Anda di halaman 1dari 1

PERNYATAAN PROFESIONAL

Apa yang diharapkan melalui praktikum ini. Praktikum fasa tiga ini merupakan praktikum yang sememangnya saya tunggutunggu. Ini adalah kerana ini merupakan praktikum saya yang terakhir pada tahun akhir ini. selain daripada itu, pada praktikum fasa tiga ini, saya akan bertukar sekolah ke sekolah yang lain dan di tempat yang berbeza. Ini merupakan satu pengalaman yang sememangnya saya tunggu-tunggu untuk merasai sesuatu suasana yang baharu. Apabila saya menjalani praktikum fasa tiga maka ianya merupakan satu peringatan kepada diri saya sendiri bahawa saya semakin dekat untuk melangkah ke dunia perguruan yang sebenar. Dalam praktikum fasa tiga ini, saya berharap akan dapat mengalami suasana kerja yang baharu. Ini adalah kerana saya akan berprktikum di sekolah yang baharu pada kali ini. Di sekolah baharu ini, saya akan belajar segala imlu mengajar dan mengawal murid dengan guru-guru di sini. Pengalaman yang terdapat pada setiap guru-guru terutamanya guru-guru senior ini adalah amat berharga dan penting untuk saya tahu agar ianya menjadi panduan kepada saya sebagai seorang bakal guru. Dalam praktikum fasa tiga ini juga saya berharap agar saya dapat memantapkan lagi pengajaran saya terutamanya bagi kelas pemulihan. Ini adalah kerana ini merupakan latihan saya yang terakhir sebelum saya menjadi seorang guru yang sebenar. Latihan ini adalah bersifat sebenar kerana saya berhadapan dengan murid yang sebenar di sekolah di dalam kelas. Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberi kesan langsung kepada pelajar seperti saya agar dapat menjadi seorang pendidik yang baik dan berkaliber pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai