Anda di halaman 1dari 12

Pengwujudan Idea (Inception of Idea)

IDEA
Maksud erti kata "Idea" ialah fikiran, idea atau gambaran di dalam fikiran. Rancangan, tujuan atau maksud yang wujud dari minda fikiran atau apa yang sedang difikirkan. "Idea" juga disamakan makna sebagai "pendapat" seseorang. Tanggapan dan konsepsi seseorang dalam cara pemikiran.

Dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Sebenarnya sumber ilham dan cetusan idea ini adalah merupakan perkara yang sama dengan pengwujudan idea

Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. Oleh itu guru juga berperanan penting dalam hal ini.

Pengwujudan idea boleh didapati melalui :


(a) Alam semulajadi dan objek di persekitaran (b) Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi (c) Idola dan Bahan Rujukan.(IDOLA dan RESEARCH) (d) Melalui media elektronik dan cetak

a) Alam semula jadi dan objek di persekitaran


Mengguna alam dan persekitaran sebagai sumber idea/ilham. Mengesan keunikan, integrasi alam dan kehidupan, unsur-unsur seni seperti warna, bentuk dan sebagainya boleh menggerakkan kewujudan idea atau ilham. Mentafsir alam dengan pengamatan yang jujur untuk mencari nilai dan makna.

Maksudnya:Apa saja objek yang anda lihat iaitu ada daya penarik dan memberi daya ingin tahu mengikut pemerhatian seseorang individu atau sesebuah kumpulan kepada sesuatu perkara. Kebiasannya apabila anda melihat kejayaan atau karya-karya idea orang lain, mungkin akan mewujudkan idea-idea yang baru

. Apabila anda terlihat papan iklan, nama jalan, experasi muka atau nama karektor komik, nama lokasi, menyaksikan konsert, menonton TV, membaca surat khabar, majalah, komik, karyakarya seni dan sebagainya yang ada kaitan dengan permerhatian dan minat mata anda. Dan inilah yang mewujudkan sumber idea untuk menghasilkan sesuatu karya.

b) Perasaan dalaman, khayalan & imaginasi.


Pengalaman hidup memberi banyak kesan dan pengaruh terhadap minda. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya adalah sumber penting melahirkan idea atau inspirasi. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi merupakan motivasi menggerakkan idea atau ilham.

d) Idola dan Bahan Rujukan.(IDOLA dan RESEARCH)


Idola maksudnya kejayaan sesorang yang dapat memberi anda "sumber inspirasi (ilham) idea "dan dorongan dalam diri anda, samada secara langsung atau kebetulan. Seseorang Idola yang mempunyai keserasian dan sehati sejiwa dengan minat dan bakat seperti anda, mungkin akan memberi "sumber insperasi (ilham) idea" yang tepat.

Contohnya merujuk buku yang berkaitan dengan seni lukis atau catan yang ditulis oleh pelukis- pelukis yang terkenal untuk mendapatkan info atau idea (tips olahan visual, stroke lukisan, teknik warna dan sebagainya lagi

e) Melalui media elektronik dan cetak


Mencari sumber idea seperti gambar- gambar di internet atau media cetak seperti majalah dan sebagainya lagi untuk mempelbagaikan idea dan seterusnya dapat menghasilkan sesebuah karya.

Anda mungkin juga menyukai