Anda di halaman 1dari 1

MOTIVASI (MOTIVATION) DEFINISI Motivasi didefinisikan sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah

serta mengekalkan perlakuan yang diingini (Wann, 1997). Dalam konteks ini, arah merupakan tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi. Manakala usaha perlu merujuk kepada tahap kesungguhan individu itu ke arah menghampiri atau menjauhi situasi tersebut. Motivasi penting kerana dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlet untuk berjaya dalam bidang sukan. Penyertaan seseorang individu dalam sukan dipengaruhi oleh motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Penyertaan dalam aktiviti disebabkan minat atau seronok melakukannya

diklasifikasikan sebagai motivasi intrinsik. Sebaliknya jika penglibatan dalam aktiviti disebabkan keinginan diklasifikasikan sebagai motivasi ekstrinsik.