Anda di halaman 1dari 26

MAKLUMAT KERJAYA

Oleh:

PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor, MALAYSIA Tel: 603-89468118, 603-89468167, 012-2126312 Faks: 03-89435386 E-Mail: smn@educ.upm.edu.my smnoah@hotmail.com

DEFINISI MAKLUMAT KERJAYA


Maklumat kerjaya didefinisikan sebagai datadata yang sah dan berguna mengenai sesuatu pekerjaan, kerja-kerja yang dilakukan termasuk senarai tugas, keperluan-keperluan untuk mendapatkan pekerjaan, kondisi-kondisi kerja, ganjaran, corak peningkatan, penawaran dan permintaan pekerjaan sekarang dan pada masa akan datang dan sumber-sumber untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenainya

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA


Menolong individu menambah perbendaharaan kata yang berkaitan dengan nama-nama pekerjaan serta maklumat lain yang berkaitan dengan pekerjaan
Membantu individu memperkembangkan pengetahuan mereka mengenai potensi diri atau kekuatan dan kelemahan diri serta hubungannya dengan sesuatu pekerjaan

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA sambungan


Untuk membimbing individu di dalam membuat perancangan yang efektif di dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya
Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman persekolahan ke dunia pekerjaan yang sebenar

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA sambungan


Menyediakan individu mengenai persiapanpersiapan diri yang harus dilakukan bagi menghadapi dunia pekerjaan yang lebih tinggi (maklumat pra-pekerjaan), pekerjaan itu sendiri (maklumat pekerjaan) dan peranan-peranan selepas bersara (pasca pekerjaan)

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA sambungan


Menyedarkan individu mengenai pentingnya perubahan di dalam bidang pendidikan dan pekerjaan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa Menerapkan nilai-nilai tentang perlunya seseorang itu berusaha dengan lebih gigih dan menghargai kemuliaan sesuatu bidang pekerjaan

JENIS MAKLUMAT PEKERJAAN


MAKLUMAT PRA PEKERJAAN
Maklumat Diri
Maklumat mengenai diri termasuklah maklumat yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, pencapaian akademik, personaliti diri, minat kerjaya, nilai pekerjaan, konsep kendiri, sikap dan motivasi diri

Maklumat Kerjaya
Maklumat mengenai kerjaya ini pula mencakupi maklumat yang berkaitan dengan jenis-jenis latihan, tempat mendapatkan latihan, keperluan kelayakan akademik, cara menghadapi temuduga, cara menulis resume, cara memohon kerja, jenis-jenis pekerjaan, deskripsi pekerjaan, peluang pekerjaan dan prospek kerja di masa depan. Semua maklumat-maklumat ini penting bagi membolehkan individu membuat keputusan akhir mengenai sesuatu pekerjaan.

JENIS MAKLUMAT PEKERJAAN


MAKLUMAT DALAM PEKERJAAN Maklumat dalam pekerjaan meliputi maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh individu yang berkaitan dengan dunia pekerjaan sebenar. Maklumat-maklumat yang tergolong sebagai maklumat dalam pekerjaan termasuklah tangga gaji, kemudahan cuti, peluang kenaikan pangkat, skim kemudahan perubatan, skim pinjaman perumahan, skim pencen, skim simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan skim insuran pekerja. Maklumat-maklumat ini perlu diketahui oleh individu agar ia boleh merancang perkembangan kerjayanya ketahap yang lebih tinggi dan cemerlang dalam sesuatu pekerjaan yang diceburinya.

PENGUMPULAN MAKLUMAT KERJAYA


Sumber maklumat kerjaya adalah merujuk kepada sumber-sumber sama ada berorientasikan manusia atau bukan berorientasikan manusia.
Maklumat kerjaya boleh diperoleh daripada dua sumber utama iaitu media cetak dan media elektronik. Maklumat kerjaya daripada jenis media cetak termasuklah buku-buku kerjaya, majalah-majalah kerjaya, prospektus universiti, surat khabar, pamplet agensi pekerjaan dan buku skrap kerjaya. Maklumat kerjaya daripada jenis media elektronik termasuklah videovideo kerjaya, filem-filem kerjaya, filem-filem slaid kerjaya, kesetkeset kerjaya dan maklumat-maklumat kerjaya yang telah diprogramkan di dalam komputer yang boleh diakses melalui internet.

KAMUS PENGKELASAN PEKERJAAN DOC


Maklumat kerjaya yang berupa media cetak paling utama di Malaysia ialah Dictionary of Occupational Classification (DOC) yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia. Kamus ini menyenaraikan dan menerangkan 2,610 pekerjaan yang wujud di Malaysia. Kamus yang pertama dalam bahasa Inggeris dan telah diterbitkan pada tahun 1969. Pada tahun 1992, Jabatan Tenaga Rakyat telah mencetak edisi pertama dalam bahasa Malaysia yang dikenali sebagai Kamus Pengkelasan Pekerjaan. Kamus ini mengandungi definisi pekerjaan, menerangkan tugas yang dilakukan oleh pekerja, tujuan mengapa pekerja melakukannya dan cara bagaimana kerja tersebut dilakukan.

LAIN-LAIN SUMBER MAKLUMAT KERJAYA


Buku Kompass Merah, Dictionary of Occupational Titles (DOT), Occupation Outlook Hand Book (OOH) adalah beberapa contoh lain sumber maklumat kerjaya media cetak yang penting. Buku Kompass Merah diterbitkan oleh Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia yang mengandungi maklumat pekerjaan yang wujud di kilang-kilang di bawah persatuan tersebut.

DOT diterbitkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Amerika Syarikat. Individu boleh merujuk kamus ini di perpustakaan-perpustakaan besar yang ada di Malaysia ataupun di pusat sumber Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Kamus ini mengandungi senarai, keterangan dan definisi lebih 20,000 jenis pekerjaan yang wujud di negara tersebut.
Internet adalah satu lagi sumber maklumat kerjaya yang penting dan terkini. Melalui internet individu boleh melayari laman-laman web tertentu yang mengandungi maklumat-maklumat terkini mengenai kerjaya.

SUMBER MEMPEROLEH MAKLUMAT KERJAYA


Maklumat kerjaya yang dikumpul mestilah tepat dan sah. Oleh itu maklumat mestilah dikumpulkan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Maklumat-maklumat kerjaya boleh diperoleh daripada berbagai-bagai agensi sama ada agensi kerajaan, swasta atau agensi dari luar negara yang berada di Malaysia.

SUMBER MEMPEROLEH MAKLUMAT KERJAYA - Sambungan


Antara agensi tersebut ialah Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Makaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pejabat Kedutaan, Pejabat Suruhanjaya Tinggi negara asing di Malaysia, Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi tempatan, MACEE (Malaysian American Council for Educational Exchange), British Counsil, Institut-institut Latihan Kemahiran, Pusat-Pusat Latihan, Kilang-Kilang, Agensi-agensi Pekerjaan, Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya Sekolah dan Agesi dan Internet.

PENYUSUNAN MAKLUMAT KERJAYA


Cara Pengkelasan Maklumat Kerjaya Susun nama pekerjaan ikut abjad daripada A hingga Z. Menggunakan kaedah ini nama pekerjaan disusun mengikut abjad A diikuti oleh B, C dan seterusnya hingga huruf Z. Penyusunan nama pekerjaan dibuat mengikut jenis pekerjaan iaitu profesional, separa profesional, berkemahiran, separa berkemahiran dan buruh. Kaedah ini mengambilkira kelayakan untuk menjawat jawatan tersebut kerana setiap kumpulan pekerjaan memerlukan kelayakan yang berlainan.

PENYUSUNAN MAKLUMAT KERJAYA


Penyusunan nama pekerjaan dibuat mengikut bidang pekerjaan seperti bidang Perniagaan, Pertanian, Perlombongan, Perkhidmatan, Perubatan, Sains atau menggunakan pengkelasan Holland iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan

Conventional.

Penyusunan dibuat mengikut kumpulan kerja seperti pengkelasan yang dibuat oleh Jabatan Tenaga Rakyat dalam Kamus Pengkelasan Pekerjaan. Kumpulan 1 misalnya ialah kumpulan kerjaya Profesional dan Pengurusan, sementara kumpulan 9 pula adalah kumpulan kerjaya Buruh.

PENYUSUNAN MAKLUMAT KERJAYA - Sambungan


Penyusunan dibuat berasaskan sama ada ia merupakan maklumat kerjaya atau maklumat akademik. Maklumat kerjaya mestilah dipisahkan dengan maklumat akademik. Maklumat akademik dalam negeri dan luar negara juga sangat perlu dipisahkan untuk memudahkan pencarian maklumat.

PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA


Perantaraan Media Massa
Melalui media cetak seperti Kamus Pengkelasan Pekerjaan, buku-buku kerjaya, majalah-majalah kerjaya, prospektus universiti dan institusi pengajian tinggi, surat khabar, pamplet agensi pekerjaan, buku skrap kerjaya. Melalui media elektronik seperti internet, video-video kerjaya, filem-filem kerjaya, filem-filem slaid kerjaya, keset-keset kerjaya, dan maklumatmaklumat kerjaya yang telah diprogramkan di dalam komputer.

PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA


Secara Terus Kepada Individu
Melalui mata pelajaran Pendidikan Kerjaya di sekolah di mana semua pelajar terpaksa mengikutinya. Membuat lawatan sambil belajar ke tempat kerja di mana individu berpeluang melihat dan berinteraksi dengan mereka yang terlibat dalam sesuatu pekerjaan. Bekerja sambilan semasa cuti sekolah untuk mendapatkan pengalaman secara peribadi mengenai sesuatu pekerjaan yang diminati. Menemuduga individu yang sedang bekerja dalam sesuatu bidang yang telah dikenalpasti sebagai satu atau salah satu bidang pekerjaan yang diminati.

PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA


Menggunakan Bantuan Teknikal
Hari Kerjaya atau Minggu Kerjaya Seminar, Kem, Bengkel dan Ceramah Kerjaya Aktiviti ujian kerjaya termasuklah ujian personaliti, ujian minat kerjaya dan ujian nilai pekerjaan yang kendalikan oleh Jabatan atau Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya Sekolah Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya

PENILAIAN MAKLUMAT KERJAYA


MAKLUMAT YANG BAIK
Maklumat mestilah menarik dan kemas Maklumat mestilah ringkas dan padat Elak daripada mengemukakan maklumat yang panjang tetapi berbelit-belit.

PENILAIAN MAKLUMAT KERJAYA sambungan


MAKLUMAT YANG BAIK Maklumat mestilah lengkap dengan segala butiran dan keterangan yang perlu. Maklumat mestilah disusun dengan sistematik, berupaya memikat hati pengguna dan seelokeloknya disertakan gambar dan ilustrasi. Maklumat mestilah mengandungi butiran yang lengkap.

MAKLUMAT YANG TIDAK BAIK


Maklumat berkecamuk iaitu terlalu banyak maklumat dan tidak disusun secara teratur dan sistematik Keterangan berbelit-belit di mana maklumat disampaikan menggunakan bahasa yang berbelitbelit dan sukar difahami

Maklumat yang dimuatkan panjang tetapi tidak lengkap di mana keterangan yang diaggap penting tidak dimuatkan

MAKLUMAT YANG TIDAK BAIK


Tidak teratur dan tidak sistematik di mana maklumat yang ada tidak disusun dengan baik Tiada gambar dan ilustrasi yang boleh membantu individu melihat pekerjaan atau kerjaya secara visual. Gambar dan ilustrasi boleh memberikan gambaran kepada individu tentang sesuatu pekerjaan serta kerja-kerja yang dilakukan

KEBERKESANAN PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA


Melalui kajian atau penyelidikan yang dijalankan oleh kaunselor sama ada menggunakan soal selidik, pemerhatian atau temuduga. Komen daripada pelajar yang pernah menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya.
Komen beberapa pihak sekolah yang ada di sekolah termasuklah komen oleh pengetua, guruguru, pelajar dan kakitangan lain sekolah.

KEBERKESANAN PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA sambungan


Komen pihak lain yang terlibat secara tidak langsung di sekolah atau agensi seperti Persatuan Ibubapa Guru (PIBG), persatuan pekerja dan lain-lain. Dapat diperhati secara tidak langsung melalui sambutan pelajar terhadap aktiviti kerjaya yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya di sekolah.