Anda di halaman 1dari 33

KONSEP TAYAMMUM MENURUT PERSPEKTIF HUKUM Oleh: Mohd Rawizal bin Mohd Nawi B.

A Syariah Islamiah Pendahuluan Dalam bab ini, penulis akan mengemukakan definisi-definisi tayammum menurut perspektif hukum serta konsepkonsep yang berkaitan dengan tayammum dari semua aspek. Dalam bab ini juga, huraian yang terperinci dinyatakan dalam setiap fakta berdasarkan kepada pandangan dari semua Ulama'' mazhab berserta dengan qaul yang paling rajih agar setiap kenyataan dapat dikemukakan dengan lebih jelas. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah fakta yang hanya ditumpukan kepada mazhab yang utama iaitu mazhab Syafi'ie dan Jumhur Ulama'. Definisi Tayammum Tayammum dari segi bahasa ialah ( sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560) Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267) Maksudnya: " Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat. " Dengan pengertian ini juga, penyair berkata: Maksudnya: " Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah." Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383) Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561) Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada, maka turunlah ayat tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200) Maksudnya: " Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin."

Dalil pensyariatan tayammum Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 43) Maksudnya: " Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313) Maksudnya: "Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci." Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162) Maksudnya: " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau." Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat Islam (Dr. Wahbah alZuhaili. 1984 : 562) Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum Bersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga martabat ibadah yang berikut: Pertama : Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat. Kedua : Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah. Ketiga : Sujud Tilawah dan sujud Syukur, menyentuh musyhaf dan membaca al-Quran bagi orang berjunub. Maka sesiapa yang berniat salah satu daripada martabat yang pertama, harus baginya mengerjakan ibadat yang satu itu dan harus juga baginya mengerjakan semua ibadat dalam martabat yang kedua dan ketiga. Sesiapa yang berniat salah satu ibadat daripada martabat yang kedua, harus baginya mengerjakan semua martabat itu dan semua ibadat martabat ketiga tetapi tidak diharuskan samasekali baginya mengerjakan daripada martabat yang pertama. Manakala sesiapa yang berniat untuk salah satu ibadat martabat ketiga, harus untuknya mengerjakan semua ibadat dalam martabat ketiga tetapi tidak harus samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan ketiga. (Al-Syeikh, Dr. Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991: 229) Hadas yang dibolehkan bertayammum Diharuskan bertayammum sebagai ganti wudu' bagi seseorang yang berhadas kecil, mandi junub bagi seseorang yang berhadas besar samada disebabkan janabah, haid dan nifas atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu menggunakan air dengan apa jua sebab sekalipun. Ini berpandukan kepada dalil-dalil al-Quran dan juga Hadis Nabi S.A.W sepertimana berikut:

i. Bertayammum Daripada Hadas Kecil: Firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu

tiada memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu." Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 338: 241) Maksudnya: " Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir, kebetulan ketika datangnya waktu sembahyang mereka tidak mendapati air, lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan tanah yang baik dan bersembahyang. Kemudian kedua-duanya mendapati air, sedangkan waktu belum habis. Maka salah seorang mereka telah mengulangi sembahyangnya dan seorang lagi tidak mengulangi. Kemudian mereka berjumpa Rasulullah S.A.W. lalu menerangkan keadaan yang demikian. Setelah itu Rasul bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuai dengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'. Kepada yang berwudhu dan mengulangi pula baginda berkata: ' Engkau memperoleh dua pahala'." ii. Bertayammum Daripada Hadas Besar: Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa': (An-Nisa': 43) Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub (sudah bercampur dengan isterimu), kecuali melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamu sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang diantara kamu dari tempat buang air atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum" Kemudian, dalil hadis tentang janabah: (Riwayat al-Bukhari, (b) 344: 210) Maksudnya: " Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melihat seorang lelaki yang menyendiri, sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat bersama-sama satu kaum. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?' Kemudian orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah, saya sedang junub dan tidak ada air.' Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup bagimu. " Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh bertayammum sebagai berikut: 1) Ketiadaan air: Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan bertayammum. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43) Maksudnya: " lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)". Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air yang membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu, termasuk juga ke dalam pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup untuk wudu' atau mandi, dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya. Termasuk juga, adanya air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya mengalami kesulitan. Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi, kemudian diiringi dengan tayammum pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air. Abu Hurairah r.a berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 ) Maksudnya:

" Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi". Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran. Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang dihormati dan sebagainya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila ada orang yang berbaik hati untuk memberi air. Di samping itu bila seseorang dalam perjalanan lupa bahawa dia membawa air, lantas dia bertayammum, kemudian dia ingat setelah lewat waktu solat, maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah, Abu Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha', kerana dia telah memperoleh air. Menurut Abu Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha', kerana orang tersebut dianggap tidak memperoleh air. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat, lalu mengingat bahawa air ada, maka Ulama' sepakat untuk membatalkan solat dan mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-81) Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada, kerana tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Begitu juga orang yang melakukan perjalanan maksiat, kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah. Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah, sunat atau wajib. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 81) 2) Keuzuran untuk menggunakan air: Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang terletak di pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk wudu'. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya. Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di tempat yang terdapatnya air, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu perjalanan. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam keadaan tersebut dibolehkan tayammum, meskipun air ada disekitarnya. 3) Dalam keadaan sakit atau luka: Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk mengangkatkan hadas. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan, iaitu: i. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu, khawatir akan kehilangan nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota tubuhnya. Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia mempunyai penyakit yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat al-Daruqutni, (b) 666 : 413) Maksudnya: " Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul, lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum". ii. Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya. Atau khawatir lambat sembuhnya, meskipun sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir sakitnya semakin parah, iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk, seperti kulit badan menjadi hitam, seperti anggota bahagian wajah dan lain-lain. Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang rajih, membolehkan tayammum. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup. iii. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas bintik-bintik atau ada sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang kelihatan (ketika bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan air, walaupun ketika itu ia merasa kesakitan, seperti ada lukanya atau kedinginan atau

kepanasan. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113-114) Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang pakar sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) 4) Memerlukan air: Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau mandi, tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan jiwanya dari kemudaratan, maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum, meskipun dia memiliki air. Keperluan tersebut adalah keperluan yang tinggi, bilamana tidak ada air dapat menimbulkan kebinasaan atau kesulitan, seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh binatang ternak dan keperluan lainnya. Termasuk juga ke dalamnya keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Lain halnya untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan Syara' memeliharanya. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi untuk memakai air). Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia. Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. Maka teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu sebagai ganti memandikannya. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118) Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan untuk memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan yang melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika najis terdapat di pakaian, hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut tidak perlu diulangi. 5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air: Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan diperoleh jika dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian dilakukan, dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan apakah orang tersebut dalam perjalanan atau bermuqim, tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri atau milik orang lain yang berada di tangannya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh, pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa mencari air. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan atau kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang berkuasa. 6) Keadaan sangat dingin: Dari 'Amru bin 'Ash r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238) Maksudnya: " Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika peperangan Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati), sebab itu aku bertayammum, kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S.A.W, maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau, alasanku yang membuat aku tidak mandi, dan aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". Maka Rasulullah S.A.W. tertawa tidak bersabda sesuatu pun." Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi, dan iqrar adalah hujjah (suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Maka, jika seseorang khawatir akan berbahaya menggunakan air kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan, dibolehkan tayammum. Golongan Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau lenyapnya sebahagian anggota badan. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang junub dan tidak dapat memanaskan air. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin.

Sebagaimana golongan Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. Sedangkan dari golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan dingin jika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Orang yang bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama halnya dengan tayammum kerana sakit. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'. 7) Tiada alat untuk mengambil air: Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan alat-alat tertentu, sementara alat itu tidak ada padanya, seperti ketiadaan timba pengambil air dari sumur yang dalam, jika terus diusahakan waktu akan habis. Orang yang solat dengan bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab yang kuat. (AlHusaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113) Menurut pandangan golongan Hanabilah, bila seseorang tidak memiliki alat, dia diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. Kerana suatu yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. Dalam hal ini mencari alat adalah wajib. 8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat: Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu solat jika dia mengambil air untuk berwudu', kerana tayammum ini dilakukan bersamaan dengan adanya air. Lain halnya bagi orang yang musafir, dia tidak mesti mencari air terlebih dahulu jika khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum. Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis waktu solat, baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. Seperti golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang mengetahui adanya air di tempat yang dekat, akan tetapi jika pemergiannya mencari air itu akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan tayammum tersebut tidak diulang. Berbeza pula dengan golongan di atas, golongan Hanafiyyah tidak membolehkan bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana takut habis waktu solat kecuali dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat 'id kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Kedua, kerana khawatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai solat sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut habis waktu solat Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir. Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir habis waktu solat fardhu bila sulit mencari air, kerana memelihara pelaksanaan solat pada waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-84) Rukun-Rukun Tayammum 1. Niat: Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda Rasulullah S.A.W melalui hadis yang sahih: (Riwayat alBukhari, (b) 1: 1) Maksudnya: " Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat". Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga, iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun mengikut kesepakatan Ulama' yang empat, manakala menurut golongan Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah, ianya merupakan syarat. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 582) Beza antara syarat dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit,

sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri. (ArRahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ini bermakna, seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat, dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas, kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat kerana tayammum. Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang berjunub, kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya, lalu Nabi S.A.W. bertanya: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238 ) Maksudnya: " Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau, padahal engkau sedang berjunub?" Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah: (Riwayat Abu Daud, (b) 314: 206-207) Maksudnya: "Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air, sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air itu ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau". Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi S.A.W tersebut memberi fahaman yang jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat, bukan untuk melenyapkan hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang tersebut tayammum berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat ahwal (kelakuan): i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat). Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di luarnya. ii. Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu atau solat nazar. Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut, kerana mereka berniat dengan niat fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara yang fardhu. iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan solat fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan untuk solat fardhu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. Contohnya, jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub berniat untuk i'tikaf, maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 123) iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau sembahyang fardhu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu untuk solat fardhu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.(Abu Muhammad. t.th: 187) 2. Menyapu ke muka dan dua tangan: Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu". Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu' wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku. (Abu Muhammad. t.th: 188) 3. Tertib (berurutan): Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun, golongan Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada hadas besar tidak diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan

taharah dengan air (wudu'). Bilamana pada wudu' ditertibkan, maka demikian juga halnya pada tayammum. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun, dalam hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya sunat. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) Syarat-syarat Tayammum 1) Keuzuran menggunakan air: Di antara syarat-syarat tayammum yang pertama ialah uzur menggunakan air di sebabkan sakit atau musafir. (Abu Muhammad. t.th: 191) Allah S.W.T berfirman: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)." Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan salah satu dari hal-hal yang berikut: i. Takut kehilangan nyawa. ii. Takut cedera pada anggota yang sakit. iii. Takut terkena penyakit. iv. Takut kehilangan manfaat anggota seperti menjadi lemah, cacat atau parut yang buruk pada anggota yang biasa nampak. 2) Masuk waktu solat: Syarat sah tayammum hendaklah sesudah masuk waktu solat dengan yakinnya samada solat fardhu atau sunat. Tayammum tidak sah bagi orang yang syak masuk waktu solat. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 58) Ini berdasarkan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Jika kamu hendak berdiri untuk solat, basuhlah mukamu" Dalam ayat ini, berdiri untuk solat itu tentunya setelah masuk waktu solat. Wudu' dikecualikan dari masalah ini kerana terdapat dalil yang lain. Sedangkan tayammum masih tetap kerana memandang zahirnya ayat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 115) Dan Nabi telah bersabda: (Riwayat al-Bukhari (b), 335: 58) Maksudnya: " Dijadikan bumi untukku tempat solat dan suci (tanahnya untuk tayammum). Maka sesiapa daripada umatku yang mendapat solat (berada pada waktu solat) maka hendaklah ia solat." Hadis Baginda Rasul S.A.W. tersebut merupakan dalil wajib tayammum dan solat itu ialah apabila tidak ada air setelah masuk waktu solat. (Abu Muhammad. t.th: 191) Selain daripada alasan tersebut, tayammum juga merupakan bersuci yang dharurat. Sebelum masuk waktu solat tidak terdapat dharurat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 116) Adapun menurut Ulama' mazhab Hanafi adalah terkecuali daripada hal ini yang menyatakan sah bertayammum sebelum masuk waktu solat. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ulama' Jumhur juga menyatakan tidak sah tayammum kecuali setelah masuk waktu solat fardhu mahupun solat sunat yang tertentu atau berwaktu seperti sunat-sunat rawatib. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 565) 3) Mencari air: Antara syarat diharuskan bertayammum ialah mencari air setelah masuk waktu solat. Allah S.W.T. berfirman: (AnNisa': 43) Maksudnya: " Maka tidak kamu mendapat air (untuk berwudu' dan mandi junub) maka hendaklah kamu bertayammum."

Ayat tersebut menyuruh kita bertayammum ketika tidak ada air untuk berwudu' dan mandi junub, kerana air itu tidak akan ada kecuali dengan dicari. (Abu Muhammad. t.th: 191) Oleh itu wajib bagi orang yang hendak tayammum tersebut mencari air terlebih dahulu, samada dengan usahanya sendiri atau bantuan orang lain, atau bertanyatanya dari teman-temannya. Mencari air ini hendaklah dengan memerhati dan mencari air dari bekal perjalanan, pergi melihat-lihat di sekelilingnya dan walaupun dengan cara membelinya apabila air itu lebih dari keperluannya dan dengan harga pasaran. Jika diyakini bahawa air tidak ada atau tempatnya jauh, maka tidak wajib mencarinya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59) Mengenai batas jauh yang tidak mewajibkan mencari air itu terdapat perbezaan pendapat di kalangan imam mazhab. Ukuran jauh menurut golongan Hanafiyyah adalah bila mencapai satu mil, sekitar 1848 meter atau 4000 hasta atau lebih. Menurut golongan Malikiyyah mencapai dua mil. Golongan Syafi'iyyah memperinci kebolehan tayammum yang disebabkan ketiadaan air seperti berikut: i. Jika seseorang telah yakin bahawa air tidak ada di sekitarnya dia boleh bertayammum tanpa dituntut untuk mencarinya. ii. Jika meragukan atau mempunyai persangkaan berat terhadap adanya air, maka dia mesti memeriksa rumahnya dan rumah temannya terlebih dahulu secara berulang-ulang yang jarak minima 400 hasta atau 184.8 meter. Sebab tayammum itu bersuci yang dharurat, sedangkan dharurat tidak mungkin terjadi bila kemungkinan untuk bersuci dengan air masih ada. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 112) Kalau memang ternyata tidak ditemukan adanya ada air barulah dia boleh bertayammum. iii. Sebaliknya jika seseorang meyakini ada air, maka dia mesti mencarinya sampai menempuh jarak 6000 langkah. Mencari air tidak dituntut jika diyakini pada jalan yang ditempuh itu tidak ada keamanan atau ada halangan. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 571-572) 4) Terhalang menggunakan air: Syarat yang keempat tayammum iaitu terhalang menggunakan air, seperti seseorang yang mendapat air, dan ia tidak boleh menggunakan air itu kerana sakit atau takut berpisah dengan rakannya yang bersama dalam perjalanan yang akan membahayakan dirinya, (Abu Muhammad. t.th: 191-192) atau ia memerlukan air itu kerana dahaganya, manusia atau haiwan yang muhtaram (yang dihormati nyawanya), samada keperluan itu pada ketika itu ataupun pada masa akan datang. Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan juga khawatir akan keselamatan dirinya dari bahaya seperti gangguan binatang buas atau musuh, dan seterusnya takutkan harta bendanya dicuri orang atau perompak. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59). 5) Tanah yang suci: Tidak sah tayammum seseorang kecuali dengan menggunakan debu (tanah) yang suci, murni, belum pernah digunakan, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118-119) dan tidak terkena najis. Ini berpandukan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih)." Menurut golongan Malikiyyah adanya tanah yang suci merupakan rukun, sedangkan bagi Ulama' yang lainnya merupakan syarat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) Para ahli bahasa sepakat bahawa 'sha'id' dalam ayat tersebut ialah permukaan bumi, baik yang berupa tanah berdebu atau bukan, (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 141) berdasarkan hadis Abu 'Umamah bahawasanya bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313) Maksudnya: "Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci." Maka pengertian sha'id atau tanah di sini menurut Malikiyyah yang bersependapat juga oleh Hanafiyyah adalah bahagian bumi yang naik atau yang muncul ke permukaan yang disebut juga tanah atau debu. Termasuk ke dalamnya tanah, pasir, batu kerikil dan kapur (untuk mengapur rumah) yang belum dibakar dengan api. Semua yang termasuk pengertian ini boleh digunakan untuk bertayammum menurut Malikiyyah dan Hanafiyyah. Selain itu, boleh juga bertayammum dengan barang-barang galian, selain emas, perak dan permata atau mutiara, selama

belum dipindahkan dari tempatnya. Begitu juga dengan salji yang membeku, baik yang berada di laut mahupun di bumi. Menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tayammum mesti di lakukan dengan tanah yang suci dan berdebu yang dapat menempel di tangan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87-88) Hal ini berdasarkan hadis dari Huzaifah, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 121: 210-211) Maksudnya: " Seluruh bumi itu dijadikan masjid bagi kami, dan 'tanahnya' dijadikan tanah yang boleh mensucikan jika kami tidak menemukan air." Di sini Rasulullah S.A.W. mengalihkan pembicaraan dari bumi lalu menyebutkan tanah yang mengkhususkan sifat suci yang mensucikan terhadap tanah. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120) Kemudian, disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk bertayammum itu hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut: i. Harus bagi tanah itu tidak keluar dari keadaan semulajadinya kepada keadaan lain yang dapat mencegah dari dikatakannya sebagai "tanah". Seandainya tanah itu dibakar sampai menjadi abu, atau menjadi tembikar yang telah ditumbuk halus, maka tidak boleh digunakan untuk tayammum. ii. Bertayammum dengan menggunakan pasir sekiranya pasir itu kasar yang apabila dilemparkan tidak mengeluarkan debu, maka tidak boleh digunakan untuk bertayammum. Jika pasir itu halus maka boleh menggunakannya untuk bertayammum. Justeru, sekiranya tanah yang dicampur dengan pasir yang halus, tidak sah tayammumnya. Akan tetapi jika seseorang memukulkan tangannya ke kain, kantung atau permaidani, lalu melekat di tangannya debu, maka dia boleh bertayammum dengan debu tersebut. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 88) iii. Tanah yang digunakan untuk bertayammum itu harus suci berdasarkan firman Allah S.W.T dan sabda Rasulullah S.A.W mengenai tanah yang suci. Ini adalah kerana air yang bernajis tidak boleh digunakan untuk bersuci, maka demikian juga tanah yang menggantikan air wudu' atau janabah tidak boleh digunakan untuk bertayammum. iv. Disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk tayammum harus tanah yang murni iaitu tanah yang tidak dicampur dengan tepung atau lain sebagainya walaupun sedikit tanpa ada khilaf di kalangan Fuqaha'. v. Tanah yang digunakan untuk tayammum itu tidak boleh yang musta'mal (yang telah digunakan) sebagaimana air yang musta'mal. Yang dimaksudkan dengan musta'mal pada tanah ialah yang menempel pada anggota badan atau yang sudah menyentuh badan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120-121) Sunat-Sunat Tayammum Para Ulama' Fiqh berbeza-beza pandangan dalam menetapkan sunat-sunat tayammum. Ada yang dipandang sunat bagi satu mazhab, tetapi dipandang wajib oleh yang lain atau sebaliknya. Tayammum mempunyai beberapa perkara sunat sebagaimana berikut: i. Membaca Basmalah. Tetapi menurut Ulama' Hanabilah, membaca Basmalah itu hukumnya wajib, jika ditinggalkan dengan sengaja batallah tayammum, dan kewajipan ini menjadi gugur jika lupa atau memang kerana tidak tahu sedangkan tayammum itu seperti wudu'. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah: (Riwayat at-Tirmizi, (b) 25: 114) Maksudnya: " Tiada wudu' bagi orang yang tidak menyebutkan nama Allah atasnya". ii. Bersiwak atau menggosok gigi, iaitu di antara membaca Basmalah dengan memindahkan tanah ke anggota tayammum, (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 206) berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi S.A.W. bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 23: 138) Maksudnya: " Jikalau tidak khawatir akan memberatkan umatku, nescaya kuperintahkan mereka menggosok gigi setiap kali hendak berwudu'." iii. Mendahulukan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah dagu. iv. Memukulkan bahagian dalam telapak tangan ke tanah yang akan dipakai tayammum. Hanya saja Ulama' Maliki

menyatakan bahawa pukulan pertama adalah rukun manakala pukulan kedua untuk disapu ke tangan hingga siku adalah sunat (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 90). Hal itu berdasarkan hadis 'Ammar di dalamnya disebutkan: (Riwayat ad-Daruqutni, (b) 671: 416) Maksudnya: " Nabi memukulkan kedua telapak tangannya ke tanah". Dan Menurut riwayat ad-Daruqutni, nabi S.A.W. bersabda: (Riwayat ad-Daruqutni, (b) 690: 191-192) Maksudnya: " Sesungguhnya cukuplah bagimu memukulkan kedua telapak tanganmu ke tanah ". v. Merenggangkan jari-jemari di saat ditepukkan ke tanah, agar debu dapat masuk ke celah-celah jari. vi. Meneguhkan tangan atau meniupnya agar tanah yang melekat di tangan menjadi tipis. Hal ini berdasarkan pada hadis 'Ammar yang lalu. Dalam hadis itu disebutkan: (Riwayat Ahmad, (b) 18294: 362) Maksudnya: " Dan Nabi meniup kedua tangannya..". vii. Menanggalkan cincin dalam pukulan pertama, sedang dalam pukulan kedua hukumnya fardhu. Tetapi menurut Ulama' Hanafiyyah, cukup menggerakkannya atau menggeser-geserkannya. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 143) Ini berbeza dengan berwudu' kerana tanah tidak boleh sampai ke bawah jari yang bercincin itu. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 127) viii. Tertib, yakni memulai dengan menyapu muka lebih dulu sebelum menyapu tangan adalah sunat menurut golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah. Sedangkan menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tertib ini adalah fardhu. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2950: 513-514) . Maksudnya: " Mulailah dengan apa yang dimulai Allah". ix. Tayamun, yakni mendahulukan menyapu tangan kanan sebelum tangan kiri, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2185: 378) Maksudnya: " Mereka memulakan dengan tangan kanan". Dan demikian Sabda Baginda Rasul S.A.W. riwayat Aishah r.a: (Riwayat al-Bukhari, (b) 168: 502) Maksudnya: " Baginda Rasul S.A.W. suka pada perkara-perkara yang sebelah kanan ketika memakai kasut, bersikat, bersuci dan semua pekerjaannya." x. Mencelah-celahi anak jari sesudah menyapu dua tangan. (Abu Muhammad. t.th: 193) Demikian juga menyelanyelai janggut menurut Ulama' Hanafiyyah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 145) xi. Menggosokkan-gosokkan (al-dulk) tangan kepada anggota tayammum seperti dalam wudu', dan tidak mengangkat tangan dari anggota tayammum sebelum sempurna menyapu anggota tayammum tersebut. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 602) xii. Muwalat, yakni berturut-turut sehingga antara menyapu muka dengan kedua tangan tidak terpisah lama atau tidak terpisah oleh sesuatu apa pun di antara fardhu-fardhu tayammum. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 145) Malikiyyah dan Hanabilah memandang bahawa berturut-turut itu merupakan rukun atau wajib tayammum. Namun, Hanabilah lebih mengkhaskan pada hadas kecil seperti halnya dengan hukum tertib. Selain kewajipan berkesinambungan dalam menyapu anggota tayammum, Malikiyyah mewajibkan adanya kesinambungan antara tayammum dengan pelaksanaan solat dan ibadah lain dimana tayammum itu diuntukkan padanya. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) xiii. Membaca doa yang dianjurkan di saat membasuh muka dan tangan dalam berwudu'. Doa itu dibacanya pula ketika menyapu muka dan tangannya dalam bertayammum. Demikian pula disunatkan membaca doa sesudah selesai tayammum dengan doa sesudah berwudu', seperti membaca dua kalimah Syahadah dan sebagainya. xiv. Menghadap kiblat ketika bertayammum.

xv. Disunatkan melebihi menyapu dari batas siku. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 90) xvi. Mengiringi tayammum dengan solat dua rakaat dikiaskan pada wudu'. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 602) Perkara-perkara sunat tersebut di antaranya ada yang sunnah dan ada pula yang mandub atau anjuran. Barang siapa melakukannya mendapat pahala atas perbuatannya itu tetapi yang tidak mengerjakannya pun tidaklah berdosa dan tayammumnya tetap dipandang sah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144-146) Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum 1) Perkara yang membatalkan wudu': Tayammum terbatal oleh segala apa yang membatalkan wudu' dan mandi kerana tayammum adalah gantian kepada keduanya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604) Jika bertayammum seseorang yang sudah dianggap sah kerana memenuhi syarat-syaratnya, lalu dia berhadas, maka batallah tayammumnya. Ini adalah kerana tayammum itu bersuci yang dapat menyenangkannya melakukan solat, jadi tayammum itu terbatal dengan sebab berhadas sebagaimana yang berlaku pada wudu'. Batalnya ini tidak dibezakan antara tayammum dengan sebab ketiadaan air atau tayammum ketika ada air seperti tayammum bagi orang yang sakit. (Imam Taqiyudddin Abu Bakar b. Muhammad al-Husaini.1993: 128) Sungguhpun begitu, jika seseorang itu bertayammum kerana berhadas besar kemudian terbatal tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada hadas besar, akan tetapi dia hanya dianggap orang yang berhadas kecil. Maka harus baginya membaca al-Quran, masuk ke masjid dan diam di dalamnya. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib baginya mandi apabila sudah ada air atau bila telah hilang sebab uzur yang membolehkannya tayammum. Dalam pada itu, golongan Malikiyyah mengatakan, jika orang yang bertayammum dari janabah itu berhadas kecil, maka batallah tayammumnya dari hadas kecil dan hadas besar sekaligus. Disebabkan itu, haramlah bagi orang itu melakukan segala apa yang haram dilakukan oleh orang yang junub sehingga ia mengulangi tayammumnya lagi. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 148) 2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum: Di antara yang membatalkan tayammum ialah hilangnya kesulitan atau keuzuran yang menjadi penyebab boleh bertayammum seperti beredarnya musuh atau binatang buas, hilangnya kesakitan dan kesejukan, adanya alat yang boleh menyampaikan pada air dan terlepas dari tahanan atau penjara yang tidak terdapat air padanya. Ini kerana apa yang mengharuskan tayammum kerana uzur akan membatalkan tayammum itu kerana hilangnya keuzuran. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604) 3) Melihat air dan sanggup memakai air: Sekiranya seseorang bertayammum kerana tidak ada air, kemudian mereka melihat air seumpama turun hujan sebelum mereka solat maka batallah tayammum tersebut. (Abu Muhammad. t.th: 196) Ini berdasarkan hadis Abu Zarr r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 313: 205-206) Maksudnya: " Tanah yang baik itu alat bersuci bagi orang Islam, sekalipun tidak engkau perolehi air sepuluh tahun lamanya. Maka jika engkau telah mendapat air, hendaklah engkau sentuhkan air itu ke kulit engkau, kerana yang demikian itu lebih baik bagi engkau. " Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 561) " Ibnu 'Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah kira-kira satu atau dua batu sahaja dan bersolat Asar. Kemudian tibalah beliau ke Madinah sedangkan hari masih terang, beliau tidak mengulangi lagi solat Asarnya itu." Melihat air atau sanggup memakai air yang memadai walaupun satu kali menurut golongan Hanafiyyah manakala menurut golongan Malikiyyah dan Hanabilah asal melihat atau menemukan air walaupun tidak memadai untuk wudu' atau mandi sudah membatalkan tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka, apabila seseorang itu melihat atau mendapatkan air sesudah bertayammum tetapi masih belum solat wajiblah atasnya berwudu' untuk bersolat menurut pendapat para Fuqaha'. (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980:

560) Jika seseorang bertayammum kerana sakit atau seumpamanya, bukan kerana ketiadaan air lalu melihat air tidaklah batal tayammumnya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 63) 4) Habis waktu solat: Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang membatalkan tayammum iaitu habis waktu solat, kerana tayammum dilakukan untuk solat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka terbatal tayammum itu secara mutlak samada disebabkan hadas besar, atau terdapat najis dibadannya melainkan solat jumaat yang tidak membatalkan tayammum apabila habis waktu. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165-166) 5) Murtad (riddah): Orang yang murtad atau keluar dari agama Islam membatalkan tayammumnya menurut golongan Syafi'iyyah. Ini adalah kerana tayammum itu untuk membolehkan solat, dan keharusan solat dengan tayammum itu tidak ada lagi disebabkan riddah. Masalah ini berlainan dengan masalah wudu' dan mandi junub, kerana wudu' dan mandi junub itu melenyapkan hadas, bukan untuk membolehkan solat sahaja. Perlu ditegaskan juga bahawa semua amal ibadat yang dikerjakan oleh orang yang murtad itu telah tersia-sia belaka, dan tidak diterima Allah S.W.T. demikian pula hilang pahalanya, sedangkan tayammum itu termasuk di bawah amal ibadat. (Abu Muhammad. t.th: 198) Akan tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan yang lain tidak membatalkan tayammum disebabkan murtad seperti halnya pada persoalan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) 6) Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat: Tayammum terbatal dengan adanya tempoh yang panjang di antara tayammum dan solat menurut golongan Malikiyyah kecuali yang lainya. Ini adalah kerana menurut mereka muawalat (berturut-turut) di antara tayammum dan solat adalah rukun tayammum. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 606) Kaifiat Tayammum 1. Kaifiat tayammum dalam keadaan biasa Kaifiat tayammum haruslah dilakukan mengikut fardhu yang telah digariskan oleh para Fuqaha'. Dengan ini haruslah diketahui cara-cara dan kaedah yang betul sebelum seseorang itu melakukan amalan tayammum di samping mengenalpasti kebolehan untuknya bertayammum itu memenuhi segala syarat atau sebaliknya. Harus diketahui juga bahawa cara bertayammum untuk hadas besar adalah sama caranya dengan tayammum untuk hadas kecil manakala kadar yang dapat dikerjakan dengan sekali tayammum itu ialah satu perkara wajib (fardhu) dan beberapa perkara sunat. Berikut ini adalah kaifiat-kaifiat untuk bertayammum: i. Membaca Basmalah sambil meniatkan untuk mengharuskan solat, tawaf, menyentuh al-Quran atau sebagainya yang dimaksudnya dengan tayammum. ii. Kemudian menepuk dua tapak tangan ke debu dengan jari terbuka. Setelah ditiup atau dilaga-lagakan kedua-dua tangan untuk menipiskan debu-debu yang melekat padanya, lalu disapukan ke muka sekali saja. Niat mestilah dilakukan pada permulaan memindahkan tanah ke tapak tangan dan hendaklah berkekalan hingga menyapu sebahagian daripada muka sebagaimana pendapat Syafi'iyyah. Lafaz niat iaitu: Maksudnya: " Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardhu solat kerana Allah Taala". Cara menyapu muka adalah dengan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah manakala kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari telinga kanan ke telinga kiri sebagaimana dalam wudu'. Bezanya ialah, jika dalam wudu' wajib menyampaikan air ke celah-celah janggut atau misai yang tebal, maka dalam tayammum hal itu tidak diwajibkan menurut mazhab yang kuat kerana sukar. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 124) Kemudian tapak tangan itu ditepuk-tepukkan terlebih dahulu untuk membuang debu musta'mal (yang telah digunakan) yang masih melekat ditangan. iii. Selepas itu ditekap sekali lagi pada debu tadi untuk kali kedua lalu ditipiskan dengan meniup atau meneguh kedua-dua tangan. Kemudian tapak tangan kanan menyapu tangan kiri hingga ke siku, sementara tapak tangan kiri menyapu tangan kanan hingga ke siku. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 62) Cara menyapu tangan adalah dengan

menyapu tangan kanan dengan meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari ke bawah jari tangan kanan. Kemudian dilurutkan jari-jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit dan dilurutkannya pula hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan lurutkan ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dan kedudukan ibujari dalam keadaan terangkat. Seterusnya melurut ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan dan begitulah sebaliknya dengan menyapu tangan kiri. Seandainya ditengah-tengah mengusap anggota tayammum dia terangkat tangannya kemudian dikembalikan semula, hukumnya boleh menurut qaul yang rajih dan tidak perlu mengambil tanah lagi. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 126) iv. Tertib, iaitu mendahulukan menyapu muka, kemudian baru menyapu kedua tangan hingga dua siku. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59-60) Manakala menurut golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah bahawa tertib itu hukumnya sekadar sunat, bukan rukun. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144) 2. Kaifiat tayammum bagi pesakit berbalut Bagi orang yang berhadas besar atau kecil yang hendak berwudu' atau mandi janabah, padahal ada anggotanya yang tidak boleh terkena air, sebagai ganti anggotanya yang demikian itu hendaklah ia menyampaikan serta meratakan air ke seluruh anggota tubuh badannya yang lain, kecuali anggota yang tidak boleh terkena air itu. Kaedahnya ialah samada bertayammum dahulu kemudian membasuh anggota-anggota yang lain atau membasuh anggota-anggota yang lain dahulu kemudian baru bertayammum. Kedua-dua cara ini boleh dilakukan kerana tiada disyaratkan tertib bagi mengangkatkan hadas besar, sebabnya hukum seluruh badan adalah seperti satu anggota sahaja. Bagi orang yang berhadas kecil yang hendak mengangkat hadasnya padahal ada anggotanya yang tidak boleh terkena air, sebagai ganti anggotanya yang demikian itu hendaklah ia bertayammum. Apabila sampai membasuh anggota yang tidak boleh terkena air itu kerana mengikut tertib. Jika sekiranya ada dua anggota wudu' yang tidak boleh terkena air, maka wajib ia bertayammum dua kali. Jika sekiranya ada tiga anggota wudu' yang tidak boleh terkena air itu, maka wajib bertayammum tiga kali. Tetapi jika keempat-empat anggota wudu' kesemuanya tidak boleh terkena air, maka hanya satu tayammum sahaja yang wajib sebagai ganti daripada wudu'nya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 63-64) Sebagai contoh dikemukakan 2 jenis keadaan sakit yang berlainan beserta cara yang betul untuk bertayammum: Contoh pertama: Terdapat luka di tangan: i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka itu. Kemudian membasuh bahagian tangan yang tidak luka, lalu menyapu sebahagian kepala. ii. Atau mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian ia membasuh bahagian tangan yang tidak luka kemudian ia bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka. Kemudian menyapu kepala, tidak sah jika ia mendahulukan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka itu dengan mengkemudiankan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka dengan mendahulukan pula menyapu sebahagian daripada kepala, kerana tidak ada tertib dalam pekerjaan yang demikian itu. Contoh kedua: Luka di tangan dan kaki. i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka dengan air, kemudian bertayammum dan membasuh anggota tangan yang baik; ataupun membasuh anggota tangan yang baik dan bertayammum kemudiannya. Kemudian menyapu sebahagian daripada kepala dengan air dan selepas itu bertayammum lagi dan membasuh anggota kaki yang baik; ataupun membasuh anggota kaki yang baik dan bertayammum kemudiannya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 64) Hikmat Bertayammum 1. Tayammum suatu rahmat Allah kepada hambaNya Di antara kelebihan Allah S.W.T ke atas umat Islam ialah mengangkatnya daripada kesempitan dan kesusahan dalam segenap aspek, dan meringankan daripadanya pula. Keringanan dan mengangkat kesempitan di dalam tanggungjawab Syari'e amat jelas bagi setiap muslim. Maka tidaklah suatu tanggungjawab itu merupakan bebanan, atau suatu perintah daripada urusan syariat pula menyusahkan manusia untuk melaksanakannya, melainkan terdapatnya rahmat dan keringanan daripada Allah S.W.T yang mengangkat bebanan itu seluruhnya. Hal ini dapat dilihat sebagaimana solat adalah dikecualikan kepada perempuan yang didatangi haid dan nifas,

puasa dikecualikan kepada orang sakit yang berpanjangan, ibadat haji tidak diwajibkan kepada yang tidak berkemampuan, peperangan dikecualikan kepada orang sakit, lemah, buta dan sebagainya. Perkara ini dapat juga didapati dengan keringanan suatu tanggungjawab mengikut kadar kemampuan dan kudrat seseorang tanpa adanya masyaqqah (kesusahan) seperti orang yang lemah untuk bersolat sambil berdiri dibenarkan solat dalam keadaan duduk, harus mengqasar dan menjamakkan solat bagi musafir dan diharuskan juga berbuka puasa di bulan ramadhan dan diqadha' puasa itu selepasnya. Sebagaimana firman Allah S.W.T: (AlBaqarah: 185) Maksudnya: " Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tiada menghendaki kesukaran". Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 28) Maksudnya: " Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama), kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah". Dengan demikian, ibadat tayammum yang sampai perintahnya untuk memukul ke atas tanah untuk disapu ke muka dan dua tangan adalah sebagai ganti wudu' dan mandi janabah apabila didapati bersih. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Ia merupakan suatu rukhsah (kemudahan yang diberi oleh Syara') bagi orang yang tidak boleh menggunakan air kerana sakit atau dalam musafir, atau kerana tidak ada air, atau sukar untuk mendapat air. Hadis Baginda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Jabir r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 336: 239) Maksudnya: " Kami telah keluar mengembara maka salah seorang daripada kami terkena batu, lalu luka kepalanya, kemudian ia bermimpi jimak maka ia bertanya kepada para sahabatnya: Adakah kamu dapati jalan yang memberi kemudahan kepadaku untuk bertayammum? Mereka menjawab: Kami tidak dapati jalan untuk memberi kemudahan kepada engkau, sedang engkau masih boleh menggunakan air. Kemudian dia mandi yang menyebabkan dia mati. Kemudian ketika kami sampai kepada Nabi S.A.W. diceritakan peristiwa itu kepada Baginda, lalu Nabi S.A.W. bersabda: Mereka bunuh dia, Allah akan membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak tahu. Sesungguhnya ubat keraguan (kebodohan) itu ialah bertanya. Sebenarnya sudah memadai (sudah cukup) ia bertayammum sahaja dan membalut lukanya. Kemudian disapunya dengan air di atas pembalut lukanya tadi dan membasuh semua badannya yang lain." Nas-nas tersebut merupakan dalil bahawa tayammum itu suatu rukhsah (kemudahan) yang dikurniakan Allah bagi orang yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan urusan agama. Kemudahan ini ialah kerana Allah S.W.T tidak memberatkan dan membebankan hamba-Nya dalam melaksanakan urusan tersebut di luar kemampuan mereka.(Abu Muhammad. t.th: 182-185) Firman Allah S.W.T lagi: (Al-Hajj: 78) Maksudnya: " Dan Dia (Allah) menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama." Hikmat bertayammum ini termasuk dalam bahagian hikmat ta'abbudi, iaitu perbuatan yang tidak diterangkan tuhan hikmatnya, hanya yang dapat diketahui orang semata-mata syaratnya sahaja, iaitu agar solat jangan sampai ditinggalkan dengan sebab ketiadaan air, padahal ketiadaan air itu hanya buat sementara waktu sahaja. Maka dengan mudah sekali orang mencari alasan untuk meninggalkan solat. Padahal menurut hukumnya, solat tidak boleh samasekali ditinggalkan dalam keadaan macam mana sekalipun. Di sini juga, terdapat dua hikmat yang terbesar amalan bertayammum: i. Menghinakan diri yang condong kepada kejahatan dengan meletakkan tanah ke muka anggota yang paling mulia. ii. Menyatakan kemuliaan, syariat Nabi Muhammad S.A.W. yang mana tayammum itu tidak dilakukan di masa umatumat yang terdahulu. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 65) Kesimpulan

Melalui penjelasan yang telah dinyatakan di dalam bab ini, dapatlah kita fahami bahawa amalan tayammum merupakan antara ibadat yang penting sepertimana juga ibadat-ibadat lain yang menjadi kefardhuan kepada umat Islam. Ini adalah kerana Allah S.W.T telah menggariskan mengenai syariat bertayammum di dalam al-Quran dan Hadis dengan sejelas-jelasnya yang mana ia sebagai suatu kemudahan bagi umatNya dalam melaksanakan perintahNya. Ini seterusnya membuktikan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

NOTA HUJUNG Abu Muhammad. t.th. Panduan Lengkap Tentang Bersuci. t.tp: Jasmin Enterprise. Ahmad Muhammad Syakir. 1419H/1999. Sunan al-Tirmizi. Jil. 1: Darul Hadis. Al-'Asqalani, Al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadhli Ahmad bin Ali bin Hajar. 1416H/1996. Fathul Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari. Jil. 2: Dar Abi Hayan. Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1417H/1996. Sunan al-Daruqutni. Jil. 1. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah. Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1422H/2001. Sunan al-Daruqutni. Jil. 1. Beirut: Darul Ma'rifah. Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999. Fiqh Ibadah. Kuala Lumpur: Penerbit Edaran Kalam. Dr. Sameer Taha al-Majzub. 1413H/1993. Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal: Al-

Tayammum
Tayammum : Perkataan tayammum menurut bahasa bererti menuju, sedangkan menurut syarak ialah menggunakan tanah yang bersih dan berdebu untuk menyapu muka untuk menghilangkan hadats menurut cara yang telah ditetapkan oleh syarak. Tayammum juga boleh digunakan untuk menggantikan wudhuk dan mandi janabahjika berjunub, dengan syarat-syarat tetentu. Tayammum adalah salah satu rukhsah atau keringanan bagi orang-orang yang tidak diperkenankan menggunakan air kerana sakit atau kerana ketiadaan air atau sukar mendapatkannya. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air, jika terkena air akan membahayakan nyawa atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk. Harus bertayammum bagi musafir yang hanya mempunyai air cukup untuk diminum sahaja. Jika digunakan untuk mengambil wudhuk maka air itu akan habis dan tiada lagi air untuk diminum. Tayammum tegas disyariatkan berdasarkan Kitab, Sunnah dan Ijma. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

Tayammum harus menggunakan debu yang suci. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; Dan pada hadits Huzaifah yang dikeluarkan oleh Muslim: Dan tanahnya dijadikan alat pembersih bagi kita, apabila kita tidak dapat air.

Dan dari Ali r.a. dalam riwayat Ahmad: Dan tanah ini dijadikan alat pembersih bagiku. Rukun Tayammum 1. Niat; Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ". Lafaz niat:

2. Menyapu muka; Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan. 3. Menyapu tangan; Memulakan tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dan diikuti dengan tangan kiri. 4. Tertib; Bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan). Cara Bertayammum

1. Menepuk dua telapak tangan ke tanah atau debu yang bersih dengan jari jemari direnggangkan agar debu boleh memasuki celah-celah jari sambil berniat sebagaimana lafaz niat di atas. Angkat dan kipaskan atau tiupkan agar nipis debunya. 2. Kemudian menyapu ke muka dengan dimulakan kedua-dua tapak tangan (tanpa menggunakan jari) dari dagu membawa kepipi dan menyapu dengan debu ditapak jari ke dahi, kemudian akhirnya menggunakan dua ibu jari bawa turun kehidung. 3. Setelah itu ditepuk lagi tangan ke tanah sebagaimana langkah yang pertama dan meletakkan tapak jari kiri (tanpa mengganggu tapaknya) di bawah belakang jari kanan membawa kesiku. Setelah melepasi siku pusing tapak tangan ke atas dan menggosok lengan bahagian atas dengan tapak tangan hingga pergelangan tangan dan akhirnya menggunakan tapak ibu jari kiri menyapu ke belakang ibu jari kanan. 4. Ulangi perbuatan yang sama dengan menggunakan tapak tangan dan tapak jari kanan untuk menyapu tangan yang kiri. Syarat-Syarat Sah Tayammum 1. Sesudah masuk waktu solat (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum). 2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja. 3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada. 4. Anggota wudhuk tidak boleh terkena air. Jika terkena akan memberi mudharat kepada penyakitnya

Sunat-Sunat Tayammum

1. Menghadap ke arah Kiblat. 2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim". 3. Menipiskan debu di tangan.

Perkara Yang Membatalkan Tayammum 1. Setiap perkara yang membatalkan wudhuk: Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum. 2. Adanya air: setelah hendak melakukan solat terlihat air atau terdengar berita ditemui punca air, atau turunnya hujan dengan lebat, maka batallah tayammum. Setengah mazhab berpendapat batal juga solat apabila dalam perjalanan solatnya ditemui punca-punca air tadi. Namun mengikut Mazhab Syafie dan Maliki; setelah takbiratul ihram akan sah solat seseorang yang bertayammum walaupun terdapat air ketika itu. Dan tidak wajib diulangi solatnya. Mereka berpandukan kepada hadits riwayat Said al -Khudri, katanya: Dua orang lelaki keluar bermusafir dan mereka tidak mempunyai air. Kemudian tiba waktu solat, lalu mereka bertayamum dengan tanah (debu) yang baik (bersih), setelah itu mereka mendapatkan waktu dan masih dalam waktu solat, maka salah seorang daripadanya berwudhuk dan mengulangi solatnya, sedang seorang lagi tidak mengulanginya. Kemudian mereka datang kepada Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang dialaminya itu kepada baginda. Maka bersabdalah baginda kepada orang yang tidak mengulanginya: Engkau telah berbuat sesuai dengan sunnah dan solatmu itu telah cukup bagimu. Dan kepada orang yang mengulagi wudhuk dan solatnya beliau bersabda: Engkau mendapat pahala dua kali ganda. (Hadits riwayat Abu Daud, NasaI dan lain-lain) 3. Murtad: Iaitu mengingkari agama Islam setelah memeluknya, walaupun sekejap. 4. Bertukar waktu solat: Ini bermakna apabila tayammum yang diambil pada waktu solat fardhu zohor, akan terbatal untuk solat fardhu yang lain, dan wajiblah diperbaharui apabila masuk waktu Asar.

Tayammum
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian daripada siri

Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam) Bidang-bidang

Tayammum ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. Tayammum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. Tayammum di segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib (mandi junub). Dengan tayammum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunatsunat.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Dalil 2 Syarat-syarat tayammum 3 Fardu (rukun) Tayammum 4 Panduan Bertayammum 5 Sunat Tayammum 6 Yang Membatalkan Tayammum 7 Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum
o o

7.1 Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan 7.2 Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air

Dalil[sunting | sunting sumber]


Tayammum disyariatkan berdasarkan Al Quran dan sunah. Allah SWT berfirman, "[43] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampirisembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." (An-Nisa: 43). "[6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala

kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (Al-Maaidah: 6) Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tanah adalah wudu seorang muslim jika tidak mendapatkan air kendati selama sepuluh tahun." (HR An-Nasai dan Ibnu Hibban). Rasulullah s.a.w. juga bersabda, "Seluruh tanah di bumi dijadikan sebagai tempat sujud dan bersuci bagiku dan umatku. Maka, di mana saja waktu salat menghampiri seseorang dari umatku, tanah dapat menyucikannya." (HR Ahmad).

Syarat-syarat tayammum[sunting | sunting sumber]


1. Sudah masuk waktu. 2. Tidak mendapat air setelah berusaha mencari. 3. Dengan debu yang suci. 4. Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit. 5. Suci dari najis.

Fardu (rukun) Tayammum[sunting | sunting sumber]


Rukun tayammum ada empat: 1. Niat, dengan lafaz Sengaja aku bertayammum untuk membolehkan mengerjakan solat karena Allah Taala. 2. Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku cukup sekali dengan debu yang suci 3. Meratakan debu yang suci itu pada seluruh anggota tayammum, iaitu muka dan kedua tangan 4. Tertib melakukannya.

Panduan Bertayammum[sunting | sunting sumber]


1. Niat tayammum. 2. Meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk disapukan ke muka. 3. Menyapu muka dengan debu, tiga kali. 4. Menyapu kedua belah tangan sampai ke siku dengan debu. 5. Mentertibkan rukun. Anggota tayammum adalah muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja. Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum.

Sunat Tayammum[sunting | sunting sumber]


1. Membaca bismillah 2. Menipiskan debu

3. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri 4. Tertib

Yang Membatalkan Tayammum[sunting | sunting sumber]


1. Setiap yang membatalkan wuduk 2. Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit 3. Murtad

Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum[sunting | sunting sumber]


Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan[sunting | sunting sumber]
Ada ketikanya bila Tayammum dan wuduk boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya, seorang Muslim itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena air, dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja. Sekiranya bahagian kaki tidak boleh terkena air, wuduk bahagian itu juga digantikan dengan tayammum (di muka dan dua tangan).

Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air[sunting | sunting


sumber]
Apabila seseorang itu memulakan solatnya setelah bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan solatnya, tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali pulih, dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya tanpa memberhentikan solatnya. Solat itu sah dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut. Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana ketiadaan air, dan selepas itu meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa air, solatyang ditunaikannya tadi dengan bertayammum tidak perlu diulangi lagi. Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Sa'id Al-Khudri dia berkata, Ada dua orang laki-laki keluar dalam suatu safar (perjalanan). Kemudian tiba waktu solat sedang tidak ada air bersama keduanya. Lalu keduanya bertayammum dengan tanah yang suci sekaligus solat. Tak lama kemudian, keduanya menjumpai air, maka seorang mengulangi wuduk dan solatnya, sedangkan seorang lainnya tidak mengulangi. Keduanya kemudian datang kepada Rasulullah S.A.W. serta menceritakan halnya, lantas sabda Nabi kepada yang tidak mengulangi solat, "Engkau telah mengikut sunnah dan solat sudah cukup." Sedangkan sabda beliau kepada yang mengulangi solat, "Engkau mendapatkan dua pahala."

Bab 12 : Tayammum PENGERTIAN TAYAMMUM Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara kepada manusia. Disyariatkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wataala:


005.006 Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah debu yang bersih. (Surah Al-Maidah, 5:6) Semua ibadah atau amalan taat yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Quran, sujud tilawah dan beritik af di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.

SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM 1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu atau mandi. 2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang. 3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh. SYARAT TAYAMMUM 1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak mustamal, tidak bercampur benda lain. 2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah. 3. Hilang najis terlebih dahulu. 4. Masuk waktu sembahyang.

5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu. 6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

ANGGOTA TAYAMMUM 1. Muka. 2. Dua belah tangan hingga siku.

RUKUN TAYAMMUM 1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:

Maksudnya: Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala. 2. Menyapu muka. 3. Menyapu kedua-dua belah tangan. 4. Tertib.

SUNAT TAYAMMUM

1. Membaca basmalah iaitu lafaz 2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka. 3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM 1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu. 2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air. 3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

Allah Subhanahu wa Ta'ala mensyariatkan tayammum (bersuci dengan tanah),sebagaimana Allah berfirman: .... "....Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan,lalu kamu tidak memperoleh air,maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih),sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu...{QS.Al Maidah:6}. Rosulullah Shollallahu Alaihi wa Sallama bersabda: . "Sesungguhnya tanah yang suci adalah sarana bersuci bagi seorang muslim.Meskipun ia tidak menemukan air selama sepuluh tahun".{Shohih,Shohih Sunan Abu Dawud no.322,Sunan Tirmidzi 1/81 no.124,Sunan Abu Dawud Ainul Ma'bud 1/528 no.329 dan Sunan Nasai 1/171,dengan lafazh yang hampir serupa}. Sebab sebab yang memperbolehkan tayammum. Tayammum diperbolehkan ketika tidak mampu menggunakan air,baik disebabkan ketiadaan atau dikhawatirkan parahnya penyakit yang diderita atau dingin yang sangat menggigit. Dari Imron bin Hushain ia berkata: : : : . "Kami bersama Rosulullah Shollallahi Alaihi wa Sallama dalam sebuah perjalanan.Beliau pSholat mengimami kami.Tiba tiba terlihat ada seorang pria yang menyendiri.Lalu beliau bertanya:"Apa yang menghalangimu untuk sholat?". Dia menjawab:"Saya sedang junub dan tidak mendapatkan air.Beliau bersabda:"Gunakanlah tanah.Sesungguhnya ia mencukupimu.{Muttafaqun Alaih,Shohih Bukhori (Fathul Baari 1/477 no.344),Shohih Muslim 1/474 no.682 dan Sunan Nasai 1/171}. Dari Jabir ia berkata: : : : . "Kami keluar dalam sebuah perjalanan.Salah seorang diantara kami terkena batu hingga kepalanya terluka parah.Dia kemudian mimpi basah.Lalu ia bertanya kapada para Sahabatnya:"Apakah kalian melihat adanya keringanan bagiku untuk bertayammum?". Mereka menjawab:"Kami tidak mendapatkan keringanan bagimu,sedang kamu mampu menggunakan air,kemudian dia mandi lalu wafat.Ketika Kamu menemui Rosulullah Shollallahu Alaihi wa Sallama hal itu diadukan kepada beliau.Lalu beliau bersabda:"Mereka telah membunuhnya,semoga Allah membunuh mereka.Kenapa kalian tidak bertanya jika memang tidak tahu? Sesungguhnya obat kebodohan adalah bertanya.Sesungguhnya cukuplah bagi kalian bertayammum".{Hasan,Shohih Sunan Abu Dawud no.326,Sunan Abu Dawud Ainul Ma'buud 1/532 no.332,didalamnya terdapat tambahan munkar yaitu"....lalu ia membalut atau memperban lukanya dengan secarik kain kemudian mengusapnya dan membasuh seluruh tubuhnya".Syamsul Haqq berkata dalam Ainul Ma'buud 1/535,"Riwayat yang menggabungkan antara tayammum dan mandi yaitu yang diriwayatkan selain Zubair bin Khuraiq,maka tidak kuat secara Ilmu Hadis,juga telah menyelisihi semua yang diriwayatkan dari Atho' bin Abi Robah.Jadi riwayat yang menggabungkan antara mandi dan tayammum adalah riwayat dhoif yang tidak bisa

digunakan untuk menetapkan hukum. Dari Amr bin Al Ash Rodhiyallahu Anhu bahwasanya ketika dia diutus dalam perang Dzaatus Salasil dia berkata: : : }92 { : . "Pada suatu malam yang sangat dingin,aku mimpi basah.Aku merasa jika aku mandi aku akan akan celaka.Aku lalu bertayammum kemudian menjadi imam sholat shubuh bagi para Shahabatku.Ketika kami menemui Rosulullah mereka menceritakan hal itu kepadanya.Beliau berkata:"Wahai Amr,kau mengumami para Shahabatmu dalam keadaan junub"? Aku berkata:"Saya teringat Firman Allah :"Dan janganlah kamu membunuh dirimu.Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu".{An Nisa' 29}. Kemudian aku bertayammum dan sholat.Lalu Rosulullah Shollallah Shollallah Alaihi wa Sallama tertawa dan tidak berkata sedikitpun".{Shohih,Shohih Sunan Abu Dawud no.323,Sunan Abu Dawud Ainul Ma'buud 1/530 no.330,Ahmad Fathul Robbani 2/191 no.16 dan Mustadrok Al Hakim 1/177}.

Takrif Tayammum menurut bahasa ialah bersengaja atau bertujuan. Sedangkan menurut makna syarii adalah bertujuan dan sengaja menyapu tanah ke bahagian muka dan kedua-dua tangan dengan niat agar dapat mengerjakan solat dan lain-lain seumpamanya. Tayammum adalah alat bersuci menggunakan debu, sebagai pengganti kepada air, sama ada wuduk ataupun mandi ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sebabsebab tertentu. Tayammum disyariatkan pada tahun ke 6 Hijrah, ketika Nabi SAW kembali dari peperangan Bani Mustaliq, sebagaimana yang diyakini oleh Ibnu Abdul Bar dan selainnya daripada ulama hadis, seperti Ibnu Said dan Ibnu Hibban. Dalil pensyariatan tayammum adalah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: . Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak

mendapat air ( untuk mandi atau berwuduk ), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah ( debu ), yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pemgampun. ( Surah an-Nisa: 43 ) Manakala dalil daripada Sunnah pula ialah berdasarkan kepada hadis Abu Umamah ( r.a ), bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah menjadikan seluruh isi bumi untukku dan untuk umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Oleh sebab itu, jika solat telah memanggil salah seorang daripada umatku, maka disisinya itu ( tanah ) terdapat alat untuk bersuci. [1] Tayammum Adalah Satu Keistimewaan Tayammum merupakan salah satu kemudahan dan keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita, ia ( tayammum ) tidak pernah disyariatkan kepada umat-umat terdahulu. Daripada Khuzaifah ( r.a ), bahawa Nabi SAW bersabda: Kita dilebihkan dari manusia yang lain dengan tiga perkara:1. Barisan kita dijadikan seperti barisan para malaikat 2. Dijadikan bagi kita seluruh bumi sebagai masjid 3. Dan dijadikan bagi kita tanah sebagai alat bersuci, apabila kita tidak menemukan air. [2]

Dari Jabir ( r.a ), bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah memberiku lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada satu umat pun sebelumku: 1. Aku diberi kemenangan melawan musuh dengan perasaan takut yang tertanam dalam jiwa mereka sejauh perjalanan satu bulan perjalanan 2. Bumi dijadikan sebagai masjid dan alat bersuci untukku dan oleh kerananya, sesiapa diantara umatku yang mendapati bahawa waktu solat telah tiba, hendaklah dia mengerjakannya 3. Harta ghanimah dihalalkan kepadaku, padahal ia tidak dihalalkan kepada satu umat pun sebelum ku ini 4. Aku diberi hak unruk memberi syafaat

5. Jika nabi-nabi lainnya diutus kepada kaumnya sahaja, sebaliknya aku diutus kepada seluruh umat manusia. [3]

Sebab Pensyariatan Tayammum Aisyah ( r.a ) meriwayatkan, katanya: Kami pergi bersama Nabi SAW dalam suatu perjalanan. Ketika kami tiba di Baida, rantaiku terputus. Nabi SAW pun berhenti untuk mencarinya. Begitu pula para sahabat berhenti untuk mencari kalung tersebut. Kebetulan tempat itu tidak berair dan mereka pula tidak mempunyai bekalan air. Para sahabat datang menjumpai Abu Bakar ( r.a ), kata mereka: Tidakkah kamu mengetahui apa yang telah diperbuat Aisyah? maka datanglah Abu Bakar, sementara Nabi SAW sedang tidur di atas pahaku. Lalu Abu Bakar pun mencelaku dan mengeluarkan kata-kata sesuka hatinya, bahkan menusuk pinggangku dengan tangannya. Aku menahan diri agar tidak sampai bergerak, kerana mengingat Nabi SAW sedang tidur sampai pagi tanpa air. Kemudian Allah Taala menurunkan ayat tayammum, iaitu maka bertayammumlah kamu Usaid bin Hudhair berkata: Bukankah ini satu berkat yang luar biasa ke atas kamu, wahai keluarga Abu bakar? Aisyah berkata: Kemudian para sahabat menghalau unta yang aku kenderai. Tidak lama kemudian, kami menemukan rantai itu di bawahnya. [4]

Sebab-sebab yang membolehkan tayammum Orang yang berhadas kecil mahupun berhadas besar dibolehkan bertayammum, sama ada ketika bermukim mahupun bermusafir sebagai pengganti kepada air, jika terdapat salah satu sebab-sebab berikut: 1. Sakit Sakit yang tidak mampu menggunakan air seperti mengalami luka atau bila menggunakan air penyakitnya semakin bertambah teruk ataupun kesembuhannya semakin lambat, sama ada yang demikian itu dikenalpasti berdasarkan pengalaman atau berdasarkan nasihat doktor yang

dapat dipercaya. Maka dalam keadaan seumpama ini seseorang itu dibolehkan bertayammum. Dalilnya: Daripada Jabir ( r.a ), katanya: Suatu hari kami berangkat untuk mengadakan perjalanan. Kebetulan, sa lah seorang di antara kami tertimpa sesbuah batu hingga melukakan kepalanya. Kemudian orang itu bermimpi junub dan dia pun bertanya kepada rakan-rakannya: Adakah aku ini mendapat keringanan seperti bertayammum? Mereka menjawab: Tidak ada keringanan untukmu, kerana kamu masih lagi boleh menggunakan air. Orang itu pun mandi dan secara kebetulan, dia terus meninggal dunia. Setelah itu, mendatangi Rasulullah SAW dan kami menceritakan peristiwa itu yang dialami oleh seorang rakan kami itu. Nabi SAW yang mendengar cerita itu langsung terperanjat dan bersabda: Mereka telah membunuh lelaki itu! Semoga Allah membunuh mereka! Kenapa mereka tidak bertanya jika tidak tahu? Bertanya merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi kejahilan! Padahal lelaki itu sudah cukup dengan cara bertayammum, mengeringkan darahnya, atau membalut lukanya dengan kain, kemudian menyapu bahagian atasnya dan setelah itu membasuh seluruh tubuhnya. [5]

2. Ketiadaan Air - Jika seseorang tidak menemukan air, maka dibenarkan untuk bertayammum. Dalilnya adalah berdasarkan hadis Imran bin Husain ( r.a ), katanya: Ketika itu, kami berada dalam perjalanan bersama Rasulullah SAW. Beliau pun mengerjakan solat bersama para sahabatnya. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang mengasingkan dirinya tanpa ikut serta mengerjakan solat. Melihat itu, lantas Nabi pun bertanya: Kenapa kamu tidak mengerjakan solat (berjemaah bersama kami )? Lelaki itu menjawab: Aku dalam keadaan berjunub, sementara air tidak ada. Nabi pula bersabda: Gunakanlah tanah, sebab yang demikian boleh dilakukan sebagai pengganti air. [6]

Dari Abu Zar ( r.a ), Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya tanah dapat mensucikan bagi orang yang tidak mendapati air selama sepuluh tahun. [7]

Tetapi sebelum bertayammum, seseorang dikehendaki mencari air terlebih dahulu dari bekalannya, dari rakan-rakannya, atau dari tempat yang menurut kebiasaannya tidak di anggap terlalu jauh. Sekiranya jarak seseorang itu dengan air lebih daripada separuhfarsakh iaitu menyamai 2 km, maka dia boleh bertayammum dan dia tidak wajib berusaha untuk pergi mendapatkan air tersebut kerana yang demikian itu adalah membebankan.

3. Air sangat sejuk - Jika air teramat sejuk dan diduga kuat apabila digunakan akan menimbulkan bahaya, tetapi dengan syarat seseorang itu tidak dapat memanaskan air tersebut meskipun dengan cara mengupah ( untuk memanaskan air ). Dalilnya bersandarkan kepada hadis Amar bin al-Ash ( r.a ) bahawa: Tatkala diutus untuk menjadi panglima perang Zat as-Salasil, dia berkata: Pada waktu malam yang teramat sejuk, aku bermimpi junub. Aku khuatir mati jika aku memaksakan diri untuk mandi. Akhirnya, aku pun bertayammum lalu aku mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku yang lain. Setibanya kami dihadapan Rasulullah SAW, sahabat-sahabatku tadi menceritakan peristiwa itu kepadanya. Nabi SAW bertanya: Wahai Amar! Betulkah kamu melakukan solat bersama sahabat-sahabatmu ketika kamu dalam keadaan berjunub? Jawabku: Aku teringat firman Allah Azza wa Jalla: Janganlah kamu membunuh dirimu! Sungguh Allah Maha Penyayang terhadap kamu sekalian. ( Surah an-Nisa: 29 ). Berikutan itu, aku pun bertayammum lalu mengerjakan solat. Mendengar itu, Rasulullah hanya tertawa dan tidak mengatakan apa-apa lagi. [8] Hadis ini menerangkan pengakuan Nabi SAW dan pengakuannya itu boleh dijadikan sebagai dalil, kerana Nabi SAW tidak pernah mengakui atau menyetujui perkara yang batil.

4. Khuatir bahaya menimpa diri, kehormatan dan hartanya - Jika air berhampiran dengan seseorang, tetapi dia khuatir terhadap keselamatan diri, kehormatan dan hartanya, khuatir ditinggalkan rakan-rakan serombongannya ( musafir ), keberadaan air itu terhalang oleh musuh yang amat digeruni tanpa mengira musuh dari kalangan manusia atau dari jenis lain. Maka dalam situasi sebegini seseorang dibolehkan

bertayammum. Begitu juga seseorang dibolehkan bertatammum jika khuatir bakal dituduh melakukan perkara yang bukan-bukan dan akan mengakibatkan bahaya dan bencana jika dia mandi.

5. Air tersebut hanya cukup untuk diminum - Jika seseorang memerlukan air, sama ada untuk keperluan mendesak mahupun untuk keperluan yang akan datang, seperti untuk keperluan minumnya atau keperluan minum selain dirinya, meskipun hanya untuk keperluan minum haiwan. Maka dalam keadaan inii seseorang itu diboleh kan bertayammum dan menyimpan air yang ada padanya. Demikian pula jika air itu digunakan untuk memasak dan menghilangkan najis yang tidak dapat dimaafkan, maka dalam situasi ini juga seseorang itu hendaklah bertayammum dan menyimpan air yang ada padanya. Imam Ahmad berkata: Sejumlah Sahabat bertayammum dan menyimpan air untuk minuman mereka. [9]

Dari Ali ( r.a ), beliau mengeluarkan fatwa mengenai seorang lelaki berjunub ketika dalam perjalanan, sedangkan dia hanya membawa sedikit air, di samping khuatir akan mengalami kehausan: Hendaklah dia bertayammum dan tidak perlu mandi! [10] Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: Sesiapa yang menahan kencing kerana takut batal, sebab dia tidak mempunyai air, maka lebih afdhal baginya adalah mengerjakan solat dengan tayammum dan membuang air kecil berbanding mempertahankan wuduk dan mengerjakan solat sambil menahan kencing. [11]

__________________
NOTA KAKI [1] Diriwayatkan oleh Ahmad. Syaikh Albani mengklasifikasikannya sebagai shahih dalam Lihat Fiqh

Irwa al - Ghalil: Jilid 1,m/s: 180.

Sunnah: 1/161 al-Wadhih: 1/121 Sunnah: 1/162

[2] Diriwayatkan oleh Muslim. Lihat al-Fiqh

[3] Diriwayatkan oleh Muttafaq Alaih. Lihat Fiqh

[4] Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, an-Nasai, dan Ibnu Majah. Lihat Fiqh

Sunnah: 1/163, al-Fiqh al-Wadhih:

1/120
[5] Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah, ad-Daruqutni dan dikategorikan sebagai shahih oleh ibnu as-Sakan. Lihat Fiqh

Sunnah: 1/165, al-Fiqh al-Wadhih: 1/122, Fiqh Manhaji: 1/112


[6] Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, An-Nasai & Musnad Abu Awanah. Lihat Fiqh

Sunnah: 1/ 164

[7] Diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Menurut at-Tirmizi, hadis ini hasan lagi Shahih. Lihat Fiqh

Sunnah: 1/164 Sunah: 1/166, al-Fiqh al-Wadhih: 1/123, Fiqh Manhaji: 1/112

[8] Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Hakim, ad-Daruqutni dan Ibnu Hibban, manakala al-Bukhari menyebutkannya secara muallaq. Lihat Fiqh [9] Lihat Fiqh [10] Lihat Fiqh

Sunnah: 1/167 Sunnah: 1/167, al-Fiqh al-Wadhih: 1/123

[11] Lihat Fiqh Sunnah: 1/167