Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM Nama Pelajar : Wong Kiong Hoon Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2011 Tempoh Praktikum : 26 Januari 2014 24 April 2014 Pengkhususan : Pemulihan/ BC/ MT Nama Guru Pembimbing : Pn Goh Gek Lei Nama Pensyarah Pembimbing : Tuan Mohamad Fauzi B. Hamid Catatan Minggu ke: (1).Tarikh : 26 Januari 2014 hingga 29 Januari 2014 Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan Pada minggu pertama di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kee Chee, saya belum bermula sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas, sebaliknya saya terpaksa menukarkan sekolah ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Eik Choon atas sebab kekurangan murid pemulihan. Oleh itu, ketua unit praktikum telah menukarkan sebuah sekolah kepada saya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Eik Choon. Semasa hari pertama saya berada di sekolah baru saya terpaksa melaksanakan Ujian Diagnostik secara tergesa-gesa sebelum Cuti Tahun Baru Cina. Melalui minggu ini, saya tidak dapat melaksanakan tugasan saya dengan sempurna dan terpaksa tertangguh kepada selepas cuti Tahun Baru Cina. Melalui pemerhatian saya semasa menjalankan ujian diagnostik, saya dapat mengetahui murid-murid pemulihan tidak dapat menumpu perhatian terhadap menjalankan ujian diagnostik. Analisis masalah/Isu/peristiwa Berdasarkan pemerhatian semasa menjalankan ujian diagnostik, saya dapat mengetahui punca yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menumpu perhatian

adalah mereka duduk terlalu rapat dengan kawan-kawan mereka. Mereka juga suka menunjukkan sikap yang manja walaupun guru di hadapan kelas. Hal ini demikian kerana mereka sanggup bercakap perkataanyang tidak elok di hadapan muka guru. Selain itu, juga ada sesetengah murid adalah hyperaktif kerana tidak dapat menduduk secara tenang dan sering kali berdiri tanpa sebab dan mengganggu kawan lain. Perkara ini turut menyebabkan murid lain tidak dapat bertumpu perhatian untuk menjawab soalan Ujian Diagnostik.

Cadangan Penyelesaian Bagi mengatasi masalah yang telah disentuh di atas, saya harus mengenal pasti minat murid bermasalah ini dahulu. Hal ini demikian saya terus menjalankan ujian diagnostik kepada murid tanpa mengenali mereka terlebih dahulu disebabkan kekurangan masa. Jadi, sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pemelajaran, saya perlu mengetahui minat mereka terlebih dahulu. Melalui cara ini, mereka dapat lebih menumpu perhatian dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga perlu Selain itu, saya juga perlu tegas terhadap murid yang manja. Ini disebabkan murid yang manja tidak akan melakukan sesuatu dengan sesuka hati. Oleh itu, saya boleh menggunakan teori Skinner iaitu peneguhan negatif. Guru boleh memberikan contoh seperti murid yang tidak melengkapkan ujian diagnostik dan membuat bising di dalam kelas tidak dibenarkan keluar kelas waktu rehat. Selain itu, saya hendaklah menyediakan aktiviti belajar melalui bermain. Belajar melalui bermain perlu diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid berasa seronok untuk belajar dan mereka tidak akan berasa terkongkong dengan kurikulum. Menurut Buku Panduan Guru Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar di dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain

dirancang supaya melalui bermain, murid akan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Tempoh penyelesaian 05/02/2014 hingga 13/02/2014 iaitu selama 7 hari. Tindakan susulan Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan : a. murid diberi peneguhan positif seperti hadiah, token ataupun pujian setelah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi. b. menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. c. Murid yang manja boleh menggunakan cara peneguhan negatif kerana lebih berkesan berbanding dengan penggunaan cara yang lain d. Guru perlu tegas pada keadaan yang tertentu supaya murid Kesimpulan Sebagai seorang guru pemulihan, saya berperanan penting dengan mendidik murid-murid yang berlainan personaliti dan perwatakan. Oleh itu, saya perlu menggunakan cara yang berlainan untuk membantu anak murid saya dan mengubah mereka tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun tingkah laku murid. Oleh itu, perkara yang harus saya melaksanakan pada minggu yang seterusnya adalah mengubah gaya pembelajaran yang positif di dalam kelas supaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pandangan / komen guru pembimbing .................................................................................................................................................. ......................................................................................................................................... ........ .................................................................................................................................................. Tarikh : ............................................. Tandatangan : ............................................. Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing .................................................................................................................................................. .................................................................................................................................................. ................................................................................................................................................... Tarikh : .............................................. Tandatangan : .............................................. Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai