Anda di halaman 1dari 3

ISL 5 Pengertian falsafah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermakna pengetahuan tentang pengertian yang dianggap

sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Pendidikan pula dapat diertikan dalam bentuk yang pelbagai bergantung kepada dari sudut mana ia dilihat. Falsafah pendidikan terhasil apabila persoalan yang saling berkaitan antara falsafa dan pendidikan yang tidak dapat dijawab dari sudut falsafah semata-mata mahupun pendidikan semata-mata. Oleh itu, falsafah pendidikan amat penting untuk mencari jawapan kepada semua persoalan yang dikemukakan. Bagi saya, Falsafah Pendidikan adalah satu usaha dan pengajaran dalam melaksanakan dan membentuk seseorang menjadi pembimbing serta pembentuk negara untuk masa akan datang berteraskan pengalaman manusia. Maksud di sini, dalam melahirkan seseorang individu yang akan menjadi pemimpin bagi generasi akan datang, mereka perlu menguasai pendidikan supaya melahirkan insan yang cemerlang dari sudut ilmiah dan akhlak. Seseorang juga harus menjadikan pengalaman orang yang terdahulu sebagai satu garis panduan dalam mentadbir kehidupan dan negara dalam menjadikan kehidupan yang harmonis dan berdaya saing. Pepatah melayu ada mengatakan Jika anda memerah nyiur, santannya diambil, hampasnya dibuang. Kita dapat jadikan pengalaman yang baik sebagai satu tauladan manakala pengalaman yang buruk sebagai satu tekanan supaya kita tidak kembali melakukan kesilapan dan berusaha merubah untuk mencapai matlamat yang diingini. Tujuan falsafah pendidikan mengikut pendapat saya adalah untuk menjadi garis panduan bagi hala tuju sesuatu pendidikan itu. Sebagai seorang pembimbing, penting untuk kita mengetahui di manakah batas-batas pelajaran yang boleh di ajar dalam kelas. Hal ini boleh dikaitkan bagi menjaga sensetiviti perkauman dan hal-hal lain yang dianggap sensetif seperti hal politik. Tambahan lagi, falsafah dibuat untuk menjadikan sesuatu yang baik bertambah baik. Sepertimana yang kita tahu, tanpa kesilapan, kita tidak mampu untuk berfikir dengan lebih sempurna. Jadi, kesilapan yang lepas harus kita perbaiki untuk dijadikan pengalaman bagi masa akan datang. Tujuan falsafah juga bagi saya untuk menyatukan aktiviti pendidikan supaya tidak mempunyai perbezaan antara sesebuah tempat dengan tempat yang lain. Contohnya antara sekolah di kawasan pedalaman dan sekolah di kawasan bandar, dengan adanya falsafah pendidikan, maka tidak berlakulah diskriminasi antara mereka. Jika kita mengimbas kembali pada zaman penjajahan British, terdapatnya jurang antara anak melayu elit dengan anak-anak melayu di kawasan pedalaman. Selepas falsafah pendidikan diperkenalkan pada tahun 1988, pihak yang

SITI NURHANI BINTI ABDUL GHANI

Page 1

bertanggungjawab telah melaraskan system pembelajaran kepada semua muridmurid kerana pendidikan menjadi tanggungjawab sivik negara. Tujuan yang keempat adalah untuk membimbing dan menyatukan pendidik dari segi pembelajaran. Dari apa yang kita ketahui, tanggungajawab pendidik bukan hanya mengajar tapi sekaligus mendidik anak-anak murid. Jika antara guru mempunyai pertelingkahan dalam melaksanakan tugas, murid-murid akan keliru dan tidak dapat memahami apa yang diajar dengan berkesan. Contohnya, jika guru A berkata mengikut buku teks tetapi guru B berkata mengikut apa yang difikirkan tanpa merujuk mana-mana sumber, anak murid akan keliru dan berlakunya salah faham dalam pelajaran yang diajar. Oleh itu, falsafah pendidikan haruslah digubal secara rapi dan teliti dengan mengambil kira aspek berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara. Seperti yang dipersoalkan oleh Aristole: Mankind is by no means agreed about the best things to be taught, whether we look to virtues or the best life. Neither is it clear whether education is more concerned with intellectual or moral virtue. Should the useful in life, or virtue, or the higher knowledge be the main aim of our training? Kehendak masyarakat dalam falsafah pendidikan amat dititikberatkan. Hal ini kerana ibu bapa dan masyarakat meletakkan harapan yang tinggi terhadap pendidikan untuk menjamin kesejahteraan akan datang. Contohnya, bagi pelesit kota didapati berleluasa, maka pendidikan diharapkan untuk mengubah menyelesaikannya. Pendidikan juga dipandang tinggi dalam memupuk nilai moral masyarakat. Setiap masyarakat mewarisi berbagai budaya yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Dalam fungsi pendidikan bukan hanya memelihara budaya sahaja bahkan berperanan dalam mengembangkan potensi-potensi yang ada pada individu masyarakat supaya seiring dan setanding dengan masyarakat negara maju yang lain. Jika kita meninjau pada zaman kerajaan Yunani, rakyat Sparta hanya mempunyai matlamat untuk mempertahankan negara mereka. Oleh itu, masyarakat tersebut diberikan pendidikan selaras dengan kehendak mereka. Lain pula kisahnya bagi negara totalitarian, matlamat pendidikan mereka ditentukan oleh ideology politiknya. Menurut J.F. Brown: Education in any country and at all periods reflects on the ruling class. Bagi matlamat perkembangan individu pula, tujuannya dikaitkan dengan maksud hidup. Seseorang individu mempunyai potensi semulajadi yang dipupuk untuk menjadi individu yang mempunyai keistimewaan sendiri. Pendidikan bertujuan memperkembangkan individu kerana ingin melahirkan individu yang hidup dengan sepenuh daya tanpa berasa putus asa dalam kehidupan. Rousseau berpendapat
SITI NURHANI BINTI ABDUL GHANI Page 2

bahawa pendidikan hendaklah memusatkan usaha terhadap kesuburan individu bagi mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Dengan itu, akan berlakunya percambahan penumpuan bagi setiap individu. Contohnya, tidak semua yang berfikir hanya mendapatkan keuntungan dan faedah sendiri sahaja. Apa yang dimaksudkan adalah membentuk individu yang beridentiti dan bermatlamat hidup untuk bekerjasama dengan masyarakat. Guru amat memainkan peranan untuk merealisasikan falsafah pendidikan. Oleh itu, guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Dengan ini, segala apa persoalan yang diutarakan oleh anak murid dapat dijawab oleh guru dengan sebaik mungkin walaupun tidak terhad kepada pengetahuan mengenai matapelajaran sahaja. Selain itu, dengan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah pendidikan, guru, khasnya mengembangkan individu pelajar dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Seperti yang dinyatakan diatas tadi, individu merupakan satu pendekatan yang besar faedahnya kepada masyarakat. Konsep ini selaras dengan pendapat Piaget yang menyatakan: The principal aim of education is to create men who are capable of doing new things, not simply repeating what other generations have done, men who are creative, inventive and discovers.

SITI NURHANI BINTI ABDUL GHANI

Page 3