Anda di halaman 1dari 3

Pembayaran Caruman | Pertubuhan Keselamatan Sosial

Bagaimana Membayar Caruman Caruman boleh dibayar melalui tiga kaedah iaitu:i) Pembayaran melalui bank-bank perdagangan . Bagi majikan yang mengemukakan pembayaran menggunakan Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) bercetak. Bank-bank yang dilantik oleh PERKESO adalah: CIMB Bank Berhad Maybank Berhad RHB Bank Berhad Public Bank Berhad Bank Muamalat Pejabat Pos Malaysia (bagi Sabah & Sarawak sahaja). Nota : Cetakan slip pengesahan bayaran adalah bukti caruman telah dijelaskan oleh majikan. Majikan adalah dinasihatkan supaya membuat salinan dan menyimpan Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) untuk tujuan catatan. Jika Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) bercetak dari PERKESO, tindakan-tindakan berikut hendaklah diambil perhatian:i- Catatkan jumlah caruman yang kena dibayar bagi pekerja itu di ruangan (6) Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) ii- Jika tiada caruman sebab cuti tanpa gaji, masukkan angka 00.00 di ruangan (6) iii- Tandakan X di ruangan (2) jika pekerja telah berhenti kerja dan masukkan tarikh berhenti kerja di ruangan (3) iv- Isikan tarikh mula kerja untuk pekerja yang tidak tersenarai sahaja di ruangan (3). Pendaftaran pekerja sedemikian hendaklah juga dibuat dalam Borang 2 v- Apabila semua caruman telah dicatat dan disemak untuk ketepatan, jumlah itu hendaklah dicampurkan dan jumlah pada tiap-tiap muka itu dibawa ke hadapan (jika ada) dan jumlah besar dicatatkan di muka yang terakhir Tandakan (/) sama ada bayaran tunai atau cek di kotak yang telah disediakan dan amaunnya di ruangan yang disediakan bagi maksud itu vi- Jika bayaran dengan cek, nombor cek itu hendaklah dicatatkan di ruangan yang telah disediakan bagi maksud itu dan Nombor Kod Majikan dan bulan caruman hendaklah juga dicatatkan di belakang cek itu. Cek hendaklah atas nama Kumpulan Wang Keselamatan Sosial. Sila pastikan jumlah cek itu adalah sama dengan jumlah besar dalam Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) itu vii- Isikan semua butir yang berkenaan seperti Nama Majikan, No. Kod Majikan, Bulan dan Tahun Caruman dan No. Akaun Bank PERKESO dalam slip bayaran caruman PERKESO yang mana boleh diperolehi di bank itu viii- Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) yang telah disempurnakan itu hendaklah dikemukakan kepada bank yang diluluskan bersama-sama dengan Slip Bayaran caruman PERKESO yang telah disempurnakan itu untuk tujuan pembayaran Slip Bayaran itu adalah dalam tiga salinan iaitu salinan bank, salinan PERKESO dan salinan majikan. Pihak bank akan mengesahkan terimaan bayaran dan memulangkan salinan majikan. Majikan hendaklah menyimpan salinan itu dan dikemukakan apabila diminta oleh Pegawai Pemeriksa PERKESO. Sekiranya terdapat caruman terkurang bayar bagi sesuatu bulan itu, caruman yang terkurang itu hendaklah dibayar melalui bank-bank yang diluluskan mengikut cara yang dinyatakan di atas dengan menggunakan Jadual Caruman Terkurang Bayar (Borang 8B) yang mana boleh diperolehi di pejabat PERKESO yang berdekatan. Majikan hendaklah

1/3

Pembayaran Caruman | Pertubuhan Keselamatan Sosial

mengisi semua butir yang berkenaan dalam borang itu seperti nama dan alamat majikan, nombor kod majikan dan bulan caruman. ii) Pembayaran melalui Perbankan Internet Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank berkenaan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi bank-bank berikut:(a) Maybank Berhad (MayBank2e.net, 03-20727192, 1 300 887788) (b) CIMB Bank Berhad (Biz Channel, 03-22956199, 1 300 880 900) (c) RHB Bank Berhad (eHR2, 03-92806657) (d) Public Bank Berhad (PBeBank.com, 03-21766751) Nota: Nombor telefon tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh pihak bank. iii) Pembayaran di pejabat PERKESO Pejabat PERKESO hanya menerima pembayaran melalui cek atau kiriman wang pos sahaja. Bagi majikan yang mengemukakan rekod caruman melalui disket/pita komputer, pembayaran hendaklah dibuat di pejabat PERKESO dimana majikan didaftarkan. Majikan digalakkan menghantar Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) melalui pita atau disket. Bagi tujuan ini, majikan boleh berhubung dengan pejabat PERKESO berhampiran atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my. Majikan digalakkan menggunakan sistem ini kerana:i- Penghantaran Jadual Caruman dalam bentuk disket/pita dan bayaran caruman bulanan boleh dibuat melalui mana-mana pejabat PERKESO di seluruh negara. ii-Pemprosesan caruman bulanan dapat dipercepatkan dan masalah kemasukan data dapat dikurangkan.

Tempoh Masa Membayar Caruman Caruman yang kena dibayar bagi sesuatu bulan itu hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari terakhir bulan yang berkenaan dengan caruman itu kena dibayar. Misalnya, caruman yang kena dibayar bagi bulan April 2007 hendaklah dibayar tidak lewat daripada 31 Mei 2007. FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR (FCLB) Bagi majikan-majikan yang gagal menjelaskan caruman bulanan dalam tempoh yang ditetapkan, FCLB akan dikenakan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja, 1971 dibawah Peraturan 33. Faedah yang dikenakan adalah mengikut kadar sebanyak 6% bagi tiap-tiap satu hari caruman itu tidak atau terlambat dibayar selepas tamat tempoh dengan syarat:

(a) jika amaun faedah yang dikira adalah kurang daripada RM5.00, maka faedah yang perlu dibayar adalah RM5.00 bagi setiap dan sebahagian daripada bulan-bulan yang berkenaan; (b) jika amaun faedah melebihi RM5.00, maka faedah yang perlu dibayar adalah mengikut pendaraban RM5.00 berikutan yang paling tinggi bagi setiap dan sebahagian daripada

2/3

Pembayaran Caruman | Pertubuhan Keselamatan Sosial

bulan-bulan yang berkenaan.

Contoh 1: Majikan telah membayar caruman untuk bulan Februari 2006 sebanyak RM50.50 pada 15.5.2006. Cara pengiraan: RM50.50 X 6% X 30/365 = RM0.249 (FCLB yang dikenakan adalah RM5.00) RM50.50 X 6% X 15/365 = RM0.125 (FCLB yang dikenakan adalah RM5.00) Majikan telah lambat membuat bayaran selama 45 hari maka amaun FCLB yang dikenakan adalah RM10.00 Contoh 2: Majikan telah membayar caruman untuk bulan Februari 2006 sebanyak RM5000.00 pada 15.5.2006. Cara pengiraan: RM5000 X 6% X 30/365 = RM24.66 (FCLB yang dikenakan adalah RM25.00) RM5000.00 X 6% X 15/365 = RM12.33 (FCLB yang dikenakan adalah RM15.00) Majikan telah lambat membuat bayaran selama 45 hari maka amaun FCLB yang dikenakan adalah RM40.00. PEMBERITAHUAN TAMAT OPERASI Setiap majikan yang ingin menutup perniagaannya atau memberhentikan semua pekerjanya hendaklah mengisi Borang 1A dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat operasi dan mengemukakan ke pejabat PERKESO yang berkenaan. PENALTI Gagal atau lewat mendaftar perusahaan Gagal atau lewat mendaftar pekerja yang layak Gagal atau lewat membayar caruman Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan berikut boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali Borang-borang dan keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi mana-mana pejabat PERKESO berhampiran atau layari laman web di www.perkeso.gov.my.

3/3

Anda mungkin juga menyukai