Anda di halaman 1dari 1

Fazli Bin Hussin No 61, Jalan Tulip 3, Seksyen BS2, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor D.E.

____________________________________________________________________________________ Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Lot G2 Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur ( U/P : Pn Ruzieana Binti Ibrahim) Puan, Rayuan Pelepasan Senarai Hitam Saya seperti nama dan alamat di atas ingin memohon pelepasan daripada senarai hitam peminjam yang gagal membuat pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana: Gaji yang diperoleh perlu digunakan untuk menanggung ahli keluarga yang lain yang masih belajar memandangkan ibu bapa saya sudah tidak bekerja. Saya sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan serta kos sara hidup yang meningkat dari hari ke hari. 2. Dengan ini, saya mengakui kesalahan saya kerana gagal membayar balik hutang kepada pihak PTPTN dan memohon jasa baik pihak puan agar menarik balik penyenaraian senarai hitam yang dikenakan terhadap saya kerana saya perlu ke luar negeri atas urusan kerja. 3. Saya telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM1000.00 pada tarikh 12 Julai 2013 yang lalu dan akan membuat baki pembayaran tertunggak menggunakan keedah pemotongan gaji bulanan setiap bulan bermula bulan Oktober 2013. 4. Puan, di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf dan memohon pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan untuk menimbangkan perkara ini. Harap Maklum, Yang Benar,

14 Julai 2013

________________________________ (FAZLI BIN HUSSIN)

Anda mungkin juga menyukai