Anda di halaman 1dari 8

AMALI 3 1.

TAJUK : Membina Jam Matahari

2. OBJEKTIF

: Membina Jam Matahari untuk Menyukat Masa

3. TEORI

Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untuk memanfaatkan bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Contoh Jam Matahari

Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang yang dapat tentukan

kedudukannya.Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu piawai serta waktu musim panas. Bumi berputar mengelilingi Matahari dengan kadar yang tetap. Oleh itu, Matahari kelihatan seolah-olah bergerak dan posisinya juga berubah iaitu seolah-olah matahari terbit sebelah timur dan tenggelam sebelah

barat.Keadaan ini berlaku kerana bumi berputar 24 jam sehari semalam dari barat ke timur.Jam matahari yang menyukat waktu dengan cahaya matahari digunakan secara meluas pada zaman kuno. Jam matahari yang bagus boleh menyukat waktu suria tempatan setepat-tepatnya. Jam matahari kekal sebagai alat pemerhatian prestasi jam mekanik sehingga zaman moden. Namun, jam matahari memerlukan cahaya matahari dan tidak berguna pada waktu malam, jadi perlunya teknik lain untuk menyukat waktu . Pada siang hari, Matahari berada tinggi di atas langit, sedangkan pada malam hari dan pagi hari, Matahari berada pada posisi rendah. Saat posisi Matahari berubah, bentuk dan posisi bayangan pula berubah. Pada waktu pagi bayang-bayang berada di sebelah barat, bentuknya panjang.Apabila waktu menghampiri ketengahari bayang-bayang itu mula menjadi pendek. Di bahagian Bumi sebelah utara bayang-bayang itu mengarah ke utara,

sedangkan di bahagian Bumi sebelah selatan bayangan itu mengarah ke selatan. Pada waktu petang , bayang-bayang condong ke sebelah timur.

4. RADAS DAN BAHAN Kertas A3,Gunting,Pembaris,Pen/Pensil,Gam,Kompas,Jam dan Polisterin. 5. PROSEDUR 1. Potong polisterin dan kertas A3 menjadi bentuk bulat dengan ukuran diameter 20 cm. 2. Gamkan kertas putih pada permukaan atas bulatan polisterin.Permukaan ini menjadi tapak untuk melihat jam matahari. 3. Potong polisterin berbentuk segitiga bersudut tegak dan hipotenus segitiga itu berukuran 5 cm. 4. Gamkan segitiga bersudut tegak itu keatas tapak binaan jam matahari. 5. Letakkan model jam matahari dibawah cahaya matahari 6. Setkan hujung segitiga bersudut tegak itu kearah utara dengan menggunakan bantuan kompas. 7. Tandakan arah bayang-bayang segitiga bersudut tegak pada permukaan model jam matahari setiap jam. 8. Tuliskan masa pada setiap bayang-bayang yang ditanda. 9. Gunakan model jam matahari ini untuk menentukan masa dan waktu. 10. Ambil gambar bayang-bayang itu setiap jam untuk beberapa jam dalam proses penyiasatan.

6. JADUAL PEMERHATIAN JAM MATAHARI PADA 1 SEPTEMBER 2013 MASA GAMBAR BAYANG PANJANG BAYANG 9.00 pagi 5.8 cm Barat ARAH BAYANG

10.00 pagi 3.8 cm Barat

11.00 pagi 1.8 cm Barat

12.00 tengahari 0.8 cm Barat

1.00 petang 0.5 cm Timur

2.00 petang 1.9 cm Timur

3.00 petang 2.9 cm Timur

4.00 petang 3.2 cm Timur

5.00 petang 4.2 cm Timur

7. PERBINCANGAN Pergerakan Bumi Bumi berpusing secara tetap pada paksinya.Pusingan bumi pada paksinya ini dikenali sebagai putaran bumi pada paksinya.Paksi bumi ini boleh dibayangkan sebagai garisan lurus yang menghubungkan kutub utara dan kutub selatan.Bumi mengambil masa selama 24 jam sehari semalam untuk melengkapkan satu putara pada paksinya.Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur oleh itu matahari akan terbit sebelah timur waktu pagi dan tenggelam sebelah barat pada waktu petang.Selain daripada bumi berputar pada paksinya bumi juga beredar mengelilingi matahari. Cara Bumi Berputar Bumi berputar pada paksinya mengikut arah lawan jam dari barat ketimur.Kecondongan paksi bumi adalah sebanyak 661/2 o dan 231/2o dengan garis tegak.

Kesan Putaran Bumi

Putaran bumi akan menyebabkan berlakunya : a. Kejadian siang dan malam Bahagian bumi yang mengadap matahari akan mengalami waktu siang dan bahagian bumi yang membelakangi matahari akan mengalami waktu malam. b. Kejadian pembiasan angin dan arus di lautan Objek yang melintasi hemisfera utara akan dibias ke kanan, manakala objek yang melintasi hemisfera selatan akan dibias ke kiri. c. Kejadian air pasang dan air surut Air pasang surut di laut adalah akibat daripada tarikan graviti bulan.

Perubahan panjang dan arah bayang-bayang

1. Putaran Bumi menyebabkan panjang dan arah bayang-bayang berubah dari waktu pagi ke waktu petang.

2. Bayang-bayang berubah dari barat ke timur.

3. Pada waktu pagi, bayang-bayang menghala ke barat.

4. Matahari adalah rendah pada waktu awal pagi dan lewat petang.

5. Hal ini menyebabkan bayang-bayang lebih panjang pada waktu awal pagi dan lewat petang.

6. Bayang-bayang adalah pendek pada waktu tengah hari kerana Matahari berada tegak di atas kepala.

7. Panjang dan arah bayang-bayang boleh digunakan untuk menganggarkan waktu tanpa melihat jam.

Perubahan panjang dan arah bayang-bayang sepanjang hari