Anda di halaman 1dari 7

36 Nilai-nilai Murni Bidang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri 1.

Kepercayaan Kepada Tuhan Definisi : Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhaNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2.Amanah Definisi : Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. 3.Harga Diri Definisi : Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. 4.Bertanggungjawab Definisi : Kesanggupan diri seorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 5.Hemah Tinggi Definisi : Beradap Sopan dan berbudi perkerti mulia dalam pergualan seharian. 6.Toleransi Definisi : Kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

7.Berdikari Definisi : Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. 8.Kerajinan Definisi : Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan , kegigihan ,dedikasi dan budaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. 9.Kasih Sayang. Definisi : Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 10.Keadilan Definisi : Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.. 11.Rasional Definisi : Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. 12.Kesederhanaan Definisi : Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,petuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Bidang Berkaitan Dengan Kekeluargaan

13.Kasih Sayang Terhadap Keluarga Definisi : Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. 14.Hormat dan Taat kepada anggota Keluarga Definisi : Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi lanyanan secara sopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. 15.Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan Definisi : Menerima,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turuntemurun dalam keluarga. 16.Tanggungjawab terhadap Keluarga Definisi : Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Bidang Berkaitan Dengan Alam Sekitar 17.Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar Definisi : Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. 18.Keharmonian antara manusia dan alam sekitar Definisi : Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

19.kemapanan Alam Sekitar Definisi : Pengekalan Keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama kesejahteraan hidup. 20.Peka terhadap isu-isu Alam sekitar Definisi : Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Bidang Berkaitan Dengan Patiotisme 21.Cinta Akan Negara Definisi : Perasaan yang sayang dan bangga kepada negara serta meletakkab kepentingan negara melebihi kepentingan diri. 22.Taat Dan Setia Kepada Raja Dan Negara Definisi : Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara. 23.Sanggup berkorban Untuk Negara Definisi : Kerelaan melakukan sesuatu tau menyerahkan sesuatu ternasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara. Bidang Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia 24.Melindungi Hak Kanak-Kanak Definisi : Membela,memberi naugan dan memelihara hak kanakkanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. 25.Menghormati Hak Wanita Definisi : Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu

yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakatdan negara. 26.Melindungi Hak Pekerja Definisi : Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan dan jasa dalam sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara. 27.Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya Definisi : Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. 28.Melindungi Hak Pengguna Definisi : Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu,mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah diskploitasi. Bidang Berkaitan Dengan Demokrasi 29.Mematuhi Peraturan Dan Undang-Undang Definisi : Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. 30.Kebebasan Bersuara Definisi : Kebebesan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

31.Kebebasan Beragama Definisi : Kebebasan Setiap Individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang dipertentukan dalam Perlembagaan Malaysia. 32.Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara Definisi : Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malysia, 33.Sikap Keterbukaan Definisi : Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembahuruan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malysia. Bidang Berkaitan Dengan Keamanan Dan Keharmonian 34.Hidup Bersama Secara Aman Definisi : Hidup berbaik-baik antara sama satu lain dengan mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. 35.Saling Membatu Dan Berkerjasama Definisi : Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti atau negara untuk mencaai sesuatu matlamat. 36.Saling Menghormati Antara Negara

Definisi : Menghormati dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.