Anda di halaman 1dari 24

Pada setiap masa, kita

menghadapi situasi (keadaan)


yang berbeza-beza.
Manusia meluahkan perasaan
yang berbeza dalam situasi
yang berbeza.
Teliti 3 perenggan yang berikut…

Ibu pun masuk ke dalam bilik


membawa sebiji kek. Aku berasa
gembira.

Ibu pun masuk ke dalam bilik


membawa sebiji kek. Aku
menguntumkan senyuman yang lebar.

Ibu pun masuk ke dalam bilik


membawa sebiji kek. Aku terlonjak-
lonjak kegirangan.
Teliti 3 perenggan yang berikut…

Tiba-tiba, aku ternampak bayang


putih. Aku berasa takut.

Tiba-tiba, aku ternampak bayang


putih. Aku terasa tubuhku menggigil
ketakutan.

Tiba-tiba, aku ternampak bayang


putih. Aku tercegat membisu seribu
bahasa sambil peluh sejuk mengalir di
tubuhku.
Situasi menggembirakan:
• menguntumkan senyuman
yang lebar

• terlonjak-lonjak kegirangan

• ketawa berdekah-dekah

• deraian ketawa memecahkan


kesunyian
Situasi menggembirakan
Arahan: Tuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan situasi di atas. Cerita
kamu harus mengandungi frasa yang diberikan dan tidak melebihi dari 30 patah
perkataan.

Aku terdengar ketukan pintu bilikku. Ibu pun


masuk ke dalam bilik membawa sebiji kek. Aku
terlonjak-lonjak kegirangan. Tidak sangka ibu
akan mengingati hari lahirku.
Situasi menyedihkan:
• air mata jatuh berlinangan

• hatiku sebak menahan


kepiluan

• tangisanku tidak terkawal

• deraian manik-manik putih


menitis di pipinya yang gebu
Situasi menyedihkan
Arahan: Tuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan situasi di atas. Cerita
kamu harus mengandungi frasa yang diberikan dan tidak melebihi dari 30 patah
perkataan.

Aku terdengar bunyi telefon. Selepas aku


bercakap di telefon, air mataku jatuh
berlinangan. Aku mendapat berita bahawa adikku
di hospital.

20 patah perkataan Dikarang Oleh:


Ismal
Hairul
Daniel
Shahrin
Situasi mencemaskan:
• hatiku berdebar-debar

• jantungku bagaikan hendak


putus

• perasaanku tidak menentu

• terasa darah adrenalina


mengalir ke seluruh tubuhku
Situasi mencemaskan
Arahan: Tuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan situasi di atas. Cerita
kamu harus mengandungi frasa yang diberikan dan tidak melebihi dari 30 patah
perkataan.

Siti terdengar ketukan pintu dan menyangka


bahawa ia datang dari temannya. Apabila melihat
ke dalam lubang pintu, dia melihat seorang lelaki
yang tidak dikenalinya. Hatinya berdebar-debar
ketakutan.

27 patah perkataan Dikarang Oleh:


Sarah Madinah
Siti Yasnira
Nurul Shafina
Elsa Nuramirah
Situasi menggeramkan:
• mengetap gigi

• mengepal tangan menahan


geram

• hatiku sering diburu


perasaan geram

• memendam perasaan geram


di lubuk hati
Situasi menggeramkan
Arahan: Tuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan situasi di atas. Cerita
kamu harus mengandungi frasa yang diberikan dan tidak melebihi dari 30 patah
perkataan.

Aku mengetap gigi apabila Cikgu mengambil


pelekatku. Aku tidak rasa yang aku bersalah. Aku
memendam perasaan geram di lubuk hati supaya
rakan-rakanku tidak perasan akan kemarahanku.

26 patah perkataan Dikarang Oleh:


Imran
Muhd Firdaus
Kamaluddin
Situasi mengecewakan:
• hatiku remuk-redam

• harapan hancur berkecai

• aku menangis tidak


berlagu

• rasa kecewaku tidak


dapat disembunyikan lagi
Situasi mengecewakan
Arahan: Tuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan situasi di atas. Cerita
kamu harus mengandungi frasa yang diberikan dan tidak melebihi dari 30 patah
perkataan.

Aku terdengar bunyi wisel, menandakan masa


telah tamat. Aku tersungkur dan rasa kecewaku
tidak dapat disembunyikan lagi. Baru sahaja
pasukan kami hendak menjaringkan bola tetapi
tiupan wisel mematikan harapan kami untuk
menang.

32 patah perkataan Dikarang Oleh:


Regina
Nurhikmah
Nina Amelia
Rilvana
Situasi mengecewakan
Arahan: Tuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan situasi di atas. Cerita
kamu harus mengandungi frasa yang diberikan dan tidak melebihi dari 30 patah
perkataan.

Hati Gerrard remuk-redam kerana tidak


menjaringkan gol untuk pasukan England. Dia
menangis tidak berlagu. Air mata mengalir di
pipinya kerana tidak sangka yang pasukannya akan
kalah.

26 patah perkataan Dikarang Oleh:


Muhd Aidil
Muhd Farihin
Azmi
Situasi melegakan:
• fikiranku mula aman

• menghela nafas
panjang

• keadaan kembali
seperti sedia kala

• perasaanku tenang,
setenang air laut
Situasi melegakan
Arahan: Tuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan situasi di atas. Cerita
kamu harus mengandungi frasa yang diberikan dan tidak melebihi dari 30 patah
perkataan.

Waktu saya mendengar bahawa ibu yang


tersayang tidak terluka dalam kemalangan itu,
saya menghela nafas yang panjang. Fikiran saya
mula aman. Air mata gembira berlinangan di
pipi saya. Perasaan saya menjadi tenang,
setenang air laut.

35 patah perkataan Dikarang Oleh:


Geraldine Nadya
Aidina Amanda
Catherine Koh
Kamu telah mempelajari…
 Tips

 Frasa-frasa Berbunga

 Permulaan Hebat

 Pengakhiran Oomph!