Anda di halaman 1dari 3

Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan bahasa kanak - kanak bandar dan luar bandar

Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi.Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pendangannya. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa adalah penting untuk membolehkan manusia berhubung antara satu dengan lain.Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosio-emosi yang tenteram dan selamat kerana apabila bahasa dikaitkan dengan pengalaman yang menggembirakan. Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan bahasa kanak - kanak yang tinggal di bandar dan luar bandar. Pihak ibu bapa, pihak guru dan juga rakan sebaya merupakan faktor - faktor persekitaran yang membantu kanak - kanak untuk mengembangkan tahap penguasaan, pemerolehan dan penuturan bahasa dengan lengkap. Kebanyakan kanak - kanak yang tinggal di kawasan bandar dapat menguasai tahap perkembangan bahasa secara sepenuhnya, iaitu dari segi sintaksis, struktur ayat, tatabahasa dan juga ayat - ayat yang kompleks dengan mantap kerana mereka sentiasa dipengaruhi dan dibantu oleh pihak ibu bapa yang berpendidikan tinggi, menjawat jawatan yang tinggi dan mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi. Majoriti pihak ibu bapa yang tinggal di kawasan perbandaran membantu dan membimbing anak - anak mereka untuk membaca pelbagai jenis kata atau ayat yang terdapat dalam buku - buku bahasa, keratan- keratan surat khabar dan laman - laman web internet pada masa lapang di rumah. Pada masa yang sama, kebanyakan ibu bapa yang tinggal di kawasan bandar juga membantu dan melatih anak - anak mereka untuk menguasai bahasa melalui mengadakan interaksi. Mereka juga mengajar anak - anak mereka tentang cara - cara berinteraksi dengan betul apabila mengenali dengan orang lain.Tambahan pula, di sekolah golongan guru juga membantu kanak - kanak dari tahap satu hingga tahap dua (tahun 1-6) untuk menguasai tahap bahasa secara sepenuhnya melalui menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dengan menggunakan

teknologi terkini di kelas.Selain itu, kanak - kanak juga dapat mempertingkatkan tahap perkembangan bahasa mereka melalui bergaul dengan rakan sebaya. Mereka dapat berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dengan beriteraksi dalam bahasa yang mudah difahami kerana mereka sedia diperolehi ilmu bahasa yang secukupnya melalui pembimbingan pihak ibu bapa di rumah dan pihak guru di sekolah. Faktor - faktor persekitaran tersebut dapat membantu kanak - kanak untuk menguasai sesuatu bahasa dengan sepenuhnya. Manakala, kanak - kanak yang tinggal di kawasan luar bandar, sebenarnya tidak dapat menguasai ilmu bahasa atau tahap bahasa dengan sepenuhnya. Ini kerana,kebanyakan kanakkanak yang tinggal kawasan luar bandar hanya memperolehi ilmu bahasa yang diterapkan di sekolah.Kebanyakan ibu bapa yang tinggal di kawasan luar bandar tidak memperolehi ilmu pendidikan yang secukupnya atau hanya berpendidikan rendah.Oleh itu, mereka tidak dapat membantu dan membimbing anak - anak mereka untuk mempertingkatkan tahap ilmu bahasa secara sepenuhnya.Terdapat ramai kanak - kanak tidak dapat mempelajari atau memperolehi ilmu bahasa yang lengkap dan tidak dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan menggunakan bahasa dan juga kemahiran bacaan.Di samping itu, mereka juga tidak dapat menguasai kemahiran - kemahiran yang berkaitan tatabahasa, sintaksis dan strukutur ayat yang lengkap. Kebanyakan kanak - kanak yang tinggal di kawasan luar bandar tidak dapat menguasai tahap sesuatu bahasa kerana tidak ada faktor - faktor persekitaran yang lengkap. Secara kesimpulannya, faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam membantu perkermbangan tahap fizikal,bahasa dan juga kognitif terhadap kanak - kanak sama ada di bandar dan luar bandar.

BAHAGIAN (B) TUGASAN INDIVIDU


(Penulisan Esei) SUGONESWARY A/P SUBRAMANIAM

Anda mungkin juga menyukai