Anda di halaman 1dari 1

LOKMAN BIN SAMIAN

SK TOH TANDEWA SAKTI


35000 TAPAH,
PERAK DARUL RIDZUAN.
______________________________________________________________________
TUAN HAJI FIRDAUS BIN ABDULLAH,
2 SEPTEMBER 2013
YANG DIPERTUA
PIBG SK TOH TANDEWA SAKTI,
35000 TAPAH, PERAK.
Tuan,
Usul untuk mesyuarat PIBG Kali Ke-2 2013.
Merujuk kepada perkara diatas, saya Lokman Bin Samian No. K/P: 830510-015345 yang juga AJK PIBG SKTTS Tahun 2013/2014 ingin menyatakan usul-usul yang
dicadangkan. Antaranya pertama, meminta pihak sekolah menyiasat dakwaan harga
makanan di Kantin sekolah. Ini adalah disebabkan rungutan di kalangan ibu bapa
yang membeli makanan untuk anak mereka mahal dan tidak berpatutan. Untuk
pengetahuan, pihak kantin telah menyambung kontrak dengan pihak sekolah sekali lagi
pada tahun ini. Misalnya, harga 3 keping keropok lekor dikira RM 1.00 dan ini tidak
munasabah jika dibandingkan dengan harga di kantin sekolah lain.
Keduanya, meminta ibu bapa supaya mengambil anak tepat pada masanya
terutamanya waktu balik.Ini adalah kerana saya sebagai guru bimbang akan
keselamatan anak-anak murid terutamanya yang balik lewat terutamanya hari Jumaat.
Saya harap pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan cadangan yang
dikemukakan. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar,

(LOKMAN BIN SAMIAN)


NO. K/P: 830510-01-5345

Anda mungkin juga menyukai