Anda di halaman 1dari 16

ISL MINGGU 18

PATAH

TERPUTUS KESINAMBUNGAN TULANG

Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh. Terdapat 206 ruas tulang dan dibahagi kepada 4 jenis:Tulang panjang Tulang pendek Tulang leper Tulang pelbagai bentuklengan/paha pergelangan tangan bahu/punggung tulang belakang

Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, adalah amat sukar untuk kita kenalpasti secara tepat.

Sebab-sebab Patah
1. HENTAMAN LANGSUNG Tulang patah/retak di bahagian di mana tekanan berlaku. 2. HENTAMAN TIDAK LANGSUNG Tulang patah/retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat tekanan berlaku.

3. Penyakit tibi tulang di mana menjadi rapuh. 4. Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejut otot-otot 5. Usia

Bahagian Patah
1. PATAH TERBUKA Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan.

2. PATAH TERTUTUP Tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman

Tanda-tanda
Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat melalui x-ray tetapi di dalam pertolongan cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tandatanda berikut:1. Rasa sakit pada bahagian yang cedera. 2. Bengkak hanya pada tempat yang cedera. 3. lebam

4. Berubah bentuk 5. Hilang upaya 6. Penggeseran tulang apabila digerakkan (crepitus) 7. Nampak tulang jika patah terbuka. 8. Ada tanda renjatan

Bantuan kecemasan
Tindakan utama D - Dont move

RI -

Rest
Immbolize

Tindakan Lain 1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan tahap kecederaan. 2. Pulihkan pernafasan jika perlu. 3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka. 4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMUM 5. Tenangkan pesakit 6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan renjatan. 7. Hantar ke hospital.

Patah Tulang Belakang (Back Bone)


Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnya tercedera. Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati.

Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) sama ada kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.

Tanda-tanda
1. Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan. 2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada. 3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak. 4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada. 5. Tidak sedarkan diri.

Anda mungkin juga menyukai