Anda di halaman 1dari 8

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

Program Interversi Tambah Opsyen (PITO) 2013 Sejarah PITO 102


Pensyarah: Dr. Shahabudin Hashim Dr. Hazri Jamil

Nama : Khazlina Bt Mohamad No KP : 820331065436

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

1. Apakah kaedah pengajaran yang menarik minat murid untuk mempelajari sejarah? Berikan pendapat anda.

Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah diharap dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa. Sejarah adalah mata pelajaran yang bermatlamat untuk menerapkan kemahiran menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara secara nasional. Selain itu mata pelajaran ini dapat mempertingkat daya pemikiran dan kematangan pelajar berasaskan pengalaman sejarah. Sejarah mendukung konsep penyelidikan, penyiasatan dan kajian sebab-musabab. Justeru pengajaran sejarah secara berkesan oleh guru adalah amat penting dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang memahami perjalanan pelbagai rentetan peristiwa dan seterusnya mengambil iktibar untuk meningkatkan jati diri dan semangat nasionalisme. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalamPerhimpunan Agung UMNO 2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat DaganganDunia Putra bahawa Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalampeperiksaan peringkat SPM pada tahun 2013 dan mata pelajaran teras dalam KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR), telah menjadi sejarah baru dalam perkembangan pendidikan di negara ini. Oleh itu, guru-guru mata pelajaran sejarah perlu memikul tugas yang agak berat untuk memastikan kejayaan pelajar dalam mata pelajaran ini. Perkara yang berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah kaedah pengajaran yang digunapakai oleh guru-guru. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada kualiti pengajaran guru malahan juga dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran ini yang dikatakan membosankan pada persepsi sesetengah pihak. Kaedah pengajaran ialah suatu pendekatan dan teknik untuk menyampaikan pengajaran oleh guru kepada pelajar yang sesuai dan berkesan untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Ia mempunyai pelbagai kaedah yang harus dipilih oleh guru semasa pengajaran untuk membangkitkan perasaan positif murid terhadap pembelajaran. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Terdeapat pelbagai contoh kaedah-kaedah pengajaran yang sering digunakan dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah seperti Kaedah Penceritaan, Kaedah Inkuiri, Kaedah Perbincangan, Kaedah Syarahan, Kaedah Dapatan, Kaedah Sokratik, Kaedah Penerangan, Kaedah Simulasi, Kaedah Kaji Peta, Kaedah Kaji Gambar, Kaedah Kaji Dokumen, Kaedah Tutorial, Kaedah Tunjuk Cara, Kaedah Kaji Buku Teks dan Kaedah Lakonan. Kaedah Bercerita ialah satu kaedah yang boleh menarik perhatian dalam pengajaran dan pembelaran seseorang guru. Penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membina keyakinan pelajar, merangsang pebglibatan cergas dan menarik perhatian serta penumpuan pelajar. Contohnya dalam tajuk tokoh terkenal, tujuan penggunaannya adalah untuk menyuburkan daya imaginasi, menyuburkan kecerdasan fikiran, menggalakkan perkembangan bahasa, mengurangkan masalah disiplin, menghayati nilai murni dan menanamkan semangat kewarganegaraan. Pendekatan Kaedah Bercerita ialah guru sebagai pencerita, pelajar sebagai pencerita, mendengar rakaman cerita, penceritaan dari buku atau penceritaan dari sumber lain. Kebaikan kaedah ini ialah mudah untuk menyampaikan maklumat, ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu ia juga memberi kesan positif terhadap pengembangan program bacaan dan pendidikan, memperkembangkan kemahiran mendengar, kemahiran penaakulan dan pengukuhan daya ingatan serta imaginasi pelajar, memperkembangkan kemahiran lisan dan struktur tatabahasa, mendorong pengajaran dan pembelajaran, memperkembangkan kreativiti,

menghasilkan kemahiran dan pertuturan, perbualan dan perbincangan dan memperkembangkan minat dan bakat. Kaedah Inkuiri pula ialah suatu proses soal selidik untuk mendapatkan kesimpulan daripada masalah yang dikemukakan dalam pengajran dan pembelajaran. Ianya menekankan soal-soal pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pendekatan, kaedah, teknik, prosedur, cara melihat dan menyelesaikan masalah. Ianya juga suatu teknik yang dapat mengembangkan kemahiran belajar di kalangan pelajar. Jenis-jenis Inkuiri ialah Inkuiri Terbimbing di mana guru bertanggungjawab membimbing pelajar dalam proses kajian. Kajian adalah sama dalam bentuk soal selidik, membantuk hipotesis dan merancnag aktiviti penyelidikan dan dapat membuat rumusan. Seterusnya ialah Inkuiri Terbuka. Ianya tiada bimbingan,rumusan adalah hasil dari kajian sendiri dan sesuai di peringkat pengajian tinggi. Langkah-langkah Kaedah Inkuiri ialah menentukan masalah, merangkapenyelesaian, pengumpulan data, menganalisis data dan

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

membuat kesimpulan. Kelebihan kaedah ini ialah ia mendorong sikap belajar secara sendiri, mempertajamkan fikiran di samping mengembangkan kemahiran intelek. Selain itu, ia juga mengatifkan penglibatan pelajar sepenuhnya dalam pengajaran guru dan memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengkaji, menilai dan menyangkal pendapat dan pandangan orang lain mengenai sejarah dengan mengemukakan hujah dan bukti. Kaedah Perbincangan pula merupakan suatu kaedah dan teknik pengajran dan pembelajaran yang melibatkan perbualan antara pelajar dengan guru dalam bilik darjah (Mak Soon Seng - 1993). Melalui kaedah ini pelajar bebas mengeluarkan dan mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk yang diberikan di dalam kelas. Ianya bertujuan untuk melatih pelajar melahirkan buah fikiran yang bernas dalam jangka waktu yang ditetapkan dan melibatkan semua pelajar dalam kelas. Biasanya diketuai oleh guru atau boleh juga dilakukan dalam kumpulan kecil. Jenis-jenis Kaedah Perbincangan ialah seperti perbahasan, seminar, forum, kumpulan belajar dan sesi buzz. Kelebihan Kaedah Perbincangan ialah dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengeluarkan pendapat dan hujah yang bernas dan tersusun, bertutur dengan intonasi dan gaya yang betul, kemahiran mendengar dan memahami sesuatu perbincangan, menggalakkan pelajar bekerjasama dan berkongsi pendapat, mewujudkan sikap suka membaca melalui aktiviti membuat rujukan, memperkembangkan kemahiran belajar, melatih

mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara logik dan matang, melatih pelajar bekerjasama dalam mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah, dapat belajar secara aktif dan mengukuhkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di kalangan pelajar. Kaedah Syarahan ialah suatu kaedah pengajaran yang bersifat tradisional dan guru menyampaikan isi pengajarannya secara autokrasi. Kaedah pengajaran ini berpusat kepada guru dan pelajar bertindak sebagai pendengar sahaja. Syarahan sering kali dikait dengan penerangan. Menurut Thyne (1963), syarahan merupakan seuatu proses yang dapat memberi penerangan kepada orang lain. Kaedah ini kerap kali dinamakan Kaedah Syarahan Penerangan. Menurut George Brown (1978) pula, penerangan merupakan nadi dalam proses pembelajaran. Manakala menurut Abdul Rahim Rashid (1989), untuk menarik perhatian dan memberi kefahaman kepada pelajar, kaedah syarahan, penerangan yang digunakan mestilah dilaksanakan secara sistematik dan penerangan dilakukan dengan rapi. Kaedah Dapatan pula ialah kaedah penyelidikan/heuristic (Greek : eureka sudah dapat diketahui). Ianya menekankan proses belajar dengan menggunakan cara penyelidikan secara

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

persendirian berasaskan pemerhatian, kaji uji dan ujian, melibatkan aktiviti mengenalpasti, memerhati, mengkaji, mengumpul data, menganalisis, membuat pemerhatian dan melakukan rumusan. Contoh Kaedah Dapatan ialah Kaedah Dapatan Berstruktur di mana guru menyediakan suatu siri aktiviti yang berkesinambungan, pelajar diberi panduan dan bimbingan untuk menjalankan penyelidikan dan pelajar membuat kesimpulan hasil dari penyelidikan. Kaedah Sokratik mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 399 SM). Kaedah ini mengutamakan penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. . Ianya bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui dan taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis soalan yang ditanya bermula dari peringkat rendah kepada peringkat tinggi. Kaedah Penerangan adalah biasa digunakan oleh guru-guru bagi menerangkan idea-idea, faktor-faktor dan peristiwa penting. Ianya disertai dengan alat bantu mengajar yang lain seperti papan putih, OHP, LCD dan lain-lain untuk menjelaskan keadaan sesuatu masalah. Jenis Kaedah Penerangan terbahagi kepada tiga iaitu Kaedah Penerangan Interpretatif yang memberi fokus dan penekanan dari segi maksud, pernyataan atau isu-isu, Kaedah Penerangan Deskriptif yang menjelaskan proses-proses struktur atau prosedur-prosedur dan Kaedah Penerangan Sebab Musabab yang melibatkan prinsip-prinsip/generalisasi, motif atau nilai-nilai dan penerangan yang melibatkan sebab musabab. Contohnya ialah Mengapakan Tun Perak begitu terkenal pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka?. Kaedah Simulasi ialah mewujudkan satu situasi untuk menyerupai keadaan sebenar dan ianya melibatkan pelajar-pelajar melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suatu suasana yang terancang. Jenis-jenis Simulasi ialah Lakonan/Drama sama ada berskrip atau tanpa Skrip, Sosio Drama iaitu pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial dan pelakon diberi peranan watak sejarah dan suatu masalah atau isu dalam sejarah. Manakala simulasi jenis perbahasan pula ialah pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu isu sejarah. Syarahan kecil (lecturette) dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-rakan sekelas dan mereka memberi markah. Terdapat juga Kaedah Simulasi Permainan iaitu permainan terancang dan berstruktur seperti board games dan teka silang kata. Kelebihan kaedah ini ialah dapat memperkembangkan kemahiran pendidikan imaginasi, pertimbangan, sintesis dan perhubungan secara lisan, memberi kesan yang kuat kepada daya ingatan pelajar, menjamin perkembangan pengetahuan sejarah kerana ia menitikberatkan aspek

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

afektif, menolong mengatasi masalah pelajar yang berbeza kebolehan dan menimbulkan tahap keinginan yang tinggi untuk belajar. Kaedah Kaji Gambar ialah kaedah P&P yang menggunakan gambar. Melalui kaedah ini pelajar akan lebih memahami sesuatu peristiwa dengan lebih bermakna. Contohnya gambar gambar dalam buku teks , buku-buku sejarah , fotografi , poskad iklan, poster dan kartun. Kaedah Tunjukcara atau Demonstrasi ialah proses pengajaran dan pembelajaran dimana seseorang guru berbuat sesuatu dengan kehadiran pelajar untuk menyaksikannya. Ianya melibatkan aktiviti penerangan dengan guru menunjukkan cara membuat sesuatu. Ia juga melibatkan aktiviti pendengaran, penglihatan dan percubaan pelajar sekaligus dapat memusatkan perhatian pelajar kepada langkah-langkah dan peraturan yang terlibat dalam sesuatu proses pembelajaran. Kelebihan kedah ini ialah pelajar dapat melihat dan mendengar, idea dan prinsip dapat diilustrasikan, mengekalkan perhatian dan ingatan pelajar serta dapat menjayakan demonstrasi dan membentuk kemahiran dan sikap pelajar itu sendiri. Kaedah Lakonan pula ialah satu lagi cara mempertingkatkan kesedaran pelajar tentang sesuatu peristiwa. Ianya memerlukan ketokohan guru dan pelajar. Walaupun persediaan memakan masa yang lama tetapi boleh mengembangkan imaginasi dan daya cipta pelajar. Ianya dapat mengalakkan hubungan sesama mereka selain menghidupkan peristiwa lampau agar pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka sendiri sedang mengalaminya. Imaginasi yang dibuat mestilah sedekat mungkin dengan alam nyata (tidak mematikan kejadian sebenar). Ianya boleh melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran sejarah dan guru membuat rumusan selepas lakonan. Akhir sekali Kaedah Projek Berdasarkan Buku iaitu kaedah penyelidikan/kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk. Ianya dilakukan secara individu/berkumpulan sama ada di dalam atau di luar kelas. Pelajar bebas memilih tajuk dan pendekatan. Pelajar juga bebas memilih cara mempersembahkan hasil penyelidikan dalam pelbagai bentuk seperti Risalah Buku Skrap, Model Kerta Kerja, Ilustrasi ICT dan sebagainya. Tujuannya adalah meluaskan pengetahuan dan memberi pengalaman kepada pelajar menyelidik, menganalisis serta membuat sintesis. Selain itu, ia juga adalah untuk menggalak dan membina pemikiran, daya kreatif serta memupuk semangat berkerjasama di kalangan pelajar selain memberi peluang dan melatih pelajar merancang dan mengelola sesuatu aktiviti pembelajaran secara individu atau berkumpulan.

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang berkesan untuk digunakan pakai oleh guru-guru dalam mata pelajaran Sejarah. Walaubagaimanapun guruguru harus memilih kaedah yang sesuai dengan pelajar masing-masing untuk menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di kelas. Ia bergantung kepada aras intelek pelajar, tajuk pembelajaran serta kemudahan yang ada di sekolah. Bagi saya, kaedah yang sesuai untuk menarik minat murid dalam mata pelajaran Sejarah ialah Kaedah Simulasi kerana ia adalah satu kaedah yang merupakan gambaran abstrak tentang situasi yang sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan maslaah atau isu-isu yang berkaitan. Melalui kaedah ini, murid akan lebih berminat dengan pembelajaran kerana ia memerlukan penglibatan pelajar secara total untuk menjayakannya selain dapat mencungkil bakat pelajar tersebut meallui peranan dan watak masing-masing.

KHAZLINA BT MOHAMAD (820331065436)

Rujukan.

Abdul Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum: Pendekatan Pedagogi dan Wawasan Pendidikan Bestari. Shah Alam: Fajar Bakti.

Ee, Ah Meng (1987). "Pedagogi Untuk Bakal Guru". Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Hazri Jamil (2003). Teknik Mengajar Sejarah. Bentong: PTS Publications & Distributors.

Jasbir Sarjit Singh et al. (1986). Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah - Sekolah Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Kuala Lumpur.

Marsan Osman. (1999). Strategi Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara Penyebatian Penuh Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: UKM.