Kata Adjektif1
Kata Adjektif1
KATA ADJEKTIF
Pendahuluan
Kata adjektif yang dikenal sebagai kata sifat ialah perkataan
yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Perhatikan contoh-contoh ayat yang berikut:
Kata Adjektif
1. Adik saya tinggi. 2. Ali sangat pandai. 3. Orang muda itu baik sungguh. 4. Pendapatnya lain sekali. 5. Anaknya masih kecil lagi. 6. Malam ini gelap benar. 7. Reka bentuk rumah itu sangat lain. 8. Hasil-mahsul negara itu amat banyak. 9. Buah pokok durian itu banyak sekali. 10 Suaranya masih sungguh merdu sekali.
Dalam ayat-ayat di atas, perkataan-perkataan yang condong ialah frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat-ayat yang berkenaan. Perkataan-perkataan yang bergaris pula ialah bentuk kata adjektif yang menjadi inti frasa adjektif tersebut.
Kata Adjektif
Hubungan kata adjektif dengan unsur-unsur keterangan dalam contoh-
Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, namun kriteria makna, kita dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut: kata adjektif sifatan atau keadaan kata adjektif warna kata adjektif ukuran kata adjektif bentuk kata adjektif waktu kata adjektif jarak kata adjektif cara kata adjektif perasaan kata adjektif pancaindera
1. 2. 3. 4. 5.
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contohnya: baik lemah jahat kasar cerdik berani pandai takut gopoh sihat Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Budak baik selalu dipuji. Orang itu berniat jahat terhadap projek kita. Anak guru itu amat cerdik. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.
1. 2. 3. 4. 5.
memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya: merah ungu putih kelabu biru hitam hijau kuning perang jingga Contoh pengunaannya dalam ayat: Baju merah itu kepunyaanku. Tubuhnya diselimuti kain putih. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu. Warna perang tidak begitu digemari orang. Warna biru kegemaran ibu.
1. 2. 3. 4. 5.
Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya: panjang rendah pendek tebal kecil nipis besar kerdil tinggi renek Contoh penggunaannya dalam ayat: Jambatan panjang itu baru siap didirikan. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi. Bilik kecil itu mudah diurus. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar. Ketua pasukan itu tinggi orangnya.
1. 2. 3. 4. 5.
Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya: bulat bengkok lonjong lurus bujur buncit bundar kempis leper lekuk Contoh penggunaannya dalam ayat: Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat. Bola ragbi berbentuk lonjong. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi bujur. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu. Gasing leper kesayangannya telah pecah.
1. 2. 3. 4. 5.
Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya: baharu lampau lama lewat segera cepat suntuk lambat silam awal Contoh pengguaannya dalam ayat: Ali ke kedai untuk membeli baju baharu. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki. Kanak-kanak suka makan makanan segera. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.
1.
2. 3. 4.
Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda sebagai penerang kata nama. Contohnya: jauh hampir dekat nyaris Contoh penggunaan dalam ayat: Rumah yang ditujui itu sungguh jauh. Tempat kejadian itu berlaku dekat sekali dengan rumah saya. Rumahnya paling hampir dengan sekolah. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.
1. 2. 3. 4. 5.
Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya: cepat lincah deras gopoh laju jelas lambat sering perlahan selalu Contoh penggunaannya dalam ayat: Tindak balas orang tua itu sungguh cepat. Pengaliran air sungguh itu deras. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan. Orang lambat selalu rugi. Pemain lincah itu berasal dari utara.
1. 2. 3. 4. 5.
Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya: rindu berahi benci ragu segan kasih suka sayang gembira Contoh penggunaannya dalam ayat: Dia amat rindu akan emaknya. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya. Dia segan sungguh dengan pemuda itu. Anak kecil itu sungguh gembira sekali dengan permainan itu.
1. 2. 3. 4. 5.
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Contohnya: (i) Indera rasa: sedap pahit manis masin lazat tawar masam lemak kelat payau Contoh penggunaannya dalam ayat: Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai. Wajah perawan itu manis. Mereka akan menyediakan makanan lazat. Dia berdiri sambil menunjukkan muka masam. Pisang muda kelat rasanya.
Kata adjektif boleh terdiri daripada bentukbentuk yang berikut: I. kata adjektif tunggal II. kata adjektif terbitan III. kata adjektif ganda IV. kata adjektif majmuk
5.
Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia. Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda.
4.
5.
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan bacaan doa. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja.
5.
Kehadiran kata adjektif ganda dalam ayat adalah seperti yang berikut: Rumah di bandar itu besar-besar. Buah pokok durian itu kecil-kecil. Tinggi-tinggi bangunan di bandar itu. Pokok di kebun bunga itu rendah-rendah. Tali pengikatnya panjang-panjang.
1. 2. 3. 4. 5.
Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat menerima apitan ke--an bagi menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang menerima apitan ke--an ialah kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya: kuning = kekuning-kuningan merah = kemerah-merahan malu = kemalu-maluan hijau = kehijau-hijauan gila = kegila-gilaan bodoh = kebodoh-bodohan Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Warna payungnya kekuning-kuningan. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.
2.
3.
4.
5.
Kehadirannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Upacara sambutan hari kemerdekaan kali ini diadakan secara besar-besaran. Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian tunangnya. Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh ibunya. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga. Bayi itu dalam keadaan takut-takutan semenjak disergah oleh abangnya.
Kata adjektif gandaan berentak dihasilkan dengan menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar dengan makna penekanan maksud pada kata dasar.Contohnya: kacau-bilau gilang-gemilang kontang-kanting lekak-lekuk titik-bengik porak-peranda kusut-masai kucar-kacir simpang-siur hiruk-pikuk
4.
5.
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab. Pesta pada malam itu gilang-gemilang. Usahlah bertegang leher tentang perkara yang titik-bengik itu. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam yang gelap-gelita. Dia dijumpai dalam keadaan kusut-masai setelah sesat di hutan itu.
Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya: merah jambu kuning langsat hijau daun muda remaja biru laut
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut. Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi peraduan fesyen kebaya. Fesyen terbaharu itu menjadi ikutan kaum muda remaja.
Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut: panjang tangan besar kepala ringan tulang terang hati rabun ayam
1.
2. 3. 4. 5.
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan. 184.Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala. 185.Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang. 186..Aminah sering diajar sesuatu perkara kerana dia terang hati. 187.Penglihatannya kurang baik pada waktu senja kerana beliau rabun ayam.
imbas seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya.Contohnya: riang gembira riang dan gembira tua muda tua dan muda miskin kaya miskin dan kaya cantik manis cantik dan manis panas terik panas yang terik Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu.
Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu:
I. darjah biasa II. darjah bandingan III. darjah penghabisan
ganti dengan perkataan sama, iaitu: sebesar boleh menjadi sama besar dengan setinggi boleh menjadi sama tinggi dengan sepandai boleh menjadi sama pandai dengan secantik boleh menjadi sama cantik dengan sesedap boleh menjadi sama sedap dengan
oleh sekali lagi sebab binaan ter-, paling, dan sekali masingmasing sudah membawa maksud darjah penghabisan misalnya: terbesar sekali terpandai sekali paling tinggi sekali paling baik sekali paling besar sekali
TATABAHASA DEWAN KATA ADJEKTIF - berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan dengan cirinya boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contoh : 1. Adik saya tinggi. 2. Orang muda itu baik sungguh. 3. Suaranya masih sungguh merdu sekali
TATABAHASA DEWAN
Jenis Kata Adjektif - kata adjektif digolongkan berdasarkan kriteria makna iaitu: i. kata adjektif sifatan atau keadaan ii. kata adjektif warna iii. kata adjektif ukuran iv. kata adjektif bentuk v. kata adjektif waktu vi. kata adjektif jarak vii. kata adjektif cara viii. kata adjektif perasaan ix. kata adjektif pancaindera
TATABAHASA DEWAN
Bentuk kata adjektif - kata adjektif terdiri daripada bentukbentuk berikut: a. kata adjektif tunggal - terhasil daripada bentuk kata dasar iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan atau proses penggandaan - kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama dan menerima sama ada kata bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur tersebut. Contoh;
TATABAHASA DEWAN
1. Warna kuning digemari oleh kakaknya. 2. Pada malam ini bulan sungguh terang. 3. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat. b. kata adjektif terbitan - boleh terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan seperti awalan, apitan dan sisipan yang digandingkan pada kata
TATABAHASA DEWAN
dasar itu. Contoh; termasyhur kebaratan gemuruh seindah kemelayuan gemilang c. kata adjektif ganda - kata adjektif ganda diterbitkan melalui tiga cara iaitu; i. penggandaan penuh ii. penggandaan separa iii. penggandaan berentak