat kerajaan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat tercapai. Selain itu, pihak media terutamanya media elektronik seharusnya menyiarkan program yang mempunyai unsur patriotisme. Dalam hal ini, pihak media massa hendaklah memainkan peranan yang agresif untuk membentuk sahsiah serta perilaku remaja bagi menyemaikan semangat patriotik dalam diri mereka. Melalui cara ini, remaja akan memperoleh pengetahuan tentang sejarah negara dan secara tidak langsung semangat patriotik akan tersemai ke dalam jiwa mereka. Oleh itu, pihak stesen televisyen perlulah bersikap inovatif dan berdaya saing bagi menyiarkan program yang berunsurkan patriotisme. Sebagai contohnya, stesen televisyen hendaklah menayangkan filem seperti filem Sarjan Hasan, Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Paloh, dan sebagainya untuk tatapan generasi muda. Usaha ini bukan sahaja akan dapat memupuk semangat patriotik dalam diri remaja, malah mereka juga dapat mengetahui perjuangan tokoh yang terdahulu dan sejarah tanah air yang tercinta. Selain itu, untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan remaja, usaha pihak kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mesti disokong oleh semua pihak, terutamanya ibu bapa. Dalam program ini, terdapat beberapa modul yang disediakan untuk membentuk remaja supaya mempunyai jati diri dan memupuk semangat patriotik. Sebagai contohnya, modul-modul yang disediakan dalam program ini terdiri daripada Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karekter, Modul Khidmat Komuniti, dan Modul Fizikal. Fikiran dan andaian yang buruk daripada orang ramai terhadap program ini sepatutnya dihapuskan. Hal ini disebabkan program ini bukan bertujuan melatih remaja ala tentera seperti yang dilakukan di kebanyakan negara, tetapi objektifnya ialah ingin melahirkan remaja yang berketerampilan, serba boleh, berdisiplin, dan mempunyau semangat patriotik atau semangat cinta akan negara. Oleh itu, semua pihak haruslah menyokong usaha murni kerajaan ini yang ingin melahirkan remaja yang berjiwa kental dan mempunyai jati diri. Seterusnya, pihak sekolah pula seharusnya memainkan peranan untuk membentuk pelajar yang bergelar remaja ini dengan menanamkan semangat patriotik atau semangat
29

cinta akan negara dalam diri mereka ini sejak bangku sekolah. Pepatah Melayu mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, mereka hendaklah dilatih atau dibimbing sejak awal supaya mereka memiliki semangat yang kental untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan pelbagai program seperti pertandingan, persembahan, pameran, ceramah, dan sebagainya yang bertemakan patriotisme. Sebagai contohnya, pertandingan nyanyian, deklamasi sajak, melukis poster, dan menulis esei yang bertemakan patriotik hendaklah dijalankan semasa sambutan Bulan Penghayatan Patriotisme pada setiap bulan Ogos. Dengan usaha seperti ini, secara tidak langsung pelajar atau remaja ini akan menghayati erti kemerdekaan dan mempunyai semangat patriotik selain dapat membentuk sahsiah yang murni dalam diri dan jiwa mereka. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, guru-guru digalakkan untuk membimbing para pelajar bagi menjayakan program yang bernilai dan bermakna ini. Kesimpulannya, remaja merupakan bakal pewaris pucuk kepemimpinan negara pada masa depan. Oleh hal yang demikian, wajarlah ibu bapa, guru, masyarakat, dan sekolah melaksanakan pelbagai program yang dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam diri remaja yang bakal ditabalkan menjadi peneraju atau pemimpin negara pada suatu hari nanti. Kita janganlah mengabaikan remaja kerana remaja merupakan tonggak harapan bangsa, agama, dan tanah air yang tercinta ini. Kita juga janganlah membiarkan remaja hidup terumbang ambing tanpa hala tuju dan wawasan. Oleh itu, semua pihak haruslah mengambil inisiatif dengan menerapkan nilai patriotisme dengan harapan negara terus cemerlang, gemilang, dan terbilang.

13 KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT & PEMAHAMAN PUISI


MINGGU

KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT


Produk negara kita hendaklah dipasarkan ke seluruh dunia. Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikannya. Jawapan Isi: 1. Menyediakan hab-hab perniagaan untuk memasarkan produk tempatan 2. Penggunaan internet sebagai medium pemasaran. 3. Penggunaan media massa sebagai pengiklanan. 4. Mengadakan program sistem francais Produk buatan negara sering kali menjadi tajuk yang hangat dibahaskan di meratarata tempat. Produk yang menjadi kebanggaan negara ini bukan sahaja dapat menaikkan
30

martabat negara di mata asing malahan dapat meningkatkan kadar ekonomi negara tersebut. Dalam usaha untuk meningkatkan taraf kecemerlangan ini, pelbagai langkah telah diambil untuk melakukan pemasaran secara global terhadap buatan negara ini. Terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan impian ini. Salah satu usaha untuk meluaskan pemasaran produk negara ialah menyediakan hab-hab perniagaan untuk memasarkan produk tempatan. Dengan cara ini, kita akan dapat membentuk satu sistem penyelidikan yang meneliti keperluan pasaran di luar negara dan membentuk satu aliran pemasaran yang efektif. Hab-hab yang ditubuhkan juga akan menjana perancangan yang lebih teliti sewaktu melakukan proses pemasaran. Sebagai contohnya, syarikat yang maju sering kali menggunakan sistem penyelidikan untuk mencari peluang untuk memasarkan produk keluarannya tanpa ada risiko yang tinggi. Oleh itu, penggunaan hab-hab perniagaan adalah salah satu usaha dalam meluaskan pemasaran produk negara kerana setiap perkara mestilah ada permulaannya bak kata pepatah, "ada angin, ada pokoknya". Selain itu, kita boleh menggunakan perkhidmatan internet sebagai salah satu medium pemasaran yang efektif untuk meluaskan pemasaran produk negara. Internet merupakan wahana yang penting dalam penyampaian maklumat dan dapat digunakan untuk meluaskan promosi produk buatan negara. Hal ini demikian kerana, dengan perkhidmatan internet yang tanpa batasan ini, promosi barangan yang dikatakan akan mengambil masa yang panjang akan dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera. Sebagai contohnya, setiap pengguna di luar negara akan dapat melayari laman sesawang syarikat untuk proses pertanyaan mahupun tempahan. Tegasnya, jelaslah bahawa internet merupakan satu medium pemasaran yang ideal dalam usaha meluaskan industri pemasaran barangan buatan negara. Penggunaan media massa dalam mempromosikan barangan adalah salah satu usaha meluaskan pemasaran produk negara. Hal ini demikian kerana media massa merupakan salah satu medium yang mempunyai kuasa yang kuat dalam mempengaruhi pemikiran manusia. Media massa juga mempunyai kepantasan bagaikan kilat ketika menyebarkan maklumat. Misalnya, pengaruh daripada pihak pencetak surat khabar dan stesen-stesen televisyen dapat mengubah pelbagai perspektif manusia terhadap sesuatu perkara mahupun barangan. Oleh itu, penggunaan media massa merupakan satu pilihan yang bernas dalam usaha meluaskan pemasaran barangan buatan tempatan ke seluruh dunia. Seterusnya, pelaksanaan sistem francais ke seluruh dunia merupakan salah satu usaha yang perlu dilakukan untuk meluaskan pemasaran produk buatan negara ke seluruh dunia. Sistem francais yang mengutamakan kebenaran dalam pemberian hak pemasaran kepada francaisi mahupun francaisor mampu meluaskan pemasaran produk negara dengan cepat dan sistematik. Di samping itu, sistem ini juga mampu mengurangkan risiko yang tidak diingini. Sebagai contohnya, francaisi yang selalunya berasal dari negara yang
31

sama dengan tempat pemasaran mampu mewujudkan satu perasaan yang senang dalam kalangan pembeli seterusnya menjadikan sistem francais ini seperti air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan, gula tertumpah pada kanji. Tegasnya, jelaslah bahawa sistem francais merupakan satu usaha yang ideal dalam meluaskan status pemasaran barangan buatan negara. Sebagai kesimpulannya, usaha-usaha meningkatkan kadar pemasaran produk buatan negara ke seluruh dunia perlu dipergiat demi menaikkan nama negara di samping mendapatkan kedudukan yang baik dalam ekonomi seantero dunia. Oleh itu, dalam usaha meluaskan pemasaran produk negara, orang ramai perlu memberikan sokongan yang jitu supaya usaha ini tidak akan seperti melepaskan batuk di tangga. Jelaslah bahawa usaha meluaskan pemasaran produk buatan negara bukanlah satu perkara yang mustahil dan merupakan satu usaha yang perlu dilakukan demi masa depan yang lebih sempurna.

PEMAHAMAN PUISI:
Baca petikan puisi di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari kelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini Dengan apakah akan ku penuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju I. II. Jelaskan maksud rangkap ketiga sajak di atas (2 markah) Pada pendapat anda, mengapakahah remaja perlu menjauhkan diri daripada kegiatan negatif?

(3 markah)

32

III.

Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas. (4 markah) Jawapan: I. Maksud rangkap ketiga sajak ini ialah remaja perlu menghargai usia yang dilalui kerana masa yang ada tidak ternilai. Remaja perlu mengambil kesempatan untuk menimba ilmu pada usia muda.

II.

Remaja perlu menjauhkan diri daripada kegiatan negatif kerana tindakan ini akan merosakkan masa depan remaja. Kegiatan negatif akan merugikan masa remaja. Keadaan akan menjadi bertambah buruk dan tanpa disedari remaja akan terlibat dengan kegiatan yang lebih serius.

III.

Nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai menghargai masa dan bertanggungjawab. Remaja perlu menghargai masa yang mereka ada dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah. Masa yang ada perlulah digunakan untuk menimba ilmu dan pengalaman untuk bekalan masa hadapan. Remaja juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin agar menjadi manusia yang bertanggungjawab. Tanggungjawab remaja sebagai anak, pelajar dan ahli masyarakat perlu dihargai agar negara akan dapat melahirkan pemimpin yang bertangungjawab pada masa hadapan.

14 KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT & PENGETAHUAN (BINA AYAT)


MINGGU

KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT


Soalan Karangan Mutu perkhidmatan pengangkutan awam sering menimbulkan masalah kepada pengguna. Bincangkan kenyataan ini. Jawapan Isi: 1. Tidak mesra pengguna. 2. Tidak menepati waktu yang telah ditetapkan. 3. Caj atan bayaran tambang yang mahal. 4. Kenderaan dipandu terlalu laju atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu tentang pengangkutan awam di negara kita telah menjadi buah mulut orang ramai belakangan ini. Pengguna mempertikaikan perkhidmatan yang diberikan kerana syarikat pengangkutan awam tidak mengambil berat tentang masalah yang dihantui oleh
33

mereka.Hal ini menyebabkan mantan Perdana Menteri, iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2007 yang lalu telah turun padang untuk melihat masalah yang membelenggu pengguna itu dengan mata kepala beliau sendiri. Dalam lawatan secara mengejut itu, beliau telah mengalami pengalaman pahit semasa menggunakan perkhidmatan tersebut. Beliau menganggap bahawa rungutan pengguna selama ini sememangnya mempunyai asas kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Terdapat banyak masalah yang wujud dalam sistem pengangkutan awam di negara kita kerana jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Satu daripada masalah yang sering ditimbulkan oleh pengguna ialah pengangkutan awam tidak mesra pengguna. Pihak yang berkenaan sebenarnya tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu untuk menggunakan kemudahan awam. Mereka hanya berpaksikan keuntungan tanpa memikirkan golongan bawahan atau istimewa yang menggunakan kemudahan tersebut. Sebagai contohnya, banyak pengangkutan awam di negara kita tidak menyediakan kemudahan bagi golongan orang yang kurang upaya (OKU) untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Tegasnya, pihak pengusaha pengangkutan awam sepatutnya tidak memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya mereka mestilah mementingkan kebajikan pengguna pengangkutan mereka. Selain itu, masalah pengangkutan awam yang gagal menepati waktu yang telah ditetapkan juga menjadi rungutan pengguna. Perkara yang membingungkan pengguna ialah pengangkutan awam di negara kita seperti perkhidmatan bas dan kapal terbang sering mengalami masalah jadual. Sebagai contohnya, perkhidmatan kapal terbang tambang murah di negara kita sering mengalami masalah kelewatan atau mereka tidak dapat mematuhi jadual penerbangan. Hal ini menyusahkan pengguna kerana kelewatan penerbangan akan menyebabkan urusan atau kegiatan perniagaan mereka tergendala atau mengalami kerugian sedangkan masa itu emas. Di samping itu, pengguna juga menghadapi masalah caj atan bayaran tambang yang mahal. Perkara ini terjadi apabila pemandu melakukan penipuan dengan memanjangkan jarak perjalanan atau tidak menggunakan meter. Sebagai contohnya, sebilangan pemandu teksi sering memasang lukah di pergentingan untuk mengaut keuntungan apabila menyedari pelanggan mereka warga asing atau pelancong dari luar negara. Tindakan mereka ini yang dianggap seperti lintah darat akan menjejaskan nama baik negara, dan dalam jangka masa panjang, industri pelancongan di negara kita akan terjejas. Bukan itu sahaja, pemandu pengangkutan awam memandu kenderaan terlalu laju atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Mereka bertindak demikian kerana hendak mendapatkan jumlah perjalanan yang banyak bagi mendapatkan bonus atau pendapatan yang lebih. Sebagai contohnya, pada musim perayaan, mereka sanggup memandu laju supaya mendapat peluang menambah pendapatan kerana permintaan
34

terhadap pengkutan bas atau teksi meningkat. Tindakan yang membelakangkan kebajikan penumpang ini perlu diambil tindakan oleh pihak kerajaan kerana sekali kena dua kali jalan tahu. Kesimpulannya, isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam ini perlu diselesaikan kerana setiap penyakit mesti ada ubatnya. Pihak yang berkenaan perlulah membuat pemantauan dengan lebih kerap agar tindakan pemandu yang menyembelih pengguna dapat dihapuskan. Mana-mana pihak yang melakukan perbuatan ini hendaklah diambil tindakan tegas. Pihak syarikat yang gagal memastikan aspek keselamatan kenderaan pula hendaklah digantung lesen perniagaannya. Demi pengguna dan nama negara, isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam ini perlu ditangani dengan tegas dan berkesan.

BINA AYAT
a. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa dan nama khas. I. II. III. IV. V. VI.

[6 markah]
murka derhaka darjat gering santap tulah

Jawapan: I. Raja akan murka sekiranya rakyat melanggar perintahnya

II.

Rakyat yang derhaka dan menjadi pembelot negara akan dilucutkan taraf kerakyatannya.

III.

Sikap tolong-menolong sesama manusia tidak mengira pangkat dan darjat seseorang.

IV.

Baginda selalu sahaja gering sejak akhir-akhir ini.

35

V.

Baginda sedang santap bersama-sama rakyat jelata di balai rong.

VI.

Dia ditimpa tulah kerana menderhaka kepada raja.

15 KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT & KEPELBAGAIAN AYAT


MINGGU

KEPELBAGAIAN AYAT
1. Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah. [6 markah] i. Cerita dalam novel ini sungguh menarik, kata Hamzah kepada rakannya Hasnah. ii. iii. Kata Cikgu Salmah kepada pelajarnya Buah betik mengandungi vitamin C,. Juruhebah itu berkata, Lagu ini diminta oleh saudara Ahmad Jusuh dari Kelantan.

Jawapan: iv. Hamzah berkata kepada rakannya Hasnah bahawa cerita dalam novel itu sungguh menarik. [2M] v. vi. Cikgu Salmah berkata kepada pelajarnya bahawa buah betik mengandungi vitamin C. [2M] Juruhebah itu menyatakan bahawa lagu itu diminta oleh saudara Ahmad Jusuh dari Kelantan. [2M]
Aisya :Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?

2. Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norasyikin:Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah. Apa halnya? Ceritakanlah kepada Aisya. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita :sudah lama berkawan?

Aisya

Norasyikin:Sebenarnya ibu Syikin sakit.

3. Jawapan: 4. Aisya ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalam. Norasyikin meminta maaf kepada Aisya dan menyatakan yang dia ada hal di rumahnya. Aisya ingin tahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar Norasyikin menceritakan kepadanya. Aisya menegaskan bahawa sebarang kesusahan perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.

36

KARANGAN RESPONS TERBUKA TIDAK BERFORMAT


Bekerja di negara sendiri lebih baik daripada bekerja di negara asing. Bincangkan kenyataan ini. Isi: 1. Meningkatkan ekonomi dan produktiviti negara 2. Menunjukkan semangat cinta dan syukur kepada negara 3. Tidak perlu bersusah menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan tempat 4. Mudah mendapat pinjaman dan bantuan Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka bekerja di negara asing berbanding di negara sendiri. Hal ini demikian kerana mereka beranggapan pendapatan dari negara luar lebih lumayan dan peluang pekerjaan di sana lebih meluas berbanding di negara kita. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan segelintir daripada mereka bekerja di sana untuk menimba ilmu dengan lebih meluas. Namun, bukankah lebih baik jikalau kemahiran kita disumbangkan ke negara sendiri? Sebenarnya, lebih banyak manfaatnya jika bekerja di negara sendiri berbanding bekerja di negara asing. Salah satu kelebihan bekerja di negara sendiri berbanding di negara asing ialah kita dapat meningkatkan ekonomi dan produktiviti negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perbelanjaan hasil pendapatan yang kita peroleh digunakan di dalam negara. Sebagai contohnya, wang yang kita gunakan untuk makanan, penginapan, dan pengangkutan dibelanjakan di negara sendiri dan secara tidak langsung mendatangkan faedah kepada masyarakat tempatan sekali gus membantu menjana ekonomi Malaysia. Di samping itu, pendapatan yang diperoleh di dalam negara akan dikenakan cukai oleh kerajaan dan hasil daripada cukai tersebut digunakan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan negara bagi faedah rakyat Malaysia. Lebih banyak projek dilaksanakan bermakna lebih banyak kontraktor dan mereka yang terlibat secara langsung dengan projek tersebut akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, bekerja di negara sendiri dapat meningkatkan ekonomi serta produktiviti negara. Bekerja di negara sendiri menunjukkan bahawa kita mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap tanah air. Ilmu dan kemahiran yang kita miliki disumbangkan kepada anak bangsa kita sendiri. Bakti yang kita curahkan di negara sendiri secara langsung memberikan manfaat kepada kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia. Hal ini juga sebagai tanda terima kasih dan syukur kita kepada negara dan kerajaan yang memberi kita peluang untuk belajar dan memajukan diri kita bak kata pepatah orang berbudi, kita berbahasa. Sebagai contohnya, kerajaan menyediakan sekolah dan prasarana yang secukupnya untuk memudahkan kita menimba ilmu.. Kerajaan juga menyediakan biasiswa dan pinjaman untuk kita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang

37

lebih tinggi. Oleh itu, kita hendaklah bekerja di negara sendiri sebagai tanda cinta dan bersyukur kepada negara serta kerajaan. Selain itu, kita tidak perlu bersusah payah menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan tempat jika bekerja di negara sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dibesarkan dan sudah mengenali budaya serta pemikiran masyarakat di sini. Oleh itu, kita akan terasa seperti tinggal di rumah sendiri. Namun, kita akan menjadi seperti masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak jika kita bekerja di negara luar. Kita harus mempelajari budaya kerja dan masyarakat mereka. Sebagai contohnya, budaya masyarakat Jepun yang mengutamakan disiplin berbeza dengan budaya kerja di negara kita. Tegasnya, bekerja di negara sendiri tidak perlu menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran baharu. Bukan itu sahaja, kita juga mudah mendapat pinjaman dan bantuan jika kita bekerja di negara sendiri. Pihak kerajaan dan pihak swasta di negara kita menyediakan kemudahan pinjaman perumahan dan juga kemudahan kewangan yang lain termasuk kesihatan. Sebagai contohnya, jika kita ingin membuat pinjaman peribadi untuk membeli rumah, pihak kerajaan atau pihak bank di negara kita menyediakan kemudahan ini kepada rakyat yang mempunyai pekerjaan tetap. Badan-badan kewangan mudah meluluskan pinjaman atau peruntukan tersebut kerana segala data butiran diri terdapat di sini. Malahan, kita mudah mendapat bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana mereka tinggal berhampiran dengan kita. Di negara asing, kita perlu memperoleh beberapa dokumen atau kelulusan yang membenarkan kita mendapatkan pinjaman dan kita sukar mendapat bantuan oleh sebab kita berada jauh daripada ahli keluarga kita. Tegasnya, kita mudah mendapat pinjaman serta bantuan kalau kita bekerja di negara sendiri. Tuntasnya, bekerja di negara sendiri lebih baik daripada bekerja di negara asing. Oleh itu, kita seharusnya bekerja di negara sendiri supaya dapat berbakti kepada masyarakat kita. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit meskipun kita menimba ilmu di negara asing. Walaupun seseorang itu dibayar dengan gaji yang tinggi, namun dari segi keselamatan kita akan menghadapi pelbagai masalah. Hal ini bertepatan dengan pepatah Melayu yang mengatakan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

16 KARANGAN BERFORMAT & BINA AYAT


MINGGU

BINA AYAT
38

1. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa dan nama khas. [6 markah] i. mengembalikan kegemilangan ii. iii. iv. v. vi. 2. i. ii. iii. iv. v. vi. 1. i. ii. iii. iv. v. vi. 2. i. ii. iii. iv. Kejayaan Dato' Lee Chong Wei menjuarai kejohanan itu telah mengembalikan kegemilangan sukan badminton negara di persada antarabangsa. [1M] Pasukan penyelamat terpaksa menongkah arus sungai yang deras untuk menyelamatkan mangsa. [1M] Beliau bercuti di luar negara untuk mencari ketenangan. [1M] Dato' Nicol Ann David telah berjaya menggapai impian untuk menjadi pemain nombor satu skuasy dunia. [1M] Pakar motivasi itu memberikan kata-kata semangat kepada kami untuk menghadapi peperiksaan SPM. [1M] Kami akan memperdengarkan syair yang merdu kepada para tetamu yang hadir sebelum majlis pelancaran Minggu Bahasa tersebut. [1M] Sifat takbur Alfian telah menyebabkan dirinya tidak digemari oleh rakan-rakannya. Kami berasa sangat takjub apabila melihat keadaan kawah gunung berapi yang masih berasap semasa melawat ke Tangkuban Perahu, di Bandung. Semua aktiviti yang dilaksanakan di sekolah mestilah mengikut takwim yang dirancang oleh pihak pentadbir. Pengerusi majlis telah menjemput pengetua dengan penuh takzim untuk merasmikan acara sukan sekolah.
39

menongkah arus mencari ketenangan menggapai impian memberikan kata-kata memperdengarkan syair Takbur Takjub Takwim Takzim Takdir Taksir Jawapan:

v. vi.

Manusia mestilah menerima ketentuan takdir dengan hati yang pasrah. Kerugian akibat kebakaran itu akan kami taksir terlebih dahulu sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

KARANGAN BERFORMAT
Kerajaan berhasrat untuk menjadikan institusi keluarga sebagai pencetus pembentukan keluarga bahagia. Pada pendapat anda, apakah peranan pelbagai pihak untuk merealisasikan harapan tersebut. Isi: 1. Pihak kerajaan perlulah menyediakan Anugerah Keluarga Bahagia. 2. Pihak swasta pula mestilah mengadakan pelbagai program seperti pakej melancong bersama keluarga tersayang. 3. Pihak Masyarakat pula hendaklah menganjurkan pelbagai aktiviti di taman. 4. Pihak ibu bapa pula hendaklah menganjurkan pelbagai sambutan dalam keluarga. Setiap institusi keluarga merupakan pencetus kepada pembentukan keluarga bahagia. Demikianlah pendapat yang dinyatakan oleh Datuk Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa merasmikan Kempen Keluarga Bahagia Negara Sejahtera di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa keluarga bahagia merupakan aset kepada pembentukan sebuah masyarakat yang sejahtera. Institusi keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan adik beradik yang sentiasa berinteraksi dengan mesra. Namun dalam zaman moden ini, kebanyakan ibu bapa sibuk dengan pekerjaan atau urusan seharian hingga mengabaikan keluarga. Keadaan ini menyebabkan wujudnya kerenggangan hubungan antara ahli keluarga dan mungkin menyebabkan keluarga menjadi porak-peranda. Hal ini seterusnya mengundang pelbagai masalah social. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk merealisasikan harapan kerajaan untuk menjadikan institusi keluarga sebagai pencetus pembentukan keluarga bahagia. Satu daripada usaha yang perlu dilakukan untuk melahirkan keluarga yang bahagia ialah pihak kerajaan perlulah menyediakan Anugerah Keluarga Bahagia. Anugerah ini hendaklah diberikan khas kepada keluarga yang mempunyai hubungan erat dan mesra antara satu sama lain. Anugerah ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada sesebuah keluarga dan keluarga tersebut dapat dijadikan contoh kepada keluarga yang lain. Anugerah ini juga mampu menggalakkan keluarga lain supaya mengekalkan keharmonian dalam kalangan ahli keluarga. Sebagai contohnya, Anugerah Keluarga Bahagia ini hendaklah diadakan pada peringkat kawasan, daerah, negeri dan juga peringkat kebangsaan. Melalui anugerah seperti ini, sifat-sifat terpuji seperti hormatmenghormati, jujur, ikhlas dan sebagainya dapat diwujudkan dalam sesebuah keluarga yang harmoni. Tegasnya, anugerah yang diwujudkan ini mampu untuk melahirkan keluarga
40

bahagia yang perlu dicontohi oleh masyarakat sebagai langkah ke arah untuk merealisasikan slogan 'Keluarga Bahagia Negara Sejahtera'. Seterusnya, pihak swasta pula mestilah mengadakan pelbagai program seperti pakej pelancongan bersama keluarga tersayang. Menurut Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan, aktiviti melancong bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kata beliau lagi, melalui aktiviti seperti ini setiap ahli keluarga mempunyai peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama. Hal ini sudah tentu akan mencambahkan bibit-bibit kasih sayang antara ahli keluarga. Sesebuah keluarga juga mampu membayar pakej pelancongan yang ditawarkan kerana harganya yang tidak begitu mahal. Sebagai contohnya, banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita yang boleh dijadikan destinasi pilihan oleh ahli keluarga untuk melancong seperti Pantai Cenang di Langkawi atau Pulau Tioman, di Pahang. bagi menghayati pemandangan pantai yang menarik sambil bermain dan bermesra dengan ahli keluarga. Jadi, program yang menggalakkan ahli keluarga berkumpul dan bermesra perlu diperbanyak oleh pihak swasta supaya dapat memberikan peluang kepada mereka untuk membentuk keluarga yang bahagia. Selain itu, anggota masyarakat penduduk sesuatu kawasan tempat tinggal pula hendaklah menganjurkan pelbagai aktiviti di kawasan tempat tinggal mereka. Pelbagai aktiviti yang melibatkan semua ahli keluarga seperti aktiviti gotong-royong, Hari Keluarga dan sebagainya boleh dijalankan. Aktiviti seperti ini amat sesuai dijalankan pada hari minggu supaya ibu bapa yang sibuk bekerja pada hari biasa dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Aktiviti seperti ini sudah tentu dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga dan juga antara jiran tetangga. Sebagai contohnya, aktiviti Hari Keluarga yang menyediakan berbagai-bagai jenis permainan atau aktiviti akan memberikan peluang kepada ahli keluarga berinteraksi atau menjalinkan kerjasama dan hubungan mesra untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan. Dalam hal ini, mereka sudah tentu dapat menjalinkan hubungan yang baik kerana `muafakat membawa berkat. Melalui cara ini, kita bukan sahaja dapat mewujudkan keluarga bahagia, malah akan melahirkan masyarakat yang harmoni atau aman dan sentosa seperti yang tertera dalam cogan kata, Keluarga bahagia, masyarakat sentosa. Di samping itu, pihak ibu bapa pula hendaklah menganjurkan pelbagai sambutan dalam keluarga. Melalui pelbagai sambutan yang diadakan dalam keluarga, ibu bapa akan dapat mengumpulkan semua ahli keluarga dalam sesuatu masa. Apabila semua ahli keluarga berkumpul, hubungan antara ahli keluarga dapat dipererat kerana ahli keluarga atau saudara mara dari jauh akan datang meraikan bersama-sama. Majlis sambutan ini tidak semestinya diadakan di rumah, sebaliknya boleh diadakan di pusat-pusat peranginan atau di pantai-pantai yang terkenal di negara kita. Sebagai contohnya, ibu bapa yang menganjurkan sambutan Hari Ulang Tahun Perkahwinan mereka akan
41

merapatkan hubungan yang mesra antara ahli keluarga dan sanak saudara. Dengan cara ini, sesebuah keluarga dapat mewujudkan suasana yang harmoni di samping dapat mengelakkan persengketaan dalam keluarga. Oleh sebab itu, sesebuah keluarga perlu mengadakan pelbagai sambutan dalam keluarga kerana yang jauh dapat didekatkan dan yang dekat dapat dirapatkan. Kesimpulannya, pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk mewujudkan keluarga bahagia. Semua pihak haruslah bekerjasama dan berusaha untuk merealisasikan harapan untuk menjadikan institusi keluarga sebagai pencetus pembentukan keluarga bahagia. Sikap ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni merupakan elemen penting dalam sesebuah keluarga untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Setiap langkah yang diambil oleh ahli dalam keluarga tersebut merupakan mangkin ke arah untuk merealisasikan harapan tersebut. Jika tiada usaha daripada semua ahli yang bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, perpecahan dalam keluarga mungkin akan berlaku dan mengakibatkan banyak masalah sosial akan wujud dalam masyarakat kita. Oleh itu, usaha-usaha daripada pelbagai pihak amat penting untuk melahirkan keluarga yang bahagia kerana kebahagiaan merupakan impian setiap orang.

17 KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN & PEMAHAMAN PROSA


MINGGU

KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN


Lihat gambar tentang pelajar yang berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara yang perlu dilakukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang antara 200 hingga 250 patah perkataan
Ciri-ciri pelajar yang cemerlang 1. 3. Menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar 2. Aktif dalam kegiatan kokurikulum 4. Rajin membuat ulang kaji, Mengamalkan nilai yang baik

Jawapan: Semua pelajar mempunyai cita-cita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Namun, untuk mencapai kejayaan itu bukanlah mudah seperti yang dijangka. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, seseorang itu akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk merealisasikan impiannya. Oleh itu, mereka mestilah mempunyai strategi atau cara-cara tertentu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
42

Langkah yang pertama untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang ialah pelajar mestilah menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Jika ketika guru mengajar, pelajar bercakap atau berbual sesama sendiri, pelajar tidak akan mengetahui atau memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Semasa mendengar, pelajar dikehendaki cuba untuk memahami setiap aspek yang diperkatakan. Jika ada perkara yang tidak difahami, pelajar hendaklah mengemukakan soalan kepada guru kerana malu bertanya sesat jalan. Selain itu, pelajar hendaklah membuat ulang kaji pelajaran dan latihan di rumah. Ulang kaji tentang perkara atau tajuk yang telah diajarkan oleh guru di rumah akan meningkatkan daya kefahaman dan ingatan pelajar. Semakin banyak latihan yang dibuat semakin kukuh ingatan pelajar kerana alah bisa tegal dek biasa. (AC) Sebagai contohnya, pelajar digalakkan supaya sentiasa membuat latihan dan ulang kaji dari mula hinggalah tarikh peperiksaan atau ujian dijalankan. Tegasnya, latihan dan ulang kaji yang tekal akan membantu seseorang itu menjadi pelajar yang cemerlang. Seterusnya, seseorang yang cemerlang mestilah aktif dalam kegiatan kokurikulum. Melalui kegiatan ini, pelajar akan memperoleh pengalaman dan pengetahuan tambahan dalam pelbagai aspek. Sebagai contohnya, pelajar cemerlang mestilah aktif dalam kegiatan sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan unit pertubuhan pakaian seragam. Jadi, selain pelajar dilatih mempunyai daya kepemimpinan, pelajar juga akan dapat meningkatkan tahap kesihatan. Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang mestilah mempunyai sikap yang suka bekerjasama, berhemah tinggi, bersopan santun dan berbudi bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai-nilai ini mencerminkan ketinggian budi seseorang. Sebagai contohnya, pelajar yang cemerlang sentiasa bersedia untuk membantu rakan yang lain. Tegasnya, pelajar yang cemerlang mestilah pelajar yang sentiasa mengamalkan nilai yang baik. Sebagai kesimpulannya, pelajar yang cemerlang mestilah seimbang dari segi akademik dan bukan akademik. Mereka mestilah aktif di dalam bilik darjah dan juga aktif di luar bilik darjah. Seterusnya, pelajar yang cemerlang mestilah mempunyai strategi yang tertentu dan belajar secara tekal serta melibatkan diri dalam bidang kokurikulum. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan tepuklah dada, tanyalah selera.

MINGGU

18

RENCANA
43

Anda ingin menulis rencana yang bertajuk Sekolah Bebas Dadah sempena kempen antidadah peringkat sekolah. Tulis rencana tersebut dengan lengkap. 1. Mengadakan program antidadah pada peringkat sekolah. 2. Pembimbing rakan sebaya antidadah di sekolah juga harus ditubuhkan 3. Program ujian urin perlu diwujudkan di sekolah-sekolah 4. Pihak sekolah hendaklah mengadakan kempen tak nak sepanjang tahun Jawapan: Sekolah Bebas Dadah Oleh Mohd. Amirul Bakri Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Maka, pihak kerajaan telah bercadang untuk memulakan pencegahan dari awal lagi. Langkah ini dimulakan dengan menjadikan pelajar sebagai sasarannya. Oleh itu, usaha menjadikan sekolah supaya bebas daripada dadah merupakan langkah yang baik kerana jika kita hendak mendidik biarlah bermula dari awal bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Salah satu langkah yang perlu diambil ialah mengadakan program antidadah pada peringkat sekolah. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan untuk menanamkan sifat benci akan dadah seperti ceramah, taklimat, pameran tentang jenis dadah yang berbahaya dan pertandingan melukis poster. Program seperti ini sudah tentu akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang bahayanya dadah .Sebagai contoh, sebelum memulakan pelajaran, setiap guru akan menceritakan kesan-kesan buruk yang diakibatkan oleh dadah. Tegasnya, program seperti ini akan meningkatkan kesedaran dan kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah dapat dikurangkan. Selain itu, kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) antidadah di sekolah juga harus ditubuhkan. Mereka yang menjadi ahli dalam kelab ini haruslah memainkan peranan mereka dengan memberikan nasihat dan motivasi kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan merokok. Hal ini demikian kerana ketagihan rokok dan perasaan ingin mencuba sesuatu akan mendorong mereka mengambil dadah Berdasarkan kajian oleh ahli psikologi, para remaja lebih mudah menerima nasihat dan pandangan daripada rakan sebaya mereka.. Dengan adanya pasukan seperti ini, kita dapat melakukan sesuatu dalam usaha untuk menyekat masyarakat terutamanya golongan pelajar terlibat dalam gejala penagihan dadah. Bukan itu sahaja, program ujian urin perlu diwujudkan di sekolah-sekolah. Melalui cara ini, pihak polis dapat membantu pihak sekolah mengesan kes-kes berisiko dadah di
44

sekolah dan membantu pelajar yang terlibat bebas daripada dadah. Apabila seseorang itu dikenal pasti terlibat dalam penagihan dadah, pelajar tersebut hendaklah dimasukkan terus ke pusat pemulihan untuk pencegahan awal. Sebagai contoh, manamana pelajar yang disyaki menagih dadah atau ketagihan rokok yang melampau hendaklah dipanggil untuk ujian urin. Program seperti ini sudah tentu akan meningkatkan kesedaran pelajar supaya menjauhi amalan merokok dan juga gejala penagihan dadah. Seterusnya, pihak sekolah hendaklah mengadakan Kempen Tak Nak sepanjang tahun. Kempen ini penting kerana remaja perlu diingatkan dari semasa ke semasa tentang gejala penagihan dadah bermula dengan aktiviti merokok. Kempen ini hendaklah dijalankan dengan menampal poster di tempat yang menjadi tumpuan remaja di sekolah, papan-pan iklan, dan sebagainya. Sebagai contoh, setiap sekolah mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua papan iklan yang tertulis Tak Nak Merokok di kawasan sekolah. Melalui cara ini, remaja akan sentiasa ingat bahawa aktiviti merokok merupakan jalan atau laluan utama mereka untuk melibatkan diri dalam gejala penagihan dadah. Sebagai kesimpulannya, semua pelajar memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah sosial ini. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk membasmi gejala penagihan dadah dalam kalangan remaja. Kata-kata hikmat cegah sebelum parah harus ada pada setiap warga sekolah bagi merealisasikan sekolah bebas daripada dadah Tegasnya, pendidikan pencegahan dadah merupakan strategi utama dalam program pencegahan dadah pada peringkat awal. Oleh hal yang demikian, tidak mustahil matlamat kita, iaitu sekolah bebas daripada dadah pada tahun 2012 akan terlaksana. MINGGU 19 KARANGAN 1. Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menggalakkan anakanak menceburi bidang sukan. Jawapan isi: 1. Menjadi model atau jurulatih kepada anak-anak 2. Mendorong anak-anak meminati bidang sukan sejak kecil 3. Memberikan penghargaan dan galakan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan 4. Anak-anak juga perlu didedahkan dengan bahan bacaan tentang pelbagai jenis sukan

45

Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan. Hal ini bermakna setiap murid harus melibatkan diri secara aktif dalam salah satu acara sukan yang paling diminati. Selepas diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyidin bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran, dasar ini telah menjadi buah mulut masyarakat, khususnya ibu bapa. Pihak media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik saban hari mengetengahkan perkara tersebut sebagai isu utama. Peribahasa ada mengatakan Jikalau tiada angin ,

masakan pokok bergoyang. Dasar ini perlu diperkenalkan kerana negara kita
ketinggalan dalam kebanyakan acara sukan bertaraf dunia. Jika negara kita mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain dalam bidang sukan, kita mestilah melakukan sesuatu. Dalam hal ini, semua pihak terutamanya ibu bapa perlu membantu pihak kerajaan bagi merealisasikan hasrat kerajaan ini. Terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan. Satu daripada usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah mereka perlu menjadi model atau jurulatih kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah

kuihnya. Ibu bapa perlu berjinak-jinakdalam bidang sukan. Langkah yang paling
awal ialah ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging atau beriadah. Selain dapat meningkatkan tahap kesihatan, ibu bapa dapat mendedahkan aktiviti sukan kepada anak-anak ibarat sambil menyelam minum air. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging di kawasan padang atau stadium yang berhampiran. Selepas itu, ibu bapa hendaklah bermain badminton atau bola sepak dengan anak-anak. Melalui aktiviti ini, bakat anak yang terpendam dapat digilap. Jika ibu bapa merupakan jaguh sukan sebelum ini, bakat tersebut kemungkinannya dimiliki oleh anak-anak mereka bagai kuah tumpah ke nasi. Jika usaha ini diteruskan dari masa ke masa, anak-anak tersebut akan menjadi jaguh sukan pada suatu hari nanti setelah diasuh oleh ibu bapa mereka. Selain itu, anak-anak amat memerlukan sokongan daripada ibu bapa sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mendorong anak-anak supaya meminati bidang sukan sejak kecil bak kata pepatah kalau

hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka mestilah menjadi


pendorong kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat sekolah, daerah atau sebarang pertandingan sukan. Sebagai contohnya, apabila anak-anak tidak mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan, ibu bapa perlu memberikan dorongan dengan mengucapkan kata-kata bahawa sekali

tewas tidak bermakna akan tewas buat selama-lamanya. Ibu bapa perlu
mengingatkan anak-anak bahawa di sebalik kekalahan sebenarnya kita
46

memperoleh sesuatu yang lebih berharga, iaitu pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memotivasikan anak-anak supaya mereka rajin berusaha kerana usaha tangga kejayaan.Tegasnya, sokongan daripada ibu bapa sangat besar impaknya kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Di samping itu, ibu bapa perlulah memberikan penghargaan dan galakan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan. Semasa anak-anak mencapai kejayaan pada kali pertama dalam acara sukan yang disertai, ibu bapa mestilah memberikan penghargaan atau pujian kepada anak-anak. Apabila dipuji dan penghargaan diberikan kepada mereka, semangat untuk berlatih atau menceburi bidang tersebut dengan lebih giat akan meningkat. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membelikan anak-anak mereka peralatan sukan yang diminati seperti pakaian, kasut atau peralatan sukan lain sebagai hadiah. Usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini bukanlah memberikan peluang kepada anak-anak untuk membuat sesuatu agar mendapat habuan tetapi membuatkan anak-anak merasai bahawa dirinya dihargai. Melalui cara ini, mereka akan gembira dan menjadikan aktiviti sukan tersebut menyeronokkan. Menurut ahli psikologi, minat seseorang dalam

sesuatu perkara akan meningkat jika diberi ganjaran atau penghargaan.


Bukan itu sahaja, anak-anak juga perlu didedahkan dengan bahan bacaan tentang pelbagai jenis sukan. Melalui bahan bacaan tersebut, anak-anak akan mengetahui acara sukan yang diceburi dengan lebih mendalam. Banyak ilmu yang akan diperoleh tentang acara sukan dari segi sejarah, tokoh yang berjaya, aspek kejurulatihan, pemakanan, teknik, strategi, dan sebagainya. Pujangga menyatakan, `Membaca Jambatan Ilmu. Sebagai contohnya, murid perlu membaca pelbagai majalah yang berkaitan dengan acara sukan yang diminati seperti majalah sukan bola sepak, hoki, dan sebagainya. Usaha ini selari dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang memerlukan murid bukan sahaja mahir bermain malah memahami sesuatu permainan. Dalam hal ini, melalui Dasar 1Murid 1Sukan, murid-murid bukan sahaja memiliki kemahiran dalam sesuatu permainan, malah mereka mampu menjadi jurulatih atau pengadil walaupun tidak mempunyai bakat untuk bermain pada suatu hari nanti. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa merupakan sumber inspirasi kepada anakanak untuk menceburi bidang sukan. Jika ibu bapa menyuruh anak-anak melibatkan diri dalam bidang sukan, sedangkan mereka tidak melakukannya bersama-sama, usaha ini diibaratkan ketam mengajar anaknya berjalan dengan

betul. Tindakan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak ibarat bapa borek anak rintik jika mereka turut sama aktif dalam bidang sukan. Untuk merealisasikan Dasar
47

1Murid 1Sukan, ibu bapa merupakan insan yang menjadi pendorong selain guru di sekolah. Ibu bapa tidak seharusnya mengharapkan guru-guru sahaja untuk membimbing anak-anak mereka bagi merealisasikan dasar ini. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi melahirkan individu yang seimbang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Jika ibu bapa berjaya memainkan peranannya, sukan di negara kita akan terus gemilang selaras dengan slogan `Majulah Sukan untuk Negara

2. Mata pelajaran Sejarah sangat penting kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan remaja. Bincangkan kenyataan ini. Jawapan isi: 1. Mata pelajaran sejarah merupakan kunci untuk membina semangat patriotik dalam kalangan generasi muda 2. Sejarah dapat mendidik dan melahirkan rakyat yang cinta akan negara 3. Sejarah juga dapat membangkitkan semangat dan membentuk kefahaman yang lebih baik tentang pembentukan negara 4. Sejarah dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan Keputusan kerajaan menetapkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus bagi SPM mulai tahun 2013 dan menjadikannya mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 2014 adalah suatu keputusan yang tepat. Kita tentunya tidak mahu anak yang mempelajari sejarah negara sekadar lulus dalam peperiksaan, tetapi gagal menghayati, mengambil pengajaran dan teladan yang tersirat daripada peristiwa yang pernah berlaku. Keputusan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus itu dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran baru baru ini jelas mengungkap ketegasan kerajaan untuk memastikan generasi hari ini tidak buta sejarah. Oleh sebab para pelajar merupakan generasi yang akan memimpin negara kita pada masa akan datang, mereka haruslah menghayati dan mendalami sejarah negara. Terdapat beberapa sebab pihak kerajaan ingin menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Salah satu sebabnya ialah mata pelajaran sejarah merupakan kunci untuk membina semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Pada hakikatnya,
48

minda generasi muda kita semakin terjajah dan terlalu banyak anasir luar yang menghasut lantas melunturkan semangat patriotik yang sepatutnya perlu disemai dan dibaja sehingga mampu menjana anak bangsa yang berkualiti. Dalam konteks ini, mata pelajaran sejarah amat penting untuk menerapkan nilai nilai patriotisme dalam kalangan pelajar pada hari ini dan dilihat mampu menjadi tunggak utama untuk membentuk keperibadian diri pelajar supaya menjadi insan yang seimbang. Mata pelajaran sejarah juga diletakkan sebagai harapan untuk generasi muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotic yang jitu dan berpengetahuan untuk membina pemikiran pelajar yang kritis dan objektif. Umpamanya, peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 dapat memberikan gambaran tentang pentingya persefahaman, toleransi antara kaum untuk memartabatkan keamanan dan perpaduan kaum dalam negara atau yang lebih tepat lagi, sepakat membawa berkat. Kita seharusnya menanamkan nilai patriotisme dalam diri remaja bermula dari sekarang kerana melentur buluh biarlah

dari rebungnya.
Selain itu, sejarah dapat mendidik dan melahirkan rakyat yang cinta akan negara. Rakyat yang tidak tahu tentang sejarah pembentukan dan pembinaan negara sendiri sukar untuk menumpahkan sepenuhnya taat setia kepada negara kerana tak

kenal maka tak cinta sekiranya mereka tidak mempelajari sejarah tanah air sendiri.
Misalnya, rakyat yang buta tentang sejarah negara tidak akan memahami rasional di sebalik Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu dan penggubalan Rukun Negara yang lahir rata-rata sebagai akibat peristiwa-peristiwa bersejarah yang menimpa negara. Generasi muda yang dilahirkan selepas negara yang mencapai kemerdekaan umumnya dikatakan tidak arif tentang proses sejarah tempat tumpah darah sendiri. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran sejarah tentang negara sendiri perlu ditekankan dalam kurikulum sekolah supaya dapat menimbulkan kesedaran dalam diri pelajar. Di samping itu, sejarah juga dapat membangkitkan semangat dan membentuk kefahaman yang lebih baik tentang pembentukan negara kepada generasi muda yang akan datang. Kita lihat situasi golongan muda sekarang yang semuanya seperti sudah hilang jati diri masing-masing. Kepesatan arus globalisasi dan juga limpahan media hiburan terhadap anak-anak muda zaman ini menyebabkan sifat kewarganegaraan mereka terhakis secara tidak langsung. Sebagai contohnya, hiburan yang terlampau dan bersifat kebaratan mudah mempengaruhi minda generasi muda yang sememangnya mudah terikut-ikut seperti lembu dicucuk

hidung sahaja lagaknya Budaya dan hiburan yang datangnya dari negara-negara
seperti Amerika Syarikat, London dan sebagainya banyak mendatangkan pengaruh
49

buruk kepada rakyat tempatan. Oleh itu, setiap pelajar mestilah menambahkan dan meningkatkan kefahaman tentang sejarah supaya dapat melahirkan pelajar yang bertamadun tinggi. Bukan itu sahaja, sejarah dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan. Hal ini dikatakan demikian kerana sudah tercatat dalam sejarah bahawa banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak mengambil iktibar daripada sejarah terdahulu. Dalam hal ini, Goerge Santayana mengatakan,mereka yang lupa akan

sejarah pasti akan mengulangi kesilapan yang lalu. Untuk itu, sejarah menjadi
wahana yang terbaik untuk membetulkan segala kesalahan dan kesilapan. Sebagai contohnya, kita dapat melihat perkembangan politik negara (Malaysia) melalui tindakan tindakan sesetengah pemimpin dan pihak bertanggungjawab, tidak kira sama ada yang memerintah ataupun yang membangkang kebanyakannya sering bercanggah kerana mereka tidak mengerti dan tidak belajar daripada peristiwa sejarah. Tegasnya , mata pelajaran sejarah dapat membantu kita mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan yang sama berulang buat yang kesekian kalinya. Sebagai kesimpulannya, sejarah amat penting untuk membentuk masyarakat yang bertamadun. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan dan pihak sekolah haruslah berusaha utnuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah supaya dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajarannya. Semua warganegara Malaysia harus bekerjasamaseperti aur dengan tebing untuk menguasai mata pelajaran Sejarah walaupun susah kerana berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian,

berasakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

50