Anda di halaman 1dari 5

FASAL KEEMPAT 1.

Iman akan Allah

Apakah perkara yang paling penting yang dibawa dan cuba disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada ummat manusia? Ya, betul! Kalimah LA ILAHA ILLALLAH (Tiada tuhan melainkan Allah). Inilah yang cuba disampaikan oleh baginda s.a.w kepada ummat manusia. Dan untuk memahami maksud kalimah ini,sudah semestinya kita harus mengetahui apa yang diertikan dengan perkataan tuhan itu sendiri.Tuhan bermaksud: - Yang berhak diibadati ( Yang kerana kebesaran, kemuliaan-Nya dan ketinggian darjat-Nya,patut diibadati oleh semua manusia) -Yang pada-Nya berkumpul segala kekuatan.Tidak berhajat kepada sesuatu,malah semua orang berharap pada-Nya dalam seluruh kehidupan mereka. -Yang terlindung kepada manusia. Manusia tidak mengetahui akan Zat-Nya Oleh itu,maksud Tiada tuhan melainkan Allah ialah , tiada satupun di dalam alam ini yang layak diibadati manusia,yang patut disujudi dengan taat dan diberi pengabdian sepenuhnya melainkan Allah. Tiada pemilik dan pengatur melainkan Allah s.w.t. Semua makhluk berharap dan memohon pertolongan daripada-Nya, dan Zat-Nya tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia yang lemah.

Hakikat tiada tuhan melainkan Allah Manusia itu diciptakan dengan sifat-sifat kehambaan yang sememangnya jika kita fikirkan memang bersifat lemah dan hanya bergantung kepada Pencipta-Nya, Allah s.w.t. Anda tak percaya?Buktinya,manusia itu tidak dapat memastikan bahawa apa yang diingininya akan dia dapat pada setiap masa. Mungkin terkadang dia mendapat apa yang dihajatinya,namun tidak pada masa yang lainnya.Berlakunya sesuatu dan terhindarnya sesuatu bukanlah dalam bidang kuasa manusia. Dan disebabkan hal inilah, timbul perasaan dalam diri manusia bahawa dia adalah lemah dan berharap dan berhajat kepada sesuatu kuasa lain. Dalam buku ini, diceritakan beberapa peringkat kejahilan manusia dalam perjalanan mencari Penciptanya.Bermula dengan peringkat yang begitu jahil manusia itu sedikit demi sedikit belajar dan memperbaiki kejahilannya itu melalui petunjuk yang dikurniakan Allah kepadanya. Pada peringkat pertama,manusia itu jahil dan menyangka bahawa benda-benda yang dilihatnya, yang berada di sekelilingya dapat memberikan manfaat dan mendatangkan mudarat padanya. Contohnya seperti binatang buas, matahari, hujan ,sungai,gunung-ganang dan lain-lain lagi.Lalu,disembahnya benda-benda tersebut.

Namun, apabila manusia itu kembali memerhatikan sifat-sifat benda yang mereka sembah itu ,mereka sedar bahawa benda tersebut juga sebenarnya tidak kurang dengan sifat-sifat kehambaan. Mereka turut tunduk dan patuh pada kuasa lain. Disini, timbullah pula dalam fikiran manusia bahawa segala benda yang ada di alam ini sebenarnya melaksanakan tugasnya dan berpegang kepada suatu kuasa yang mengatur dan memiliki kekuatan. Manusia kemudiannya mempercayai pula akan kewujudan berbilang tuhan yang mereka sangka pada setiap tuhan itu ada tugas-tugasnya yang tersendiri. Contohnya, tuhan angin , tuhan air, tuhan udara dan banyak lagi. Lalu,mulalah manusia menyembah kepada tuhan-tuhan yang pelbagai itu. Namun sekali lagi apabila melihatkan kepada betapa sempurnya pengaturan dan ketetapan-ketetapan alam ini, manusia terpaksa mengakui bahawa tidak mungkin akan ada tuhan yang berbeza-beza , kerana jika tidak pastilah berlaku perselisihan antara satu sama lain antara tuhan-tuhan tersebut. Akan ada tuhan yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan lebih penting dari tuhan yang lain. Itu sungguh tidak masuk akal! Lalu, mengertilah manusia bahawa hanya ada satu tuhan yang Esa, yang menguasai dan mentadbir suluruh alam ini,yang pada terkumpul segala kekuasaan dan kekuatan, iaitu Allah s.w.t. Itulah hakikatnya tiada tuhan melainkan Allah s.w.t .

Kesan Aqidah tauhid bagi kehidupan manusia Kalimah tauhid LA ILAHA ILLALLAH(Tiada tuhan melainkan Allah) ini, haruslah kita fahami sedalam -dalamnya dengan hati kerana sekiranya hanya diucapkan sahaja tanpa mengetahui maknanya, ianya tidak akan mendatangkan apa-apa kesan dalam kehidupan seseorang manusia itu. Sekarang, mari kita sama-sama melihat implikasi aqidah tauhid ini dalam kehidupan manusia. -Manusia yang beriman dengan kalimah tauhid ini,tidak akan mempunyai fikiran yang sempit. Bahkan ia menjadi orang yang berpandangan luas dalam apa hal sekalipun. -Kepercayaan terhadap kalimah tauhid ini juga membantu membina kemurnian dan kemuliaan jiwa dalam diri manusia itu. Mana tidaknya, iktikad mereka bahawa hanya Allah s.w.t lah yang berhak dise mbah telah membuktikan kemurnian jiwa mereka.Segala pergantungannya disandarkan pada Allah s.w.t dalam menentukan kehidupannya sehari-hari.Tidak sesekali ia mengalami putus asa dan patah hati dalam setiap apa yang dilaluinya dalam kehidupan kerana ia percaya akan ketetapan dan penyusunan-penyusunan Allah s.w.t. Hanya perasaan tenang dan tenteram yang mengiringi hari-hari mereka. Seronok bukan?! -Manusia yang mengimani kalimah ini juga tidak akan bersifat dengan sifat-sifat yang tidak baik contohnya seperti angkuh dan takabbur. Ia takut untuk berperasaan dan berkelakuan seperti itu kerana ia sedar akan kedudukan kehambaannya. Hanya sifat tawadhu yang disemai dalam diri mereka.Allah mengangkat darjat mereka dan menanamkan kebaikan-kebaikan dalam diri mereka.

-Kalimah tauhid ini juga akan mendorong manusia untuk memenuhi jiwa dan raganya dengan sifat keberanian. Manusia itu lemah keazamannya kerana dua perkara, pertama ialah kerana kecintaannya kepada diri sendiri,harta dan keluarga dan yang kedua ialah dek kerana iktikadnya bahawa ada kuasa selain Allah yang boleh mematikan manusia dan berkuasa menolak kematian dari dirinya dengan sesuatu cara. -Dan yang paling penting sekali,kalimah tauhid ini menjadikan manusia itu terikat kepada undang-undang Allah dan berusaha memelihara undang-undang itu di atas muka bumi ini. Mereka tidak akan sewenag-wenangnya melakukan sesuatu tanpa mengambil kira pandangan dan syariat Allah.

2.

Iman akan malaikat

Beriman kepada malaikat adalah salah satu perkara yang diajarkan baginda nabi Muhammad s.a.w. Bukanlah sajasaja aspek ini ditekankan oleh nabi Muhammad s.a.w kepada kita. Kita semua sudah maklum bagaimana orangorang musyrikin itu menyekutukan Allah dengan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Mereka menganggap malaikat-malaikat ini adalah zuriat Allah.Oleh itu, beriman kepada malaikat,yakni percaya akan malaikat itu diajarkan baginda kepada kita tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan kalimah tauhid (La ilaha illallah) yang telah kita iktikadkan itu suci dan bersih dari segala perkara syirik dan yang sewaktu dengannya. Siapa sebenarnya malaikat? Malaikat itu adalah makhluk Allah yang mulia,suci daripada kesalahan dan dosa,diciptakan untuk mengabdi,taat dan patuh kepada Allah . Mereka bersungguh-sungguh melaksanakan perintahNya ,tidak sesekali mendurhakai-Nya dan tidak langsung mempunyai kuasa meskipun terhadap diri mereka sendiri. Oleh itu,sangatlah menghairankan apabila ada segelintir manusia yang bertindak menyembah dan meminta pertolongan daripada malaikat walhal di awal penciptaan manusia itu sendiri,Allah telah pun menyuruh malaikat itu bersujud kepada Adam . Tidak banyak yang kita tahu mengenai malaikat melainkan apa yang telah diterangkan Allah s.w.t dalam al-quran dan dalam hadis-hadis yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. Namun, sebagai seorang islam, kita disuruh untuk mengimani akan kewujudan malaikat berserta dengan sifat-sifatnya yang kita ketahui. Dan sememangnya tiada alasan bagi seorang muslim untuk tidak mengimani hal ini kerana ianya dibawa dan disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w yang benar dan dibenarkan.

3. Iman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah swt.


Hendaklah percaya bahawa semua kitab yang datang dari sisi Allah taala itu benar, sama ada yang kita dapat berita mengenainya ataupun tidak. Antara kitab yang kita tahu tentang penurunannya adalah lembaran-lembaran Ibrahim (as), Taurat, Injil, Zabur, dan al-Quran. Lembaran-lembaran Ibrahim (as) tidak lagi wujud di dunia kini. Taurat & Injil pula telah banyak diubah sehingga tidak diketahui lagi dari mana asalnya ayat-ayat tersebut, dari Allah, atau sekadar rekaan manusia. Al-Quran adalah kita terakhir yang turun dari sisi Allah taala. Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang tinggal dalam keadaan aslinya di tangan manusia. Kitab-kitab yang turun sebelum al-Quran telah lesap, dan hanya terjemahan yang tinggal. Selain al-Quran, kitab-kitab lain yang ada pada manusia tidak dapat diteliti sejarahnya. Berbeza dengan al-Quran yang dapat dipastikan dan dibuktikan oleh saksi-saksi sejarah bagi setiap ayat. Beriman kepada kitab-kitab dari sisi Allah selain al-Quran merupakan sekadar pembenaran sahaja. Ertinya kita percaya bahawa kitab-kitab itu asalnya diturunkan oleh Allah. Setiap lafaz dalam al-Quran adalah terpelihara dan mengikut perintah-perintahnya adalah wajib bagi setiap orang yang beriman.

4. Iman akan para Rasul i. Seluruh ummat di muka bumi ini telah didatangi oleh Rasul-rasul Allah, untuk menyeru mereka kepada Islam. Dan penutupnya, manusia diseru oleh Nabi Muhammad (saw) ii. Barang siapa membenarkan seorang daripada mereka bermakna membenarkan mereka seluruhnya, dan barang siapa mendustakan seorang daripada mereka bermakna mendustakan mereka seluruhnya. iii. Ini kerana semua Rasul yang diutuskan oleh Allah membawa kebenaran yang sama, iaitu mentauhidkan Allah. iv. Rasul-rasul yang dikisahkan di dalam al-Quran, wajiblah kita mempercayai mereka secara tegas. Manakala yang tidak dikisahkan, kita disuruh mengimani bahawa adanya para Rasul yang ditutuskan Allah bagi umat manusia ini. v. Nabi Muhammad diutuskan kepada seluruh alam, hingga kepada Hari Kiamat. vi. Barangsiapa mengikut Nabi Muhammad, sesungguhnya ia telah mengikut para Nabi seluruhnya.

5. Iman akan Hari Akhirat i. Alam dan segala makhluk akan hancur pada satu hari yang dipanggil Hari Kiamat. ii. Semua manusia akan dihidupkan semula dan dikumpulkan. iii. Kemudian semua manusia akan dihadapkan di hadapan mahkamah Allah untuk dihisab.

iv. Mereka yang diampuniNya akan di masukkan ke dalam Jannah, mereka yang dihukum akan dimasukkan ke dalam api. v. Seseorang yang tidak mengimani hari akhirat, dia akan melihat iman kepada Allah serta mengikuti perintahNya sebagai satu perbuatan yang tidak bermanfaat. vi. Ini kerana dia tidak dapat melihat faedah dan kebaikan yang dia akan terima apabila melaksanakan perintah Allah. vii. Adapun mereka yang beriman pada hari Akhirat, dia akan terus melakukan segala perintah Allah, dan tinggalkan larangannya walaupun dengan melakukan demikian tidak akan memberi kebaikan, malah boleh menyebabkan kerugian baginya di dunia ini. viii. Ini kerana ia yakin bahawa apabila dunia ini hancur, segala perbuatannya akan mendapat balasan, yang baik mahupun jahat. ix. Di dunia sekarang terdapat tiga jenis kefahaman mengenai pengakhiran hidup. a. Golongan yang menyatakan tidak wujudnya kehidupan selepas kematian. Jasad akan hancur di dalam tanah dan itulah pengakhirannya. Ini adalah kefahaman dan aqidah seorang mulhid atau atheis. b. Golongan yang menyatakan manusia setelah matinya akan dihidupkan semula di dunia ini, menjadi sama ada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan. Semuanya bergantung kepada amalnya di dunia. c. Golongan yang beriman akan Hari Akhirat, berkumpul, hadir di hadapan Allah, dan mengimani pembalasanNya ke atas manusia. Inilah aqidah yang diajarkan oleh seluruh para Nabi.

Anda mungkin juga menyukai