page=nutrition&subpage=nutritionadvice_a4
Kesesuaian Masa Pertama, pilihlah masa yang sesuai di mana si manja begitu cergas dan bersedia untuk menyerap ilmu. Kebanyakan si manja amat cergas dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, dan selepas 5.00 petang dan malam. Untuk pengetahuan ibu bapa, setiap kanak-kanak berlainan keunikan ritmanya, jadi mereka perlu tahu bilakah anak mereka paling cergas dan aktif. The key principle here is not to try to teach your child something new and challenging when they are tired and drowsy.
Singkat tapi bermanfaat Kedua, jadikan aktiviti pembelajaran singkat tapi bermanfaat. Bagi kanak-kanak 5 tahun ke bawah, jangan melebihi 30 minit setiap sesi dan bagi kanak-kanak 5-6 tahun, jangan melebihi 40 minit. Kunci utama di sini ialah, ibu bapa jangan cuba untuk mengajar perkara baru dan yang mencabar ketika mereka letih dan malas. Ibu bapa juga perlu tahu tempoh sesi pembelajaran bila menyentuh subjek yang susah. Contoh, apabila si manja diperkenalkan dengan penulisan, atau mengenal huruf buat pertama kali, kita perlu tahu bahawa ia melibatkan minda untuk menyerap maklumat baru. Maka, sesi yang pendek dan bermanfaat adalah lebih berkesan berbanding sesi yang panjang yang akhirnya akan membuatkan mereka letih. Sesetengah ibu bapa menyetakan bahawa kanak-kanak perlu dilatih dengan waktu yang panjang untuk mempersiapkan diri dengan sesi pembelajaran di sekolah yang
memakan masa 4-5 jam. Namun kita perlu ingat bahawa sesi pembelajaran di sekolah juga dibahagikan kepada tempoh 40 minit; di mana kanak-kanak tidak belajar perkara yang sama melebihi 40 mint. Walaupun begitu, saya bersetuju kita boleh dan perlu melatih mereka untuk memanjangkan tempoh pembelajaran ini secara berperingkat-peringkat. Kita boleh mula dengan sesi pembelajaran yang pendek (kurang dari 20 minit) untuk si manja 2-3 tahun dan perlahan-lahan memanjangkannya bila umur meningkat.
Menarik minat Ketiga, pastikan apa yang diajar bersifat interaktif. Kunci untuk menarik tumpuan si manja ialah dengan menawan hati mereka dengan perkara-perkara yang mereka minat melakukannya. Jadikan mereka pelajar yang aktif bukannya pasif. Si manja perlu belajar dengan perbuatan (pembelajaran aktif), bukan sekadar mendengar (pembelajaran pasif). Pelajaran yang bagus melibatkan mereka bercakap, mendengar, melukis, membuat sesuatu dan banyak pergerakan. Kebanyakan kedai buku mempunyai banyak aktiviti pembelajaran yang baik untuk digunakan oleh ibu bapa di rumah. Buku-buku ini dibahagikan kepada sesi individu dan setiap sesi mempunyai banyak aktiviti pembelajaran dari menulis sehinggalah mewarna, membaca cerita malah berlakon. Bila pembelajaran melibatkan suatu aktiviti yang menyeronokkan, ibu bapa tidak perlu bimbang lagi tentang tumpuan. Ia akan lahir dengan sendirinya pada diri si manja.
Menghadkan Televisyen Ramai ahli psikilogi kanak-kanak tidak menggalakkan ibu bapa membenarkan kanak-kanak di bawah 3 tahun menonton tv. Pendebatan ini masih belum selesai. Sebahagian ilmuan berpendapat bahawa televisyen membantu mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai ilmu dan bahasa dalam masa yang singkat, dan sebahagian ilmuan pula berpendapat bahawa ia akan menjadikan minda kanak-kanak pasif. Saya berpendapat bahawa ibu bapa perlu menghadkan masa tontonan bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun, supaya jangan melebihi 90 minit sehari. Ini kerana ada ketikanya televisyen mampu memberi pembelajaran pasif yang berguna di mana guru-guru tidak dapat melakukannya.