Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Pada 19 Februari yang lalu, satu sesi pembelajaran telah dilaksanakan dan saya telah diselia oleh

pensyarah pembimbing. Kelas ini mengambil masa 60 minit mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirancang sebelum ini.Sesi pengajaran dan pembelajaran ini memfokus kepada matapelajaran Bahasa Inggeris. Tajuk bagi proses pembelajaran ini adalah apostrophe.Berdasarkan tajuk ini, hasil pembelajaran yang akan dicapai ialah murid dapat mengetahui dimana tempat bagi meletakkan tanda bahasa(apostrophe). Bagi memastikan proses dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, saya telah menggunakan papan puith bagi memberikan penerangan dengan menulis beberapa contoh ayat. Untuk set induksi, saya menggunakan bahan bantu mengajar menggunakan teka teki. Melalui teka teki haiwan tersebut, murid diminta untuk meneka haiwan yang tersembunyi.Untuk langkah satu, guru menerangkan peraturan berkenaan apostrophe.Untuk langkah seterusnya, murid diperkenalkan oleh guru dengan contoh ayat yang sesuai bagi memudahkan mereka faham. Kekuatan bagi pengajaran kali ini adalah apabila guru menggunakan teka teki sebagai set induksi.Ianya secara tidak langsung mampu untuk menarik minat pelajar untuk belajar.Selain itu,berdasarkan coontoh ayat yang digunakan ia memudahkan pelajar untuk faham.Kekuatan yang seterusnya ialah peneguhan positif yang diaplikasikan oleh guru kepada murid-murid contohnya pujian seperti baik, tahniah dan perlakuan seperti menepuk tangan. Peneguhan positif sesuai diaplikasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di mana murid akan merasa diri mereka dihargai dan secara tidak langsung keyakinan murid dapat ditingkatkan. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti. Kelemahan pertama ialah penglibatan murid pasif. Semasa proses pengajaran dan pemebelajaran dilaksanakan, murid hanya duduk di tempat masing-masing dan kurang bergerak. Oleh itu, untuk sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang, saya akan cuba merancang sesuatu aktiviti yang dapat menggalakkan pergerakan murid seterusnya meningkatkan penglibatan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru. Kelemahan seterusnya adalah apabila guru tidak dapat menggunakan alat bantu mengajar seperti yang dirancang kerana ketidaan elektrik.Selain itu lembaran kerja yang berikan agak sukar sehingga ada pelajar yang tidak dapat menjawab. Justeru itu, saya akan membuat penambahbaikan pada masa yang akan datang bagi mengatasi semua kelemahan yang telah dikenalpasti sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan sebelum ini.