Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Kerajaan Turki Uthmaniyah (TU) telah diasaskan oleh Uthaman bin Ertughrul bin

Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Iaitu sebuah Kabilah Al-Ghuzz dari

kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan laut Caspian. Beliau merupakan

seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum Monggol ketika memberi

khidmatnya kepada kesultanan Salquq dan berjaya menumpaskan pihak Byzantine

sehingga Sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai Amir dengan nama Bad al-Shah Al

Uthman.1 Hal ini telah menyebabkan empayar tersebut telah dikenali berdasarkan

namaya iaitu Empayar Uthmaniyah.2

Kehebatan Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh pemimpin-

pemimpin lain selepasnya yang mempunyai kekuatan peribadi dan moral yang tinggi

iaitu seperti Sultan Murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad al-

Fatih, Sultan Salim I dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman Sultan

Sulaiman Qanuni (1520-1566). Pemerintahan yang hebat di kalangan pemimpin ini

telah meletakkan empayar TU dalam keadaan yang sangat hebat sehingga mampu

berkembang sehingga Afrika Utara disebelah barat daya dan Parsi di sebelah Timur.

Kesultanan Uthamaniyah mempunyai lebih banyak taklukan di Eropah berbanding

Asia.3 Ini membuktikan bahawa para pemimpin kerajaan TU lebih cenderung dalam

memperluaskan kekuasaan mereka ke Eropah.

1
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan
Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Prospecta Printers, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 5.
2
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, Thinkers
Librarys ,2000, hlm. 123.
3
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991, hlm.56
1
TU mulai mengalami kemerosotan semenjak pemerintahan Sultan Salim II.

Kekuatan TU tidak lagi mampu bertahan sehingga akhirnya tumbang sepertimana yang

terjadi kepada pemerintahan khalifah lain terdahulu. Namun, kejatuhan TU bukan

sekadar kerana kelemahan pemerintahnya tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain

seperti proses Tanzimat, Nasionalisme, Kelonggaran ketenteraan, Pengkhianatan

dalaman dan Ancaman Luaran. Hal ini akan dibahaskan melalui esei ini.

FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN TURKI UTHMANIYAH

1.0 Kelemahan Pemerintah

Pada Awal abad ke-17, kerajaan TU berada dalam keadaan yang tidak stabil

apabila pemerintahannya yang kerap bersilih ganti akibat kematian pemimpinnya. Hal

ini mengakibatkan setiap kali pertukaran Sultan berganti polisi kerajaan juga bertukar

dan kestabilan negara kerap goyah. Lima orang sultan pertamanya pada abad ke -17

meninggal sebelum menjangkau usia 35 tahun . Pada saat ini pemimpin sangat

bergantung kepada para pegawai untuk menguruskan pentadbiran negara. 4

Kurun ini menyaksikan kelemahan ramai pemerintah TU. Terdapat ramai sultan

yang tidak sekuat sultan-sultan terdahulu antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M),

Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640), Ibrahim bin Ahmad (1639-1648 M),

Muhammad IV (1648-1687 M), Suleiman III (1687-1690 M), Ahmad II (1690-1694),

Mustafa II (1694-1703 M), Ahmad III (1703-1730 M), Mahmud I (1730-1754 M), Ahman

III (1754-1787 M), Mustafa III (1757-1773 M), dan Abdul Hamid I (1773-1788 M). 5

4
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 69
5
Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, Pustaka Al-
Kausar, 2003, hlm .403-425.
2
Sultan Utsman ke II misalnya telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Sultan

hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak ditangan golongan elit Turki. Sultan

hanya menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang

pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah

berlaku sebanyak tujuh kali. 6

.Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telah

dinaikkan oleh golongan Freemasonry (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat

memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut. Beliau takut melihat

kematian Sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh. Selain itu

beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak

berwibawa. 7Sultan pada kurun ke-18M juga berperibadi lemah dan terkenal dengan

sikap zalim, ingin berlagak dengan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu. 8

Kelemahan Pemerintah mengawal golongan Harem dan pegawai tempatan juga

menjerumuskan TU ke lembah kejatuhan. Pada kurun ke-16 telah menyaksikan

kemasukan pengaruh perempuan dalam pemerintahan TU. Hal ini berikutan Sultan

Uthamaniyah pada abad ke-16 sangatlah dipengaruhi oleh perempuan kerana mereka

hidup terkurung di Istana Harem.9 Mereka dikurung bagi mengelakkan pergaduhan

antara bakal waris takhta sehingga menyebabkan mereka lemah dan tidak pandai

memerintah kerajaan.10 Maka, kelemahan ini telah dimanfaatkan oleh intitusi Harem.

Golongan Harem berusaha untuk menaikkan zuriat masing-masing untuk menjadi


6
Ibid., hlm. 404.
7
Ibid., hlm 528-529.
8
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm.3.
9
Harem. merujuk kepada ruangan dalam rumah yang menjadi kediaman para wanita, iaitu
yang terdiri daripada kelompok isteri dan gundik kepada tuan rumah. Fadhlullah Jamil,
Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm..4.
10
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm.59.
3
sultan sehingga sanggup membunuh antara satu sama lain dan mengadakan pelbagai

komplot agar cita-cita mereka tercapai. Akibatnya, berlakulah perebutan kuasa

sehingga menyebabkan suasana politik lemah dan kepimpinan menurun dan

pemerintah gagal mengawal situasi ini.

Selain itu, sikap pegawai kerajaan TU juga berpecah-belah. Mereka sangat

mementingkan kedudukan mereka dan sanggup melakukan apa saja untuk

mempertahankan kedudukan. Maka, berlakulah rasuah dan penyelewengan kuasa.

Golongan istana tidak bersatu padu dan birokrat awam atau Kaleimiyyeh yang
11
menjawat jawatan tinggi juga berpecah belah pada abad ke-18. Kelemahan yang

wujud dalam pemerintahan ini dan pegawai yang mula berpecah belah dan mempunyai

matlamat untuk kepentingan diri telah membawa kepada kejatuhan TU. Contohnya

golongan pembesar daerah derebey yang menguasai kawasan-kawasan lembah

kerap kali mencabar kerajaan pusat dan mengistiharkan kemerdekaan sendiri.12 Selain

itu, pembesar-pembesar tempatan yang cuba membebaskan diri daripada TU adalah

seperti Mamalik di Iraq, Alu Al-Azim di Suriah, Al-Syihabiyun di Libanon, Zahir Al-Umar

di Palestin dan sebagainya.13 Situasi ini membuktikan kelemahan pemerintah TU

sehingga pembesar berani berpaling tadah dan melakukan pemberontakan yang makin

melemahkan TU.

2.0 Proses Tanzimat

11
Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan
sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm.166.
12
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan,, hlm.4.
13
Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, hlm. 712.
4
Tanzimat14 bermaksud mengatur, menyusun dan memperbaiki. Dalam sejarah

TU, Tanzimat merupakan satu pergerakan pembaharuan atau reformasi yang dilakukan

TU dalam tahun 1939-1876. Sayangnya pemodenan yang dibuat dalam konteks TU

adalah pembaharuan yang berasaskan pembaratan. Situasi ini semakin membuatkan

TU semakin parah dan terperangkap dengan situasi sehingga hancurnya empayar

yang luas ini. Pemodenan yang dilakukan bermula dengan pengistiharan Hatt-i-Sarif

atau dikenali Piagam Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan

Abdul Majid dan Rasyid Ali dan Fuad Pasha.15 Piagam ini merangkumi pembaharuan

pentadbiran, penyelarasan sistem cukai, sistem kerahan tenaga, persamaan hak

individu dan pendidikan sekular menggantikan pendidikan islam. Proses ini telah

menyebabkan kemasukan fahaman sekular yang membahayakan TU. Piagam Hatt-I-

Humayum lebih menegaskan tentang sekularisme iaitu dengan menggugurkan rujukan

tentang syariat Islam. 16Sebenarya proses ini amat dinanti-nanti oleh dunia barat kerana

reformasi ini menguntungkan mereka dan rakyat kristian yang berada di bawah TU.

Dari sudut ekonomi, pembaharuan ini merangkumi pembinaan infrastruktur

canggih seperti pembinaan Sistem Kereta api Eropah Barat menerusi Anatolia terus ke

Baghdad.1718 TU berhutang sehingga menyebabkan tekanan daripada pihak Eropah

14
Al-Tanzimat ialah perkataan bahasa Arab yang telah memasuki bahasa Turki Uthmaniyah
dalam istilah politiknya. Ia adalah gerakan pembaharuan dan penyusunan mengikut cara
Eropah dan pihak Barat. Maknanya dari sudut sejarah pula ialah gerakan pembaharuan
dalam TU pada kurun ke-13 Hijrah atau ke-19M mengikut institusi-institusi dan undang-
undang eropah. Lihat Eeman Mohamed Abas,Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan Khilafah
Islamiah, hlm.39.
15
Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan
sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.200.
16
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm.126-
127.
17
Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan
sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.303
18
Ibid., hlm.200
5
yang mendesak agar Istanbul menghapuskan sekatan Import. Hal ini menyebabkan

barangan daripada Eropah telah memenuhi pasaran TU dengan harga yang sangat

murah sehingga menghancurkan ekonomi TU sendiri. Contohnya kemasukan

barangan luar secara berterusan, kain-kain yang dibuat di luar negeri , adalah daripada

bahan mentah Syria mengancam dan memusnahkan industri Syria.19

Sultan Abd al-Aziz meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis

pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya

Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank

eropah mengawal kewangan Uthmaniyah. Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II

menaiki takhta , hutang yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah melebihi daripada 200

juta pound Sterling. Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi

memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU dan menghancurkan TU.

Dari sudut sosial, Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah

sekular menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam. Pendidikan sekular ini

tertumpu kepada karya sastera tertentu, arena persuratan berkembang maju dan

terjemahan daripada fiksyen barat.20 Malahan sistem pendidikan telah disusun semula

dan pada 1866, sebuah Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelia

sekolah sekular.21 Maka, sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di TU.

Malahan negara barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan

pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan seperti Amerika menubuhkan

19
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 102.
20
Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan
sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III,, hlm. 302.
21
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 103.
6
Universiti Bosporus (1863) dan Maktab Protestan Syria ( 1866). Manakala Perancis

mengasaskan Imprrimerie Catholique pada 1853 dan the Universitende St. Joseph

pada 1875.22 Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme,

kapitalisme, imperialism terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen

perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah berjaya

menjatuhkan kerajaan Islam TU. Malahan, pengenalan undang-undang barat juga telah

dibawa masuk yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai

selama ini. Pada 1869 Menteri kehakiman TU telah menubuhkan makhamah sekular

yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah Syariah.23 Hal ini merupakan petanda

masyarakat mula lebih memandang dunia dan mengetepikan undang-undang yang

selama ini telah diguna pakai oleh TU dan mendorong kejatuhan TU.

Dari sudut politik dan pentadbiran, kerajaan TU telah memperkenalkan

pentadbiran ala barat yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian tertentu telah

ditubuh seperti kementerian Pelajaran (1857), polis(1870) dan Majlis Tanzimat yang

berperanan menasihati Sultan. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk

golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara.24

Malahan, kuasa-kuasa Gabenor wilayah turut dikurangkan. Situasi ini melemahkan

kesultanan TU.

3.0 Kelonggaran Ketenteraan

22
Ibid., hlm. 104
23
Ibid.
24
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.162.
7
Kekuatan TU ketika zaman keagungannya adalah dari segi ketenteraan dan ini

terbukti dengan siri-siri perluasan kuasa yang dilakukan oleh Sultan-sultan terdahulu.

Namun, disiplin ketenteraan yang mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi

tinggal didalam kem dan bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin

membuat kerja sampingan tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti

tidak bermoral seperti minum arak, rasuah dan sebagainya. Janissari tidak lagi menjadi

pasukan elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadap

tanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan. 25 Selain

itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.26

Malahan pasukan tentera telah diwarnai dengan unsur-unsur rasuah dari

peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan. Kelemahan disiplin dikalangan pegawai

atasan akibat penjualan jawatan dari peringkat atasan. Pada awalnya, pelantikan

adalah berdasarkan kemampuan berubah apabila peningkatan cukai secara tidak

langsung telah menyebabkan wang menjadi segala-galanya untuk pengimbangan

pendapatan.27 Disiplin ketenteraan merosot pada semua jentera pusat dan ini

menggoyahkan kerajaan TU ketika menghadapi pemberontakan dalaman dan serangan

luaran. Perlu saya tegaskan, bahawa TU adalah sebuah kerajaan yang luas dan bagi

menampung keluasan ini sistem ketenteraan yang cekap amat penting. Tetapi, apabila

keaadaan ketenteraan yang tenat, pengawalan kawasannya menjadi lemah dan TU

mulai goyah dan secara perlahan-lahan menuju kejatuhan.

25
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm 65.
26
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.4.
27
Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan
sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, hlm. 150-
151.
8
Akibatnya, pembubaran unit Janissari telah dibuat dan ditentang hebat oleh

golongan Janissari tetapi pembaharuan tetap dibuat oleh Sultan Mahmud II kerana

menyedari kelemahan pasukan Janissari. Pemodenan tentera dibuat pada abad 19

dengan mengupah pakar asing dan menghantar pegawai kanan menjalani latihan di

negara Barat. Sesiapa sahaja yang mempunyai kewarganegaraan boleh memasuki

tentera berbeza dengan sebelum, ini yang hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan

kewajiban membayar cukai gantian yang dikenali ‘askariyyah’ kepada minoriti lain

sebagai ganti perkhidmatan tentera. Sultan Mahmud II misalnya telah membeli senjata

baru dan peralatan senjata kecil yang disembunyikan di Istananya.28 Tetapi langkah

ini tetap tidak mampu menandingi negara Barat.

4.0 Pergerakan Nasionalisme

TU kukuh dalam empayarnya kerana kesatuan yang wujud didalamnya. Namun,

sejak fahaman sekular mulai meresap dalam nadi masyarakat yang berbilang kaum di

bawahnya, perpecahan mula berlaku dan masing-masing bersaing sehingga

menjerumuskan TU ke jurang kejatuhan. nasionalisme yang diimport dari Barat ini

merupakan senjata yang amat ampuh. Malahan, institusi pendidikan sekular dan

perkhidmatan pos serta kemudahan perhubungan lain yang ada membolehkan ideologi

dan pemikiran baru yang diterapkan Eropah termasuk konsep revolusi, nasionalisme

dan imperialism telah menyuburkan semangat kebangsaan bangsa Arab dan sentimen

memerdekakan tanah Arab dari Turki yang berkobar-kobar.29 Gerakan perkauman ini

28
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 91.
29
Hamedi Mohd. Adnan, Krisis Timur Tengah, Penerbit Amal, 1991, hlm. 17
9
merupakan faktor keruntuhan TU kerana ketiadaan sikap bersatu padu ini telah

memulakan fasa penjajahan barat dalam memecahbelahkan TU. Malahan nasionalisme

mengandungi bibit-bibit jahilliyah yang sama dengan semangat abasiyah yang

diharamkan oleh Islam. Nasionalisme inilah yang mengasingkan umat Islam antara satu

sama lain dan menyebabkan mereka terus dikuasai oleh Barat.30

Sentimen anti Turki wujud bermula abad ke-19. Contohnya di Arabia, telah

wujud pergerakan Wahabiyah yang bersifat anti Barat dan menentang dominasi Turki

serta menentang amalan korupsi didalam TU. Golongan ini Berjaya menakluki Mekah

tetapi seketika sahaja sebelum dikalahkan oleh Muhamad Ali Pasha pada 1810 dan

pergerakan ini Berjaya menawan kembali Mekah pada 1924. Selain itu, masyarakat

Maronite di Lubnan juga menjalankan sentiment anti-Turki akibat tidak berpuashati

dianggap masyarakat kelas kedua. Sentimen ini kian memuncak apabila berlakunya

gerakan kemerdekaan Kristian Lubnan pada 1860. Kewujudan sentimen perkauman

antara masyarakat Turki dan Arab ini memuncak pada zaman Sultan Abdul Hamid

apabila beliau telah mengenakan tindakan keras kepada masyarakat Arab dalam

proses melumpuhkan gerakan pemberontakan tetapi sebaliknya tindakan itu ditafsir

sebagai cubaan memenangkan bangsa Turki dan dasar anti-Arab. Sebenarnya,

gerakan kemerdekaan Arab ini telah di taja oleh Kristian Barat untuk menjatuhkan

kesatuan dunia Islam.

Selain itu, Syarif Husain telah memberontak terhadap kerajaan TU pada Jun

1916 melalui komplot yang didalangi British. Syarif Husain sanggup menjual

kehormatan agama kerana terpengaruh dengan janji British. Pemberontakan yang

30
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 56.
10
dilakukannya dikenali sebagai pemberontakan Arab dan Berjaya mengalahkan TU

dengan bantuan pihak British. Kerajaan TU akhirnya runtuh kerana ketamakan Syarif

Husain dan pihak British yang berjaya menguasai kerajaan tersebut.31

Nasionalisme Turki juga berperanan menjatuhkan kerajaan TU sendiri.

Pertubuhan al-IIttihad wa al-Taraqqi telah membangkitkan semangat perkauman

dikalangan masyarakat Turki. Pertubuhan ini menyeru kepada konsep baru seperti

tanah air, perlembagaan, persamaan dan kebebasan. Matlamat persatuan ini ialah

menggulingkan Abdul al-Hamid II dan menggantikannya dengan perlembagaan,

keadilan dan reformasi. Yang memalukan, matlamat persatuan ini digariskan oleh orang

Yahudi dan Freemason yand secara terangannya cuba memecahbelahkan umat

Islam.32 Akhirnya, hal ini menjadi kenyataan apabila terhapusnya khalifah Uthmaniyah

pada 1924.

Nasionalisme Arab dan Turki ini berterusan sehingga meletusnya perang dunia

yang pertama. Kemunculan gerakan-gerakan seperti Turki Muda dan sebagainya telah

menyebabkan berlakunya peperangan yang mengugat TU. Kerajaan ini tidak mampu

bertahan dengan serangan dalaman dengan bantuan pihak Barat yang sentiasa

menanti untuk membahagi-bahagikan wilayah TU. Pada akhirnya, selepas Barat

menjajah negara Islam barulah pemimpin gerakan nasionalisme ini mengaku salah dan

berpendapat kerajaan Islam dibawah TU adalah seribu kali lebih baik dari Barat.

Malahan Nasionalisme yang diperjuangkan gagal merealisasikan slogan mereka iaitu

pembaharuan, kebebasan dan keadilan. Nasionalisme Turki, Nasionalisme Arab seiring

31
Ibid., hlm. 70-71.
32
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah
(Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 306.
11
dengan perancangan Barat dalam membangkitkan permusuhan dalaman TU ini

berjalan lancar sehingga mengheret kerajaan TU ke lurah kehancuran.

5.0 Penyelewengan Islam

Ajaran islam pada saat akhir kerajaan TU, telah dicemari oleh amalan kurafat

dan tahayul yang melampaui batas.Masyarakat TU semakin lali dan mementingkan

keduniaan. Hal ini terbukti apabila ramai menghiaskan diri dengan tangkal, azimat dan

Jampi serapah untuk menghindar diri dari penyakit atau bala bencana. Malahan

berlaku pemujaan kubur seperti memuja kubur wali atau orang yang dianggap

keramat.33

Arak, Candu dan pelacuran semakin berleluasa dan melemahkan umat Islam.

Selain itu, masjid telah lengang dan terdapat juga masyarakat TU yang berpuas hati

dengan membilang tasbih tanpa melakukan tugas-tugas wajib seperti solat lima waktu.

Terpesong dari ajaran Islam bermakna kelunturan nilai-nilai peribadi dan manusia

berpaling ke arah dunia sehingga memporak-perandakan keadaan masyarakat yang

sudah sedia tenat dalam kerajaan TU. Malahan, yang lebih menyedihkan adalah

kemunculan para sufi yang menyimpang dari al-Quran dan al-Sunnah dan

bersekongkol dengan pihak tertentu dalam menjatuhkan umat Islam itu sendiri.34

Situasi ini diakui oleh Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika

merasmikan pembukaan sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal

1294 H mengakui bahawa:

33
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 5-6
34
Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, hlm. 733.
12
“ … sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan
rakyat jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan
perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan kedaulatan
undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami
kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita
mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu kekuatan
tersebut digantikan dengan kelemahan.”35

Hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat TU yang telah meninggalkan syariat

Islam dari pelbagai sudut ekonomi, sosial dan politik dan berpaling kepada konsep

keduniaan melumpuhkan nilai-nilai rohani dan nilai-nilai positif dalam pembentukan jiwa

dan diri seorang khalifah yang baik sehingga mendorong kemunculan pelbagai

kemaksiatan yang akhirnya menjerat kerajaan TU.

6.0 Peranan golongan minoriti

Golongan minoriti dalam TU turut berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU .

Golongan tersebut ialah orang Yahudi dan Armenia. Orang Yahudi merupakan terdiri

daripada golongan kaya yang terlibat dalam perniagaan, perubatan dan jawatan penting

lain. Mereka memainkan peranan penting dari sudut sosial, kebudayaan, politik dan

ekonomi. Kaum Yahudi ini berperanan selama 400 tahun dalam menjatuhkan kerajaan

TU. Sultan Abd Hamid pernah menyatakan bahawa baginda tidak bimbang

pemberontakan dari pihak Rum, Armenia dan Albania kerana mampu

memadamkannya, kecuali orang Yahudi, kerana mereka orang-orang kaya dan sukar

menghadapi mereka.36
35
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah
(Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm.97.
36
Ibid., hlm. 510.
13
Orang Yahudi terutama Yahudi al-Dunamah telah melakukan pelbagai cara

dalam menjatuhkan TU termasuk seruan perkauman, sama ada perkauman Arab,

Turki, Kurdi dan lainnya dan dengan mengajak menyertai pertubuhan sulit terutama

Freemason. Mereka turut menggunakan propaganda dan akhbar-akhbar bagi

meruntuhkan khilafah.37 Orang Yahudi mempunyai misi dalam mendapatkan Palestin

tetapi terhalang oleh pemimpin-pemimpin TU yang tidak mahu menyerahkan bumi suci

itu kepada kaum Yahudi. Kurusu, seorang peguam Yahudi iaitu wakil peribadi kepada

Theodore Herzl, pemimpim utama Zionis bersumpah menggulingkan Abdul Hamid

kerana sebelum itu enggan menyerahkan bumi Palestin kepada pihak Zionis.38 Hal ini

membuktikan pihak Yahudi berperanan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU dan

melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan TU dan sanggup bersekongkol dengan

pihak Barat dalam memastikan kejatuhan kerajaan TU. Seorang penganalisa sejarah

Turki berkata: “Boleh dikatakan dengan tegas dan pasti bahawa revolusi Turki hampir

semuanya adalah hasil konspirasi pihak Yahudi Freemason.39

Selain itu, bangsa Armenia juga berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU.

Walaupun awalnya bangsa ini sangat setia dan berpuas hati dengan pemerintahan TU

tetapi hasutan barat dan pendidikan sekular menjadikan mereka bangsa yang

menentang TU. Mereka merupakan pengikut pelbagai Mazhab seperti Kristian,

Khatolik, dan Protestan. Masyarakat Armenia Mempunyai jawatan dalam jabatan

kerajaan, wilayah dan kedutaan pada zaman Sultan Hamid. Mereka telah bertindak

mengkhianati TU dengan membantu Rusia menentang TU pada 1876 kerana


37
Ibid., hlm. 511.
38
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.163.
39
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah
(Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 436.
14
terpengaruh idea Nasionalisme yang telah diterapkan.40 Malahan mereka menubuhkan

pergerakan bersenjata yang di pelopori pelajar Armenia yang mendapat pendidikan di

Switzerland dan Perancis. Mereka mengeluarkan akhbar-akhbar sendiri seperti al-

Jaridah dan pihak Inggeris dan Yahudi telah memberikan bantuan kewangan kepada

mereka dalam pergerakan menjatuhkan TU.

Semasa pemerintahan Sultan al-Hamid, bangsa Armenia mempunyai 9 akhbar

yang mempunyai hubungan dengan negara Barat.41 Barat menggunakan bangsa ini

sebagai boneka untuk menjatuhkan TU kerana mereka merupakan minoriti beragama

kristian. Malahan pelajar-pelajar Armenia yang belajar ke Barat telah bersekongkol dan

membuat perjanjian dengan para pemimpin Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi ( Satu

persatuan Yahudi) untuk berjuang mengubah perlembagaan, menukar sultan dan lain-

lain. Para pemimpin ini membawa bersama mereka revolusi dan perkauman bagi

menentang TU.42Pengkhianatan dalaman yang dilakukan oleh masyarakat minoriti TU

ini jelas membawa kepada keadaan kucar kacir dan berpecah-belah sehingga

menjatuhkan kerajaan TU.

7.0 Campurtangan Kuasa Asing

Pihak Barat sentiasa menanti peluang untuk menjatuhkan kerajaan TU. Oleh

kerana soal keagamaan ( permusuhan Kristian dan Islam) dan ekonomi (Kedudukan

dunia arab yang berada ditengah merupakan strategik untuk perdagangan), kerajaan

TU seolah-olah menjadi sebuah kerajaan yang perlu dijatuhkan. Britain, Rusia,

40
Ibid., hlm.622.
41
Ibid., hlm.639.
42
Ibid., hlm.640-641.
15
Perancis, Jerman dan Itali sentiasa memanfaatkan setiap situasi dalam negara TU

untuk menjatuhkannya. Contohnya ketika bangsa Armenia enggan membayar cukai di

wilayah Taflis telah menyebabkan kerajaan TU mengambil tindakan. Akhbar-akhbar

eropah membuat serangan kepada kerajaan TU dengan menuduh Sultan Abdul al-

Hamid melakukan pembunuhan besaran terhadap bangsa Armenia.43

Pihak Barat cuba campurtangan dengan propaganda palsu mempertahankan

hak golongan minoriti, menyebarkan ilmu dan perubatan. Padahal dalam masa yang

sama cuba menerapkan idea Nasionalisme dan hasutan serta membiayai pihak-pihak

yang berjuang untuk menjatuhkan TU. Contohnya parti al-IIttihad wa al-Taraqqi

(nasionalis Turki) telah dibantu oleh majlis Freemason (Yahudi antarabangsa), Vienna,
44
Budapest, London, Paris dan Berlin. Hal ini membuktikan bahawa Barat

sememangnya memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU sejak

awal lagi iaitu dengan meniupkan idea Nasionalisme dan seterusnya apabila semangat

nasionalisme berkobar-kobar mereka memberikan bantuan pula untuk menyemarakkan

lagi perjuangan dalam matlamat menggulingkan kerajaan TU

KESIMPULAN

Melalui esei yang telah dibincangkan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa

kejatuhan kerajaan TU bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan pemerintah-

pemerintah akhirnya tetapi juga didorong faktor lain seperti penyelewengan agama

Islam, Nasionalisme kaum, pengkhianatan dalaman dan Ancaman luaran. Kesemua

43
Ibid., hlm. 638.
44
Ibid., hlm. 436.
16
faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain sehingga mempercepatkan proses

kejatuhan empayar Khalifah terakhir ini.

BIBLIOGRAFI

Ali Muhammad Ash- Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah.
Jakarta: Pustaka Al-Kausar,

Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah
Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Kuala Lumpur:
Prospecta Printers.

Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan. Shah Alam: Thinkers Librarys.

Hamedi Mohd. Adnan. 1991. Krisis Timur Tengah. Kuala Lumpur: Penerbit Amal.

Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.). 2004. Kebangkitan Islam:
Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan
Zaman MOden jil II., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohammad Redzuan Othaman. 1991.Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

17