Anda di halaman 1dari 5

Pampasan merupakan faedah dan ganjaran yang diberikan kepada pekerja sebagai bayaran setelah memberi sumbangan dari

segi mental dan fizikal. Faedah merujuk pada pemberian yang berbentuk kewangan dan bukan kewangan berdasarkan kontrak perkhidmatan yang telah dipersetujui bersama. Ganjaran merujuk pemberian berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik.

Pampasan bertujuan menarik perhatian bakal pekerja untuk berkhidmat dalam organisasi. Memberi motivasi kepada pekerja untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana peningkatan prestasi mereka akan dibalas dengan pemberian ganjaran. Hal ini akan membantu mengekalkan pekerja yang senior dan berpengalaman untuk kekal bekerja bagi meningkatkan prestasi organisasi.

Pampasan yg diterima boleh membiayai kos sara hidup pekerja. Pemberian pampasan merupakan satu pematuhan undang-undang seperti Akta Pekerjaan 1955,Akta KWSP 1951 yg bertujuan menjaga kebajikan pekerja . Pampasan memberi motivasi yang tinggi kepada pekerja untuk terus meningkatkan prestasi kerja. Hal ini kerana,pekerja yg memberi sumbangan yg baik akan diberikan ganjaran yg tinggi.

Pemberian pampasan dapat menjamin masa depan pekerja semasa atau setelah bersara. Semasa berkhidmat,pekerja diberi pampasan berbentuk faedah kewangan dan faedah bukan kewangan. Manakala setelah bersara,pekerja diberikan pampasan berbentuk faedah keselamatan dan kesihatan. Pampasan yang kompetitif akan diterima di peringkat industri dan ini boleh mewujudkan hubungan harmoni dengan kesatuan sekerja yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai