Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI INDIVIDU

Oleh : NUR FATIN LIYANA BINTI OMAR

1. PENGENALAN

Semester 2 Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) dikehendaki untuk


mengelolakan pertandingan mengikut sukan dan permainan yang dipilih dalam subjek
Gerak kerja Kokurikulum(GERKO) bagi memenuhi keperluan kursus bagi subjek
WAJ3109. Pada saya, peluang untuk mengelolakan sesuatu pertandingan dan aktiviti
seperti ini telah menambah pengalaman untuk merasai menguruskan sesuatu program
di luar bilik darjah. Saya merupakan salah seorang jawatankuasa yang mengelolakan
pertandingan Bola Baling Peringkat Ipg Kampus Darulaman.
Pengelolaan kali ini telah menjadi perintis kepada para guru pelatih bagi
menonjolkan segala kemahiran yang telah dipelajari dalam mengaplikasikan setiap
kemahiran atau pergerakan dan ilmu kejurulatihan yang ada dalam pengelolaan
pertandingan ini. Selama ini saya hanya belajar secara teori sahaja, namun kali ini
ianya betul mencabar keupayaan saya menjadi pengelola dalam masa yang sama
menjadi pengadil dalam pertandingan bola baling. Bukan itu sahaja, malahan juga
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam konteks hubungan yang lebih
luas dengan masyarakat iaitu para guru pelatih yang lain bagi mewujudkan
keseimbangan dalam kehidupan secara professionalnya.
Semasa pertandingan dijalankan, saya dapat merasai kepenatan menjadi
pengadil dalam pertndingan yang dijalankan ini. Betapa sukarnya untuk membuat
penilaian semasa mengadilinya. Pada mulanya, saya tidak yakin untuk menjadi
pengadil tetapi saya harus mengambil peluang ini untuk merasai pengalaman ini.
Berbekalkan pengetahuan serta pengalaman sedia ada, pengelolaan ini tidak lain dan
tidak bukan telah meningkatkan semangat kerjasama, bertanggungjawab, semangat

kerja berpasukan, bertolak ansur serta saling hormat-menghormati antara satu sama
lain terutamanya dalam gerak kerja jawatankuasa pengelolaan. Selain itu juga,
pengajuran pertandingan bola baling ini telah menjadikan hubungan saya dengan
rakan-rakan dan pensyarah lebih rapat lagi dimana semasa proses untuk menganjurkan
pertandingan ini kami banyak berbincang bersama-sama bagi menjayakan program ini.
Oleh itu, pengelolaan pertandingan telah melatih saya serta rakan-rakan agar
sentiasa bersifat dinamik dan mampu untuk menjadi jaguh di luar bilik darjah bukan
samata-mata bintang di dalam bilik darjah . Hal ini kerana kita ketahui, bidang
kecemerlangan tidak tertumpu pada satu-satu aspek sahaja walhal kesemua aspek
seperti yang menjadi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Justeru, sebagai seorang pelatih guru maka haruslah membiasakan diri dan
melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti sebagai persediaan untuk menjadi seorang
pendidik yang aktif dan bergerak cergas pada masa hadapan kerana untuk pengalaman
akan menjadikan sesuatu bernilai untuk meningkatkan kualiti pendidikan kita.

2. KEKUATAN/ KELEBIHAN

Pertandingan bola baling yang telah dijalankan merupakan hasil daripada


kerjasama daripada semua pihak. Itulah antara kelebihan yang telah saya dapati
sepanjang pertandingan dijalankan. Kerjasama yang baik daripada kesemua rakan
menjalankan setiap tugas dengan penuh berakautabiliti serta bantuan daripada
pensyarah-pensyarah pembimbing yang melancarkan pelaksanaan pertandingan.
Bukan itu sahaja toleransi dan juga kerjasama dalam memilih hakim-hakim
pertandingan dalam kalangan jawatankuasa juga telah membawa kepada keberjayaan
pengelolaan pertandingan ini
Disamping itu, aspek kewangan juga tiada masalah kerana sumber kewangan
yang diperoleh daripada peserta dan pihak pentadbiran mencukupi untuk menanggung
kos sepanjang pertandingan. Setiap segala kemudahan seperti peralatan mencukupi

dan didapati daripada pihak GERKO, stor jabatan Pendidikan Jasmani, Stor unit IPDA
dan juga kafe. Oleh itu, setelah tamat permainan peserta dan jawankuasa dibekalkan
sama ada air dan roti mahupun roti dan makanan berat untuk jawatankuasa
pengelolaan.
Selain itu, pertandingan ini bukan sahaja telah mendedahkan segala kemahiran
kepengadilan kepada jawatankuasa malahan kepada para pemain juga dalam
permainan. Hal ini sesetengah pemain hanya bermain untuk mendapatkan pengalaman
sahaja. Kebanyakan pemain menggunakan asas permainan bola jaring, oleh itu mereka
boleh mengaplikasikan kemahiran itu didalam permainan bola baling ini. Hal ini akan
menjadikan mereka untuk bersikap mengambil tahu tentang sesuatu yang baru dalam
memperoleh kehidupan yang mempunyai kepelbagaian aspek kehidupan.

3. KEKANGAN/KELEMAHAN

Semasa menganjurkan pertandingan bola baling ini antara kelemahan yang


kami dapati ialah cara bermain permainan ini tidak begitu diketahui oleh kebanyakan
pemain yang menyertainya. Kebanyakan mereka bermain seolah-olah bermain bola
jaring.Jadi sebelum pertandingan, kami ada memberi sedikit pengetahuan kepada
mereka supaya tidak terikat dengan bola jaring seperti mengawal pergerakan kaki.
Selain itu, dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta, terdapat
segelintir pelajar yang datang lewat. Ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada
pihak urusetia pertandingan, malahan kepada peserta-peserta lain juga. Akibatnya,
pertandingan bermula agak lewat dan ini menjadikan masa kepada peserta awal utnuk
membuat stretching atau pemanasan badan tidak mencukupi.
Seterusnya, kekangan yang dihadapi ialah berkenaan dengan cuaca. Cuaca hujan
telah menjadikan padang yang digunakan basah dan licin. Jadi, para peserta yang
memegang bola asyik terlepas kerana bola turut licin. Walaupun aspek keselamatan
terjaga dan tiada kecederaan serius yang dipalorkan namun begitu beberapa

kecederaan ringan ada dilaporkan. Hal ini turut disebabkan oleh keadaan cuaca dan
padang yang agak licin. Disamping itu, penyertaan juga agak kurang mendapat
sambutan daripada pelajar. Di saat akhir pertandingan juga ada penyertaan yang
menarik diri. Hanya terdapat 5 buah pasukan pelajar yang mengambil bahagian
termasuk 1 pasukan daripada pihak penganjur yang menjadikan jumlah pasukan
hanyalah 6 pasukan sahaja.
Kelemahan juga terdapat pada para pengadil bukan dari hakim atau pengadil
yang mengadili pertandingan. Bola dikatakan hampir kesemuanya hanya mengtahi
secara teori sahaja. Jadi ini menimbulkan kekeliruan kepada kepengadilan dan
menimbulkan kemarahan kepada pasukan yang mengetahui kesalahan yang dilakukan
itu.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap apa yang dilakukan pasti ada kelemahan dan kelebihan yang
tersembunyi namun begitu penyelesaian terhapap kekangan adalah perlu bagi
mengelak masalah-masalah seperti yang disebutkan daripada berulang pada masa
hadapan. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak
pengelola pada masa hadapan iaitu, yang pertama hal berkaitan pengurusan masa.
Phak penganjur perlu mewujudkan satu peraturan tegas dan nyatakan di dalam borang
peserta bahawa peserta yang lewat mendaftarkan diri akan dibatalkan penyertaan
kumpulannya. Ini akan menyebabkan setiap ahli rasa bertanggungjawab tentang
kumpulan dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Hal ini bukanlah bertujuan untuk
menghukum peserta tetapi hanyalah untuk mendisiplin mereka dan tidak
mendatngakan kerugian pada mana mana pihak yang terlibat sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung.
Cadangan kedua ialah berkenaan dengan kepengadilan. Saya berpendapat
bagi pengadil yang baru mahu mencuba menjadi pengadil perlu berdua tidak secara

individu. Maksudnya, jika pengadil 1 dan 2 mestilah dua orang sahaja. Namun begitu,
alangkah moleknya jika dijadikan 4 orang dimana setiap sebelah diadili secara
berpasangan kerana bila berdua, salah seorang pasti akan menjadi penunjuk arah pada
yang tidak diketahuinya. Cadangan ini bagi mengelakkan masalah jika pengadil baru
tidak tahu akan kesalahan yang dilakukan oleh pemain.
Cadangan seterusnya adalah pihak penganjur atau pengelola boleh menjalankan
taklimat tentang asas kemahiran bola baling kemahiran semua pemain agar kekeliruan
sewaktu permainan dapat dikurangkan. Kesimpulannya, dalam menjalankan sesuatu
pengelolaan aktiviti mahupun pertandingan itu memerlukan perancangan yang cukup
rapi . Elemen ini merupakan aspek terpenting untuk melihat kelancaran sesuatu
pertandingan. Maka dengan itu jugalah post-mortem perlu dijalankan sama ada secara
individu artau berkumpulan perlu diadakan kerana setiap kelemahan yang timbul
selepas sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dan bertindak sebagai garis panduan
untuk digunakan pada masa depan

Anda mungkin juga menyukai