Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum

w.b.t

Yang Dimuliakan tuan pengerusi majlis Puan Salsabila Bt Arifin, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubur Datu En Wan Hanafi Bin Wan Yusoff,Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran En Wan Azamudin Bin Wan Shaari,Penolong Kanan HEM Puan Hasmah Bt Said,Penolong Kanan Ko-Koriklum En Zamri Bin Mat, Guru- guru,para ibubapa serta murid murid sekelian. Alhamdulilah marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t pada pagi yang penuh barakah ini dapat kita berkumpul bersama didewan ini bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2014. Tema sambutan bagi tahun ini ialah Wasatiyah Tonggak Perpaduan Ummah.Dalam hidup kita wasatiyah sangat penting iaitu kesederhanaan,dimana kita perlu seimbang antara dunia dan akhirat. Hadirin sekelian, Sesungguhnya keseimbangan & kesederhanaan sangat penting bagi kita semua, kita ambil contoh pelajar hari ini mempelajari 2 bidang iaitu duniawi dan Ukhrawi ilmu sains dan matemetik,ilmu fekah dan tauhid kedua- duanya berbeza tetapi mempunyai hubung kait dalam kehidupan seharian,Oleh itu kita perlu mempelajari kedua-dua tersebut agar kita tidak lalai bahawa tanggungjawab mencari ilmu tidak pernah terpadam .

Hadirin sekelian, Kita sebagai ibubapa jaganlah mengharapkan usaha guruguru sahaja disekolah,untuk memupuk perpaduan ummah khususnya anak-anak kita,anak jiran kita atau sesiapa sahaja kita perlu mengembeleng tenaga dan berusaha mengambil berat perihal mereka agar mereka dapat menjadi insan yang berguna dan menjadi contoh tauladan generasi akan datang, Hari ini kita dapat lihat kejayaan yang diraih oleh S.K.Kubur Datu khususnya dalam pencapaian UPSR tiga tahun kebelakangan ini amat menakjubkan ,saya amat terkejut pencapaian yang diraih pada tahun 2013 iaitu tempat ke 33 dari 403 sekolah seluruh Kelantan. Pencapaian yang dicapai ini telah menjadikan visi sekolah menjadi sekolah cemerlang di PPD Jeli telah tercapai syabas saya ucapkan kepada pihak sekolah bermula dari pentadbir dan semua guru.tanpa usaha dan program yang yang dirancang sukar bagi kita menikmati kejayaan sebegini. Harapan saya agar sekolah ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang dapat memperolehi keputusan yang cemerlang khusunya tahun 6 didalam UPSR nanti,bagi tahuntahun yang lain berusahalah dari sekarang agar kejayaan dapat kita nikamti di masa yang akan datang. Selaku Pengerusi PIBG yang mewakili para ibubapa saya berharap agar pihak sekolah teruskanlah usaha- usaha murni,melaksanakan program yang dirancang agar dilakukan sebaik mungkin,kami amat berbesar hati sekiranya anak kami Berjaya meraih keputusan yang cemerlang ..hanya jutaan terima kasih yang mampu kami ucapkan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini ,saya berharap agar ibubapa,guru,murid atau sesiapa sahaja marilah kita berdoa agar sekolah ini terus menempa kejayaan,kecemelangan seterusnya menjadi sekolah terbaik di Kelantan. Sekian terima Kasih ..

Anda mungkin juga menyukai