Anda di halaman 1dari 2

KONSEP DAN DEFINISI TAMADUN Konsep Asas Tamadun Pengertian umum masyarakat : a) Masyarakat manusia yang telah keluar

ar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan. b) Peringkat atau tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh manusia pada sesuatu zaman. c) Kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai alat teknologi. Kesimpulan pengertian : a) Masyarakat manusia mengalamiperubahan dalam kehidupan. b) Tahap kemajuan sesebuah masyarakat cermin tingkat ketinggian tamadun. c) Tamadun amat berkait rapat dengan proses dan hasil daripada kemajuan sesuatu masyarakat. Definisi tamadun dari sudut Bahasa Bahasa Arab Ada 4 istilah yang digunakan: 1. Tamadun o Tamadun yang ditulis dalam Bahasa Melayu diambil daripada perkataan Bahasa Arab tamaddun yang bermaksud Kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. o Dari sudut semantic, tamadun ialah kata terbitan daripada kata kerja maddana yang bermaksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. o Lahir daripada maddana : Madinah bandar Madani / al-madaniyah peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk kepada kemajuan kebendaan yang dicapai oleh masyarakat diperkenalkan oleh Abu Nasir al-Farabi (abad ke-11) Mudun kota-kota yang memiliki ciri-ciri tamadun o Oleh itu, madana mudun madinah madani membawa maksud kehidupan di Bandar yang mesti dikaitkan dengan satu corak hidup yang maju & dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. 2. Umran o kawasan tanah tempat tinggal yang tetap, berkembang subur dan maju dan menjadi Bandar. 3. Hadarah o satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan

4. Madaniyyah Tamadun boleh ditakrifkan - Sejumlah pencapaian dan pemerolehandalam segala perlakuan, pemikiran, penciptaan yang baik, akhlak baik bagi sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa. Bahasa Inggeris 1. Dari sudut epistemology, perkataan civilization berkait rapat dengan urbanization. 2. Civilization berasal dari perkataan Latin, iaitu civitas dan civiltas yang bermaksud tiap-tiap perubahan adalah jelas pertumbuhannya di bandar-bandar besar dan ciri-ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di bandar-bandar. 3. Definisi Tokoh Barat: o Collingwood suatu proses bagi mencapai suatu tahap kehidupan civil (sopan) atau proses untuk menjadi sivil (sopan)hasilnya lahirkan masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi o Samuel Johnson suautu keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadap (barbaric) iaitu mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi Bahasa Melayu 1. Selain tamadun dua perkataan yang dimaksudkan dengan tamadun ialah: o peradaban o kebudayaan 2. Pada penghujung abad 20 perkataan tamadun menjadi popular dengan kemuculan perkataan madani iaitu kata sifat bagi tamadun dalam wacana tamadun peringkat Alam Melayu

Anda mungkin juga menyukai