Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Tarikh diakses Laman Web

: Terapi Seni dan Terapi Biblio : 15 Januari 2013 : http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/terapi-terapikaunseling-dan-bimbingan.html

___________________________________________________________________

Terapi Seni
Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh samasama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan. Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan. Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif. Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck) Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change. Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia senimelalui rekabentuk seni luar. ( JudithPeck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change. Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta dari tanah liat. Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya. Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien. Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor. Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar klien tidakmerasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan. Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di University of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh membantu mengatasi gangguan mental. Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti

perkembangan 20 orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut dari Therapeutic Community of theNorthen Area of the Virgen de las Nieves Hospital, Granada selama lebih dari setahun. Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela selama dua hari dalam seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani, EdvardMunch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk menambahkan pandangan mereka. Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka. Selama proses ini berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh mengungkapkan serta meluahkan perasaan dan emosi mereka.

Dengan itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh mereka. Terdapat dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai pemangkin emosi dalam sahsiah pelajar. i. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ). ii. Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Terapi Biblio

Terapi

Biblio

ialah

penggunaan

buku-buku

untuk

menolong

orang

menyelesaikan masalah. Konteks kanak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan yang terbimbing. Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai bimbingan melalui bacaan. Shrodes (1950):- proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca

Harris dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan bahan- bahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari segi kesedaran

Pardeck dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui bukubuku. Konsep terapi biblio ialah membaca untuk pengalaman rawatan. Ia juga merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman yang relevan dengan situasi yang tertulis dalamnya. Ia juga merangkumi pendekatan terapi bercerita. Terapi biblio ini telah diluaskan hingga dipadankan dengana ktiviti perbincangan atau bermain. Kegunaan terapi biblio ialah mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya, bahan-bahan seperti Chickens Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih ( dari segi emosi ). Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan ( misalnya ketika beratur menunggu sesuatu ). Menghilangkan ketegangan ( panas baran, marah, tidak sabar). Meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Dapat menyelesaikan masalah murid. Membantu murid memperoleh ilmu

Anda mungkin juga menyukai