Anda di halaman 1dari 4

Pensyarah:Pn Hjh Nor Ruzaini Jailani/SCE 3108 Merancang untuk Mengajar Sains Rendah

Sains adalah satu bidang ilmu hasil daripada usaha manusia bagi mencari penerangan yang rasional berkaitan kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam ini. Penerangan ini memberi kefahaman berkenaan kewujudan peraturan dan hukum-hukum tertentu, ketertiban susunan dan hubung kait yang terdapat dalam alam ciptaan Allah. Melalui kajian dan dapatan yang ditemui daripada kajian yang dijalankan, ahli-ahli sains mengemukakan konstruk dan konsep bagi menerangkan fenomena semulajadi yang diperhatikan (Driver, Asako, Leach, Mortimer & Scott 1994). Penjelasan ini membentuk isi kandungan sains disebabkan sebahagian besar daripada konsep-konsep sains itu sendiri amat abstrak, tambahan pula dengan perwakilan konsep-konsep itu dalam bahasa matematik. Pengajaran sains adalah satu proses yang kompleks. Dalam bentuk yang paling mudah, pengajaran sains melibatkan hubung kait antara pengajaran guru, pembelajaran pelajar dan kurikulum sains. Pada umumnya, model transmisi dalam pengajaran diterima dan dianggap sesuai dalam sains kerana dipercayai mempunyai jawapan yang benar, yang boleh dicari dan ditemui manakala tugas guru hanya menyalurkan pengetahuan ini kepada pelajar. Walau bagaimanapun model transmisi ini tidak dapat menjelaskan kegagalan pelajar dalam aspekaspek tertentu pembelajaran seperti kreativiti, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah (Gagne, 1985). Menurut Carr et al. (1994), penerokaan dalam bidang sejarah dan falsafah sains serta sumbangan model-model baru daripada bidang psikologi kognitif mengubah perspekif pengajaran daripada model transmisi kepada pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Dalam pengajaran sains, terdapat pelbagai model pengajaran. Antaranya model pengajaran konstruktisme dan model pengajaran inkuiri. Maksud konstruktivisme berbeza-beza mengikut perspektif bergantung kepada pegangan aliran pemikiran dan falsafah masingmasing. Dalam konteks pendidikan terdapat maksud falsafah konstruktivisme dan

konstruktivisme kendiri seperti yang diterangkan oleh Piaget (1967), konstruktivisme sosial oleh Vygotsky (1978), konstruktivisme radikal Von Glaserfeld (1995), epistemologi konstruktivis dan konstrukltivisme pendidikan Mathews (1998). Satu ciri umum dalam takrifan konstruktivisme adalah berkaitan penglibatan aktif pelajar dalam membina kefahaman. Menurut Von Glaserfeld 1995, pengetahuan tidak boleh diterima secara pasif tetapi dibina oleh individu yang berfikir. Dalam perspektif konsruktivisme, pengetahuan bukan suatu yang wujud di luar diri individu tetapi sebenarnya dibina oleh individu. Mengiku Hewson dan Hewson (1988), pelajar membina pengetahuan secara aktif. Mereka berbuat demikian dengan menggunakan pengetahuan sedia ada bagi menginterpretasikan maklumat baru dengan cara Esei/Sulia Suhed/810824035068/P4.5/IPGIK/Sept 2013 Halaman 1

Pensyarah:Pn Hjh Nor Ruzaini Jailani/SCE 3108 Merancang untuk Mengajar Sains Rendah

munasabah bagi diri mereka. Mereka membina struktur konseptual di mana mereka dapat mengenal pasti fenomena empirikal, konsep-konsep dan corak-corak penjelasan. Pembelajaran daripada perspektif konstruktivisme melibatkan pembinaan pengetahuan melalui pengalaman dengan persekitaran fizikal dan interaksi sosial. Proses ini melibatkan proses penjanaan, pemeriksaan dan penstrukturan semula idea dan hipotesis. Individu dapat mengawal dan menentukan matlamat pembelajarannya sendiri dan kebanyakan pelajar mempunyai idea yang sama berkaitan fenomena semulajadi kerana mereka berkongsi pengalaman yang hampir sama. Kebanyakan model pengajaran konstruktivis mencadangkan langkah-langkah seperti mengenal pasti idea, pandangan dan minat pelajar melalui temubual, soalan interaktif, tinjauan,peta konsep, soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar dan sumbangsaran. Guru memberi respons dan interaksi dengan pemikiran pelajar dengan cara membina jambatan dan perancah bagi membolehkan pelajar membina idea baru, menganalisis masalah konseptual, memperkenalkan model yang berbeza ataupun analogi dan membina ataupun menilai konsepsi alternatif. Aktiviti yang menggalakkan kreativiti pelajar terserlah melalui aktiviti hands-on bagi mencetuskan minat, menggalakkan pelajar mengambil risiko, menggalakkan kebolehan metakognitif dan menggunakan strategi pembelajaran koperatif. Guru biasanya dapat menilai pelajar dengan cara mengesan perubahan idea pelajar, mengesan pemindahan dan perkaitan idea, belajar cara belajar kemahiran, pengekalan idea-idea baru dan peningkatan prestasi. Antara matlamat pendidikan sains adalah menggalakkan pelajar yang faham cara atau kaedah taakulan inkuiri saintifik dan dapat menggunakan cara atau kaedah itu, Justeru, sains di sekolah perlu diajar supaya dapa mencerminkan sains seperti yang diamalkan. Dalam pembelajaran inkuiri, pelajar terlibat aktif dalam membina kefahaman berkaitan pengetahuan saintifik. Peranan guru menjadi lebih canggih dan kompleks bagi memberi ruang kepada cara pelajar meneroka dan membina kefahaman tanpa arahan ataupun gangguan guru. Dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri dalam kelas sains, guru perlu merancang, mengolah aktiviti dan yang paling penting guru perlu merubah pandangan dan kepercayaan dirinya sendiri berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran sains, pelajar mempelajari kemahiran inkuiri apabila pelajar bertanya soalan, meneroka dan menyiasat, menggunakan alat dan deria bagi mengumpul maklumat, membuat penjelasan munasabah dan menunjukkan hasil pembelajaran dalam Esei/Sulia Suhed/810824035068/P4.5/IPGIK/Sept 2013 Halaman 2

Pensyarah:Pn Hjh Nor Ruzaini Jailani/SCE 3108 Merancang untuk Mengajar Sains Rendah

bentuk tulisan, binaan, lukisan, lakonan dan bercerita. Dalam pendekatan inkuiri terdapat keseimbangan antara isi kandungan dan proses namun kaedah dan pendekatan pengajaran mungkin berbeza. Inkuiri adalah melampaui sains sebagai proses dimana pelajar mempelajari kemahiran seperti pencerapan, membuat inferens dan menjalankan eksperimen. Walaupun inkuiri, pengajaran inkuiri dan penyiasatan memerlukan pelajar

menggabungkan proses dan pengetahuan saintifik dengan taakulan saintifik serta pemikiran kritikal bagi membina kefahaman dalam sains. Pelajar yang terlibat dalam inkuiri mendapat kefahaman yang lebih mendalam termasuk menghargai bagaimana mereka tahu apa yang diketahui dalam sains, kemahiran yang perlu bagi menjadi penyiasat berkaitan alam semulajadi, keupayaan bagi menggunakan kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan sains. Model pembelajaran melalui pengalaman di mana pelajar melakukan sendiri aktiviti penerokaan, seperti yang dicadangkan oleh Kolb (1984), mengandungi empat proses yang perlu ada bagi menghasilkan pembelajaran yang optima. Empat proses itu adalah pengalaman, melakukan aktiviti, membuat refleksi, mengemukakan soalan dan membincangkan aktiviti yang sedang dilakukan dalam kumpulan, membuat pengitlakan, mengaitkan aktiviti dengan contoh dalam kehidupan harian, dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam konteks yang sama ataupun berbeza yang seterusnya mencetus pengalaman pembelajaran baru. Pembelajaran ini memerlukan kerjasama aktif antara sesama pelajar dan guru memberi bimbingan bagi membangkit dan merangsang sifat ingin tahu dan intelek pelajar. Menyediakan pengalaman sahaja tidak mampu membina pengalaman pembelajaran (Dewey, 1938). Pengalaman menghasilkan pembelajaran jika pelajar faham proses yang berlaku, mengesan pola dalam data pemerhatian, menjana soalan daripada pemerhatian dan faham bagaimana menggunakan generalisasi dalam situasi yang lain. Dalam persekitaran pembelajaran di mana guru membimbing, memberi fokus, mencabar dan menggalakkan pembelajaran turut meningkatkan sifat ingin tahu pelajar. Guru inkuiri yang mahir mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan minat dan keperluan pelajar dan tahu bila dan bagaimana membimbing, bila memberi maklumat, bila menyediakan peralatan yang diperlukan dan menghubungkan pelajar dengan sumber rujukan yang relevan. Guru yang menggunakan pendekatan inkuiri dengan pelajar turut menunjukkan contoh kemahiran yang diperlukan bagi inkuiri. Guru yang berkesan menunjukkan kegembiraan dan minat bagi membuat penerokaan sekaligus menanam minat yang sama pada sains dalam diri pelajar.

Esei/Sulia Suhed/810824035068/P4.5/IPGIK/Sept 2013

Halaman 3

Pensyarah:Pn Hjh Nor Ruzaini Jailani/SCE 3108 Merancang untuk Mengajar Sains Rendah

BIBLIOGRAFI

1) burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/...teori-konstruktivisme-dalam.html

2) Mohd Ali Samsudin, Syarifah Norhaidah Syed Idros dan Zurida Ismail. (2005). Kaedah

Mengajar Sains. PTS Professional Publishing.

3) Tobin, K. (1993). The Practise of construcivisme in science education. Washington,

DC:AAAS 4) Von Glasersfeld, E. (1996). Introduction: Aspects of consructivism: A way of knowing

and learning. Washington, DC: Falmer.

5) www.slideshare.net/zabidah/konstruktivisme

Esei/Sulia Suhed/810824035068/P4.5/IPGIK/Sept 2013

Halaman 4

Anda mungkin juga menyukai