Anda di halaman 1dari 37

NAMA PENSYARAH DR NIK AZMAH BINTI NIK YUSUFF TUGASAN KUMPULAN KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (GRU 6014) NAMA

AHLI LAURAH MARKUS (M20131000084) RAMLE MAPALABONG (M20131000118) VERAWATI WAHID (M20131000087) ZAINAL ANDI SIKANDAR (M20131000197)

1.

Temubual:
a. b. c.

Berstruktur Separa berstruktur Tidak berstruktur

2.

Pemerhatian:
a.

b.

Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh) Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)

3. 4.

Soal selidik Artifak

Pengenalan Temu Bual

Temu bual adalah satu perbualan antara dua orang atau lebih (penemu bual dan yang ditemu bual). Temu bual biasanya untuk memperolehi maklumat dari seseorang. Dalam kajian kualitatif, temu bual merupakan berikut: i. Proses pengumpulan data tentang perkara yang tidak dapat diperhatikan (kepercayaan, prinsip pegangan) atau perkara yang sukar diperoleh (dokumen, diari) ii. Suatu strategi untuk saling semakan dan elucidating data yang dikumpulkan daripada sumber lain (pemerhatian, dokumen, jurnal) iii. Kaedah untuk meninjau dan mengesahkan perspektif peserta kajian utama iv. Strategi untuk memperoleh data sejarah

Bentuk Temu Bual


1.

2.
3.

Tidak berstruktur Berstruktur Separa-berstruktur

i. Temu Bual Tidak Bersuktur

Senarai soalan tidak dibina sebelum sesi temu bual dijalankan Semasa sesi temu bual, penemubual akan membina dan mengubah suai soalan selepas satu soalan ditanya berdasarkan i. Jawapan subjek kajian ii. Objektif kajian. Soalan-soalan dibina dalam sesi temu bual secara sepontan

i. Temu Bual Tidak Bersuktur

Temu bual jenis ini biasanya dilaksanakan setelah penemubual memerhati tingkah laku responden kajian. Contoh seorang pengkaji menyelidik Pengajaran Prinsip Perakaunan menggunakan teknik Koperatif. Pada mulanya, pengkaji membuat pemerhatian dalam bilik darjah tentang pengajaran guru, dan membuat laporan mengenai setiap pemerhatiannya. Di samping itu, pengkaji juga melaksanakan sesi temu bual ini tidak berstruktur ke atas guru dalam kelas selepas setiap sesi pengajaran. Tujuan temu bual ini ialah untuk memahami lebih mendalam mengenai perasaan, motivasi guru sebelum, semasa dan selepas melakukan pengajaran.

Temu bual tidak berstruktur ini membantu pengkaji memahami lebih mendalam mengenai fenomena sebenar yang berlaku.

ii. Temu Bual Berstruktur

Lebih formal, dirancang secara teliti dan dilaksanakan mengikut satu senarai soalan yang perlu dijawab oleh respondan. Setiap responden diberi bentuk soalan yang sama. Contoh Soalan Temu Bual Berstruktur:

Contoh Soalan Temu Bual Berstruktur

iii. Temu Bual Separa Berstruktur

Format temu bual separa berstruktur terletak diantara temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Pengkaji menyoal beberapa soalan formal yang dibina sebelum sesi temu bual dijalankan, tetapi penemubual juga diberi kebebasan untuk menyoal dan menjelajah lebih mendalam tentang jawapan responden yang telah diberikan.

Teknologi Temu Bual


i.

ii.

Kaset perakam Paling biasa digunakan, tetapi rakaman perlu ditranskripsikan Elok kalau ada mikrofon yang disambungkan ke perakam Letakkan dekat dengan peserta kajian Pastikan aras bunyi (volume) sesuai Pastikan ada bateri Pastikan alat perakam dan keset diperiksa/disediakan lebih awal Pastikan rakaman berjalan lancar; pastikan dari semasa ke semasa; Dengar rakaman secepat mungkin dan masukkan bahagian yang tertinggal jika ada Menulis catatan Boleh dilakukan tetapi sukar untuk menulis pada masa memandang peserta kajian (terutama temu bual tak berstruktur) Pertimbangan tentang apa yang perlu/tidak mengganggu proses penulisan Sangat relevan kalau data non-verbal diperlukan

Teknologi Temu Bual


iii.

Kamera Video

Boleh memngganggu proses temu bual Sesetengah rang tidak selesa Minta izin dahulu mungkin tidak bersetuju, fikirkan kaedah lain. Sesuai untuk perbincangan kumpulan Berguna dalam merakamkan interaksi verbal dan non-verbal Melibatkan penganalisisan yang kompleks Penggunaan telefon Sesuai kalau jarak peserta dengan penyelidik jauh, terlalu sibuk, orang berstatus tinggi. Petanda non-verbal tidak diperoleh. Rakaman audio boleh dilakukan. Perbualan boleh juga dirakamkan.

iv.

v.

E-mail Berguna dalam kedudukan yang berjauhan. Gunakan soalan terbuka supaya tidak menjadi soal selidik. Peserta boleh mengambil masa untuk respon. Boleh dipindahkan terus ke dalam fail tertentu.

Populasi Temu Bual

Populasi kajian melibatkan orang yang dikaji ataupun sebagai orang yang mempunyai hubungan profesional atau personal dengan populasi kajian Temubual mendalam boleh dilakukan kepada i. individu yang mengalami sesuatu fenomena ii. individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami fenomena tersebut seperti ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat, dan pakar yang mengendalikan sesuatu tugasan profesional berkaitan fenomena tersebut seperti contohnya doktor, guru, ahli politik, dan lain-lain yang berkenaan.

Protokol Soalan Temu Bual


Bil. Jenis Soalan
1

Penerangan
Membolehkan peserta memperkenalkan diri Memperkenal topik yang hendak dikaji dan meminta respon peserta terhadap pengetahuan asas tentang topik tersebut. Soalan Utama yang menghasilkan jawapan kepada soalan kajian

Contoh
Terangkan tentang diri anda dari aspek: pengalaman kerja,umur, jantina, Apakah yang anda faham tentang EQ? Pernahkah anda membuat keputusan secara beremosi?

Soalan Pengenalan

Soalan Transisi

Soalan Kunci

Pada pandangan anda apakah faktor-faktor mempengaruhi kecerdasan emosi?


Bagaimanakah anda menangani masalah masalah emosi di tempat kerja? Bagaimanakah anda menangani masalah emosi dalam hubungan dengan ahli keluarga?

Soalan Penutup

Memeriksa jika peserta Adakah anda mempunyai apa-apa pandangan mahu menambah lagi ditentang EQ? maklumat

KEKUATAN DAN KEKURANGAN TEMU BUAL


KEKUATAN

KEKURANGAN

Mengizinkan pemerhatian tentang interaksi kumpulan dalam suatu situasi terkawal

Bergantung sepenuhnya kepada interaksi kumpulan Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah tajuk. Peserta mungkin mengarahkan perbincangan ke arah lain yang tidak relevan. Sesetengah peserta mungkin mengawal perbincangan. Menimbulkan soal etika soal kerahsian kerana perbincangan terbuka; rakaman dan video untuk siapa? Kurang sesuai bagi peserta yang kurang keyakinan atau tidak biasa berbincang secara terbuka. Mendapatkan peserta yang sesuai mungkin sukar

Sesuai bagi tema/topik yang kurang berstruktur

Membolehkan penyelidik untuk menghasilkan banyak data bagi suatu topik khusus

Cepat dan mudah dilaksanakan Peserta lebih bebas untuk memberi dan menegaskan idea daripada temu bual perseorangan Dapat membekalkan data yang banyak dan mendalam

DEFINISI KAEDAH PEMERHATIAN


Kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pembolehubah penyelidikan. Pemerhatian seorang penyelidik memerlukan teknik berkesan , terancang dan sistematik Kidder (1981) menyatakan, pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila: Ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian Dirancang dengan rapi Direkod secara sistematik Diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya.

a. b. c. d.

FOKUS PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian berasal dari kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta sendiri.
Pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam latar sosial yang sebenar. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

FOKUS PEMERHATIAN

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian: Tujuan mengadakan kajian- permasalahan kajian Pertimbangan praktikal- masa, kewangan, jarak tempat pemerhatian Struktur pemerhatian yang akan dilakukan- berstruktur, tidak berstruktur Elemen yang boleh difokuskan semasa pemerhatian: a. latar fizikal b. partisipan c. aktiviti dan interaksi d. perbualan e. faktor-faktor kurang jelas tetapi penting f. perlakuan pemerhati sendiri

i. ii.

iii.

iv.

Contoh penggunaan kaedah pemerhatian: a. mengkaji perkembangan tingkah laku kanakkanak b. kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan c. kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif

Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.

STRUKTUR PEMERHATIAN

Memerlukan perancangan yang baik dan teliti. Mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Melibatkan pengumpulan data visual, deria bau, dengar, sentuh dan rasa Pemerhatian yang naturalistik

Kaedah pemerhatian: a. Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh) b. Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)

Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh)

Pemerhati pasif Pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian.

Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati.
Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.

Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)

Pemerhati aktif Pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

PEMERHATIAN BUKAN PESERTA Responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura.

PEMERHATIAN PESERTA Penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai.

Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul.

Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumatmaklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati diperingkat awal.

CARA MEMBUAT PEMERHATIAN


4 cara membuat pemerhatian: 1. Pemerhatian secara langsung

boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji.

Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan khas melainkan pen dan kertas saja. Guru/ pensyarah penyelidik perlu membuat beberapa pertimbangan sebelum melakukan permerhatian

Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan:


i.

Apakah yang hendak diperhatikan?

- Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah dipilih, penyelidik hendaklah menentukan aspek- aspek yang boleh diperhatikan, sama ada jenis dan turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan penyelidik sendiri. - Perkara-perkara tersebut hendaklah spesifik dan dapat dinyatakan secara eksplisit.

ii.

Mengapakah pemerhatian tesebut dilakukan?


Setiap orang ada anggapan dan jangkaan sendiri (existing theories) tentang sesuatu isu. Pemerhatian membantu seseorang penyelidik membina semula teori tersebut agar memperolehi satu fahaman baru (theoretical reconstruction)

iii.

Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan berapakah tempoh masa yang diperlukan?

Penyelidik hendaklah jelas tentang masa waktu untuk membuat pemerhatian agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak mengganggu perjalanan tugas lain yang lebih utama.

CARA MEMBUAT PEMERHATIAN


2.

Penggunaan Alat Perakam

Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran. Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat. Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa berikut: dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum, dengar semula untuk mencari data-data penting dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-data penting

CARA MEMBUAT PEMERHATIAN


3.

Gambar foto
Gambar

foto merupakan suatu media yang amat berkesan untuk merekodkan perlakuan atau keadaan fizikal secara holistik. Foto juga dapat menonjolkan body language terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan.

CARA MEMBUAT PEMERHATIAN


4.

Rakaman video
Rakaman

video melanjutkan kelebihan foto dan rakaman audio dengan menunjukkan juga pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan tempoh masa peristiwa.

KAEDAH PEMERHATIAN
KELEBIHAN

KELEMAHAN

Pemerhatian terhadap sampelsampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benarbenar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Peserta yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. Peserta mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Popular: murah dan mudah ditadbir berbanding kaedah lain seperti temu bual secara lisan ataupun telefon.
Tujuan penggunaan: mengumpul maklumat dan pendapat peserta melalui satu siri soalan. Bentuk soalan:

i.

Soalan jenis tertutup- responden perlu menjawab soalan yang berkaitan dengan format yang telah ditetapkan. Jawapan boleh berbentuk dikotomi (ya/tidak; betul/salah; lelaki/perempuan); responden memilih jawapan yang ditetapkan/sedia ada.
-Soalan aneka pilihan dengan jawapan bersifat nominal (seperti jenis kaum)

-Soalan berbentuk ordinal (misalnya peringkat kebolehan pelajar)


-Soalan berbentuk skala (contohnya, pencapaian pelajar) ii.

Soalan jenis terbuka- responden diminta merumuskan jawapan sendiri atau menyatakan pendapat mereka; Respon kurang berstruktur dan pelbagai Fakta-fakta tertentu atau pendapat yang diperolehi adalah jelas dan boleh digunakan untuk membantu memperolehi maklumat atau menjadi panduan semasa menjalankan kaedah kajian yang seterusnya seperti temubual. Apabila merancang soalan, adalah penting untuk mengenalpasti tujuan kajian

Perkara yang perlu difikirkan dalam pembinaan soal selidik:

Adakah soalan ini perlu? Adakah ia berkaitan dengan tujuan soal selidik? Adakah soalan tersebut jelas, tepat dan tidak menyebabkan salahtafsir? Adakah soalan itu tidak bias? Adakah ia tidak menjurus kepada jawapan tertentu? Adakah soalan senang difahami dan tidak terlalu kompleks? Adakah soalan bersifat tertutup? Soalan terbuka boleh sangat berguna kerana ianya membenarkan respon bebas tetapi terlalu banyak soalan boleh menyebabkan kesukaran analisis.

Artifak merujuk kepada sebarang produk atau hasilan individu atau kumpulan akibat tabiat sosial, budaya atau tingkah laku mereka.

Jenis artifak yang lazimnya digunakan ialah e-mel, memo, nota, buku latihan pelajar, gambar, video atau foto yang dihasilkan peserta atau berkaitan dengan aktiviti peserta yang diselidik.

Terdiri daripada pelbagai jenis dokumen seperti laporan, minit mesyuarat, hasil penerbitan yang berkaitan dan jurnal refleksi. Penggunaan bergantung kepada objektif kajian Contoh; sekiranya tujuan penyelidikan ialah membuat perbandingan buku teks matematik di negara yang berlainan, maka buku teks dan penerbitan kurikulum negara tersebut menjadi data utama penyelidikan.

Jurnal refleksi Nota refleksi yang disediakan oleh peserta berdasarkan proses atau situasi yang dilaluinya. Instrumen ini membantu penyelidik memahami dan membuat interpretasi terhadap peserta kajian. Sesuai digunakan untuk penyelidikan yang melibatkan kajian proses pemikiran dan perlakuan individu.

BIBLIOGRAFI

Bailey, C. A. (2006). A guide to qualitative field research (2nd ed.). Thousand Oaks CA: Pine Forge Press. Braun, V. , & Clarke, V. (2013). Successful qualitative research: A practical guide for beginners. Thousand Oaks CA: Sage. Chua, Y. P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Buku 1 Kaedah Penyelidikan. Serdang: Mc Graw Hill Education. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education. Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris .