Anda di halaman 1dari 3

(Faktor):1. Pegangan agama yang semakin rapuh dalam kalangan remaja.

Mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana cetek ilmu agama. 2. Pengaruh negatif yang tersebar luas dalam kalangan remaja. Perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang lebih membawa keburukan jika tidak dipantau. 3. Kurangnya kawalan oleh ibu bapa kerana terlalu sibuk dengan urusan mencari nafkah dan kekayaan dunia. Anak dibiarkan bebas tanpa sedikit pun kawalan. 4. Langkah penguatkuasaan yang lemah oleh pihak bertanggungjawab membuka peluang yang lebih kepada remaja yang hidup tanpa pegangan dan hala tuju yang jelas. 5. Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling amat dominan dalam mempengaruhi tingkah laku para remaja. 6. Kurang kesedaran dalam diri remaja menyebabkan mereka mudah bertindak mengikut nafsu dan perasaan. 7. Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tanpa had dan batasan mudah menarik mereka melakukan seks haram. 8. Anggota masyarakat dan jiran yang mengambil sikap seperti enau di dalam belukar menyebabkan kes pembuangan bayi sukar dibanteras. 9. Sistem pendidikan yang terlalu mengutamakan akademik juga menjadi pemangkin meningkatnya kes pembuangan bayi. Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius. Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita pembuangan bayi sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di dalam longkang. Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah. Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan. Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga merupakan antara punca berlakunya kes pembuangan bayi. Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Juga mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira

dosa atau pahalakerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin. Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan pegangan agama yang utuh dalam kalangan anak-anak untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat.
PUNCA-PUNCA KES PEMBUANGAN BAYI Marcapada ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi, sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu tersohor di pentas dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan kejayaan yang telah ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi. Persoalannya, apakah faktor pencetus utama masalah ini kerana ada asap ada apinya? Mengapakah hal ini boleh berlaku? Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku. Biasanya golongan remaja yang merupakan golongan yang terlibat dalam kes pembuangan bayi. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat dalam gejala negatif, antaranya ialah pergaulan bebas. Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka hergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Rakanrakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka. Sehubungan dengan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut

menyebabkan masalah sosial ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang ringan padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuangkan bayinya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku. Masalah ini seharusnya diketengahkan dan diselesaikan dengan menjalankan langkah-langah yang efektif sebelum keadaannya menjadi lebih teruk lalu menggugat masa depan negara. Dalam hal ini, semua pihak haruslah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan masalah ini kerana bak kata peribahasa Melayu, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Langkah pertama: Sistem pendidikan perlu menekankan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah. Kesedaran terhadap pembentukan sifat dan sahsiah diri seperti elemen tolong menolong, nasihat menasihati, prihatin, bertanggungjawab, kepercayaan kepada agama, beretika, dan berintegriti adalah amat perlu. Langkah kedua: Pendidikan kepada ibu bapa tentang gejala ini dan kebertanggungjawaban mereka terhadap gejala ini. Institusi keluarga boleh memainkan peranan membanteras gejala ini yang mana fokus yang lebih besar perlu dititikberatkan dalam peranan keluarga atau ahli keluarga bagi membendungnya di peringkat awal. Langkah ketiga: Memberi penerangan secara meluas tentang salah laku sosial ini bagi menjelaskan kepada golongan sasar iaitu remaja dan belia bahawa setiap keputusan yang diambil akan memberi kesan yang mendalam di dalam kehidupan hari esok. Keputusan yang salah dengan membuang bayi atau membunuh bayi atas dasar menyelesaikan satu masalah akan mengundang masalah yang lebih besar dan serius. Langkah keempat: Menyediakan platform bagi mereka yang tersalah langkah untuk dipandu kembali ke jalan yang benar. Pusat pemulihan sosial perlu diwujudkan segera bagi remaja yang antisosial dan buat masa sekarang boleh difokuskan kepada remaja mengandung bagi membantu mereka dan mengenal pasti punca gejala ini berlaku. Langkah kelima: Menumpukan kepada remaja lelaki yang jika dilihat mungkin menjadi penyebab utama gejala ini berlaku. Golongan remaja lelaki ini mungkin terdiri daripada teman lelaki mangsa atau penjenayah seksual. Pendidikan dan hukuman perlu juga ditimbang daripada aspek ini dan penyelesaian masalah golongan ini akan membantu mengurangkan gejala pembuangan bayi. Langkah terakhir: Memberi penekanan hukuman berat sebagai langkah terakhir setelah semua langkah-langkah ini diambil dan perlu ditekankan pendekatan pembetulan dan pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai