Anda di halaman 1dari 18

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat

tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.

Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.

Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu Apabila digetarkan, gegaran tiub menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap. Pada kebiasaannya permainan muzik angklung dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti kuda kepang

Angklung merupakan alat muzik yang berasal daripada Jawa Barat. Angklung sememangnya alat muzik yang diperbuat daripada buluh. Kemunculan angklung dikaitkan dengan ritual padi. Angklung diciptakan dan dimainkan untuk memikat Dewi Sri turun ke Bumi agar tanaman padi rakyat tumbuh dengan subur.

Kata Angklung diambil dari cara alat musik tersebut dimainkan. Kata Angklung berasal dari Bahasa Sunda angkleung-angkleungan iaitu gerakan pemain Angklung dan suara klung yang dihasilkannya. Angklung berasal dari kata angka yang berarti nada dan lung yang berarti pecah. Jadi Angklung merujuk nada yang pecah atau nada yang tidak lengkap.

Sungguhpun angklung adalah kesenian suku Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Ia turut popular di negara jiran. Angklung diperkenalkan ke Thailand pada awal abad ke-20, dan ke Malaysia setelah tamat konfrontasi. Bagaimanapun, kini angklung dimainkan secara meluas di Malaysia serta Filiphina sebagai sebahagian dari orkestra zilofon buluh.

Kini terdapat angklung moden yang dihasilkan dalam bentuk ensemble yang membolehkan angklung dimainkan oleh seorang pemain sahaja.

Terima kasih atas perhatian anda.