Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan di kalangan wanita. Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel. Permainan bola jaring yang seakan-akan menyamai bola keranjang, mula dipopularkan oleh orang Amerika. Sejak tahun 1897, permainan tersebut mengalami banyak perubahan. Perubahan-perubahan ini dilakukan untuk menyesuaikan peraturan permainan serta peralatan yang digunakan oleh para pemain, yang rata-ratanya adalah kaum wanita. Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi tentang peraturan permainan bola jaring telah diterbitkan di England. Peraturan ini dibuat bagi membezakan permainan ini dengan bola keranjang. Skor atau mata dikira setiap kali jaringan dibuat. Gol ditukar kepada jaring dan saiz bola dikecilkan sebesar bola sepak. Permainan ini kemudian dipopularkan oleh negara-negara Tanah Jajahan British. Pertandingan bola jaring di peringkat antarabangsa pertama kali diadakan pada tahun 1949. Pada tahun 1960, Persatuan Bola jaring Antarabangsa telah ditubuhkan. Serentak dengan itu, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan permainan bola jaring dibuat dengan lebih terperinci. Pada peringkat awal, permainan bola jaring diperkenalkan di Malaysia oleh guru-guru Inggeris kepada anak-anak tempatan. Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-mubaligh Kristian dari England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960an, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari 1970an hingga lewat 1980an, bola jaring di Malaysia telah dimainkan di kalangan pelajar wanita di sekolah, kolej, universiti serta jabatan kerajaan dan kelab.