Anda di halaman 1dari 2

Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada

peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Setiap masyarakat atau bangsa mempunyai peraturan bahasa masing-masing. Sebahagian peraturan itu bersifat sejagat, seperti penggunaan panggilan hormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan tatasusila. Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar dalam bukuny Setia dan Santun Bahasa(2002), merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan

penggunaan bahasa, iaitu peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik. Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan itu secara bersepadu menjadi asas kesantunan bahasa. Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah orang yang sedapat mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketigatiga peraturan bahasa itu. Peraturan linguistik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi, dan tatabahasa. Peraturan bahasa yang kedua, iaitu peraturan sosiolinguistik pula berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat, yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat. Yang ketiga, iaitu peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi. Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan. Maka itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai