Anda di halaman 1dari 13

1

BAB I
AM DAN KHAS

Dalam kitab suci al-Quran, terdapat banyak kaedah bersifat bahasa yang
berkaitan dengan usul al-ahkam dan lafaz metodologinya. Ia berkaitan dengan
lafaz-lafaz nas serta sudut kedudukan atau keadaannya terhadap makna. Dalam
bab ini juga, kita akan membincangkan mengenai dua bentuk lafaz yang terdapat
dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Kedua bentuk ini mempunyai perbedaan dari segi dalalahnya. Melalui bab
ini, diperkenalkan dengan dua istilah tersebut yaitu istilah al-am dan al-khas.
Antara lain, ia merupakan pembahasan lafaz yang ditinjau dari sudut cakupan
terhadap lafaznya yaitu al-am dan al-khas dan merupakan salah satu kaedah
pengambilan hukum.
Al-Am ialah lafaz yang datang dalam bentuk umum yang merangkumi
semua afrad yang terdapat di dalam sesuatu lafaz. Al-Khas pula ialah lafaz khusus
yang diperuntukkan untuk makna-makna tertentu yang khusus. Sebahagian dari
lafaz-lafaz al-am ini dikhususkan maknanya dengan lafaz-lafaz al-khas. Proses
ini dinamakan takhsis. Namun, tidak semua lafaz al-am boleh ditakhsiskan
dengan lafaz al-khas.
Maksud kaedah pengambilan hukum di sini ialah kaedah pengambilan
hukum daripada dalil syarak. Sumber-sumber hukum syarak yang asasi yaitu al-
Quran dan hadis dibawa ke dalam lafaz yang bermacam-macam. Maka, untuk
2

mengeluarkan hukum harus memahami dengan betul setiap lafaznya sama ada
dari segi am, khas, mushtarak atau sebagainya.
A. Pengertian Al-Am
Al-Am adalah lafaz yang diperuntukkan sebanyak sekali, dan hanya
dengan sekali peruntukan menunjukkan kepada beberapa perkara yang
banyak dan tidak ada batasan secara meliputi kesemua maknanya yang sesuai
baginya.
Al-Raziyy juga mentakrifkan al-am sebagai lafaz yang meliputi
keseluruhan makna yang sesuai dengannya berdasarkan satu peruntukan.
" "
Perkataan - yang meliputi dimasukkan ke dalam takrif ini
untuk mengeluarkan lafaz dalam bentuk jamak yang nakirah dari pengertian
al-am. Apabila dikatakan pelajar-pelajar datang kepada
aku, ia tidak bermaksud semua pelajar datang kepada. Ia juga digunakan
untuk mengeluarkan lafaz yang mutlaq seperti karana ia tidak meliputi
semua lelaki.
Perkataan - yang bersesuaian, untuk membezakannya
dengan perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam pengertian sesuatu
lafaz. Umpamanya perkataan - anak-anak Zayd tidak meliputi
3

anak-anak orang lain. Namun ia tidak mengeluarkan perkataan tersebut
daripada kategori al-am karana anak-anak orang lain memang tidak sesuai
dengan pengertian
Perkataan dengan sekali peruntukanialah membezakan
lafaz al-am daripada lafaz al-mushtarak ) ) karana ia diperuntukkan
kepada beberapa makna dengan beberapa peruntukan seperti perkataan

B. Lafaz-Lafaz Al-Am
Al-Am mempunyai banyak sighah yang diperuntukkan untuknya,
antaranya adalah seperti berikut :(Hassan bin Haji Ahmad 1998:429)
1. Lafaz-lafaz jamak
Seperti lafaz " " dan " " . Begitu juga dengan lafaz " " "
" ," " ," " dan seumpamanya. Lafaz " " dan

kedua-duanya memberi faedah umum perkara yang disandar kepadanya.
Contohnya firman Allah Taala :
4g~-.-4 W-ONL4`-47
guE4lE>-4
g++CjOO >}EC))
4L^O4^ jgj
g4+CjOO .4`4
_E4u- ;}g)` )_)U4E
4

}g)` 7/E* _ O7 O<jO-
Eg =U=OE -g-4O ^g
Artinya :
dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti
mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan
mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka.
tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. ( QS. al-Tur :
52 :21)
Maksudnya : Setiap manusia terikat dengan amalan yang dikerjakannya
2. Jamak yang dimarifahkan dengan " "
Firman Allah Taala : ( al-Baqarah 2 : 233) Maksudnya : Dan
ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun
genap, yaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu
Dan firman Allah Taala : ( al-Baqarah 2 : 228) Maksudnya : Dan isteri-
isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahannya diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)"
Lafaz " " dan " " kedua-duanya adalah jamak
yang dimarifahkan dengan . Oleh itu, setiap ibu dan isteri

harus mematuhi hukum syarak yang ditaklifkan ke atas mereka secara
umum. Begitu juga, ibu wajib menyusukan anak mereka selama dua tahun
penuh dan setiap isteri yang diceraikan wajib menahan diri(dari
berkahwin) selama tiga kali (suci/haid).
3. Jamak yang dimarifahkan dengan idafah
5

Firman Allah Taala : ( al-Taubah 9 : 103) Maksudnya : Ambillah
sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah(zakat) . Dan firman Allah
Taala : (al-Nisa 4 : 11) Maksudnya : Allah perintahkan kamu mengenai
pembahagian pusaka untuk anak-anak kamu yaitu bahagian seseorang
anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan .
Lafaz " " dan " " kedua-duanya adalah jamak yang
dimarifahkan dengan idafah.

4. Lafaz mufrad yang dimarifahkan dengan
Firman Allah Taala : (Al-Asr 103 : 1-3) Maksudnya : Demi
masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Lafaz al-Insan adalah am karana ia mufrad yang dimarifahkan
dengan . Namun begitu, walaupun lafaz tersebut dalam
bentuk mufrad tetapi ia menunjukkan secara umum yaitu semua manusia
berada dalam kerugian.

5. Lafaz mufrad yang dimarifahkankan dengan Idafah
Firman Allah Taala : (Ibrahim 14 : 34) Maksudnya : Dan jika
kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan
bilangannya . Antara contoh yang lain ialah melalui sabda Rasullah pula
yang berbunyi :
6


Maksudnya : Ia ( laut ) suci airnya, halal bangkainya.
Lafaz " ", " dan "" ketiga-tiganya am karana
ia mufrad dimarifahkankan dengan idafah.
6. I sm-ismMawsulah
Firman Allah Taala : (al-Nisa 4 : 10) Maksudnya ;
Sesungguhnya orang-orang yang makan harta anak-anak yatim secara
zalim, sebenarnya mereka hanyalah menelan api ke dalam perut mereka
dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
Lafaz am karana ia merupakan isim mausul. Firman
Allah Taala ; (al-Nisa 4 : 24) Maksudnya : Dan halalkan bagi kamu
perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu. Lafaz
adalah am karana ia adalah isim Mausul.

7. I sm-ism I stifham
Firman Allah Taala : (al-Baqarah 2 : 245) Maksudnya : Siapakah
orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai
pinjaman yang baik ? Lafaz " "adalah am karana ia isim Istifham.
Firman Allah Taala : ( al-Baqarah 2 : 214) Maksudnya : Bilakah
pertolongan Allah ? Lafaz " " adalah am karana ia Isim Istifham.
8. I sim-isim Shart
7

Firman Allah Taala : (al-Baqarah 2 : 197) Maksudnya: oleh itu,
sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu. Lafaz " "
adalah am karana ia adalah isim Shart.


9. Nakirah yang datang dalam bentuk Nafi atau Nahi
Firman Allah Taala : (al-Taubah 9 : 84) Maksudnya : Dan
janganlah kamu sembahyangkan seorang pun yang mati dari kalangan
mereka (orang-orang munafiq) itu selamanya. Lafaz adalah am
karana ia nakirah yang datang dalam bentuk nahi (larangan). Oleh itu
Allah melarang setiap seorang daripada orang islam menyembahyangkan
jenazah mereka yang dari golongan munafik. Lafaz juga adalah
am dalam bentuk nafi yang menunjukkan bahawa tidak sah berwasiat
kepada ahli waris.

C. Dalalah Al-Am
Secara umumnya, dalalah am boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
yaitu umum secara qati, khusus secara qati dan mutlak. Am yang bermaksud
umum secara yaitu al-am yang terdapat qarinah (petunjuk) yang

menafikan pengkhususannya (takhsis).
8

Firman Allah Taala : ( Hud 11:6). Maksudnya : Dan tiadalah
sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah
jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan
tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz)
Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan).
Ayat ini menetapkan sunnatullah yang tidak menerima perubahan,
maka ayat ini kekal bersifat umum dan ia merangkumi kesemua maknanya
(afradnya) secara berterusan dan berkekalan. Am yang bermaksud khusus
secara yaitu al-am yang disertakan dengan qarinah (petunjuk) yang
menafikan ia berterusan dalam keadaan umum.

D. Al-Khas
Dari segi bahasa al-khas membawa maksud 'yang tertentu'.Manakala
dari segi istilah pula al-khas membawa maksud sebagai suatu lafaz yang
digunakan untuk menunjukkan pengertian dan maksud yang khusus terhadap
individu seperti nama orang. Contohnya Muhammad atau Ali. Selain itu, ia
juga menunjukkan khas terhadap sesuatu jenis. Firman Allah: ( al-Maidah
5:89) Maksudnya: Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh
orang miskin.
Ayat di atas menunjukkan bahawa salah satu cara membayar kaffarah
ialah dengan memberi makan sepuluh orang miskin. Oleh itu, lafaz sepuluh
dalam ayat di atas ialah pasti dan khas yaitu tidak kurang dan tidak lebih. Ia
juga membawa maksud lafaz yang menunjukkan makna secara qat'i dan tidak
ada kemungkinan makna yang lain.
9

Lafaz khas juga boleh digunakan untuk menunjukkan bermacam-
macam seperti rajulun atau menunjukkan makna yang banyak dan dapat dikira
seperti thalatah(tiga) dan mi'ah(seratus). Di dalam bahagian khas terdapat
satu proses yang digunakan bagi mengkhususkan sesuatu hukum daripada
dalil-dalil yang berbentuk umum. Proses ini dinamakan takhsis.

Takhsis membawa maksud mengkhususkan. Ini menunjukkan bahawa
takhsis ialah mengeluarkan sebahagian daripada lafaz-lafaz am berdasarkan
dalil .Oleh itu, lafaz am yang telah ditakhsis akan membawa maksud yang
khusus. Takhsis dapat dilihat banyak berlaku dalam al-Quran. Umpamanya
mengkhususkan lafaz ' ' hanya kepada manusia yang mukallaf dan tidak

kepada kanak-kanak dan orang gila. Firman Allah: ( al-Imran 3 : 97)
Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji
dengan mengunjungi baitullah yaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.
Berdasarkan ayat di atas Allah telah mewajibkan ke atas setiap
manusia untuk mengerjakan ibadat haji. Namun kewajipan ini telah
dikhususkan kepada mereka yang mempunyai keahlian sahaja dan ia tidak
diwajibkan kepada kanak-kanak dan orang gila.
Jumhur ulama mengakui keharusan berlakunya takhsis terhadap
hukum al-am dengan dalil-dalil lain. Terdapat bermacam-macam bentuk
takhsis menurut jumhur ulama. Secara umumnya ia bolehlah dibahagikan
10

kepada dua bahagian yaitu pentakhsis yang berasingan ( ) dan
pentakhsis yang tidak berasingan( ).

Pembahagian Mukhassis
Mukhassis membawa maksud mengecilkan skop atau maksud lafaz al-
am tersebut. Mukhassis boleh dibahagikan kepada dua bahagian yaitu:
1. Mukhassis Muttasil yaitu mukhassis yang tidak berasingan daripada lafaz
am
2. Mukhassis Munfasil yaitu mukhassis yang berasingan daripada lafaz am.

Mukhasis Muttasil
Mukhasis muttasil juga dikenali sebagai pentakhsis yang tidak
berasingan( ). Pentakhsis ghayr mustaqill bermaksud
dalil yang merupakan sebahagian daripada ungkapan yang mengandungi lafaz
am. Ia terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:
1) Istithna muttasil ( ). Misalnya firman Allah:( al-'Asr 103 :
2,3)
2) Shart ( ), contohnya firman Allah: (al-Nisa' 4 : 12)
3) Sifat ( ), seperti firman Allah:( al-Nisa' 4 : 25)
4) Ghayah ( ), Firman Allah: (al-Maidah 5 : 6)

Mukhassis Munfasil
11

Mukhassis munfasil juga dikenali sebagai pentakhsis yang
berasingan( ). Pentakhsis mustaqill bermaksud dalil yang
bukan merupakan sebahagian daripada lafaz am. Ia terbahagi kepada
beberapa jenis. Antaranya ialah:(Hassan bin Haji Ahmad 1998:458)
1) Akal " " : misalnya firman Allah: ( al-Imran 3 : 97)
2) Uruf (adat dan kebiasaan) Firman Allah Taala :( al-Baqarah 2 : 233)
3) Al-Hiss atau al-mushadah (pancaindera) ( al-Ahqaf 46 : 25)

BAB II
PENUTUP

Kesimpulan
Al-am adalah sesuatu yang membawa maksud yang luas tanpa dibataskan
dengan sesuatu. Oleh itu, al-khas berperanan bagi mengecilkan maksud al-am
yang luas tersebut. Hal ini karana, jika dilihat dari maksud keduanya sahaja kita
sudah boleh mengetahui maksud dan perbedaan yang terdapat padanya.
Ini terjadi karana maksud al-am itu sendiri ialah lafaz yang diperuntukkan
sebanyak sekali, dan hanya dengan sekali peruntukan menunjukkan kepada
beberapa perkara yang banyak dan tidak ada batasan secara meliputi kesemua
maknanya yang sesuai baginya.Hal ini menunjukkan al-am ialah sesuatu yang
berbentuk umum dan ia tidak dikhususkan kepada apa-apa maksud yang tersirat.
12

Hal ini adalah berbeda dengan al-khas. Ini karana al-khas itu merupakan
sesuatu yang telah dikhususkan kepadanya. Ini dapat dilihat daripada maksud al-
khas itu sendiri yaitu lafaz yang digunakan untuk menunjukkan pengertian dan
maksud yang khusus terhadap individu seperti nama orang. Oleh itu, al-khas ialah
sesuatu yang telah dikecilkan penggunaannya bagi menunjukkan kepada makna-
makna tertentu.




DAFTAR PUSTAKA

A. Hanafie M.A. 1988. Usul Fiqh. Klang: Klang Book Center
Abdul Kadir Hasan. 1974. Usul Fiqh. Kota Baru: Pustaka Aman Press
Abdul Wahab Khallab, Ushul Fiqh, Semarang : Dina Utama
Achyar, Aminuddin, 2001, Ushul Fiqh, Bandung : Pustaka Setia
Al-Quran dan terjemahannya






13