SEMESTER 6 / 2012
NO. MATRIKULASI
771219065788001
771219-06-5788
E-MEL
shanieli77@oum.edu.my
NAMA
SANIAH BT KHALID
NAMA PENSYARAH
PUSAT PEMBELAJARAN :
HBAE 1403
1.0 PENGENALAN
Menggambar boleh menjadi asas perkembangan individu. Jika diajar dengan
baik maka akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan
ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak dapat meluahkan ekspresi mereka apabila
mereka menyentuh, merasa dan meneroka sebarang alat dan media yang digunakan
dalam aktiviti menggambar. Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang
kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub
tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar
melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar.
Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis
aktiviti menggambar. Kamus Dewan edisi keempat mendefinisikan menggambar
sebagai melukis (membuat) gambar. Bagi Haslinda Madon (2011) pula, menggambar
adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata. Beliau juga mendefinisikan menggambar kepada beberapa sudut
iaitu:
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata
Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna
di atas permukaan rata
Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental
seseorang
Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang
sesuatu objek
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan
2
HBAE 1403
terhadap sesuatu imej atau objek.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri
seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta
mengenali
pelbagai
alat
bahan
dan
kegunaannya.
Kegiatan
menggambar
membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan
teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui
pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.
Selain dari itu bidang menggambar juga dapat memperkembangkan persepsi
visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan
dan kesannya. Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan pemerhatian mereka dan
pengalaman mereka dalam aktiviti hasil kerja seni. Aspek apresiasi hasil kerja perlu
diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
1.1 FUNGSI AKTIVITI MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN
PSIKOMOTOR, KOGNITIF, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan,
catan, resis, montaj, kolaj, gosokan, percikan, mozek, cetakan, stensilan, capan, dan
gurisan. Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh
digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja mengikut cara ekpresinya yang
tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor, emosi
dan sosial yang amat penting untuk membantu keperluan psikologi dan fisiologi
kanak.kanak.
1.1.1 Perkembangan psikomotor
Aktiviti menggambar akan melibatkan interaksi yang kritis dan kreatif
antara kanak-kanak dengan bahan dan media. Semasa proses penghasilan kayra,
penggunaan bahan dan media serta alat mestilah bersesuaian dengan aktiviti yang
hendak dilakukan. Oleh itu secara tidak langsung kanak-kanak ini telah menerima
3
HBAE 1403
kemahiran menggunakan pelbagai media yang merangsang psikomotor mereka.
Amalan tertib semasa bekerja akan memastikan mereka sentiasa selamat ketika
menjalankan aktiviti.
1.1.2 Perkembangan kognitif
Semasa
aktiviti
menggambar
juga,
kanak-kanak
dapat
mengalami
pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang
digambarkan.
Ini
membantunya
dalam
memahami
sesuatu
idea
dan
menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan
dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda
konkrit. Ini membantu perkembangan kognitif mereka. Selain itu aktiviti
menggambar juga berupaya meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak, selain
mampu mengimbangi emosi mereka. Lagipun menggambar merupakan satu medium
komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka boleh bertutur terutamanya aktiviti
melukis. Aktiviti sebegini juga mampu memberikan kepuasan kepada seorang kanakkanak kerana umumnya kanak-kanak belajar sambil bermain. Sebagai seorang
pendidik, memahami keinginan, terutamanya kanak-kanak, memberi ruang kepada
kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara
yang lebih berkesan.
1.1.3 Perkembangan emosi
Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia.
Menurut Mohd Johari Ab. Hamid (2006), emosi sering merujuk kepada perasaan
atau reaksi afektif yang berpunca daripada empat komponen asas iaitu fisiologi,
kognitif, tingkah laku dan pengalaman. Oleh itu.,aktiviti
menggambar dapat
menterjemahkan minat, sikap, aspresiasi nilat dan set emosi melalui penggunaan
pelbagai rupa dan bentuk, pemilihan warna, penggunaan bahan dan media. Aktiviti
ini melahirkan kanak-kanak yang berupaya bertindak balas terhadap sesuatu perkara
dengan lebih realistik berlandaskan kepada persepsi dan interpretasi.
4
HBAE 1403
1.1.4 Perkembangan sosial
Peranan guru amat kuat untuk membentuk sosial dan sahsiah kanak-kanak.
Oleh itu guru memainkan peranan yang sangat penting membantu kanak-kanak
untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran menyesuaikan
diri dengan rakan-rakan dan masyarakat. Kebiasaannya, dalam aktiviti menggambar,
akan berlakunya interaksi antara kanak-kanak. Ketika inilah perkembangan
sosialisasi kanak-kanak dapat diasuh. Mereka juga akan diterapkan nilai
menghormati karya orang lain dalam aktiviti aspresiasi misalnya, jadi secara tidak
langsung melatih kanak-kanak ini menunjukkan ekspresi yang baik sesama rakan dan
orang lain.
1.2 KEINGINAN DAN KEPERLUAN ASAS KANAK-KANAK
Definisi menggambar yang telah diutarakan tadi menekankan satu
penghasilan karya yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak menggunakan kreativiti
mereka. Oleh itu seharusnya mereka di beri motivasi yang sewajarnya supaya dapat
memenuhi keperluan dan keinginan asas mereka yang merangkumi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Menurut Abdul Shukor Hashim et.al (2011),antara
keinginan asas kanak-kanak ialah:
Menurut Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail (2009), kanak-kanak juga
memerlukan :
HBAE 1403
Guru yang bijak dapat memenuhi keperluan dan keinginan asas kanak-kanak
ini. Untuk itu untuk mencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkahlangkah berikut :
a. Pastikan keperluan asas pelajar dipenuhi seperti keperluan fisiologi
Maslow
b. Jadikan suasana bilik darjah yang konduksif
c. Bersifat penyayang untuk memperolehi keperluan kasih saying
d. Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta member
motivasi dan peneguhan yang sesuai.
e. Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar.
f. Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami
diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.
2.0 BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR
2.1 Teknik Catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster,
cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain
boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan.
HBAE 1403
HBAE 1403
dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau
papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau
jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.
HBAE 1403
HBAE 1403
10
HBAE 1403
HBAE 1403
Rajah 10 Resis
Sumber : http://panitia-psvskpk.blogspot.com/2010/08/definasi-teknik-dalampsv.html
2.5 Teknik Gosokan
Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada
permukaan yang berjalinan. Ia juga satu proses penerokaan murid mula
menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Teknik
gosokan boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak
di atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang
berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda
boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat
gambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa
12
HBAE 1403
bentuk yang dihasilkan. Tujuannya untuk menghasilkan atau merakamkan
pelbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Biasanya permukaan yang mempunyai
jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding
permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.
Rajah 11 Gosokan
Sumber : http://bloginspirasidiariseni.blogspot.com/s
2.6 Teknik Stensilan
Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang
dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya
meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila
bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas,
bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas
stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu
Rajah 12 Teknik Stensilan
dihasilkan.
Sumber : http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/03/stensilan.html
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila
bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui
ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Rajah 12
menunjukkan teknik stensilan yang sering digunakan. Garis luar pada lubang itu
13
HBAE 1403
memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. dengan
menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema
tertentu.
HBAE 1403
Sumber : http://itsascarecrowlife.blogspot.com/2011/07/anchored-sk-seberang-takir.html
2.8 Teknik Gurisan
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan
sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secure
berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang
keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk menguris
pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras
dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang
dihasilkan.
HBAE 1403
HBAE 1403
disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan
dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contoh bahan semulajadi yang
boleh digunakan untuk membuat capan ialah:
17
HBAE 1403
HBAE 1403
Sumber : http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2010/07/asas-lukisan-2.html
HBAE 1403
HBAE 1403
karya. Jika pada abad ke 17 dan ke 18, pensil dan arang merupakan media yang
amat dominan dan digemari pelukis-pelukis agung, manakala dewasa ini pen,
berus, dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis. Media
untuk menggambar terdiri daripada dua jenis media iaitu media kering dan media
basah.
1. Media kering terdiri daripada pensil, pen, pensel warna, krayon, arang
lilin, comte
2. Media basah pula terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak, cat
akrilik, cet emulsi dan cat gloss
Jadual 1 menyenaraikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat dalam
kegiatan menggambar.
Jadual 1 : Senarai Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat
Bil
Jenis
Teknik
Bahan
Alat
Lukisan
Catan
Kolaj
Montaj
Cetakan
Resis
Gosokan
arang, berus
Berus, pisau palet, easel,
kadbod, papan
Gunting, pisau, mangkuk
bahan-bahan tampalan
Kertas, gambar, majalah, surat
khabar, gam
Dakwat cetak, gam, turpentine,
papan
Kertas, lilin, minyak, air,
Berus, scrapper
warna air
Warna, kertas, pensel warna,
Kain, papan
HBAE 1403
9
10
Percikan
Gurisan
11
Capan
dye
Warna air, kertas
Kayu, kertas, lilin, dakwat
Warna, dakwat, kertas, bahan-
HBAE 1403
mereka. Kajian dan pengamatan kebanyakan dilakukan melalui lukisan. Lukisan yang
dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai hubung kait yang rapat dengan proses
perkembangan tumbesaran dan artistik mereka.
Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR,
bidang menggambar yang diajar di sekolah rendah mempunyai hasil pembelajaran
secara berperingkat. Hasil pembelajaranan adalah berbeza mengikut tahap umur iaitu
dari tahun satu hingga tahun enam. Di antara objektif yang harus dikuasai oleh pelajar
yang berkaitan dengan bidang kemahiran ini ialah:
Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan benda, alat dan bahan dengan
meneroka dan mencuba secara spontan.
iaitu dengan cara membuat pemerhatian. Seterusnya, pada tahun dua murid sudah
berada diperingkat menggambar. Pada peringkat ini, murid-murid dapat mengetahui
dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik dalam asas menggambar. Murid telah mula
menghasilkan gambar dengan memanipulasikan bahan yang berasaskan air, minyak
dan bahan kering. Manakala semasa murid berada di tahun tiga, apa yang diharapkan
ialah murid sudah boleh meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan
membuat gambar. Pada tahun empat pula, murid sepatutnya mampu menggunakan
asas senireka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam menggambar
berdasarkan tema imaginasi murid. Aktiviti menggambar pada tahun ke lima adalah
23
HBAE 1403
diharapkan berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan
berbantukan komputer. Elemen asas senireka boleh diaplikasikan oleh murid di
samping, dapat menggunakan bahasa seni visual yang lebih tepat. Akhirnya pada
tahun akhir iaitu tahun ke enam, proses menggambar adalah berdasarkan tema,
pengalaman, imaginasi, dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
Mereka dapat menggambar dengan memberi penekanan kepada konsep perspektif dan
kadar banding.
Berdasarkan maklumat yang didapati ini, menunjukkan proses pengajaran
pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang tersendiri dalam melahirkan
kanak-kanak yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial seperti
yang diinginkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Antara aktiviti yang dijalankan
dalam bidang menggambar ini ialah karya, catan, resis, montaj, kolaj, gosokan,
percikan, mozek, cetakan, stensilan, capan, dan gurisan. Dalam aktiviti menggambar,
kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan
gambar mengikut cara ekpresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan
kanak-kanak dari aspek psikomotor, emosi dan sosial yang amat penting untuk
membantu keperluan psikologi dan fisiologi kanak.kanak.
24
HBAE 1403
Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada
pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam
lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya
tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan.
HBAE 1403
3. Contengan rupa terkawal
4. Contengan rupa
Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak
mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang.
Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih
menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama.
Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak
yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka.
HBAE 1403
keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan
alatan melukis seperti pen dan pensil.
HBAE 1403
kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.
28
HBAE 1403
HBAE 1403
Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.
Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada
objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan
lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul,
mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan
bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak
realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif
bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu
objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.
HBAE 1403
31
HBAE 1403
Jika ditinjau semula peringkat pembelajaran murid bermula dari tahun satu
hingga tahun enam, sudah tentu kegiatan menggambar dianggap sangat penting dalam
pembelajaran Pendidikan Seni Visual mereka samada di sekolah atau di rumah. Dari
aktiviti menggambar bermulanya proses murid berkomunikasi dengan diri sendiri, rakanrakan, guru, ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung
murid dapat meluahkan perasaan yang berkaitan dengan pengalaman dan apa yang dilihat
oleh mereka ke dalam bentuk visual. Apabila luahan perasaan dilakukan secara tidak
langsung, maka murid boleh menilai dan menghargai sesuatu dalam kehidupan mereka.
Aktiviti menggambar dalam pendidikan Seni Visual sebenarnya mempunyai hubungan
secara langsung dengan kreativiti. Kreativiti pula mempunyai hubungan yang sangat
rapat dengan idea, perasaan, pemikiran pengalaman dan keinginan seseorang dalam
penerokaannya dengan bahan, media, teknik dalam persembahan melalui penerokaan dan
memanipulasikan idea dalam penghasilan sesuatu yang baru. Berdasarkan teori yang
dikemukakan di atas, jelas sekali seseorang guru perlulah memainkan peranan mereka
dengan cara yang berkesan supaya pembelajaran secara kreatif berlaku dalam pendidikan
seni.
Menggambar juga merupakan satu aktiviti sosial yang dapat memindahkan
kelemahan manusia kepada sesuatu yang boleh dihormati masyarakat kerana sesuatu
karya baik boleh mewujudkan rasa bangga kepada seseorang. Aspek sensasi dan persepsi
adalah sesuatu yang menggabungjalinkan dimensi psikologi dalam teori perkembangan
artistik kanak-kanak dalam bidang seni. Setiap aktiviti menggambar yang dijalankan
adalah ekspresi diri yang berhubung kait dengan implikasi moral yang mampu memenuhi
keperluan asas, psikologi dan fisiologi kanak-kanak yang lebih luas. Dimensi psikologi
dan fisiologi ini membentuk potensi diri setiap kanak-kanak sama ada dalam
menghasilkan karya mahupun pembinaan sahsiah kendiri mereka. Oleh sebab itu, aktiviti
menggambar ini dapat membantu perkembangan kognitif, fizikal,kreativiti, persepsi,
emosi dan sosial , mereka. Ini kerana, kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat
yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
Hasil kerja menggambar berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi
32
HBAE 1403
pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia
membesar.
Selaras dengan matlamat itu, Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual telah
dirancang dengan sewajarnya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Matlamat
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan
insane yang harmonis, kritis, kreatif dan proaktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu pelajar meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang kea rah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Shukor Hashim,Prof,Dr,Haji, et.al. (2011). HBAE 1230 Perkembangan seni
kanak-kanak. Open University Malaysia : Kuala Lumpur
Anismi. (2010). Teknik menggambar. http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknikmenggambar.html. [dalam talian]: 10 Oktober 2012
33
HBAE 1403
Cikgu Ani.(2010). Perkembangan kreativiti dan pembelajaran kanak-kanak.
http://cikguani.blogspot.com/2010/06/teori-jean-piaget.html.[dalam talian]: 10
Oktober 2012
Cikgu Seni Visual. (2010). Kepentingan pendidikan seni visual.
http://senivisual2.blogspot.com/2010/01/kepentingan-pendidikan-senivisual.html. [dalam talian]: 10 Oktober 2012
Haslinda Madon. (2011). HBAE 1403 Menggambar. Open University Malaysia : Kuala
Lumpur
Khairulsani Ismail. (2008). Perkembangan seni kanak-kanak.
http://tadikaperpaduans24.blogspot.com/2008/08/kepentingan-seni-visualdalam.html. [dalam talian]: 10 Oktober 2012
Mohd Johari Ab. Hamid. (2006). Metodologi pendidikan seni visual. Penerbit Universiti
pendidikan Dultan Idris: tanjung Malim
Mohd Nasir Ibrahim dan Iberahim Hassam, prof. Madya. (2003) Pendidikan seni untuk
maktab dan universiti. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd: Bentong
Mohd Sawari.(2009). Pengenalan bidang menggambar.
http://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.html. [dalam talian]: 10
Oktober 2012
Mya Afif. (2009). Menggambar.
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009_12_01_archive.html . [dalam talian]:
10 Oktober 2012
Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun
1. Kementerian Pelajaran Malaysia : Kuala Lumpur
Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun
2. Kementerian Pelajaran Malaysia : Kuala Lumpur
34
HBAE 1403
Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun
3. Kementerian Pelajaran Malaysia: Kuala Lumpur
Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun
4. Kementerian Pelajaran Malaysia : Kuala Lumpur
Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun
5. Kementerian Pelajaran Malaysia : Kuala Lumpur
Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun
6. Kementerian Pelajaran Malaysia : Kuala Lumpur
Rousliludin Ambia, et.al. (2011). HBAE 1103 Pengenalan pendidikan seni visual. Open
University Malaysia : Kuala Lumpur
Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail. (2010). HBEF 1203 Seni dalam pendidikan.
Open University Malaysia : Kuala Lumpur
35