Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.
Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan
ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya. Khalifah Umar al Khattab pernah mengibaratkan taqwa seperti seseorang yang berjalan
di atas jalan yang berduri. Seseorang itu akan berhati-hati untuk mengatur setiap langkah agar tidak
terpijak duri. Begitulah juga kita sepatutnya berhati-hati dalam mengatur aktiviti seharian hidup kita
agar kita sentiasa mengerjakan amal soleh dan tidak melakukan perkara-perkara maksiat. Hitunglah
diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh
kita semakin meningkat atau menurun. Sayidina Umar al Khattab sentiasa berpesan kepada
tenteranya yang keluar berjihad aku mengingatkan kamu dan orang-orang bersama kamu supaya
meningkatkan ketakwaan kepada Allah dalam setiap keadaan. Takut kepada Allah adalah sebaik-baik
persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam peperangan.
Pada zaman kegemilangan Islam, raja-raja sering di dampingi oleh ulama-ulama yang ikhlas. Ulamaulama sering memberi peringatan, nasihat dan amaran kepada raja-raja untuk melaksanakan
suruhan Allah swt. Salah seorang raja yang sentiasa mendampingi ulama dan sering mendapatkan
pandangan ulama ialah Sultan Muhammmad al Fatih, sultan yang ke-7 dalam pemerintahan khalifah
Uthmaniyyah. Sultan Muhammad al Fatih juga adalah pembuka kota Constantinople atau pun
Istanbul. Pembukaan kota Constantinople membenarkan sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang
bermaksud:
Constantinople pasti akan ditawa. Sebaik-baik pemerintah adalah pemerintah penaklukan
tersebut dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut. (Riwayat Ahmad)
Hadis yang di ucapkan oleh Rasulullah saw ketika sedang menggali parit dalam peperangan Khandak
ini telah menimbulkan keinginan dan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam sebelum
Muhammad al Fatih lagi. Mereka telah berusaha dan berjuang untuk menawan kota Constantinople.
Usaha pertama telah di lancarkan pada 44Hijrah iaitu di zaman Muawiyah. Tetapi usaha tersebut di
bawah pimpinan Yazid bin Muawiyah menemui kegagalan. Seorang sahabat nabi yang bernama
Abu Ayub al Ansari telah menyertai pasukan Yazid, walaupun usianya sudah menjangkau 80 tahun
kerana ingin berada di dalam pasukan tentera yang terbaik. Beliau syahid di dalam peperangan dan
berwasiat agar jasadnya di kuburkan di bawah kubu-kubu Constantinople. Apabila ditanya kenapa
beliau ingin di kuburkan di situ maka beliau menjawab kerana aku ingin mendengar hentakan
tapak-tapak kaki kuda dari pasukan tentera yang terbaik semasa mereka membebaskan
Constantinople. Beberapa kempen lagi untuk menawan Constantinople di zaman Umayyah
menemui kegagalan. Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, beberapa usaha di teruskan tetapi
masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun ar Rashid. Ramai lagi raja-raja
dan pemimpin Islam berlumba-lumba untuk menawan kota Constantinople untuk menjadi
sebahagian daripada tentera terbaik. Tetapi kira-kira 800 tahun kemudian pada 1453M, Muhammad
al Fatih telah membenarkan dan merealisasikan hadis Rasulullah tersebut.
Sultan Murad II, iaitu ayah kepada Muhammad al Fatih sangat menitikberatkan didikan agama
terhadap anaknya. Ayahnya telah memanggil beberapa ulama terkenal di zamannya seperti Sheikh
Shamsuddin al Wali dan Sheikh Ahmad Ismail al Kurani untuk mentarbiyyah anaknya. Muhammad al
Fatih telah ditarbiyyah dengan jiwa jihad dan sifat tawaduk sejak kecil lagi. Ayahnya begitu perihatin
dalam pembentukan keperibadian Muhammad al Fatih sehinggakan beliau memilih sendiri gadis
yang hendak dijodohkan dengan anaknya. Beliau sedar bahawa seorang pemimpin yang baik mesti
mempunyai isteri yang baik juga.
Di samping ilmu agama, Muhammad al Fatih juga di ajar ilmu peperangan, pentadbiran dan
pemerintahan. Beberapa kali beliau diberi latihan praktikal dengan memangku jawatan ayahnya
walaupun di usia yang masih muda. Muhammad al Fatih juga mampu menguasai tujuh bahasa iaitu
Turki, Arab, Greek, Latin, Serbia, Parsi dan Hebrew. Dengan menguasai tujuh bahasa, Muhammad al
Fatih mampu mengkaji dengan lebih teliti kelemahan-kelemahan musuh-musuhnya dan dapat
berkomunikasi dengan baik dengan bangsa-bangsa tersebut.
Muhammad al Fatih sangat menjaga diri dan pegawai-pegawainya daripada melanggar hukum Allah.
Oleh sebab itu, pegawai-pegawai, pentadbir dan panglima-panglima tentera beliau terdiri daripada
orang-orang-orang yang mematuhi syariat. Sultan Muhammad al Fatih pernah berpesan bahawa
ulama adalah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jadi tidak
hairanlah sekiranya Muhammad al Fatih di kelilingi oleh para ulama yang sentiasa menasihati beliau
tentang permasalahan negara.
Sultan Muhammad al Fatih bukan sahaja menjaga amalan-amalan yang wajib, tetapi konsisten dalam
melakukan amalan-amalan yang sunat. Peristiwa pemilihan imam solat jumaat pada hari jumaat
pertama selepas kota Constantinople ditawan mendedahkan sesuatu yang menarik. Muhammad al
Fatih dan tenteranya masuk ke Hagia Sophia, sebuah gereja yang ditukar menjadi masjid untuk
mendirikan solat jumaat. Pada mulanya, Sultan Muhammad al Fatih mencadangkan gurunya; Sheikh
Shamsuddin sebagai imam. Namun, gurunya menolak cadangan tersebut. Untuk mencari siapa yang
layak, baginda telah memerintahkan seluruh pegawai dan tenteranya berdiri.
Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh walaupun sekali, sila
duduk kata Sultan Muhammad al Fatih. Tiada seorang pun yang duduk.
Siapa antara kita yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh walaupun sekali, sila
duduk Ada sebahagian daripada tentera yang duduk.
Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat sunnat tahajud sejak baligh walaupun satu
malam, sila duduk Kini, semua tentera duduk kecuali Sultan Muhammad al Fatih. Inilah peristiwa
yang berlaku ketika pemilihan imam untuk solat jumaat yang pertama di masjid Hagia Sophia.
Peristiwa ini menunjukkan betapa istiqamahnya Sultan Muhammad al Fatih dalam beribadat kepada
Allah swt dan terserlah bahawa baginda sendiri adalah orang yang paling layak menjadi imam.
Selepas menaiki takhta, Muhammad al Fatih mengkaji pelan kota Constantinople untuk mengenal
pasti kelemahannya. Bentuk muka bumi, keadaan topografi, musim dan cuaca diambil kira dalam
menentukan permulaan serangan dan kepungan. Beliau juga mengkaji sebab-sebab kegagalan
kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi
yang sesuai untuk diguna pakai. Beliau melantik jurutera yang terbaik untuk membina peralatan
perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak peluru seberat 300kg melebihi 1km.
Sayidina Ali pernah berpesan bahawa kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh
kebatilan yang tersusun. Mengambil iktibar dari pesanan ini, Muhammad al Fatih melakukan
beberapa langkah strategik lagi dalam persediaan untuk menawan Constantinople.
Sultan Muhammad al Fatih mengambil langkah memencilkan kerajaan Rom Byzantin dengan
mengikat perjanjian-perjanjian damai dengan kerajaan-kerajaan di sekitar wilayahnya seperti Serbia
dan Hungary. Benteng-benteng pertahanan di bina di tempat-tempat yang strategik untuk
mengawal laluan kapal di Selat Bosphorus sekaligus mengawal bantuan dari luar untuk kerajaan
Byzantin. Langkah ini memberi kesan yang lebih ke atas kepungan yang akan dilancarkan kemudian.
Pada 6 April 1453 Sultan Muhammad al Fatih mengetuai pasukan tentera yang terlatih seramai
250,000 orang untuk mengepung kota Constantinople. Tentera ini terdiri dari orang-orang yang
soleh, sangat menjaga solat mereka, berani dan bersedia untuk syahid. Muhammad al Fatih juga
membawa bersama tenteranya para ulama untuk memotivasikan barisan tenteranya dengan ayatayat al Quran dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan tentang kemuliaan orang-orang yang
gugur di jalan Allah. Setelah segala persiapan siap diatur, Sultan Muhammad al Fatih menghantar
utusan kepada Raja Rom Byzantin meminta beliau menyerah kalah. Keengganan Raja Rom
mengakibatkan kota Constantinople dikepung dan serangan dimulakan.
Pope di Rom menghantar bantuan lima buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera.
Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi oleh tentera Rom untuk menghalang
kemaraan kapal-kapal tentera Muhammad al Fatih. Kapal-kapal Muhammad al Fatih tidak dapat
meneruskan perjalanan menuju ke bahagian belakang benteng pertahanan kota Constantinople.
Mereka di serang dengan hebat dan terpaksa berpatah balik.
Sultan Muhammad al Fatih diberikan ilham yang luar biasa oleh Allah swt untuk mengatasi halangan
rantai besi ini. Muhammad al Fatih mendapat idea untuk memindahkan kapal-kapal perangnya
melalui jalan darat. Beliau telah memanggil tenteranya dan mengarahkan mereka membawa kapalkapal merentasi bukit pada waktu malam dan dilucurkan ke perairan di belakang kubu pertahanan
kota Constantinople. Pada malam tersebut penduduk Constantinople dikejutkan dengan gema takbir
dan nasyid serta lagu-lagu iman yang bersahutan dari tentera Muhammad al Fatih. Dengan
semangat dan kekuatan yang luar biasa tentera Muhammad al Fatih berjaya mengangkut 70 buah
kapal merentasi bukit sejauh 5km dalam satu malam sahaja. Apa yang berlaku ini menunjukkan
kebijaksanaan sultan, kesungguhan dan kegigihan tentera-tenteranya, dan juga kehebatan mutu
kejuruteraan kerajaan Uthmani. Kejayaan ini adalah kejayaan yang hebat dan di luar bayangan
manusia hingga ke hari ini. Semuanya ini adalah anugerah daripada Allah swt kepada hambanya
yang bertakwa, yang mengharapkan pertolongan Allah semata-mata setelah segala perancangan,
usaha dan tenaga di gembeling dan di curahkan.
Setelah pertempuran berlarutan selama 53hari, pada 29Mei 1453M kota Constantinople jatuh ke
tangan orang Islam. Di atas kemenangan dan kejayaan menawan kota Constantinople inilah Sultan
Muhammad di beri gelaran al Fatih yang membawa maksud pemenang atau pembuka yang berjaya
membebaskan Constantinople dari pemerintahan Rom. Constantinople dijadikan ibukota yang baru
Empayar Uthmani. Beliau telah menukar nama Constantinople kepada Islam Bol (atau Istanbul
sekarang ini) yang bermaksud kota Islam.
Sultan Muhammad al Fatih mencapai kemenangan bukan kerana kepandaian dan kepintaran sahaja.
Beliau dikurniakan kemenangan apabila tenteranya berjaya meninggalkan dosa-dosa. Beliau dan
tenteranya berjaya memenuhi syarat-syarat untuk mendapat pertolongan dari Allah swt. Allah swt
berjanji akan memberi pertolongan kepada manusia yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah
menegakkan syariat Allah. Allah berfirman di dalam surah al Haj ayat 40:
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan
yang benar, kecuali kerana mereka berkata Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak
mendorong setengah manusia menentang setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat
pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat ibadat dan juga masjid-masjid yang di dalamnya
banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
Sidang jumaat yang di rahmati Allah swt
Inilah dia tokoh yang seharusnya menjadi idola kepada anak muda zaman sekarang kerana
Muhammad al Fatih baru berusia 25tahun ketika beliau mengetuai tentera untuk menawan
Constantinople. Inilah dia tokoh yang sepatutnya berada di dalam silibus pendidikan sejarah di
sekolah-sekolah di negara kita.
Sejarah telah memberitahu kita bahawa Salahuddin al Ayyubi telah membebaskan Baitul Maqdis dari
tentera Kristian Rom pada 27 Rejab 1187M dan beliau berbangsa Kurdis. Muhammad al Fatih telah
membebaskan kota Constantinople dari tentera Kristian Rom pada 29 Mei 1453M dan beliau
berbangsa Turki.Tidak mustahil pada suatu hari nanti seorang pemimpin dari kalangan bangsa
Melayu Islam yang akan membebaskan Palestin untuk kali ketiga. Peristiwa ini akan menjadi
kenyataan sekiranya bangsa Melayu Islam mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang sama dengan tentera
Muhammad al Fatih ataupun tentera Salahuddin. Tentera Melayu Islam yang beriman dan bertaqwa
yang mendaulatkan al Quran dan sunnah di dalam kehidupan dan perjuangan mereka semata-mata
untuk mencari keredhaan Allah swt. Salahuddin al Ayyubi menyatukan bangsa-bangsa dan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari Mesir, Iraq hingga ke negeri-negeri di Syam di bawah payung
Islam sebelum memulakan langkah untuk pembebasan Baitul Maqdis. Muhammad al Fatih
mengemaskini pentadbiran dalam negeri, menyelesaikan masalah dalaman, memeterai perjanjian
dengan negara-negara sekitar sebelum melancarkan serangan ke atas Constantinople. Untuk
mengikuti jejak langkah mereka, bangsa Melayu Islam harus bersatu dan menyelesaikan masalah
dalaman di negeri-negeri di Nusantara serta menjadi bangsa yang di segani sebelum bercita-cita
melangkah ke peringkat antarabangsa. Kita mesti kembalikan izzah dan jatidiri bangsa Melayu
dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Kita perlu ingat bahawa satu masa dahulu iaitu di
waktu pemerintahan kesultanan Melayu Melaka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang di segani
dan dihormati oleh bangsa Eropah di Barat dan Cina di Timor. Dan tidak menjadi mustahil sejarah
akan berulang kembali.
Arabic
. ! .
ditegahNya.
. .
.
. .
" .
".
II
.
. 42
.
.
9 . .
:
) ( . ditawa. "
Hijrah. . . 66
.
:2 . .
" :
". .
.
M . :22 3675
.
'
. .
.
ditarbiyyah mentarbiyyah.
.
. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. . .
.
. " " .
. .
.
( ) 82
"
). . "(82 :
.
.
.
" Km. KG 3 522
".
.
.
. .
8 3675 222472 .
.
.
.
.
.
.
. .
.
. dilucurkan .
.
. KM 92 7
. .
. gembeling
. .
. .
: 62
( ) 62
" "
.
. .
tahun 47
. .
M 49 33:9
Turki.Tidak M . ; 43675
.
.
.
.
.
. segani
segani .
. .
Bahan 2
Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan
laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan
Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota
berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh.
Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu
berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?
Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya
masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini
tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat
dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.
Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam.
Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu.
Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!
Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang
masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama
beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah
mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun
meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat
sebagai Grand Seigneur yang bermaksud pemimpin agung.
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan
dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat
dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja
berketurunan Nasrani.
Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian
ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada
bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda
yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan
dalam pemerintahannya.
Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian
kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan
pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya.
Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad
bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, alHadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui
tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan
Muhammad al-Fateh.
Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople.
Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun
855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.
Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu
telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah
disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub alAnsari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.
Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah
memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub
perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad
al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.
Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan
Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang
fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak
mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut
sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu
Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa
malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya
menawan Kota Constantinople mencium kakinya.
Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam
peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu,
banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian,
kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi
pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.
Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau
menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan
orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz
dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan
Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu,
dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad alFateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang
pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.
Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih
mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama,
beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak
menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai
pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab
itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.
Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga
berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian
beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya,
iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap
toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan
keislaman mereka.
Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya.
Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau
juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki.
Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di
Kota Constantinople.mad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah.
Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau
baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari.
Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara
lain baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka.
Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.
arabic
. :74 3674 44
. .
. 6 47 382
!
. 92 .
.
! .
.
. 48 . 76 .
. : " :
". .
.
. 32
. . " "
Magnisa.
.3673 . 44
.
.
. .
.
( ) .
.
.
H/1451M . . :77
RA
. 66 .
.
.
.
.
.
. .
. .
.
.
.
.
. .
. ternafilah .
. . .
.
. .
. .
. .
. .
. .
.
.
.
. .
.
. .
. 36:3
Bahan 3
Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik
pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan...(H.R
Ahmad b. Hanbal Al-Musnad)
Penaklukan kota Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34Hijrah,Muawiyah bin Abu
Sufian(84Hijrah),Sultan Sulaiman(91Hijrah),Khalifah Harun al-Rasyid(165Hijrah).Sultan Beyazid pada
tahun 1391,1397 dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.Akhirnya pada 20 Jamadil Awal
tahun 857 Hijrah bersamaan 29hb Mei 1435 Masihi barulah kota Konstantinopel berjaya di tawan
oleh Sultan Ahmad Al-Fateh.
Selepas lebih 800 tahun hadis ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w barulah menjadi ia
kenyataan.Sultan Muhammad Al-Fateh bukan sahaja merupakan dipilih oleh Allah s.w.t menjadi
seorang pemimpin yang baik tetapi memiliki tentera yang baik serta rakyat yang baik.Disebalik
kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi seorang pemimpin yang baik,dari kecil lagi beliau
telah dilatih hidup sederhana walaupun beliau merupakan kerabat di raja,Al-Fateh juga dididik
dengan ilmu agama dan peperangan.
Berkat dari usaha ayah Al-Fateh iaitu Sultan Murad 11 mendidik puteranya dengan kehidupan yang
sederhana serta dididik dengan ilmu agama dan peperangan yang cukup mendalam akhirnya Sultan
Murad mampu melahirkan seorang pemimpin muda berusia 19tahun menaiki takhta yang memiliki
sifat seorang pemimpin yang berwibawa serta baik.Sultan Muhammad Al-Fateh memiliki sifat
pemimpin yang berakhlak mulia serta berpengaruh sehingga seluruh tentera baginda dan rakyat
mempu mematuhi baginda walaupun baginda masih muda usianya.
Qiamullai dan solat Tahajjud menjadi amalan wajib yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sultan
Muhammad Al-Fateh menjadikan baginda seorang pemimpin yang beriman serta taat kepada Allah
dan Rasul.Mengambil berat hal yang berkaitan tentera dan rakyatnya menjadi satu kemestian dan
kewajipan bagi Sultan Al-Fateh bagi membentuk tentera dan rakyat yang benar-benar bertaqwa
kepada Allah s.w.t.Sebelum melakukan sesuatu keputusan atau tindakan Sultan Al-Fateh tidak
pernah melaksanakannya sebelum terlebih dahulu berbincang dengan Ulama dan juga pembantupembantu baginda agar keputusan dan tindakan yang dibuat bertetapan dengan Al-Quran dan AsSunnah menjadikan baginda seorang pemimpin yang sangat dihormati.
Memimpin dan berperang kerana Allah s.w.t semata-mata menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh
meletakkan Allah s.w.t sebagai tempat pergantungan utama serta baginda terlepas dari sifat
cintakan dunia dan keinginan untuk dipuja oleh makhluk.Sifat kepimpinan beginilah yang
menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk merealisasikan hadis
Rasulullah s.a.w untuk menawan kota keagungan dunia iaitu kota Konstantinopel.
Arabic
menaklukinya Islam.Pemimpin "
) ( .. ". .
kenyataan.Sultan :22
baik.Disebalik Tentera
.
33
tahun ;3
Tentera mempu baik.Sultan
.
Qiamullai
kewajipan Rasul.Mengambil Tentera
swtSebelum Tentera
bertetapan '
.
pergantungan kerana
makhluk.Sifat cintakan
.