Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu Kelima Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal 1.

Masalah / Peristiwa Pada minggu ini, saya menghadapi masalah dalam kemahiran menerang sewaktu sesi interaksi PdP bersama murid. Penerangan merupakan satu proses memberi kefahaman, maklumat, konsep atau isi pelajaran kepada murid sewaktu interaksi pengajaran dan pembelajaran. : : : : 5 Kelima 24 28 Februari 2014 Masalah Kemahiran Menerang

2. Analisis Pada pendapat saya, masalah ini berpunca kerana saya sering melakukan penerangan terhadap sesuatu isi pengajaran itu secara tidak teratur atau mengikut urutan yang sebenarnya. Saya kadang kala tidak mematuhi peraturan tersebut dan sering tertinggal beberapa langkah penerangan yang telah dirancang dan perkara ini mampu mengundang masalah kepada murid untuk memahami isi pengajaran guru.

3. Cadangan Susulan a) Saya patut mengkaji masalah kemahiran menerang yang tepat yang dihadapi saya mungkin kerana ketidakcekapan dari aspek penerangan isi pengajaran kepada murid dan saya akan membaca buku-buku yang berkaitan dengan kemahiran

menerang yang berkesan agar saya mampu menerangkan konsep-konsep pelajaran menjadi lebih jelas dan tepat kepada murid-murid. b) Saya akan mengikut prinsip-prinsip panduan dalam kemahiran menerang dengan mengikut urutan agar pengajaran guru dirancang dengan teliti bagi memastikan penerangan isi pengajaran oleh guru adalah jelas, menarik dan bermakna.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Penerangan adalah satu kemahiran atau proses memberi huraian serta kefahaman kepada orang lain. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu pengajaran guru sewaktu interaksi PdP bersama murid di dalam kelas menjadi sia-sia.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ................................................ Nama Tarikh : ............................................... : ................................................

Tandatangan : ................................................ Nama Tarikh : ............................................... : ................................................